Wednesday, February 6, 2013

Apa yang Hebat Sangat Pasal Sony Xperia V Nih?


 
Assalamualaikum wbt.

Tengok tajuk pun dah tau aku nak cerita pasal apa, kan? Of course  la pasal my new gadget! Sony Xperia V. Sebaik saja Nokia 1100c  ditamatkan riwayatnya dek kerana berenang dalam Dinamo maka aku pun terpaksa mendapatkan handset  baru. Itu pun selepas 5 tahun plus plus! Pheww  banyak kot jasa handset  tu walau tak sepintar mana.

Tapi bukan senang nak putuskan handset mana yang jadi pilihan disebabkan oleh lambakan telefon-telefon pintar kat pasaran. Iphone  ka? S3  ka? Apa ka?

Selama dua hari aku tak berhandset. Dua hari tak dengar phone or message ringtone. Dua hari tak ada alarm clock  yang mengejutkan aku di pagi hari (nasib baik dua hari tu keje petang! Pheww). Dan dua hari tu jugak la dok fikir nak beli handset   mana. Dan tatkala kaki melangkah ke Low Yatt, hati dah tetapkan nak beli S3!

Dan bila survey  harga, RM 1880 termasuk free gift  yang aku tak rasa free  pun (External memory, screen protector, flip case, etc). Nampak macam lumayan tapi jangan cepat terpengaruh. Bukan sikit duit yang nak dilaburkan nih! Then  lepak kat satu kiosk ni. Mula-mula macam biasa la, tanya berapa harga yang dia boleh kasi untuk S3. Ahah, memang 1880 jugak. Then  aku tanya pasal S2  pulak. Ermm, 1680. Bila tengok aku macam teragak-agak (atau nampak macam tak cukup duit nak beli) dia pun syorkan HTC Sensation  yang lebih murah (RM 1200) dan mempunyai spesifikasi yang lebih kurang macam S2  kecuali dia tak ada external memory. Oh, no.  Aku tak minat HTC  kot. Then  beralih pada Iphone5. Iphone  memang bagus sebab programming system  dia yang mantap. Cuma dia tak user friendly.  Semua application  kena beli dan transferring data  hanya untuk Iphone to Iphone. Oh man,  siapa je member  aku yang pakai Iphone,  huh? (kecuali Nabila Athira.haha) Dan disebabkan aku ni customer  yang banyak songeh, saleperson  tu pun bagi last offer  kat aku. Dia kata kalau nak guna Android  yang senang access plus brand  yang boleh dipercayai (tak macam Samsung yang gah pada kuantiti tapi bukan pada kualiti) dengan harga yang tinggi, dia suggest Sony Xperia TX  dengan harga RM1930 (dengan free gift  yang tak berapa nak free!) Selain Iphone  dia memang puji la produk Sony  ni sampai aku pun terpengaruh. Tapi bukan dengan harga yang dia offer  tu. Dengan sopan aku pun says, thank you (for your information)  dan melangkah ke Sony Centre!  Dan kat situ la terjatuh hati dengan Sony Xperia V.

Moral of the story,

Kalau nak review  pasal gadget, survey  harga, korang boleh la pergi ke kiosk-kiosk kecil ni coz  dorang memang sangat informative.  Tapi kalau nak beli, risiko tanggung sendiri!

Actually Xperia V  ni sama je macam Android  yang lain. Beza hanya pada saiz, kamera, speciality and of course  harga!

Benda yang buat aku tertarik dengan Xperia V:
 


Saiz

Handset ni walaupun tak sekecil Iphone5  tapi dia juga tak sebesar S3  (benda yang paling aku tak suka pasal S3). Agak ringan, 120g. Sampaikan Nadia kata;

“Pergh, ringannya. Rasa macam nak baling!”

Eyp! Handset ni bukan anti-graviti ek. Jangan sesuka hati nak baling handset  aku!

Kamera

Sony   memang terkenal dengan gambar yang cantik dan sharp.  Apatah lagi kalau kamera tu 13 megapixels. Hoyeee!

Water Resistance
 

Hey, diulang! Water resistance,  bukan waterproof  okey! So  jangan rendam dalam baldi apatah lagi dalam swimming pool.  Atau handset anda akan ke laut!

Branding

Ahah. Memang dari dulu lagi aku memang suka gadget-gadget Sony. Smart woo!  Bermula dengan walkman, Mp3  dan sekarang handset!  Memang terbaik! (coming soon may be Vaio E. Hehee)

Harga

 
 
Walaupun bukan murah tapi affordable  la jugak. Sesuai dengan budget aku untuk hari tu.

RM 1599.
 


12 comments:

  1. xyah nk wow sgt..Xperia Z da kuar kot..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. xyah wow sgt la wey..android je pon..huhu
      btw, ak dah ilang no kamu berdua. kalo rajin silalah msg/misscall,k :p

      Delete
  3. Salam.. it's really water & dust resist? it's worth buying?? and TQ for your review. tak sabar nk beli ni.. hehe

    ReplyDelete
  4. for me it's worth to buy. it's water resistance because of the usb and headset connector were fully covered so water not easily can go thru all the cips, battery, etc inside. resistance equal to tahan rintangan so mmg xleh terendam dlm air..it just for less than 30mins and less than 100cm depth..;p

    ReplyDelete
  5. Ok x nset ni..?? Minat.. Ade hang x...??

    ReplyDelete
  6. So far tak pernah hang. Just tak jumpa flip case for hp ni je lagi. Sedey!:(

    ReplyDelete
  7. kenapa tak nk pilih sony TX?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari segi fungsi, TX dan V hampir sama. Tapi TX lebih besar dan warna pilihan tak berapa menarik (bg saya)

      Delete