24 Disember 2019,
Hari ni merupakan last day kerja untuk tahun 2019. Aku sambut last day 2019 ni dengan satu incident yang tidak disengajakan sebab berkejar ke kelas untuk quiz and presentation. Kepada owner kuda putih 2.0, dapatlah kiranya tuan hamba menghubungi nombor yang tertera pada name card yang patik tinggalkan. Jangan risau, patik sedia membayar ganti rugi atas kecederaan kuda putih tuan hamba itu dan memohon maaf (sambil mengira kepingan note-note terakhir untuk bulan ni). Sobsob.
2019 yang penuh dengan warna:
Colleagues - Start hujung 2018 lagi satu demi satu staff mula tinggalkan ofis. Ada yang resign dengan rela hati, ada yang diminta resign dan ada yang terminated. Bila company masuk phase retracement, benda-benda macam ni bukanlah pelik sangat. Ada staff yang berganti. Ada yang lupus begitu saja. Sekarang ni bila masuk ofis, terasa asing sangat. Sebab banyak muka-muka asing yang aku tak kenal. Miss my old colleagues so much!
Elaun- Start Feb 2019, elaun aku dipotong RM100. Yes, because of the same reason, to cut cost. Dan ada yang lebih teruk lagi bila elaun dinafikan (ayat sopan; dimansuhkan).
Rejection - Perkataan yang paling orang tak suka sekali. Hantar CV untuk apply kerja tempat lain. HOD ok. CEO call nak discuss pasal gaji. Tak sempat demand, baru bagitau current salary. Terus rasa kena reject. Dengar cerita, CEO ambil candidate yang minta gaji lebih rendah dari my current salary. Takpe la. Takde rezeki.
Konvokesyen - Event yang paling ditunggu untuk tahun ni sebab teringin nak pakai robe UPM (robe UPM lagi cantik dari UKM weh!). Tapi last minute decide untuk tak pergi. Sedih. Along the journey, of course ada kawan-kawan yang sangat supportive, selalu ada untuk disusahkan, ada untuk dengar kau meroyan siapkan assignment, stress dengan exam dan fyp dan selalu tolak ansur pasal kerja. By time semua dah settle, tinggal tunggu hari konvo, one of them was diagnosed with cancer stage 3, while my dean suddenly left WhatsApp group dengan ayat ".... terima kasih atas kerjasama dan... Hari ni, hari terakhir saya di fakulti...". Dan 'hari ni' tu adalah hari ahad. Weh, takde bos akan resign hari ahad dan inform through WhatsApp je, melainkan ada isu besar. Pada masa aku rasa, aku lah manusia paling busy, stress dan teruji sekali, rupanya ada orang lain yang tengah bertarung nyawa dan crisis yang lagi besar. *crying *. Aku rasa sambung master ni, buat aku jadi selfish, ignorant, buta dengan apa yang jadi kat sekeliling. So I decided not to attend my so called the event that I waiting for.
So-called-friend - Dia dah selamat kahwin pun. Congrats! Lepas ni kita dah tak boleh jadi kawan dah. OMG, rindunya! Kenapa bila kita rasa, kita dah buat keputusan yang betul, pilihan yang betul, tapi kita jugak yang rasa sakitnya?
Rumah kedua - Orang kata, beli rumah ni leceh, banyak procedure. Tapi aku pulak, beli rumah pakai redah. Bukak mudah.my >> pilih rumah >> WhatsApp REN >> View rumah >> sign booking form >> bayar 3% >> apply housing loan >> sign offer letter loan >> bayar baki deposit >> sign S&P, dan semua ni settle dalam masa kurang sebulan. Tu pun delay sebab lawyer pegi holiday. Then bila tengok bill dari lawyer, baru terfikir betul ke tak decision aku beli rumah time ekonomi tak best ni. Iye la, lepas kau spend berpuluh ribu untuk deposit, rupanya masih berpuluh lagi kau kena bayar untuk lawyer fees, MOT and so on. Sudah, adakah ini tanda-tanda penyesalan? Memang dasar buat keputusan dulu, nyesal kemudian. Lol! Ya Allah, kau kurniakan la rezeki yang selayaknya untukku. Yang tidak terlalu berlebih-lebih untuk aku banggakan. Dan tidak pula kurang sehingga aku terasa beban menanggungnya. Ameen
Workloads - Kerja memang tak pernah habis! Start semester Sept 2019, workload melampau-lampau. Tambah melampau bila bagi short notice macam rabu ni kau dapat tau yang kau kena ajar course pharmacology (yang kau dah tinggal lebih 10 tahun dulu) dan selasa minggu depan tu baru dapat jadual kelas yang mana kelas kau adalah hari selasa tu jugak! Total subjek kena ajar sesi Sept dan Nov, 7. Tapi alhamdulillah bila semuanya under control. For pharmacology, 7 out of 10 topics, test, assignment & final exam question settled before mid term break. Pathology class settle end of November. All chapters covered, test, quizzes, presentation settled. Satu lagi subjek baru settle hari ni. Tinggal nak marking and preparing exam question. And the remaining four subjects, tak settle apa lagi. Haha. But still have time until end of February. Girl power sangat, kan? Of course. Bila mana kau jadi robot, dan bukan manusia, semua kerja mesti settle. Bila mana kau dah tak faham makna penat, takde kerja yang kau tak boleh buat. Termasuk la tekan minyak sampai 130-140 km/j atas Elite Highway tu (tapi highway tak selalu lengang, bila ada peluang je). Yes, atas jalan tu la tempat aku lepas rasa. Sebab time tu je yang aku tak fikir pasal kerja. Tu la 'me time' aku. Merempit atas jalan. Tapi part langgar kereta orang yang aku mention kat atas tu bukan sebab lepas geram tau! Tu sebab aku dah lambat nak ke kelas.
Ups and down hidup aku tahun ni macam roller coaster. Sekejap sangat Allah bagi rasa happy and comfort tu, sebelum Dia buat semua rasa tu terhempas kat lantai. Nak nangis bucu katil pun tak sempat, demam pun aku pintak postpone sebab banyak benda nak kena settle. Tipu sangat kalau kata tak penat. Penat weh. Mentally, physically. Demotivation, insecurity, uncertainty. All are killing. Nak fikir pasal 2020 pun tak mampu. Semuanya nampak kabur lagi. Yang aku tau, aku penat. Aku nak rehat.
No comments:
Post a Comment