Saturday, May 21, 2011

KARAK: Laluan Puaka

Karak merupakan filem terbaru KRU Production hasil karya Yusri Abdul Halim. Cerita ini kononya dikatakan super duper seram lagi menyeramkan. Bak kata Yusri dan Norman kat FB la. Peminat2 di FB jugak setuju dengan statement kat atas tuh especially after dorg tengok sendiri trailer Karak kat panggung wayang. Ramai jugak yang terpekik terlolong, you! Tapi I tengok kat YouTube, tak la seram mana. But, think positive la. Tengok trailer tak sama dengan tengok full story. Tengok kat panggung tak sama feel dia kalo tengok kat screen laptop. So, don’t judge book by it’s cover. Eh, silap2. Don't judge a film by it's trailer! Kita pergi tengok dulu 26 Mei ni then baru kita kritik. Yang membina je taw.  Jadi kepada peminat2 KRU dan filem seram tanah air, jom la sama2 memeriahkan panggung terdekat dengan jerit pekik yang mungkin memecahkan gegendang telinga member kat sebelah. J




Karak mengisahkan empat orang pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Dalam perjalanan, mereka telah melalui kesesakan yang sungguh luar biasa di lebuhraya Karak. Kemudian mereka nekad mencari jalan alternatif, iaitu melalui jalan lama tanpa menyedari keputusan tersebut akan merubah kehidupan mereka selama-lamanya.


Arahan
Yusri Abdul Halim
Pelakon
 Shahir AF8, Shera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy, Sidek Hussin
Tayangan
26 Mei 2011
Website

Wednesday, May 18, 2011

Kisah 5 Tahun Lepas [ii]

Antara moment terindah yang sempat dirakamkan oleh lensa camera Canon PowerShot A410 ku (walaupun camera murah, tapi penuh berjasa taw!)


Kat depan bilik ktorg. B3-4-01. Best gila kot dok bilik ni especially time hujan+ribut taufan. Angin dia fuhhh...memang buat ktorg tidur lena walaupun siling dia macam nak terbang semua. Yang tak boleh blah pulak..ada jugak katak yang sanggup mendaki sampai ke tingkat 4 ni untuk menikmati pemandangan indah lagi permai dari bilik ktorg. Huh, satu keje menghalau katak.cess.




Yeah, mempersembahkannnn.....K.A.M.I!!
Inilah racun, inilah penawar.both combined, dapat la kawan2 macam dorg!
 Gambar ni diambil kat starbuck KMM. Tempat student macam kami melepak berdiskusi sementara tunggu next lecture.

Hoyeay..makan..makan! Sememangnya aku kami dan makanan tak dapat dipisahkan. Breakfast ni budak blok ktorg jual. Disebabkan malas nak naik bilik ktorg lepak makan la kat depan pejabat pentadbiran. (walaupun nak menapak ke sini lebih jauh jika dibandingkan mendaki naik ke bilik sendiri).




Haha. Mesti korg pon penah buat macam ni kan?? Plan dangan rumate nak pakai baju sama color. Selain biru, tema lain ktorg ialah kuning, hijau dan ungu.




Sini pulak HEP. Tempat budak2 on9, hantar surat pemohonan balik awal (favourite reason = dah beli tiket bas!), merayu untuk unblock kad matrik (atas alasan parents dah datang. Kesian mak ayah saya datang dari jauh cikgu. Pliz..pliz..pliz) dan macam2 lagi yang berkaitan hal ehwal pelajar la.



Again. Makan dan makan. Ni favourite restorant ktorg setiap kali outing. Restoren Balqis. Kat pekan Masjid Tanah. Speciallity dorg antaranya kueh tiew+sup+telur+cili+sayur+ayam segala bagai. Tak sure nama dia. Macam kueh tiew ladna. Ntahla. Yang penting pedas sedap berasap! Tapi menu ktorg tak penah berubah setiap kali datang sini. Tom yam 3 mangkuk. Telur dadar 2 pinggan. Ayam masak merah 2 pinggan. Kailan goreng 1 pinggan. And of course la nasi putih kan. Siap tambah lagi!




Bersukan menyihatkan badan! Ni la muka2 penat after berfutsal. Main under kelab futsal KMM. Tak ingat la nama futsal center nih. Tapi kat Melaka la.



Pesta riang ria malam sambutan kemerdekaan kat dataran KMM. Best gak la tengok konsert + mandi hujan percuma! Tapi memang meriah.




Happy birthday to you.Happy birthday to you.Happy birthday to ummi & ecah.Happy birthday to you! Ni antara last event dengan dorg. Bulan April. Beberapa hari nak final exam dan beberapa hari terpaksa menghalaukan diri dari matrik. Jenuh nak abeskan kek ni coz CC divide into 6 je. Alasan, dia tak larat nak makan (padahal...on diet kononnye) dan paksa ktorg abeskan. Sudahnya, memang senak perut membaham cheese cake nih.



Selaut Kasih Sejuta Kenangan (i guess). Antara bakti terakhir yang dicurahkan. Menyiapkan backdrop untuk makan malam blok. Last2 ktorg je tinggal siapkan sumua. Yang lain blah macam tuh je..hampehh


Kalau korg perasan macam ada yang tak kena je dengan gambar2 nih kan? Macam tak cukup korum. Hah, sebenarnya gambar Azie yg tak ada. Beberapa minggu kat matrik, dia dapat offer PASUM and dia terima offer tuh. Pape hal, gud luck Azie!!

Itu semua cerita 5 tahun lepas. Semoga semua akan temui apa yang dicari. Bila2 free kita hang out, kay!!


Sunday, May 15, 2011

Kisah 5 Tahun Lepas [i]

Pada tarikh yang sama 15/5, merupakan kali pertama aku melangkahkan kaki ke Kolej Matrikulasi Melaka dan selesai saja sesi pendaftaran maka secara rasminya bermula la hidup aku sebagai pelajar matrik Melaka. Perasaan waktu tuh?? Biasa je...hehee. Sebab??
  1. Aku taw, member aku time SPM dulu pon dapat matrik Melaka gak.
  2. Aku dah search sket pasal matrik Melaka ni kat tenet. So far, memang tak ada perkara yg perlu ditakutkan. Background research penting, kay!
Benda yang paling best mesti la time orientasi kan?kan? Eleh...korg pon mesti suuuuuuuke punyerrr J. So, lepas dengar taklimat bla..bla..n bla.. kat Dewan Utama, ktorg ( aku+family) pon pergi lunch kat kafe A.  After lunch, destinasi seterusnya ialah mendaki dan mencari blok B3 bilik 4-01... Huh, tingkat 4 tuh...ni memang btol2 mendaki nih...adeii...barang kalo sikit tak apa! Ni hampir 1 bilik penuh dengan barang2 aku je....mencabar sungguh! Tapi tak apa coz rumates ku semuanya mamang happening lagi pening. Ummi.Jian.Anne. Dorg la rumates aku.

Sehingga la di suatu pagi yang hening, di waktu fajar pon belum menyinsing, ketika hujan turun dengan lebatnya, di saat guruh petir ribut taufan menyerang tanpa kenal penat. Kesemua penghuni B3-4-01 tetap lena diulit selimut dan comforter.

Tiba-tiba....jeng..jeng..jeng..

Kedengaran bunyi ketukan di pintu depan..(ek?bilik bukan memang ada 1 pintu je ke?).

Tuk...tuk..tuk..

Aku tersedar. Mimpikah? Realitikah? Ku lihat semua rumate ku enak saja berdengkur (padahal dari katil aku boleh nampak Jian & Anne je..huhu). Lantas ku tarik selimut dengan niat menyambung tido.

Tapi..tuk..tuk..tuk..

Bunyi itu kedengaran lagi...ish..kaco sungguh!

Dengan muka yang bertepekkan bedak sejuk, aku pon memberanikan diri membuka pintu.

Dup dap dup dap. (siapakah yang bakal terkejut dan di kejutkan?)

Skrettttt....(bunyi pintu dibuka la tuh!).

Maka ternampaklah oleh ku 4 makhluk yang berdiri tegak dihadapan siap sedia menyanyikan lagu ‘Negaraku...tanah tumpahnya darah ku.........’ J. Merekalah yang ku panggil CC.Ecah.Naza.Azie.

Tanpa ku ingat siapa yang memulakan bicara, tapi ± beginilah ayat yang aku terima pagi2 tuh.

“Wey, nak tumpang bilik korg boleh tak? Takut la. Siling bilik ktorg terbang2”.

Kata hatiku...ceh, macam la siling bilik aku ni tak berterbangan. J

Dengan gaya jiran bilik yang baik aku pon mempersilakan mereka masuk.

“Ermm...tido la kat katil mana2. Ambil sorg satu. Muat je share 2 org” kataku sambil memandang rumate2 ku yang sah2 tido mati!

Opppssss lupa nak bagitaw. 4 orang kat depan aku nih awal2 dah bawak bantal masing2...confident gila aku bagi dorg tumpang tido..haha.

Then, dengan gaya rendah diri, salah sorg antara mereka pon berkata.
“Eh, tak apa. Ktorg tido kat bawah je”

Aku dengan macho menjawab.
“La...tak apa. Tido je kat katil2 dorg. Dorg tido bukan ganas sangat pon. Ada space lagi” (optimis gila!).

Dan dengan tak malunya dorg pon berlari-lari anak mengecop tempat. Pintu bilik ku tutup sebelum merebahkan badan ke katil.

Aku tak ingat siapa partner dengan siapa. Yang aku taw...CC tumpang katil aku (kalo tak silap la....ke memang silap?!). Tidak sampai 10 minit aku melenakan diri, aku dikejutkan lagi oleh budak2  4 orang nih.

Kata salah seorang kepadaku.
“Sarahhhh...(baca dengan 6 harakat taw) tak apa la. Ktorg balik bilik. Dah tak lebat dah. Cian korg..”

(arrggghhhhh...tension kot!!!!!kalo korg, korg tension tak??!).

Dengan nada tenang aku pon menjawab. “Sukati korg la. Dah keluar nanti, kunci pintu balik, ek”.

“Ok” kata mereka.

Lalu ku sambung tido ku yang terganggu tadi.

Keesokkan harinya, aku pon menceritakan peristiwa di pagi yang hening, di waktu fajar pon belum menyinsing, ketika hujan turun dengan lebatnya, di saat guruh petir ribut taufan menyerang tanpa kenal penat tuh kepada rumate2 ku untuk memastikan yang itu semua bukan la mimpi. Tapi realiti! Malangnya jawapan yang ku terima sungguh menghampakan. L Mereka tidak mendengar atau melihat babak2 seperti yang ku ceritakan.

Disebabkan oleh ketidakpuasan hati yang membuak-buak, aku pon menerjah watak2 dalam babak menarik di pagi yang hening, di waktu fajar pon belum menyinsing, ketika hujan turun dengan lebatnya, di saat guruh petir ribut taufan menyerang tanpa kenal penat tuh untuk mendapatkan kepastian.

Alhamdulillah. Mereka mengakui kesahihan kesemua babak yang berlaku di pagi yang hening, di waktu fajar pon belum menyinsing, ketika hujan turun dengan lebatnya, di saat guruh petir ribut taufan menyerang tanpa kenal penat tuh. JJ Kalo tak ada yang mengaku. Sumpah, kalo ada yang ketuk pintu bilik aku pagi2 buta lagi...jangan harap aku bukak!

Itulah dia antara babak/peristiwa menarik di awal perkenalan kami yang menghadirkan 1001 kecerian sepanjang setahun aku bergelar pelajar Kolej Matrikulasi Melaka.



Inilah dia matrik kami. Kolej Matrikulasi Melaka yang terletak di Londang, Masjid Tanah, Melaka.


Ini pulak blok kediaman kami. Klauster B. Blok B3.



Dari aras 4 kediaman.



Terbukti aku memang ex-student KMM!

               

Wednesday, May 11, 2011

Kerja Oh Kerja!


Assalammualaikum w.b.t
Saya percaya, kebanyakan pelajar tahun akhir di mana2 IPTA tempatan dah habis exam. Kalo ada yang tinggal pon, mesti tugasan2 terakhir untuk memenuhi syarat penganugerahan diploma/ijazah sarjanamuda macam viva/thesis presentation, kan? Eleh...setakat viva, apa la sangat. Dalam masa tiga empat tahun nih, bakat ayat-mengayat korg mesti dah power, kan? So, bila lagi nak tunjukkan skill korg yg satu tu kat lecturer or assessor korg? Time ni la kan. Lepas tu dah boleh balik dan bersenang-lenang kat rumah sementara tunggu result dan peluang pekerjaan. Hah, cakap pasal kerja, korg dah buat langkah awal untuk apply kat mana2 company ke? Eh, jangan la buat2 blur. R.E.S.U.M.E. Korg dah prepare belum? Pada yang dah buat tu ok la. Pada yang belum tu, cepat2 la buat. Kat sini saya ada sediakan contoh format surat permohonan jawatan dan sample resume. Tapi ni sebagai guideline je. Yang surat tu pon sebenarnya format biasa surat kiriman rasmi. Alah..yang korg belajar kat sekolah dulu tu. Yang resume pulak contoh hasil manipulasikan idea member, iaitu En Hazman dan En Naim Sulaiman. So, kalo korg nak manipulate contoh kat bawah ni pon, tak apa. Yang penting isi/butiran je. Okay, check it out!!

**********************

Format Surat Permohonan Kerja

Alamat sendiri
Alamat tempat dipohon
Tarikh
Kata penghormatan, (Sir/Madam/Miss/Prof)
TAJUK
(AN APPLICATION ON POST OF... AT .../PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI ... DI ...)
Pendahuluan

  • Perkenalkan diri (nama)
  • Nyatakan bidang kursus (Bachelor of ...)
  • Tujuan menghantar surat dan dari mana korg dapat info tentang kekosongan tersebut (I would like to apply for ... position at your company/etc.)

Isi 1

  • Huraikan tentang bidang kursus/jawatan sekarang secara ringkas
  • Kaitkan pengalaman/kelayakan dengan jawatan yg ingin dipohon
  • Nyatakan bahawa lain2 maklumat terdapat pada resume yg disertakan

Isi 2

  • Nyatakan contact information (hp no./email/etc.) korg jika mereka inginkan maklumat lanjut dan masa yg sesuai untuk mereka hubungi korg (I can be reached anytime via .../etc)

Penutup

  • Ucapkan terima kasih dan nyatakan harapan korg terhadap peluang pekerjaan yg dipohon (Thank you for your consideration. I am look forward about this employmen opportunity/etc.)

Terima Kasih.


Yang benar,

.................................
(NAMA)





**********************

Contoh Resume



Gambar warna
bersaiz pasport

FULL NAME
Permanent address
Email

                                   PERSONAL DATA                                   

Date of Birth
Age
I/C No.
Sex
Status
Nationality
Address
Mobile phone 

 
                          EDUCATIONAL BACKGROUND                           

Universiti/college of ...
Field of study            
Year/graduation date 
CGPA                        

Secodary school (Sekolah Menengah ...)
Year                           
SPM                          

Primary school (Sekolah Kebangsaan ...)
Year                            
UPSR                        

                                    Co-CURRICULUM                                    

University/College

Secondary School

  • (Committee of .../student representative of .../etc.)


                           ADDITIONAL INFORMATION                            

Computing                                         
Languages                                          
Leisure                                                
Course/workshop was attended       
                                                
                                                
                               EMPLOYMENT HISTORY                              


                                      REFERENCES                                     

(alamat pihak yg ada menyimpan maklumat tentang apa yg dinyatakan di atas. Sebaiknya lebih daripada DUA. Cth: penyelaras program, jawatankuasa kolej, hal ehwal pelajar, etc.)




Friday, May 6, 2011

PemudahCara: Maybank2u.com




Bila kesibukan melanda, semua benda lupa nak buat. Nak bayar bil lupa, nak top-up kredit pon lupa jugak. Haish.. Tapi memang tu la yang berlaku  seminggu dua sebelum final exam hari tuh. Dah la demam, nak fikir exam lagi...research lagi. Adeii...sampai bil broadband pon lupa nak bayar. Tak pasal2 lepas exam hari tu internet kena block sebab 2 bulan tak bayar. Kaco betol! Baru nak enjoy surfing internet. Sekali kena block la pulak. Macam cacing kepanasan, beb! 2 hari lepas tu terus aku pegi library settle semua hutang. Aik, pe cite bayar bil broadband kat library?! Gila ke apa!? Hah, ni la nak cite. Mesti la aku bayar melalui Maybank2u.com. Tengok tajuk entry pon dah taw nak cite apa, kan? Bukan broadband je boleh bayar melalui Maybank2u.com ni, tapi lebih 100 jenis pembayaran boleh dibuat. Bil elektrik, bil air, bil telefon, bil astro & macam2 lagi la. Pada sesiapa yang dah ada akaun Maybank, alang2  tu sign in la skali dengan Maybank2u.com. Boleh pantau akaun anda sendiri. Tak payah susah2 pegi atm check baki. Nak transfer duit senang. Nak top-up pon senang jugak. Tapi kalo nak keluarkan duit kena la pegi atm, kan? Takkan korg nak print pulak. Tu da dikira black money. Tapi semua jenis pembayaran memerlukan TAC number. As your safety la. Korg boleh dapatkan TAC number kat atm sebelum membuat sebarang pembayaran. Dan TAC number ni cuma laku untuk beberapa jam je. Maknanya right after korg dapat TAC no., korg kena buat pembayaran ASAP. Leceh kan? Nak kena pegi atm ambil TAC no. then baru boleh buat pembayaran online. Hah, kalo nak senang, lepas korg sign in dengan Maybank2u.com, korg terus apply TAC no. via sms kat mana2 cawangan Maybank yang berdekatan. So, setiap kali nak buat pembayaran, korg klik kat icon "request TAC no." then handphone korg akan berbunyi menandakan ada message masuk. Sekarang, korg dah boleh buat pembayaran dengan TAC no. yang korg dapat tu. Tapi ingat, SATU  TAC no., SATU pembayaran. Untuk sign in klik je pic kat atas. Selamat mencuba!