Wednesday, March 19, 2014

Pengembangan dan Perkembangan Keluarga EMED


Assalamualaikum wbt.

Pejam celik pejam celik, dah hampir 3 tahun aku dan kengkawan Emed (1st batch) yang lain tinggalkan dunia dengar lecture-buka buku-masuk exam. Setelah 4 tahun berhempas pulas di UKM dan berkat kesabaran menunggu surat tawaran sama ada dari KKM mahupun swasta, kini kebanyakan daripada kami telah pun selamat menjawat jawatan yang sentiasa menjadi tanda tanya dan meninggalkan persoalan; betul ke graduan Emed akan diserap menjadi Penolong Pegawai Perubatan?. Nah, kini semuanya telah terjawab. 7 di HUKM dan 10 di KKM. 3 daripadanya bergelar pengajar di KSKB, selebihnya di bidang klinikal termasuk seorang admin di Putrajaya. Alhamdulillah, syukur!

Panjang perjalanan kitorang sebenarnya. Memulakan sesi pengajian pada 2007 dengan 24 orang kesemuanya. Tapi jodoh tak panjang. Ada yang tarik diri untuk mengikuti kursus pergigian dan perubatan di swasta. Ada yang terpaksa menarik diri atas desakan komitmen pada kerja, keluarga dan lain-lain. Sudahnya, hanya 19 orang je yang selamat bergraduasi pada tahun 2011.

Dalam masa 3 tahun ni, bukan setakat kerjaya Emed je yang berkembang. Ahli keluarga Emed juga terus berkembang pesat! Buktinya sekarang ni aku dah ada 5 orang anak sedara. 3 perempuan dan 2 lelaki. Nur Izz, Umar, Idham, Amanda Imani dengan Damia. [Mummy and daddy sekalian, sorry sebab tak update nama penuh anak-anak anda]. Alhamdulillah, 38.9% dah selamat berumah tangga. [Sorry bro Azrol, anda tak di kira sebab awal-awal lagi dah memang tak available!hehe]. Tiga orang lagi, coming soon. Very, very soon I guess!*winkwink*. Siapa? Malas la nak bagi tau. Tunggu 'orang-orang' tu buat PC okay! Kang tak surprise pulak. And sorry again, rasanya tahun ni tak ada program tahun mencari cinta dahh. Bukan give up, tapi dah fed up*hikhik*

Dan dalam 38.9% ni, ternyata Syuk la yang paling bertuah. Satu Malaysia PPP 41 apply cuti nak datang wedding dia. Terengganu, Kelantan, JB, KL semua pakat datang. Untunggg laa!haha. Tapi memasing memang excited nak reunite masa wedding dia. Almaklum la, lama gila kitorang semua tak jumpa. So, ni lah masanya. Cuma sedih sikit sebab yang kat oversea (Sabah) tu tak dapat cuti*sobsob*. Next wedding make sure semua ada, okay?!

Walaupun cuaca hari tu panas, tapi tak boleh lawan dengan 'panas'nya perjumpaan kitorang. Bahan-membahan orang adalah agenda utama. Boleh pulak orang yang selama ini kononnya anti-pink, akhirnya duduk bersanding dengan baju serba pink!*kahkahkah*. Nasib kau la, Syuk.

Tapi reunion ni tak berakhir di Batang Kali je. Bersambung pulak di Berjaya Times Square! Emed kalau keluar, tak sah la kalau tak masuk panggung. Kali ni Non-stop jadi pilihan. Sesuailah dengan kitorang yang tak berhenti berjalan dari pagi ke tengah malam. Dan lagi la sesuai dengan situasi dunia sekarang. Terbayang MH370 sepanjang tengok cerita tu.huhu. Dan sebelum balik, sempat singgah makan untuk dinner. Very, very late dinner!

Nah, habuan macam biasa. Kita layan gambar pulak. Thanks kepada pemilik-pemilik gadget terbaik dari ladang yang telah mem'freeze'kan all those moments!



:: Hah, nampak tak ke'pink'kannnya di situ??? ::



:: Mana-mana Emedian yang tak ada dalam gambar, sila angkat tangan! ::



:: Siapa-siapa Emedian yang tak ada dalam gambar, sila nangis sekarang jugak! Ha.ha ::



:: Sedondon gitu! Ambil berkat eh, Syuk? ::



:: Amanda with her mummies. Mom. Mummy DD. Mummy Fida. Mummy Yana. Kakak Sarah. Haha ::



:: Amanda and mummy Aira. Ni pun kira ambil berkat jugak ye? ::



:: Selfie dulu sebelum balik! Say no to gopro! ::



:: Dah macam bebudak berjalan di pagi raya ::



:: Last shoot sebelum masuk panggung! ::



Sampai bertemu lagi ye, kawan-kawan.

Masih menunggu nasi dagang mummy Ila.

Ha.ha.

Sekian.