Friday, January 22, 2021

Kak Syam

Hari ni genap dua minggu akak pergi tinggalkan kitorang..

Tadi Izzati ada WhatsApp antara gambar terakhir akak dengan family, celebrate birthday Eleanur, mungkin. Kat Fraser Hills ke kak? 

Tetiba teringat cerita abg KR masa kitorang melawat family akak kat Cheras. Abg KR cakap, sebelum akak deteriorate, akak beriye nak pergi Fraser Hills. Tuhan je tau perasaan saya masa tu, kak.

Akak ingat lagi plan kita nak buat family day kat Fraser? Masa tu akak tengah riki2 tempat untuk family day FAHS. Tapi tu la, tak ada faculty members pun yang bagi positive response. Kita je yang syok sendiri. So konon nak ubat hati sendiri, kita plan untuk tukar dari family day faculty to family day DPS. Kita pilih Fraser Hills. Saya pilih pun sebab saya tak pernah sampai sana lagi. Pastu ingat boleh la melencong ke Pine Tree Hill sekali. Bias kan saya? Haha

Saya tengok, akak happy sangat masa tu. Semangat akak cari homestay area sana. Then akak pick satu homestay English style, 6 bilik. Tapi saya dah tak ingat nama bungalow tu. Saya cuba cari balik blog page tu tapi tak jumpa 😢

Kita siap plan apa aktiviti nak buat kat sana lagi. Masa Google tu, ada jumpa tempat main kuda dengan archery ke apa. So kita plan tu untuk aktiviti anak-anak akak nanti. Saya pulak sibuk nak hiking and bbq. Siap request akak marinate siap2 dari rumah. Iyala, akak kan terer masak!

Tapi disebabkan semua busy, akak busy dengan MQA documents, saya pulak busy memanjang dengan study, so kita postpone plan tu. Ingat nak pergi lepas settle MQA, tapi tak dan. Sebab lepas pindah new campus, lagi bertambah busy. Dengan macam-macam jadi dalam faculty. Then diam2 saya nekad nak pergi lepas saya habis master. 

Tiba2 lepas saya settle hantar hardcopy master, Aug 2019 akak diagnos dengan breast cancer, triple negative breast cancer stage 3 😭. Akak ambil MC dan cuti panjang untuk start chemotherapy. 

Sampai hari ni kak, saya tak lupa plan kita ke Fraser tu. Siapa sangka, dalam saya menghitung hari kita boleh ke sana, akak pulak tengah menghitung hari tinggalkan kitorang semua 😭😭

If I know you are running out of time, I won't postpone our plan, kak 😭😭😭

Akak.. 

I'm sorryyyyy. 

But the other way around, I'm glad that you are able to be there. Dengan your real family members for your family day. 

Again, 

I'm sorry. 

And, 

I miss you. 


No comments:

Post a Comment