Showing posts with label emedian. Show all posts
Showing posts with label emedian. Show all posts

Tuesday, March 24, 2015

Selamat Bercinta hingga ke Syurga, Sahabat

Assalamualaikum


Bulan ni sangat busy memenuhi jemputan raja sehari. Dari Gombak ke Penang (walaupun aku dah pesan awal-awal jangan pilih minggu yang sama!haha). Mula-mula tu jenuh jugak nak susun jadual. Mana nak risau kalau-kalau cuti tak lulus, tak ke haru jadinya. Tapi alhamdulillah semua berjalan seperti yang dirancang.

Memandangkan majlis dilangsungkan pada tarikh yang hampir sama. Jadi terpaksa la berbahagi jemputan. Enam haribulan pergi majlis akad nikah member sekolah. Then esoknya ambil flight ke Penang pulak untuk kenduri member UKM. Adil la kan dua-dua kenduri dapat hadir.

Keadilan biasanya bukan percuma, tapi perlu dibayar. Akibat leka berkampung kat Gombak, malam tu aku sampai lewat ke rumah. Choii. Dah la esok flight pagi. Nasib baik ada ayah yang sanggup
hantar ke KLIA pagi-pagi buta. Kalau tak, bungkus kain baju tido airport la jawabnya. huhu

Pagi Sabtu, 7 Mac tu aku pun selamat la terbang bersama AA ke Penang. Mula-mula takut jugak kot-kot la flight delay ke apa, kang tak sempat pulak nak pegi majlis akad nikah si Fidah ni. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sampai Penang awal 5 minit dari jangkaan. Siap tukar baju dalam flight plus makan nasi ayam lagi. Semua settle kurang dari 30 minit. So sure korang boleh bayangkan macam mana rakusnya aku perabis nasi ayam yang masih panas berasap dalam flight tu kan? haha.

Then Didi pick up kat Bayan Lepas, terus ke masjid USM. Majlis start 9 pagi tapi lafaz akad kol 10 pagi. Nak sejam jugak la tok kadi tu baca khutbah. Nasib baik kelakor, layankan aje la walau kaki dah naik lenguh sebab duduk bersimpuh. kuikui.







Dalam masa tu sempat jugak whatsapp Thira mintak belanja gambar kahwin dia. hehe. Memang tema hari tu kot sebab dua-dua pengantin ni pilih warna hijau.





Membuatkan aku pun terasa nak join sama.





Walaupun sipi-sipi je hijaunya, hehe.



Disebabkan kitorang sampai ke dewan awal, makanya masing-masing mula buat perangai tak semenggah. Bukan sebab tak biasa datang majlis, tapi sebab perut dah berbunyi krokk...krokk sedangkan lauk-pauk belum lagi terhidang. Nasib ada photobooth yang best, dapat la hilangkan lapar jap. ekeke.














:: Ambil gambar kat pelamin memang dah jadi acara wajib! ::



:: Meja vvip. Deco dia memang superb! ::



:: Muka-muka sabar menanti makanan pengantin! ::



Pengantin belanja eskrem sebab kitorang sanggup tunggu sampai ke petang. Orang lain datang silih berganti, kitorang je yang makan tak henti-henti duduk diam-diam kat tepi.







Bila pengantin ajak selfie. Kita ikutkan aje! ekeke






Walaupun kami kawan,





tapi sebenarnya kami geng anti-sosial.






Lol!

Tuesday, December 2, 2014

Syarat Kemasukan Program Ijazah SarjanaMuda Sains Perubatan Kecemasan

Assalamualaikum wbt.

Sehingga hari ini masih ramai yang bertanya tentang syarat kemasukkan bagi program Sains Perubatan Kecemasan. So entry kali ni saya lampirkan syarat-syarat kemasukkan bagi sesiapa yang berminat. Harap membantu.



*SYARAT AM UNIVERSITI


Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM;

dan

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).




*Info telah diubahsuai dari portal Kementerian Pelajaran memandangkan program ini hanya terbuka kepada Penolong Pegawai Perubatan dalam perkhidmatan.



*SYARAT KHAS PROGRAM



KEMASUKAN TERUS KE TAHUN 2


Memiliki kelulusan Diploma Pembantu Perubatan atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf oleh Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

dan

Berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia (LPP);

dan

Memiliki Sijil Amalan Tahunan semasa daripada Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia;

dan

Mempunyai pengalaman klinikal lebih dari 3 tahun dan telah disahkan dalam jawatan;

dan

Lulus temuduga yang ditetapkan


*Info dari portal UKM bertarikh 1 Disember 2014





Kepada bakal pemohon, anda perlu memenuhi semua SYARAT AM UNIVERSITI dan SYARAT KHAS PROGRAM.

Untuk makluman, saya hanyalah bekas pelajar untuk program Emed dan tak terlibat dengan pengambilan pelajar ataupun P&P. Jika ada pertanyaan saya akan cuba jawab seadanya. Info lanjut, tanya la UKM.


Semoga berjaya!



Wednesday, March 19, 2014

Pengembangan dan Perkembangan Keluarga EMED


Assalamualaikum wbt.

Pejam celik pejam celik, dah hampir 3 tahun aku dan kengkawan Emed (1st batch) yang lain tinggalkan dunia dengar lecture-buka buku-masuk exam. Setelah 4 tahun berhempas pulas di UKM dan berkat kesabaran menunggu surat tawaran sama ada dari KKM mahupun swasta, kini kebanyakan daripada kami telah pun selamat menjawat jawatan yang sentiasa menjadi tanda tanya dan meninggalkan persoalan; betul ke graduan Emed akan diserap menjadi Penolong Pegawai Perubatan?. Nah, kini semuanya telah terjawab. 7 di HUKM dan 10 di KKM. 3 daripadanya bergelar pengajar di KSKB, selebihnya di bidang klinikal termasuk seorang admin di Putrajaya. Alhamdulillah, syukur!

Panjang perjalanan kitorang sebenarnya. Memulakan sesi pengajian pada 2007 dengan 24 orang kesemuanya. Tapi jodoh tak panjang. Ada yang tarik diri untuk mengikuti kursus pergigian dan perubatan di swasta. Ada yang terpaksa menarik diri atas desakan komitmen pada kerja, keluarga dan lain-lain. Sudahnya, hanya 19 orang je yang selamat bergraduasi pada tahun 2011.

Dalam masa 3 tahun ni, bukan setakat kerjaya Emed je yang berkembang. Ahli keluarga Emed juga terus berkembang pesat! Buktinya sekarang ni aku dah ada 5 orang anak sedara. 3 perempuan dan 2 lelaki. Nur Izz, Umar, Idham, Amanda Imani dengan Damia. [Mummy and daddy sekalian, sorry sebab tak update nama penuh anak-anak anda]. Alhamdulillah, 38.9% dah selamat berumah tangga. [Sorry bro Azrol, anda tak di kira sebab awal-awal lagi dah memang tak available!hehe]. Tiga orang lagi, coming soon. Very, very soon I guess!*winkwink*. Siapa? Malas la nak bagi tau. Tunggu 'orang-orang' tu buat PC okay! Kang tak surprise pulak. And sorry again, rasanya tahun ni tak ada program tahun mencari cinta dahh. Bukan give up, tapi dah fed up*hikhik*

Dan dalam 38.9% ni, ternyata Syuk la yang paling bertuah. Satu Malaysia PPP 41 apply cuti nak datang wedding dia. Terengganu, Kelantan, JB, KL semua pakat datang. Untunggg laa!haha. Tapi memasing memang excited nak reunite masa wedding dia. Almaklum la, lama gila kitorang semua tak jumpa. So, ni lah masanya. Cuma sedih sikit sebab yang kat oversea (Sabah) tu tak dapat cuti*sobsob*. Next wedding make sure semua ada, okay?!

Walaupun cuaca hari tu panas, tapi tak boleh lawan dengan 'panas'nya perjumpaan kitorang. Bahan-membahan orang adalah agenda utama. Boleh pulak orang yang selama ini kononnya anti-pink, akhirnya duduk bersanding dengan baju serba pink!*kahkahkah*. Nasib kau la, Syuk.

Tapi reunion ni tak berakhir di Batang Kali je. Bersambung pulak di Berjaya Times Square! Emed kalau keluar, tak sah la kalau tak masuk panggung. Kali ni Non-stop jadi pilihan. Sesuailah dengan kitorang yang tak berhenti berjalan dari pagi ke tengah malam. Dan lagi la sesuai dengan situasi dunia sekarang. Terbayang MH370 sepanjang tengok cerita tu.huhu. Dan sebelum balik, sempat singgah makan untuk dinner. Very, very late dinner!

Nah, habuan macam biasa. Kita layan gambar pulak. Thanks kepada pemilik-pemilik gadget terbaik dari ladang yang telah mem'freeze'kan all those moments!



:: Hah, nampak tak ke'pink'kannnya di situ??? ::



:: Mana-mana Emedian yang tak ada dalam gambar, sila angkat tangan! ::



:: Siapa-siapa Emedian yang tak ada dalam gambar, sila nangis sekarang jugak! Ha.ha ::



:: Sedondon gitu! Ambil berkat eh, Syuk? ::



:: Amanda with her mummies. Mom. Mummy DD. Mummy Fida. Mummy Yana. Kakak Sarah. Haha ::



:: Amanda and mummy Aira. Ni pun kira ambil berkat jugak ye? ::



:: Selfie dulu sebelum balik! Say no to gopro! ::



:: Dah macam bebudak berjalan di pagi raya ::



:: Last shoot sebelum masuk panggung! ::



Sampai bertemu lagi ye, kawan-kawan.

Masih menunggu nasi dagang mummy Ila.

Ha.ha.

Sekian.