Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

Menuju Puncak Gunung Irau, Cameron Highland


Assalamualaikum wbt.
 
 
Betul la kata orang, pengalaman sebenar tak sama dengan pengalaman melalui pembacaan. Akibat terlalu taksub menggoogle  pengalaman orang lain, aku hampir-hampir saja membatalkan niat ke gunung Lord of The Rings  Malaysia ni. Berkali-kali jugak member yakinkan yang treknya tak sesukar Gunung Nuang. Tapi macam mana nak compare  kalau aku belum ke sana? Duhh. Dah la keesokan harinya kerja pagi. Memang saja cari pasal! Tak cukup dengan tu, datang lagi sorang dengan yakinnya kata kitorang akan balik petang tu jugak since  dia ada perlawanan bola. Tapi kesudahannya mesti la tak seperti yang dijanji. Kau sorang je Paan yang sampai bawah pukul 1 petang. Aku ni, pukul 4 pun dalam hutan lagi. Dan kau sedap terbongkang dalam kereta time tu, kan???  Hidup-hidup aku kena tipu! Cess.
 
Gunung Irau yang terletak di Cameron Highland ni merupakan gunung ke-9 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2110 m dari aras laut. Gunung ini dikenali sebagai mossy forest  sesuai dengan keadaan hutan yang berlumut dan menjadikan kawasannya sejuk serta mempunyai pemandangan yang mampu menarik minat pengunjung. Perancangan awal, kitorang akan mulakan pendakian selepas subuh, dalam pukul 7 pada pagi Ahad. Jadi kami bergerak dari Cheras lebih kurang pukul 11, malam Sabtu. Tapi singgah Bangi dulu untuk jumpa yang lain-lain plus dinner  sekali. Gerak dengan 2 buah kereta dari KL lebih kurang 1.30 pagi. 4 perempuan  5 lelaki pada mulanya. Sementara ada 2 orang akak lagi yang dah tunggu kat Cameron. Pelajaran pertama yang aku dan girls  lain belajar masa memulakan perjalanan ialah; lelaki ni sebenarnya kuat menyembang! Asal berkumpul je, memasing keluar kereta menyembang. Gelak hu-ha-hu-ha masuk kereta, drive.  Duduk kat gerai makan, menyembang lagi. Lepas isi minyak masuk keluar toilet  kumpul tepi highway, menyembang lagi. Choii! Bila nak sampai??? Kitorang yang tak ada kerja ni dok selfie  je la dalam kereta. Sebenarnya tanda protes. Selfie=tanda boring!


:: Mossy Forest ::
 

Akhirnya kitorang sampai kat Tanah Rata pukul 6.30 pagi selepas mengharungi jalan Tapah yang berliku-liku. Agenda pertama mestilah solat subuh. Kemudian berkumpul 3 buah kereta di hadapan Balai Polis Brinchang. Lepas hantar senarai nama, kitorang pun cari kedai makan. Lapar beb! Bila perut dah kenyang, perjalanan ke pinggir Gunung Irau diteruskan. Masa tu, kawasan parking  memang penuh. Ramai gila kumpulan yang datang termasuk dari Singapura.
Selepas tukar kasut dan repack barang-barang yang nak diangkut ke puncak, pendakian terus dimulakan tanpa warming up!  Choii! Ini semua gara-gara tak nak bersesak-sesak dengan kumpulan lain. Alhamdulillah tak ada yang cedera or cramping  kat atas tu. Oh yes, disebabkan ini daypack trip so  tak banyak la barang yang dibawa. Aku cuma bawa sebotol air mineral kecil, sebotol 100 plus kecil, Cadbury and sweets as energy bar  selain handset,  kamera dan poncho (in case kalau hujan). I’m not a true hiker. I just hike whenever I want to. So  aku memang tak ada barang-barang hiking  ni. No hiking shoes, jacket, t-shirt or travelling/hiking bagpack.  Untuk naik Irau ni aku pakai apa yang ada je. Long sleeves, cardigan, track suit,  kasut getah. Beg? Bawak bagpack  yang aku guna dari zaman student  dulu tu je. Tongkat sakti pun aku tak pernah ada. (sorry  aku tak tau apa nama stick  yang hiker  selalu guna tu!)
Pendakian bermula jam 9 pagi bermula dengan mendaki tangga-tangga kayu. Naik tangga pun mengah meh. Hailaaa. Tapi alhamdulillah cuaca hari tu sangat baik dan trek tersangatlah cun! Tanah kering tanpa selut. May be  Cameron tak hujan beberapa hari kot. Kena tempias musim panas lembah Klang gamaknya. Hanya sejuk sedikit di awal pendakian. Itu pun aku hanya bersalut long sleeves  dan cardigan  nipis. So  tips pertama nak naik Irau, pergilah ketika musim panas. Hehe.
 
Cabaran perjalanan di Irau bukan hanya dipengaruhi oleh permukaan tanah yang mungkin lembab/basah semata. Treknya yang turun-naik-turun-naik disamping akar-akar pokok yang berselirat mengalah neuron kat kepala pun memberi cabaran juga. Bukan setakat menguji kesabaran tetapi juga menguji tahap ketinggian aku! Cess. So  nak tak nak aku perlu bijak pilih route yang mudah digapai dek tangan dan mampu dicecah dek kaki. Aku bernasib baik kerana geng-geng aku semua mempunyai ketinggian yang hampir sama. Around 1.5 m to 1.56 m (may be). So  aku bagi dorang jalan dulu while  aku follow  je step  dorang. Kalau dorang boleh reach, maknanya aku pun mestilah boleh, kan? Haha..pandai tak aku mengelat. Tapi agak tertekan bila berada di tengah-tengah pendaki lelaki. Dah la dorang jalan laju, lepas tu route  dia memang la melangkaui panjang langkah aku. So  biasanya kalau kat belakang ada bebudak lelaki ni, aku kasi jalan dulu je. Lepas tu buat tak nampak je jalan yang dorang pilih. Lebih baik buat keputusan sendiri.Hehe. So another tips,  berjalanlah dengan orang yang sama level especially in term  of ketinggian!
 
Tak ada rotan, akar pun berguna. Hah, yang ini aku rasa betul. Kat sini akar-akar kayu dia memang besar-besar alam. Aku sendiri banyak bergantung pada akar-akar ni. Tapi kena hati-hati sikit. Kalau nak berpaut pastikan akar tu cukup kuat nak menampung berat kita. Bila melangkah pun hati-hati, takut licin. So far  aku percaya dengan tapak kasut getah ni. Cengkaman dia kuat. Akar-akar kayu ni pun kira my favourite route.  Kalau route dia banyak akar, itulah jadi pilihan. Tapi orang kata jalan kat akar kayu, bahaya. Sebab licin. Tapiii...aku suka je. haha.
 
Perjalanan ke puncak bukan saja menguji ketahanan kaki, tapi tangan jugak. Especially  kat ascending point.  Dah macam buat rock climbing  je. Tapi kat sini kena panggil root climbing  la kot. So  tips yang ketiga, pastikan tangan korang bebas dari pegang apa-apa barang termasuk handset.  Dan untuk yang belum capai puberty age,  boleh la korang menambah ketinggian dengan berpaut dan bergayut di setiap ascending and descending points.  hehe.
 
Cabaran seterusnya ialah cuaca yang tiba-tiba berubah. Actually  dalam pukul 3 petang aku masih lagi tersadai dalam hutan, lepak-lepak dulu sementara tunggu yang lain. Tiba-tiba keadaan menjadi mendung, macam nak hujan. Jadi aku dengan seorang lagi member ambil keputusan untuk gerak keluar ASAP. Keadaan jadi sejuk dan berangin. Baru 20 minit berjalan aku dah rasa bibir kering semacam. Tekak pun jadi perit (mungkin disebabkan aku banyak bernafas guna mulut kot) tak seperti diawal pendakian. So  aku simpulkan yang keadaan cuaca yang berangin menyebabkan penghidrasi boleh berlaku lebih cepat. Nasib baik air banyak lagi. So  berhenti sekejap, basahkan tekak. Tips seterusnya. pastikan bekalan air mencukupi terutamanya jika pergi ke kawasan kering dan berangin.
 
Konsep pendakian kitorang ni adalah gaya bebas, tiada ketua kumpulan. Setiap orang mempunyai kebebasan untuk guna seberapa lama masa untuk menghabiskan pendakian. Kalau penat, rehat. Dah lega, jalan balik. Kalau jatuh, bangun sendiri. Macam aku dengan empat orang lagi member mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai di puncak Irau. Gerak jam 9 pagi, sampai puncak lebih kurang pukul 12 tengah hari. Ada yang lebih awal, dan ada yang lagi lambat dari kitorang. So  tak ada la stress sangat. Kitorang tak lepak lama kat atas, pukul 12.45 tengah hari dah gerak turun balik. Gerak turun lebih santai. Kitorang ambil masa lebih 4 jam untuk sampai ke kawasan parking. Sampai je kat starting point  lebih kurang pukul 4 petang, simpan barang, tukar kasut terus gerak balik KL. Dalam kereta, masing-masing terbongkang kecuali driver! ha.ha. Penat wooo.



:: Liku-liku kehidupan! ::


 
:: Yeah, apa-apa pun hidup perlu diteruskan! ::

 
 
:: Sahabat selamanya! ::
 
 
 
 :: Sisi cantik Gunung Irau ::
 
 
 
 :: Mini Irau ::
 
 

 :: Sikit lagi nak sampai puncak. Tapi, take 5 dulu la! ::
 
 

 :: Alhamdulillah, we make it true!!! ::
 
 
Harap maklum ye, kat puncak tu memang tak ada apa-apa jualan unless  kalau korang jumpa dengan pak cik sorang ni!!!
(Tapi hati-hati, harganya dua kali ganda beb!)




 :: Businessman berjaya!!! ::
 
 
 
 
 
 

Tuesday, December 17, 2013

Sepetang di Cameron Highland

Assalamualaikum wbt.
 
 
Perghh, lama gila tak update  blog sampai nak buat mukdimah pun terkial-kial. Tahun 2013 makin ke penghujung, portfolio aku masih terbengkalai lagi. Tak sangka pula kerja-kerja pengurusan ni jauh lebih susah daripada klinikal. Setahun mungkin belum cukup untuk aku beradaptasi dengan keduanya. Dan bagai pucuk dicita ulam mendatang bila HR tawarkan kursus 3H2M di Cameron Highland. Walaupun untuk berkursus, tapi sekurang-kurangnya dapat jugak larikan diri dari rutin harian yang dah terasa menyesakkan! Makin cuti sekolah, makin ramai pulak yang datang memenuhkan ED tu! Choii!
 
Tapi cukup bijak ke naik cameron di tengah-tengah musim tengkujuh?
 
Tawakal je la wey.

 
 :: Heritage Hotel ::


Sepanjang program, kami menginap di Heritage Hotel, Tanah Rata. Actually  hotel ni agak mahal dan terletak agak jauh dari kawasan tumpuan pelancong apatah lagi kawasan membeli-belah. Jadi pada sesiapa yang bercadang untuk membawa keluarga atau pergi as a backpacker,  adalah tidak digalakkan memilih hotel ini sebagai tempat penginapan. Tetapi sesuai untuk program-program jabatan/organisasi berdasarkan fasiliti yang disediakan.

Sesuai dengan tajuk kali ini, kami peserta kursus hanya diberi masa kurang 5 jam untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar. Tiga tempat bertuah yang dipilih oleh urusetia untuk lawatan adalah Lavender Garden, Rose Garden dan Strawberry Farm.


:: Lavender Garden ::


Lavender Garden memang wajib masuk sebab kat KL tak ada lavender! hehe. Tapi tempat ni berbayar. RM 5/entry  untuk dewasa dan RM 3/entry  untuk kanak-kanak. Kat sini bukan setakat ada Lavender je. Ros, Kekwa, strawberi pun ada. Nak petik strawberi sendiri pun boleh. Tapi aku nasihatkan tak payah la nak susahkan diri. Strawberinya kecik cenonet. Mungkin sebab belum musimnya kot. Tak berbaloi bayar. Beli yang siap pack,  sudah.

Tapi aku tak cadangkan korang beli strawberi kat sini sebab mahal. Kalau beli kat pasar, dorang jual 3 RM 25 untuk yang pek besar. Berbaloi-baloi kot. Teh strawberi pun aku tak cadangkan beli kat sini. Mahal. Kat Kea Farm korang boleh dapat harga 2 RM 9 je. Fridge magnet  atau keychain  pun jangan beli kat sini. Kat Kea Farm atau kawasan sekitar jual satu RM 1 je.

So,  apa je yang boleh beli kat sini?

Aku cadangkan korang beli strawberi coklat atau strawberi kopi atau strawberi nescafe 4 in 1. Walaupun agak mahal, 12 sachets  RM 18 tapi minuman ni tak ada jual di pasar atau tempat lain. Pada yang nak merasa strawberi cecah coklat pun boleh beli kat sini. Satu cucuk RM 1.50. Kat luar, satu RM 2. So  fikir-fikir, kan.



:: Rose Garden ::
 
 
Tempat seterusnya adalah Rose Garden. Bayaran RM 4/entry.  Dah nama pun rose garden,  maka banyaklah spesis ros kat sini. Tapi aku tak la sampai menghafal semuanya. Aku pakat ambil gambar je. Buat bukti dah sampai sini. haha.
 
Kat luar Rose Garden ni ada kedai jualan. Murah juga. Kat situ la aku beli fridge magnet  yang satu RM 1 dengan coklat perisa buah-buahan, 50 biji RM 7. Kira ok la, kan?
 
 
Untuk Strawberry Farm kitorang cuma sempat jalan-jalan kat gerai jualan je coz  tempat tu dah tutup. Baru pukul 6 dah tutup???? Choii! Tapi tak apa la. Kat Lavender Garden tu pun dah tengok strawberi. So  tak la kempunan sangat. Lagi pun, strawberi kat mana-mana pun sama je, kan? [ayat pujuk diri sendiri]
 
 
Bukti-bukti dah jejak Cameron Highland!
 
 


 :: Bersama big boss di depan Lavender Garden dengan hasil 'tangkapan' masing-masing ::
 
 
 
 
 
 :: Lavender Garden vs Rose Garden. Tapi bunga kat sebelah tu bukan lavender! hehe ::



:: Foto ni dibeli di booth photographer Lavender Garden. 2 RM 40 beserta kalender ::



Kat cameron ni aku tak beli strawberi pun. Sayur tak, bunga pun tak juga. Tak kuasa aku. Bukan makan pun. Bunga pun simpan lama-lama layu jugak. Satu je yang best  kat cameron. Weather  dia. Redup je. Sejuk je. Kat bilik pun tak payah berair-cond. Kipas pun tak ada. kalau bukan pasal kursus, memang aku tidur tak bangun-bangun la 3H2M kat sini.