Tuesday, December 2, 2014

Syarat Kemasukan Program Ijazah SarjanaMuda Sains Perubatan Kecemasan

Assalamualaikum wbt.

Sehingga hari ini masih ramai yang bertanya tentang syarat kemasukkan bagi program Sains Perubatan Kecemasan. So entry kali ni saya lampirkan syarat-syarat kemasukkan bagi sesiapa yang berminat. Harap membantu.



*SYARAT AM UNIVERSITI


Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM;

dan

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).




*Info telah diubahsuai dari portal Kementerian Pelajaran memandangkan program ini hanya terbuka kepada Penolong Pegawai Perubatan dalam perkhidmatan.



*SYARAT KHAS PROGRAM



KEMASUKAN TERUS KE TAHUN 2


Memiliki kelulusan Diploma Pembantu Perubatan atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf oleh Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

dan

Berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia (LPP);

dan

Memiliki Sijil Amalan Tahunan semasa daripada Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia;

dan

Mempunyai pengalaman klinikal lebih dari 3 tahun dan telah disahkan dalam jawatan;

dan

Lulus temuduga yang ditetapkan


*Info dari portal UKM bertarikh 1 Disember 2014





Kepada bakal pemohon, anda perlu memenuhi semua SYARAT AM UNIVERSITI dan SYARAT KHAS PROGRAM.

Untuk makluman, saya hanyalah bekas pelajar untuk program Emed dan tak terlibat dengan pengambilan pelajar ataupun P&P. Jika ada pertanyaan saya akan cuba jawab seadanya. Info lanjut, tanya la UKM.


Semoga berjaya!



13 comments:

  1. assalam, nak tanya kalau lepasan diploma sains uitm boleh memohon course ni tak? terima kasih

    ReplyDelete
  2. Maaf. Buat masa sekarang,program ini hanya terbuka kpd penolong pegawai perubatan.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Pengambilan pelajar untuk course ni ditutup sementara mulai tahun ni sehingga diberitahu. Itu sahaja maklumat yang sy tau

      Delete
  4. Ble intake seterusnya dan adkh program ini boleh dilakukn secara PJJ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada pengambilan untuk tahun ini. Untuk tahun hadapan, jika ada insyaAllah saya akan update.

      Delete
  5. Ble intake seterusnya dan adkh program ini boleh dilakukn secara PJJ?

    ReplyDelete
  6. hello. tumpang tanya.
    kalau pengalaman kerja dua tahun boleh apply tak untuk course ini?

    ReplyDelete
  7. berapa lama tempoh masa program ini?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kalau diploma pharmacy boleh mohon?

    ReplyDelete
  9. Asalamualaikum saya nk tanya, berapa kos total kursus ijazah aains perubatan kecemasan?

    ReplyDelete