Bismillahirrahmanirrahim...
Dah berbulan trip ke Semeru berlalu, tapi sampai ke hari ini
masih terbayang-bayang keindahan Taman Negara Bromo Tengger Semeru ni.
Sebenarnya trip ni telah dirancang seawal hujung tahun lepas lagi. Pada mulanya
aku sendiri tak pasti kenapa ex-roomate aku, Ummi secara tiba-tiba mesej dan
tanya sama ada aku berminat untuk hike Semeru atau tak. Pelik. Sebab belum
pernah lagi aku dengar dia hike mana-mana bukit atau gunung sebelum ini. Tapi
memandangkan mungkin ini adalah peluang terbaik untuk kitorang lepak bersama,
so aku iya kan aje cadangan dia. Kalau nak diikutkan memang banyak drama yang
berlaku sepanjang perancangan kali ini. Al maklum la, trip ni bukan hanya
melibatkan aku, Ummi dan Zai (ex-classmate Ummi ) tapi turut melibatkan
geng-geng hanya dikenali melalui FB. So boleh bayangkan la betapa huru-haranya
plan awal dengan orang-orang yang kita tak kenal ni. Bermula dengan pemilihan
pakej, dengan harga yang tiba-tiba naik dan pemilihan lain-lain destinasi bagi
memenuhkan agenda selama seminggu di Surabaya nanti. Dari satu whatsapp gruop
ke satu group yang lain. Dan setelah segalanya dah dipastikan especially untuk
pakej ke Semeru, dua minggu sebelum fly baru aku book tiket. kuikui. Walaupun
harga pada masa tu agak mahal, tapi kesah apa kan? Orang kata, duit boleh dicari. hehe.
Pendakian kitorang bermula pada pagi 7 Mei. Pertemuan untuk pertama kalinya antara kitorang
(Atyrah, Mira, Aan, Dhiya, Min dan Bally) termasuk dua orang guide (Lathip dan
Bistri) adalah di Jemplang. Masa tu dah rasa excited sikit walaupun tak kenal
lagi dengan yang lain-lain. Tapi tak apa. As long as Ummi ada, aku ok. haha.
Sekurang-kurangnya apa yang dirancang selama ni berhasil. Dan duit tiket aku tu
tak melayang sia-sia. Dan betul la, janji Allah tu pasti. Walau hebat
mana pun perancangan kita tapi kalau Dia tak izinkan, benda memang tak jadi
apa. Dan kalau Dia dah kata kun fayakun, maka takkan ada apa yang boleh
menghalang. Alhamdulillah. Jadi nikmat Tuhanmu manakah yang kau dustakan?
Jemplang - Ranupani
:: Keterujaan teserlah walaupun perjalanan masih jauh ::
:: Breakfast. Perkara wajib sebelum hiking! ::
Untuk mountain stick tu, memang agak terhad kat sini. Kadar sewaan pulak Rph30 000/day. Aku, Zai dan Ummi ambil keputusan untuk tidak menyewa. Kalau ada rezeki jumpa kayu mana-mana sepanjang perjalanan nanti, rembat je buat tongkat. Tapi dah memang rezeki aku, dapat beli mountain stick dengan harga Rph 90 000. Yang toilet pulak, korang jangan risau. Banyak je toilet kat sini, Rph2000/enrty. Kalau nak masuk toilet free, guna toilet kat kedai makan yang berdepan dengan kedai souviner sebelum pintu masuk utama Semeru, hehe. Kat sini juga kitorang buat keputusan untuk menggunakan khidmat porter. Kadar bayaran, Rph 175 000/day. Jadi kitorang kongsi ramai-ramai dan ambil dua porter.
Di Ranupani, segala dokumen seperti salinan passport dan
surat pengesahan doktor perlu diserahkan. Terdapat juga borang ntahapa yang
perlu diisi oleh guide. Taklimat ringkas juga disampaikan oleh renjer di situ
sebelum memulakan pendakian. Aku memang mengantuk bila bab-bab dengar taklimat
ni. Tambah pulak dengan communication barrier. Yang aku tau, dengar je kata
guide, jangan melawan sebab dorang lebih terror pasal tempat kat sini. hehe
Selepas brunch, kitorang mulakan perjalanan pada jam 12 tengah hari waktu tempatan (Surabaya
cepat sejam dari waktu Malaysia). Walaupun dah tengah hari, tapi cuaca tak
terlalu panas.
Ranupani – Ranu Kumbolo
:: Pos 1. Penat mula terasa. kuikui. ::
Kitorang mengambil masa antara 2 jam setengah ke 3 jam setengah untuk sampai ke Ranu Kumbolo. Masing-masing dengan pace sendiri. Memang agak berpecah sepanjang perjalanan. Paling tidak, berjalan berdua atau bertiga. Trek agak landai. Tak banyak mendaki pun kecuali pada satu point. Treknya agak mencanak tapi cuma untuk 100 meter je. kuang3. Sepanjang perjalanan korang akan jumpa banyak check point untuk berhenti rehat. Jangan terkejut pulak kalau terima teriakan; ‘Betul betul betul. Kak Ros!’. Sebab itu memang fenomena biasa jika terserempak dengan orang tempatan sana. Apa yang best kat sini adalah suhunya. Nyaman banget. Rasa macam tengah hike kat gunung Irau, Cameron Highland. Betul la orang kata, walau kat mana kaki melangkah, hati tetap pada Malaysia. Kuikui.
:: Jumpa orang Malaysia. Bangga tengok Jalur Gemilang di situ ::
Yeay, dah sampai campsite! Perkara pertama yang kitorang buat kat sini adalah solat Jamak Zuhur Asar. Kat sini korang memang kena alert sikit waktu solat. Nasib kitorang dah bertapa awal beberapa hari kat Surabaya ni. So dah hafal siap waktu solat kat sini. Selain daripada tapak perkhemahan, kat sini turut disediakan sebuah dewan berbumbung yang biasanya menjadi tempat guide dan porter lepak serta menyediakan makanan. Terdapat juga lebih kurang 6 buah toilet tanpa sumber air. Muahahah. Kalau nak membuang, korang kena ceduk air tasik siap-siap then bawak masuk toilet. Kalau tak nak, tak yah la membuang. Nasib baik aku dah biasa dengan keadaan yang serba kekurangan macam ni. But I bet you, keindahan Ranu Kumbolo ni akan tutup segala kekurangan tu. Serius, tak tipu! Even, korang takkan sedar pun yang korang tak mandi 3 hari 2 malam kat sini! haha.
Kitorang bernasib baik sebab dapat tapak khemah yang paling
dekat dengan tasik dan menghadap tempat matahari terbit. Sumpah, tak sabar nak
tunggu esok pagi!
Selepas dirikan khemah, masing-masing buat hal sendiri.
Khemah sebelah dah senyap sunyi dah. Cuma budak-budak khemah aku je yang tak
reti penat. Kitorang sibuk unpack barang, isi air dalam botol siap-siap untuk
ke toilet dan dibuat wuduk sambil-sambil selongkar mencari snek. Lapar weyy.
Guide memang dah hilang la. Siapkan dinner kitorang gamaknya. Kitorang
menyembang dari satu cerita ke satu cerita untuk hilangkan rasa bosan dan
lapar. Tau-tau, dinner is ready! Dah separuh kenyang baru kejut khemah sebelah.
Kuikui. Tapi kitorang tak la kejam sangat. Memang dah asing makanan siap-siap
untuk dorang. Cuma tak sampai hati nak kejut je. hehe.
:: Dari subuh menanti, tapi matahari masih malu-malu sembunyi diri ::
:: Pukul 8 pun matahari masih tak nak keluar ::
Malam di sini paling best sebab dapat merasa berbumbungkan
beribu bintang. Suhu dia sejuk gila. Dan kalau dihidang dengan teh o panas
memang terbaikk. Sesi menyembang dilanjutkan lagi pada malam hari di luar
khemah. Semua ada termasuk guide kecuali Tyrah. Haila budak ni. Awal nau tido.
Malam ni dah macam sesi ice breaking pun ada. Al maklum la kitorang tak sempat
pun lagi nak berkenalan. Masing-masing sibuk cerita pengalaman sendiri
sepanjang aktif dalam dunia hiking. Walaupun dorang lagi muda, tapi pengalaman
banyak weyy. Aku? Boleh kira dengan jari je mana gunung yang dah daki. Kuikui.
Tapi yang paling terkesan adalah cerita Bally pasal gunung Tahan. Sampai jadi
igauan di akhir perjalanan balik. Nak tau apa jadi masa balik tu??? Mana boleh
cerita kat sini. Nak, face to face la. Haha.
Pukul sembilan malam, semua dah surrender. Sejuk gila tak
boleh nak tahan dah. Semua lari cari sleeping beg. Orang kata suhu kat sini up
to -5C. Patut la selubung dengan fleece pun tak jalan jugak. Kalah Kinabalu!
Eh, rindu Malaysia lagi!
:: Serumpun. Malaysia-Indonesia ::