Assalamualaikum wbt.
Perghh, lama gila tak update blog sampai nak buat mukdimah pun terkial-kial. Tahun 2013 makin ke penghujung, portfolio aku masih terbengkalai lagi. Tak sangka pula kerja-kerja pengurusan ni jauh lebih susah daripada klinikal. Setahun mungkin belum cukup untuk aku beradaptasi dengan keduanya. Dan bagai pucuk dicita ulam mendatang bila HR tawarkan kursus 3H2M di Cameron Highland. Walaupun untuk berkursus, tapi sekurang-kurangnya dapat jugak larikan diri dari rutin harian yang dah terasa menyesakkan! Makin cuti sekolah, makin ramai pulak yang datang memenuhkan ED tu! Choii!
Tapi cukup bijak ke naik cameron di tengah-tengah musim tengkujuh?
Tawakal je la wey.
:: Heritage Hotel ::
Sepanjang program, kami menginap di Heritage Hotel, Tanah Rata. Actually hotel ni agak mahal dan terletak agak jauh dari kawasan tumpuan pelancong apatah lagi kawasan membeli-belah. Jadi pada sesiapa yang bercadang untuk membawa keluarga atau pergi as a backpacker, adalah tidak digalakkan memilih hotel ini sebagai tempat penginapan. Tetapi sesuai untuk program-program jabatan/organisasi berdasarkan fasiliti yang disediakan.
Sesuai dengan tajuk kali ini, kami peserta kursus hanya diberi masa kurang 5 jam untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar. Tiga tempat bertuah yang dipilih oleh urusetia untuk lawatan adalah Lavender Garden, Rose Garden dan Strawberry Farm.
Lavender Garden memang wajib masuk sebab kat KL tak ada lavender! hehe. Tapi tempat ni berbayar. RM 5/entry untuk dewasa dan RM 3/entry untuk kanak-kanak. Kat sini bukan setakat ada Lavender je. Ros, Kekwa, strawberi pun ada. Nak petik strawberi sendiri pun boleh. Tapi aku nasihatkan tak payah la nak susahkan diri. Strawberinya kecik cenonet. Mungkin sebab belum musimnya kot. Tak berbaloi bayar. Beli yang siap pack, sudah.
Tapi aku tak cadangkan korang beli strawberi kat sini sebab mahal. Kalau beli kat pasar, dorang jual 3 RM 25 untuk yang pek besar. Berbaloi-baloi kot. Teh strawberi pun aku tak cadangkan beli kat sini. Mahal. Kat Kea Farm korang boleh dapat harga 2 RM 9 je. Fridge magnet atau keychain pun jangan beli kat sini. Kat Kea Farm atau kawasan sekitar jual satu RM 1 je.
So, apa je yang boleh beli kat sini?
Aku cadangkan korang beli strawberi coklat atau strawberi kopi atau strawberi nescafe 4 in 1. Walaupun agak mahal, 12 sachets RM 18 tapi minuman ni tak ada jual di pasar atau tempat lain. Pada yang nak merasa strawberi cecah coklat pun boleh beli kat sini. Satu cucuk RM 1.50. Kat luar, satu RM 2. So fikir-fikir, kan.

:: Lavender Garden ::

:: Rose Garden ::
Tempat seterusnya adalah Rose Garden. Bayaran RM 4/entry. Dah nama pun rose garden, maka banyaklah spesis ros kat sini. Tapi aku tak la sampai menghafal semuanya. Aku pakat ambil gambar je. Buat bukti dah sampai sini. haha.
Kat luar Rose Garden ni ada kedai jualan. Murah juga. Kat situ la aku beli fridge magnet yang satu RM 1 dengan coklat perisa buah-buahan, 50 biji RM 7. Kira ok la, kan?
Untuk Strawberry Farm kitorang cuma sempat jalan-jalan kat gerai jualan je coz tempat tu dah tutup. Baru pukul 6 dah tutup???? Choii! Tapi tak apa la. Kat Lavender Garden tu pun dah tengok strawberi. So tak la kempunan sangat. Lagi pun, strawberi kat mana-mana pun sama je, kan? [ayat pujuk diri sendiri]
Bukti-bukti dah jejak Cameron Highland!
:: Bersama big boss di depan Lavender Garden dengan hasil 'tangkapan' masing-masing ::
:: Foto ni dibeli di booth photographer Lavender Garden. 2 RM 40 beserta kalender ::
Kat cameron ni aku tak beli strawberi pun. Sayur tak, bunga pun tak juga. Tak kuasa aku. Bukan makan pun. Bunga pun simpan lama-lama layu jugak. Satu je yang best kat cameron. Weather dia. Redup je. Sejuk je. Kat bilik pun tak payah berair-cond. Kipas pun tak ada. kalau bukan pasal kursus, memang aku tidur tak bangun-bangun la 3H2M kat sini.
No comments:
Post a Comment