Thursday, December 29, 2011

Canon PowerShot S95: Miniature

Biar gambar berbicara... 

:: Cheras, Kuala Lumpur ::

 


 :: Morning, KL! ::



:: Hot Poring, Gunung Kinabalu ::



 :: Hot Poring, Gunung Kinabalu ::



 :: Kampung Baru, Kuala Lumpur ::



:: Say hello to KL ::


:: Souvenier from Sabah, bah! ::

Wednesday, November 30, 2011

Jenayah di Bulan Mulia [iii-final]

Cerita tak habis lagi. Lepas semua clear dah tak ada bising2 lagi, ktorg semua berkumpul kat B3-04-02 pulak.
Perbincangan hangat tentang macam mana budak tu boleh kena mercun yang dibaling mengambil tempat. Masing2 menegakkan benang yang separa basah.

CC memang tak ambil port dah. Sibuk study. Ye tak CC?


Tiba2...


Tuk..tuk..tuk..


“Assalamualaikum”


Ah, sudah. Siapa pulak ni.


Tak ingat siapa yang buka pintu. Yang aku taw tetamu tak diundang itu memang buat jantung ktorg nak tercabut keluar.


Pintu dibuka.


Jeng...jeng...jeng...


Oh my.....fellow!!!


Tidakkkkkkkkk!!


“Tengah buat apa?”

Mukadimah sepesis apa tuh...

“Saya dengar cerita ada student yang main mercun tadi.....” dan bermulalah sesi kekantoian ktorg.


Nak tak nak terpaksalah mengaku di atas segala pertuduhan yang dibacakan. Dah la kena ugut nak bagitaw pengarah kolej. Kena buat surat akujanji lagi. Kena ceramah. Tazkirah. Brainwash. Memang aku tension betol! Esoknya pulak exam bio untuk aku, Ummi, Ecah dan Naza. CC pulak paper fizik. Anne dengan Jian aku tak sure coz dorg budak akaun. Hee...


Habis je sesi ceramah, tazkirah, brainwash segala bagai, ktorg pon balik bilik masing2. Aku dengan Ummi dah tak ada mood nak study. So, ke katil la ktorg jawabnya.


Seminggu berlalu. Di surau kolej, HEP bersuara...


“Sepanjang bulan puasa sampai minggu exam yang lepas, meriah betol saya dengar bunyi mercun dari aspura ye....bla..bla..bla..”


“Tapi nasib la saya TAK dengar ada pelajar puteri yang main mercun. Ye tak pelajar puteri?” sambung HEP.


Ktorg kat belakang cuma mampu tersengih.


“Ada la cikgu”. Hanya bergema dalam hati.

************************
TAMAT







Sampai sekarang ada soalan yang masih tak terjawab.


“Ummi, kat mana lighter tu sekarang?”




hahahahahahaahahah

Friday, October 21, 2011

Just Want to Say ---> "Thank You"

Nabila Athira



Kenal beliau masa form 4. Satu kelas. Satu floor. Beliau adalah orang pertama yang aku cari masa tengah down gila bila tercampak sorang2 kat UKM KL. Asal on9 je mesti aku cari nama dia dalam friend list ym aku. Kesian dia kena layan bebelan aku. Padahal dia pon baru nak adapt kat UPM tuh. Dia gak orang pertama yg taw result sem 1 aku yg TERUK gila!. Down lagi. Tapi dia tetap ada even bukan kat sebelah aku 24/7. Asal ada kat ym pon da cukup. Hehee. Beb, sori banyak2 kay coz selalu susahkan ko. :( And thanks coz sabar dengan kerenah+masalah aku yang tak sudah2. Dari zaman sekolah sampai la dah grad nih. Huhu.

Ummi Jamly



Ni rumate masa kat matrik. Yang best pasal beliau ialah.....kalo sekali dia bagi nasihat, sure korg akan ingat sampai mati. Pernah sekali masa dia datang lepak kat Plaza Rah, aku cakap result aku yang lepas (1st year) hancusss gila and aku tak rasa aku leh survive dalam course yang aku amek nih. Pas tu dia kata...."dah taw amek course nih, sape suroh ko study last minute". Perghh. Senang gila dia cakap macam tuh kat aku. Dah la tengah down. Sekali dapat ayat macam tuh....memang menusuk ke kalbu, beb! Betol la budak sorang nih tak pakai common sense bila nasihatkan orang. Huhu. Tapi sebab ayat dia yang pedas lagi berasap tu la aku merasa dapat pointer 3.6+ untuk sem 3 & 4 sekaligus!! Perghh. Thanks der. Tapi time tu je la. Masuk clinical year. Hancus balik result aku. Alasan? Sebab budak bertuah nih sikit pon tak nak menjengok aku kat Cheras tuh. Hadoii...

Syeera Shairful




Kenal masa kat matrik jugak. Member satu praktikum. Tapi masa sem 2 baru kamceng. Beliau memang baik gila! Serius tak tipu! Dia selalu bagi aku pinjam lab report. Hahaa. Nampak sangat aku malas nak wat report. Kantoi sekarang tak apa, tak effect apa pon. Ngee. Thanks Syeera! Bila dah masuk UKM dia jugak la yang banyak tolong aku especially untuk siapkan final project. Masa aku rasa tak ada sesiapa yang leh tolong even partner aku sendiri, dia la yang banyak bagi support, idea, and jadi reference. Dia siap sms aku tanya progress proposal. Terharu tak terharu la aku masa tuh. Start dari proposal sampai la ke final writing. Serius aku tension sangat pasal final project tuh. Tapi alhamdulillah, coz aku ada kawan cam dia ni la, final project tuh dapat disiapkan. Thanks syeera! Again & again. Kalo ko nak aku belanja ko hari2 pon aku sanggup. Tapi seminggu je la. Tu pon kena tunggu aku keje dulu. Hehee.

Eqa Anuar


Kenal beliau masa form 4. Satu kelas and satu homeroom. Antara member yg jarang miss wish besday setiap tahun. Haha. Beliau jugak banyak tolong aku untuk siapkan proposal. Proposal lagi?! Ermmm. Sampai nak pegi raptai konvo hari tu pon aku consult dengan dia dulu. Haha. Pape ntah. Pape hal pon, thanks ye Eqa coz tolong aku even ko pon bz ngan master ko tu. Wish you good luck, dear!! Eh. kita memang tak pernah amek gambar berdua, ye??

Anis Nadiah



Hah, yang ni aku kenal masa 1st year. Ktorg kenal kat Pangkor. Jauh kan? Camne ktorg leh kenal? Yang tu payah sket nak explain. Complicated. Biar ktorg je la yang taw. Hehee. Bila balik Shah Alam, mesti roger dia then pegi makan2 tukar2 cite. Kadang2 tuh dia yg belanja. *wink2*. Thanks dear coz sabar layan cite2 aku yang ntah pape tuh. Bila2 free kita lepak2 lagi, kay!

Sunday, September 25, 2011

Empat Tahun yang Terlampau

Tahun pertama
Malam pertama di KTSN
Nangis
Tak suka UKM
Tak suka Sains Perubatan Kecemasan
Tak suka Bio
Tak suka Medik
Tak suka penyelaras
Tak suka lecturer
Apa Anatomy?
Apa physiology?
Buang semua buku
Tak suka.Tak suka.Tak suka
Apa pon tak suka.



Tahun kedua
Duduk kolej luar
Yeay, bebas!
Aku suka
Tapi ekonomi kian meruncing
Makan nasi sekali sehari je
Ibu....lapar
Nangis lagi
Eh, tapi aku ada broadband
Makan frienster berlaukkan FB hari2.



Prof keluarkan arahan mandatori
Semua Emed/2 kena tahu berenang
Masuk exam
Stress
Hari pertama training
Tak belajar apa2
Hari kedua training
Still tak boleh
Hari ketiga training
Gagal lagi
Hari keempat training
Yeay, dah boleh!
Hari kelima training
Kaki cramp
Hari keenam training
Kaki cramp lagi
Kali seterusnya
Ada improvement
Alhamdulillah.



Tahun ketiga
Clinical year
Takut!
Tak suka doktor
Garang!
Tak suka staff nurse
Suka menjerit
Sakit telinga!
Tak suka MA
Suka kondem orang lain
Ey, ingat ko bagus sangat ke?!
Tak suka patient
Banyak kerenah
Menyampah!



Lecturer mula kacau privacy student
Busy body!
Tak suka
Mula ponteng posting
Mula datang kelas lambat
Buat muka masa lecture
Elakkan diri dari terserempak dengan lecturers
Pay back!
Yes, I did it!



Tahun keempat
Belajar
Belajar sesuaikan diri bila kat tempat orang
Belajar hormat staff
Walau hari2 kena marah
Bagai semuanya tak kena
Belajar makna SABAR
Walau hari2 rasa dicabar
Belajar mendengar dan memahami
Orang marah orang tegur
Tanda SAYANG
Belajar untuk tak putus asa
Susah macam mana pon kena teruskan
Move forward. Not backward!
Belajar makna BERKAWAN
Gaduh. Gelak. Nangis. Merajuk
Sama2
Itulah KAWAN!
Belajar
Belajar
Dan belajar
Banyak dah belajar
Tapi banyak lagi yang kena belajar!




Jemputan ke Konvokesyen UKM ke-39
Nangis lagi
Lama dah tak nangis
Ya Allah
Syukur
Alhamdulillah
Walau pernah rasa nak give up
Tapi
Ah, lupakan yang pahit
Kerana
Kini manisnya mula terasa
Walau kelatnya tak pernah hilang.



Pada pandangan orang lain
Semuanya ambil masa empat tahun
Tapi pada aku
16 tahun
16 tahun aku perlu berusaha
16 tahun menahan sabar
16 tahun memendam rasa
16 tahun berpenat lelah
Untuk genggam segulung ijazah
Ini amanah
Selepas ni
Tanggungjawab akan jadi semakin berat

Ye ke?
May be
Nope, Must be!

Thursday, September 15, 2011

Sabah: Hari Keenam

0524

05:24:48. 1 message received.

Bgn xg

Sender: Nailah

Haila. Lagi 5 minit alarm aku bunyi la. Apsal la budak nih message awal sangat. Huhu

Tapi bangun jugak la. NAK mandi!!


0710

Muna&partner sampai. Seterusnya nak pegi jemput Mr. Tourist Guide. Jalan sesak. Yang tak drive kat belakang nih...ZZZzzz!


1000

Tempat pertama. Kedai makan! Lapar tak breakfast lagi.


1045

Jeti Jesselton. Beli tiket ke Pulau Manukan. Hoyeay, naik bot lagi. Pak cik, bawak laju lagi!!!! Hehe










1120

Dah sampai. Selamat Datang ke Pulau Manukan!!! Jalan2, rehat2, cuci mata, main air, ambil gambar sampai kol 1.









1300

Gerak balik ke jeti. Mr. Tourist Guide belanja air. Cun! Macam taw2 je tekak aku nih tengah mendidih. Perit. Haus. Then pusing2 town kejap. Cari port untuk shopping! Huhu. Tapi sebelum tu, kena kembalikan Mr. Tourist Guide ke tempat asal. Dan ktorg pon bertebaran la kat town untuk shopping. Mula2 pegi mall. Boring. Then jalan2 sampai jumpa Pasar Besar KK dan Pasar Philippines.


0430

Bergerak balik ke KK Airport. Pulang kereta. Print tiket. Drop beg. Dan makan...KFC!!


0655

Fly! Bye2 KK. Bye2 Sabah. Ada jodoh ktorg datang lagi...sob..sob..

Dan ZZZzzzz....

Wednesday, September 7, 2011

Jenayah di Bulan Mulia [ii]

Kami pon berlari-lari la naik ke bilik. Ada misi lagi yang perlu diteruskan.
Sampai di bilik...
“Wey, dah dapat lighter!!!”. Memang excited gila kot.
Gara2 jeritan tadi, ktorng bertujuh berkampung la sekejap kat bilik B3-04-01.
 Telekung dibuka dan dicampak ke katil masing2. Plan seterusnya diteruskan.
Sebijik mercun naga dilepaskan di.....di....di depan bilik aku. Muahahahahha..

Proppopopop..pop..pop.. (anggap je tu bunyi mercun naga)
Boleh dikatakan semua budak wing ktorg menjenguk keluar. O_o
As usual, ktorg sengih je la. T___T

Memang seronok la ktorg main mercun tu depan bilik. Entah mana datangnya,
tiba2 ada pulak mercun yang berlainan jenis. Mercun gasing!
Yes lagi!
Tapi jangan harap la aku nak offer diri bakar mercun tu. Dah la pakai lighter. Dan
dah la kaki aku pernah jadi mangsa mercun spesisi tu. Memang menempah batu
nisan la kalo aku gatal2 offer diri. Trauma kot. Last2 dengan gagah beraninya
Ummi pegi bakar mercun tu. Dekat...dekat...dekat dengan birai tepi bilik ktorg.
Dengan harapan kalo mercun tu berpusing, dia akan jatuh ke bawah. Tapi tak. Dia
patah balik!! Berpusing sambil cari pintu bilik ktorg. Hah, apa lagi! Masing2 lari
masuk bilik dan.... dumm! Tutup pintu.
Fuhh...fuhh...

Untuk mengelakkan sebarang kecederaan pada kasut2 yang sedia ada dan
meninggalkan kesan degil pada floor  yang boleh mengantoikan, ktorg pon cari
alternatif baru.
Campak mercun yang dibakar ke bawah. So, orang pon tak taw keje siapa kan?
Bijak tak? Hehee...
Tiba2 dari aras bawah (aras 2 rasanya) terdengar suara...
“Oii, siapa baling mercun tadi hah?!!!
OMG. Tak cukup bijak rupanya...
“Kalo kena aku macam mana?!! Aku ada mak bapak yang sayangkan aku lagi taw
tak!? Baik mengaku siapa baling mercun tadi!!!!!”
Ek eleh...aku pon ada mak bapak yang sayangkan aku bro....eh...sis..
Ktorg pon tertanya sesama sendiri. Kena ke? Rasanya tak kena pon. Sebelum baling
memang dah make sure line clear kat bawah tu. Kata je la ko terkejut dengar
bunyi mercun tuh. Haila....
“Oii, aku tanya nih?!! Siapa baling mercun tadi. Baik mengaku sebelum aku bagitaw
fellow” jerit perempuan tu lagi.
“Perghh...ni dah lebih. Meh sini kau....” kata Ummi tiba2 sambil turun tangga nak
cari budak tuh.
“Eh, Ummi...Ummi...nanti2. Rilek okay” kata Ecah sambil grab tangan Ummi. Tak
bagi turun.
Ktorg yang lain tergamam dengan tindakan Ummi. Biar betol budak nih. Tak
pernah2 mengamuk.
Cuak kot tengok dia macam tuh. Nasib baik Ecah ada. Kalo tak.........ermm..Ummi
je la taw apa dia nak buat.
Suara amukan tu tak habis lagi. Dan...suara tu makin lama makin dekat!
Cess...dia dah mula naik aras 3.

Disaster!!!!!!!
Ktorg pon menggelipit masuk bilik masing2.
Scene one, take one, action!
Berlakon macam tak ada apa2 yang berlaku, beb!!
Di bilik B3-04-01.
“Eh, macam mana ni? Baik korg sorok mercun tu” cadang Anne.
“Ish..leceh betol la. Nak sorok kat mana nih? Bawah tilam je la” kata Ummi.
“Eh, jangan! Tak selamat. Kat siling! Boleh bukak kan?” kataku.
Sepantas kilat Jian terpilih untuk memanjat, membuka siling dan menyimpan
benda2 haram tuh termasuk lighter. Iye la...dah dia yang paling tinggi antara
ktorg. Huhu.
Tapi ada satu paket lagi mercun naga yang tinggal separuh atas meja aku.

Scene two, take one, action!
Semua statik di meja study masing2 sambil telinga berplugkan ear phone dan mata
terus-terusan menatap buku kat atas meja. Senyap. Sunyi.
“Oii, aku tanya dari tadi! S.I.A.P.A yang baling mercun tuh?! Meh, sini aku baling
depan muka korg!!”

Mak aii. Betol2 marah nih.
Jian bangun dan bukak pintu. Buat2 tanya. “Kenapa nih?”. Innocent habis.
Aku masih kat meja study. Telinga masih berplugkan ear phone. Cuma mata bukan
lagi pada buku. Tapi pada mercun kat sebelah buku.
Agak2 kalo dia masuk dalam bilik dan nampak mercun atas meja ni, apa dia nak
buat eh?
Ish, ko ni Sarah. Terang2 dia dah kata nak baling kat muka ko. Lagi mau tanya.
Hati dan kepala otak dah berperang sesama sendiri. Tapi tangan tetap tak ada
inisiatif nak sorokkan mercun tuh.
Setelah give up tak jumpa orang yang dicari, budak tu pon turun sambil mulut tak
henti2 membebel.
Fuhh...

bersambung...

Friday, September 2, 2011

Raya!!!





Meriahnya raya kerana adanya mereka.
Sepupu2 tersayang.cheeewah!haha




p/s: sori lambat wish.penat berperang dengan demam+back pain selama sebulan.ni pon masih berbaki lagi.pape hal pon, have fun guys!..and girls too!!hehee

Wednesday, August 24, 2011

Sabah: Hari Kelima

0630

Ringtone Hadashi no from News memekak kat sebelah telinga. Kol dari budak2 Emed. Tak Muna, Nailah!

“Hello”

“Hello. Sarah. Korg dah bangun belum?"

Uh? Partner Nailah rupanya.

Cess. “Dah. Bangun dah” àayat menipu.

“Ummi pakai Nokia charger besar, kan? Dia guna tak? Nak pinjam”

“A’ah. Suruh la Nailah datang ambil”

“Tak boleh. Nailah tengah siap”

Ek eleh...

“Ermm...jap la”

“Ok. Bye!”

Ish...malasnya nak pegi bilik sebelah. Ambil handset...taip mesej..

Eh Nae la dtg cni.mls la nk siap g blk ko..

Send!

Hehee


0800

Siap2. Plan hari ni nak keluar semua sekali. Konon pukul 10. Tapi tak jadi. Lambat sikit. Ada prob. Lepak2 bilik Nailah. Tengok tv sambil usha barang2 yang dorg borong.








1200

At last. Muna datang amek ktorg dengan Alza. Alhamdulillah. Destinasi pertama. Kedai makan. LOL


1245

Perjalanan ke gunung Kinabalu diteruskan.


1430

Sampai di Taman Gunung Kinabalu. Kejap je spend masa kat sini. Pusing2 naik kereta. Then turun jap untuk shopping!! Destinasi seterusnya, Poring Hot Springs.


1340

Sampai kat Poring Hot Springs. Banyak benda best kat sini patutnya. Canopy Walkway, Butterfly Farm, Gua Kelawar (kalo tak silap) dan dua tempat air terjun. Tapi ktorg lambat sampai. Dorg tutup kol 4 pm. Kalo setakat nak mandi manda kat kolam dorg boleh je. Sampai malam pon tak apa.







1820

Bergerak balik ke Kota Kinabalu. Sambil tu berhenti sekejap kat Kundasang. Shopping!! Again and again.





2100

Dinner di Tanjung Lipat. Orang kata seafood kat sini lebih murah berbanding kat town.



2130

Shopping lagi!! Kali ni kat pasar malam Kg Air. Lebih kurang macam downtown kat Cheras tu la. Bezanya, kat sana tutup 3 pagi. Tapi kat sini kol 11 malam dorg dah siap2 kemas barang. Huhu.


1200


Balik hotel masing2 dan ZZZzzzz.