Assalamualaikum wtb.
Kali ni aku saja nak kongsi cara aku hilangkan parut jerawat. Itu pun sebab dah dua kali housemate dok tanya, "sarah guna apa ek nak hilangkan jerawat?". Ish, malu pun ada nak jawab soalan tu. By right aku bukan guna produk-produk mahal atau telan pil yang pelik-pelik pun. huhu.
So sesuai dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dari sehari ke sehari, meh sini aku kongsikan dua cara yang aku fikir agak menjimatkan. Walaupun kesannya mengambil masa bertahun tapi berpatutan la. Sekurang-kurangnya duit tak melayang macam tu je bila beli produk yang belum terjamin lagi keselamatan dan keberkesanannya.
Bedak sejuk plus serbuk kayu manis
Macam yang aku bagitau awal-awal tadi, cara ni memang murah tapi kesannya lambat. Aku ni, dah pakai lebih setahun baru nampak kesannya sikit-sikit. Ok la tu kan dari tak ada langsung!
Tapi aku tak berapa galakkan untuk orang yang berkulit 'nipis dan sensitif'. Apa yang aku maksudkan 'nipis dan sensitif' adalah untuk orang-orang yang sedang bereksperimen dengan kulit muka sendiri, iaitu telah atau sedang menggunakan pelbagai jenis kosmetik atau produk penjagaan muka. Bukan apa, kayu manis ni bersifat 'panas'. Kalau kulit muka korang tu dah sedia kemerah-merahan akibat jerawat yang tak kecut-kecut dan ditambah lagi pelbagai bahan kimia yang korang tepek kat muka tu, mau terbakar jadinya bila letak kayu manis ni.
Pada yang baru nak cuba, aku cadangkan korang lebihkan bedak sejuk berbanding serbuk kayu manis. Tak la pedih sangat nanti. Ermmm, bunyi macam menakutkan je, kan? Tapi tak cuba, mana nak tau!
Oppsss. Beb, cara ni untuk hilangkan PARUT jerawat tau. Tak pernah pulak aku bubuh kayu manis ni kat jerawat yang tengah masak ranum tuh!hehee
Apricot Scrub
Ahah, apricot scrub for blemish control dari St. Ives memang terbaik! Pernah try dulu masa zaman student. Tapi tak lama. Setahun je. Almaklum la, student dulu mana ada duit sangat. Mau kopak duit aku nak membeli. Baik simpan duit tu buat makan. Kalau tak silap harganya ada la dalam RM 20. Sekarang ni dah kerja, baru la cari balik skrub ni.
Skrub ni agak menjimatkan, boleh guna untuk setengah tahun. Bagi aku skrub ni tak terlalu mengeringkan kulit. Sebab tu aku berani buat sebagai daily scrub. Pakai sekali sehari untuk empat ke lima hari seminggu.
Tapi ingat, skrub tetap skrub. Tak boleh jadi pencuci muka. So korang kena cuci muka dengan facial foam dulu. Bilas dengan air then baru tenyeh dengan skrub. Jangan guna sampai 3 kali sehari lak!
Itu saja untuk kali ini.
Apa-apa hal pun jangan lupa habiskan air masak 8 gelas sehari, baru menjadi!
Apa-apa hal pun jangan lupa habiskan air masak 8 gelas sehari, baru menjadi!
terimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
ReplyDelete.