Friday, June 24, 2011

Dulu Lain, Sekarang Lain

Kalau dulu,

Tepuk amai-amai...
Belalang kupu-kupu...
Tepuk adik pandai...
Emak upah susu.

Sekarang,

Tepuk-tepuk tangan...
Suka-suka...
Tangan di kepala...
Tangan di pinggang...



What the...*winkwink*

Wednesday, June 15, 2011

Kuku Ku Cantik


  • Nail Plate (lapisan kuku paling atas) - Bahagian yang jelas dilihat pada   kuku jari dan kaki.

  • Nail Bed dan matrix - Kawasan di bawah kulit kuku (cuticle), bahagian kuku yang tersembunyi ketika proses pertumbuhan kuku.

  • Lunula - Sebahagian daripada matrix dan ia berwarna putih. Berbentuk seperti bulan sabit di bahagian pangkal kuku dan jelas dilihat di ibu jari.

  • Kulit kuku (cuticle) - Tisu yang bertindan antara lapisan pangkal dan bingkai kuku.
  • Lekuk kuku (nail folds) - Lekuk kulit yang membingkai dan menyokong kuku dari tiga arah

Penjagaan Kuku

1.


Rendamkan kedua-dua belah kuku tangan dan kaki di dalam sebekas air suam selama 15 minit utk melembutkan kutikel kuku sebelum manicure


2.

Gunakan alat khas untuk membuang kutikel yang berlebihan di hujung kuku.

3.

Membersih dan membentuk kuku dengan menggunakan buffer.



Cara Menotong Kuku




Hari di sunatkan Memotong Kuku

  • Isnin
  • Khamis
  • Jumaat

 
Kuku dan Kesihatan





clubbing
Mungkin mengalami penyakit di bahagian hati atau paru-paru. Mungkin juga disebabkan faktor genetik.



koilonychia - spoon shaped

kekurangan iron dalam darah


leukonychia
kekurangan albumin dalam darah (hypoalbuminemia)



splinter haemorrhage
heavy smoker










Thursday, June 9, 2011

Sabah, here I come!!


Dah dapat jemputan. Haruslah pegi kan? Sambil menyelam minum air. Sambil pegi kenduri kahwin kita holiday!!yeay!!!


Teringat kata2 seseorang nih...

"Oh, Sarah. Kenduri Muna kat Sabah hang pi. Kenduri kami kat Sungkai hang tak pi"

Erkk....


Sampai sekarang speechless tak taw nak jawab apa. hee..

Wednesday, June 1, 2011

Remaja & Dunia Pelaburan

Blogging
Hah, kepada blogger kat luar tuh mesti korg taw macam mana nak buat duit melalui blog kan? Ada yang melalui nuffnang, ada gak yang join advertlets Tak kisah la yang mana satu pon, tapi tujuannya tetap sama iaitu nak cari duit poket. Dan pada blog yang popular pulak, lagi senang. Dah confirm2 ramai yang nak siarkan iklan kat blog dorg. Fuhh..memang masyuk kot. Tengok la Hanis Zalikha & Elia. Eh, tapi aku tak taw la berapa banyak income dorg. Tapi, mesti meriah,kan? Kalo blog tak popular? Ermmm...korg popular kan la. Cuba buat entry yang super duper hot. Mesti ramai yang follow punyer. Tapi jangan la buat gossip karut lagi mengarut plus kutuk keji orang je. Biarlah entry yang bermanafaat sket. So, duit yang korg dapat tu nanti, Insya-Allah lebih diberkati, okay!


Amanah Saham Bumiputera

Mesti ramai yang taw pasal skim ASB ni kan? Dan mesti ramai jugak yang dah ada akaun sendiri. Ramai jugak kawan2 aku yang dah lama bukak ASB. Aku baru je bukak akaun ni masa 3rd year. Ketinggalan sungguh. Tapi sayangnya, ada antara mereka yang suka sangat keluarkan duit dari ASB. Alasan, tak ada duit katanya. Ey, jangan la macam tu. Kalo asyik keluar je, bila la duit tu nak beranak-pinak. Cuba korg disiplinkan diri. Jadikan akaun tu sebagai akaun yang masuk tak keluar2. Setiap bulan korg spend la 10% to 20% dari gaji atau allowance korg untuk simpanan tetap nih. Tak rugi mana pon. Masuk akaun korg jugak kan. Tapi sebulan lepas tu jangan la pegi bank isi borang keluarkan duit pulak. Rugi la macam tu. Kan korg ada 80% ke 90% lagi duit. So pandai2 la guna duit yang ada kat tangan tuh. Okay?!. Kalo nak lebih lagi, apa kata korg wat pinjaman ASB. Korg boleh pilih berapa banyak yang korg nak pinjam & dalam jangka masa berapa tahun korg nak buat simpanan. 5 tahun ke 10 tahun ke 15 tahun ke, maksimum 25 tahun. Tapi, lagi singkat jangka masa yang korg nak, lagi banyak la yang korg kena bayar setiap bulan. So, kena budget betol2 sebab korg WAJIB bayar ke akaun setiap bulan. Kalo dalam masa 3 bulan berturut-turut korg tak bayar, pinjaman tersebut dikira BATAL. Bila dah sampai waktunya, korg dapat la balik duit korg tuh plus interest yang not bad jugak la. Hah, apa lagi, try la! Untuk keterangan lanjut sila la ke bank2 berdekatan. Hehee...

Pelaburan Emas
Waa...bunyi macam best je kan? Actually aku pon tak faham sangat tentang pelaburan nih. Aku dengar pon dari kawan aku. Baru cuba2 nak memahami. Kalo best memang nak try. Tapi tunggu dah keje nanti la kot. Eh, ni bukan barang2 kemas dari Habib Jewels ke Seri Emas ke Poh Kong ke. Tapi yang ni dijual dalam bentuk kepingan emas. Jangan salah faham pulak, ek. Basically, pelaburan emas ni bukan nak kasi korg cash terus menerus tapi untuk galakkan korg beli emas lebih banyak. Kemudian, korg boleh jualkan emas korg tu mengikut kaedah tertentu. Since harga emas yang agak stabil buat masa ni, so sesuai la kepada sesiapa yang nak mencuba. Untuk keterangan lanjut boleh la klik sini. Link ni pon aku dapat dari member yang kononnya dah try. Tapi gitu2 je la. 

Business

Yang ni pon interesting jugak tapi elakkan la dari join MLM. Unless kalo korg sanggup ambil risiko. Sekarang ni ramai je remaja yang buat business sendiri. Pada yang ada bakat seni syok la. Hasilkan seni kreatif sendiri then jual. Either online or offline. Yang tak ada bakat seni jangan risau pulak. Korg pon boleh jadi businesswomen/man jugak. Korg boleh jadi agen/wakil jualan untuk produk2 tertentu. Kalo boleh, pilihlah company yang dah stabil dan jual produk mengikut group/population sasaran korg. Aku pon penah bercita-cita nak jadi businesswoman masa kecik dulu. Tapi tak taw nak jual apa. Haha. Tapi aku tetap harap yang satu hari nanti, cita2 aku yang satu tu akan jadi kenyataan jugak. Insya-Allah. Tak kesah la kalo business kecik2 pon. Asalkan business yang boleh dapat duit. Hehee. Nampak sangat mata duitan. T__T

Aset Dunia
Kalo sume kat atas nih korg dah buat. Dan duit korg pon dah baaaaaaaaaanyak sangat. Sampai la waktu korg buat aset. Contoh paling senang beli la kerete ke..rumah ke. Sekarang ni pon kereta dan rumah dah jadi keperluan. So, cepat2 la book kereta and rumah. Yang kereta tu tak payah la nak beli yang import kalo tak mampu. Beli Malaysia punyer pon okay. Kata pon harga minyak dah naik. So tak payah la nak naikkan perbelanjaan bulanan korg pulak kan. Bagi sesiapa yang dah terlebih mampu, sila2 la beli rumah. Harga rumah makin naik sedangkan kereta makin turun. So, bukan ke untung kalo beli rumah awal2. Dua2 aset ni pon sebenarnya boleh buat side income. Kalo kareta tu korg tak guna, boleh la sewakan sehari dua kat kawan2 yang boleh di PERCAYAI. Yang rumah  tu pon korg boleh sewakan jugak. Tapi jangan sewa sehari dua pulak. Menyusahkan orang tuh namanya. Korg beli rumah, tapi duduk la dengan family then rumah tu boleh la disewakan. Tapi korg jangan kedekut nak bagi duit kat mak korg untuk belanja dapur pulak. Tu pulak, HAJI BAKHIL namanya!