Wednesday, July 27, 2011

Sabah: Hari Ketiga

0550

Aishh...lambat sudah! Subuh..subuh!


0626

Tett tett...tett tett

1 message received

Jom jln2 cr mkn

Uh, awal gila budak nih. Taw la restoran tu bukak 6.30, tapi takkan nak terus serbu kot.


0710

Siap2 nak pegi breakfast!






0930

Next agenda...jalan2 naik bot pegi Pulau Aspalella. Eh, silap. Tampei-Tampei. Pak cik bot tu yang panggil Pulau Aspalella coz pulau ni la Apek dan Maya Karin shooting filem Duyung tuh.








1045

Makan..makan..makan! Idea Nailah la nih. Katanya better makan dulu sebelum pegi kenduri. Ktorg on je..




Gaduh ke cik abang, cik akak oii!!


1340

Sampai rumah saudara Muna a.k.a tempat kenduri tuh. Terus je serbu bilik pengantin! Waa...Muna, cun habis!! Majlis akad nikah ditangguhkan ke selepas Asar. So lama la ktorg lepak kat situ.





1600

Majlis akad nikah bermula. Ramai gila orang. Ktorg pon menjengah-jengah nak tengok. Majlis dorg memang ikut adat sana. Aku pon tak faham sangat. Aku rasa ni first time aku wat muka blur masa majlis kahwin orang. Nanti kalo free aku citer sket pasal adat istiadat dorg.





Serius gila muka tengok orang akad nikah!




2030

Majlis makan. Yeay! Tapi awal2 lagi husband Nailah dah sound tak bagi aku makan banyak coz dia nak baham semuanya. Cess.




2045

Majlis bersanding start. Tapi aku tak nampak pengantinnya coz terlindung dengan orang dan khemah. So tak ada la amek gambar. Lagi pon aku memang khusyuk melantak time tuh. Tak toleh kiri kanan belakang dah. Fokus makanan kat depan je. Hehee.


0950

Ermmm dah tak larat rasanya nak duduk kat bawah khemah nih. Ngantok. Penat. Letih. Serba tak kena jadinya. So, aku dengan Ummi naik atas rumah. Masuk2 je pandang skrin tv. OMG! Final piala FA! Macam mana boleh lupa nih. Adeii. Nak masuk second half. 0-0. Nasib baik. Kira ok la tu. Padang baru nak panas. Aku à Terengganu. Ummi à Kelantan. Mata terus jadi segar-bugar. Jom layan bola! àsila jangan contohi perangai ini. Buat malu je pegi kenduri orang tengok bola. Siap tayang muka tak puas hati lagi bila ada mak cik tu tukar channel. Tapi nasib baik ada pak cik yang baik hati pegi tukar ARENA balik. fuhhh..


2300

Nailah ajak balik. Sarah Ummi TAK NAK! Bola tak habis lagi.


2350

Yeay, Terengganu menang 2-1!!! Sekarang baru la terasa ngantok penat letih. NAK balik!


0115

Sampai resort. Cari katil dan ZZZzzzz...

Wednesday, July 20, 2011

Sekolah Dalam Hospital

Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) yang diilhamkan oleh isteri timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman merupakan idea yang bernas dan menarik. Walaupun terpaksa tinggal di hospital tetapi mereka masih dapat belajar seperti rakan2 lain di sekolah. Program ni dah diperkenalkan sejak bulan lepas tapi hanya bermula di Wad Pediatrik (wad kanak2) HKL, Hospital Ampang dan Hospital Serdang dan dikendalikan oleh Yayasan Nurul Yaqeen.


Sebagai student yang pernah attach kat Wad Pediatrik, aku paham la jugak betapa bosannya duduk kat wad nih. Bukan boleh wat apa2 pon. Dok lepak atas katil then makan ubat macam kunyah smarties je. TV tu ada la jugak. Tapi feel dia mesti la tak sama macam tengok tv kat rumah. Kalo kat rumah kita boleh main rebut2 remote dengan adik2. Lepas tu main tukar2 channel macam belek2 majalah Wanita yang gila bosan tu. Eh, kenapa majalah Wanita pulak dipersalahkan? LOL.


Sebenarnya bukan setakat patient je bosan. Ktorg budak2 attachment ni pon bosan gak. SATU, dah la doctor specialist yang merangkap lecturer tu GARANG gila! Tak berani kot nak approach. Time doktor buat round je mesti ktorg hilang. Time2 tu la nak gi toilet, lunch, hi tea, solat segala bagai. à No wonder la bila CI or management cari ktorg tak jumpa. Kuang3. DUA, kebanyakan patient sentiasa ditemani oleh parent(s) dorg. So, tak ada harapan la nak main, ‘alaa bucuk...bucukkk’ or ‘baa baa cak!’.TIGA, setiap kali nak touch dorg kena CUCI TANGAN dulu. After and before. Kalo tak, dengar la staff nurse or sister memetir jerit kat korg. Malu woo!
 
Cuma SATU je yang bestnya Jabatan Pediatrik berbanding jabatan2 lain kat hospital. Dorg ada Bilik Permainan! Hah, ni satu lagi tempat escape ktorg! Kuang3. Best woo bilik nih. Korg masuk je sure hilang tension. Tak percaya try la! Apa2 hal pon aku sokong usaha murni yang satu nih! Kepada cikgu2, Selamat Mengajar! Kepada pesakit2, Selamat Belajar!!

 

Aktiviti suka2 di Wad Pediatrik
[masa zaman muda2]



Member kat FB kata ni gambar family.
Sorg suami dengan 4 orang isteri beserta anak sulung isteri ke-3.
LOL














Comel je Pooh tu, kan? Eh, silap.
Comel je tengok dia tido, kan??

Wednesday, July 13, 2011

Sabah: Hari Kedua

0539

Arghhh....ngantok kot. Subuh..subuh.. Aish. Sepanjang cuti, ni la kali pertama aku bangun awal. Kata pon subuh kat sini kol 4 lebih. Btw...bangun pagi ni pon bakal pengantin yang kejutkan. Macam tak percaya je Muna bangun pagi. kuikui.


0700

Nak mandi, tak nak. Nak, tak nak. TAK NAK!. Haha. Tak payah mandi. Pegi check in resort dulu. Yeay! à sungguh tak senonoh perangai. Ngee..


0900

Check in resort. Dragon Inn (Floating Hotel). Sabun.Shampoo.Berus gigi.Facial foam.Tuala. NAK mandi!!!!



muka lepas mandi


1000



Jom jalan2 pusing pekan. Nasib resort dekat je dengan pekan. So jalan2 guna kaki. Selain mengusha kedai2 yang berderet di sepanjang jalan, destinasi yang dituju ialah Pasar Putu. Pasar ni biasa je. Lebih kurang macam Pasar Payang kat Terengganu or Pasar Rabu kat Alor Setar. Tapi kat Semporna ni kecik sket kot.


1130

Perut dah berbunyi. Muna kata ada gerai ikan bakar. Hah, cari jangan tak cari. At last....yummi!




Kuah kicap sila bancuh sendiri ye! Perencah segala bagai sume ada.
Eh Ummi, asal masam sangat nih?!
Haha.


Hampir sejam jugak la nak perabis semua nih.
Blurrrp....opps! Alhamdulillah.


1400

Balik resort. Cuci muka. Solat. Tengok tv. Taw2 Ummi dah........ ZZZZZzzzzz. Cess.


1530

Siap2 nak pegi Pulau Penyu yang tak ada penyu. Huhu. Yang ada ikan2 je.







1800

Ambil angin depan bilik. Huhu. Tu pon nak citer ke?? Mandi. Solat. Tengok tv. ZZZzzzz..


2015

Laparrrrrrrrr..... Makan time! Tak ingat la pulak nama restoran. Tapi dekat je. Tak sampai 5 minit jalan kaki dari resort.



Nasi goreng seafood + chocolate shake = RM 7




Nasi aspal + teh o laici ais = bape ek Ummi?


2230

Balik bilik. Hujan lebat wooo...best! Sampai katil pon bergoyang-goyang. Ye la kata pon dok atas air. Merasa la. Kalo gempar bumi sure tak boleh beza punyer. Tapi ktorg ok je. ZZZzzzzzzzzzz...

Wednesday, July 6, 2011

Transforming Professionalism Towards People Delight


"Ya Allah ya Tuhanku, permudahkanlah segala urusan yang berkaitan dengan research dan presentationku". Ameen.

Akhirnya hari yang tak pernah di tunggu, tiba jugak!


Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2011
Transforming Professionalism Towards People Delight
Royal Bintang Resort & Spa Seremban, Negeri Sembilan
26-28 Jun 2011





The presenters


Specials thank to our supervisor Dr. Shamsuriani binti Md Jamal for her support and advice. And also kesabaran yang tinggi melayan kerenah kami. Yang kadang2 keje tak memuaskan hati. Yang kadang2 blur dengan research sendiri. Yang kadang2 bergaduh sebab benda2 remeh. Yang kadang2 give up bila banyak sangat assignment menghimpit. Yang kadang2 tak sempat nak jawab kol atau reply message! All the patience and cooperation is much indeed appreciated.




Sekitar majlis [Gambar]





Tiada hala tuju selepas pendaftaran.



Perasmian.



Hi tea.



Lepakking!



Jejak kasih 1.
Bersama staff Hospital Ampang, En Sam yang juga setiausaha program.




Jejak kasih 2.
Bersama ex-staff PPUKM, En Malik.



Jejak kasih 3.
Bersama staff Pusat Kesihatan UKM Bangi, En Asmadi.




Tak perlu komen. Cuma nak korg perhatikan mulut2 mereka. Misteri, kan?
Apakah yang tersembunyi di dalam sana? Hehee



Kepada semua warga pendidik, pembimbing, pensyarah, clinical instructors tak kira medic or FSKB. UKM KL or PPUKM. Thanks for your advice & motivation. Thanks for your guidance. Thanks for your time & commitment. Thanks for your teguran & kritikan also. Walau kadang2 tu mengambil masa untuk diterima & difahami. No matter what, thanks for being there for us. Your kindness & dedication is really appreciated. Maaf juga atas salah silap. Terlajak kata tersalah laku yang menyinggung perasaan.

Kepada preceptors & staff2 PPUKM, Hospital Ampang, HKL, Hospital Serdang, HTAR, Pusat Kesihatan UKM Bangi, Klinik Primer BTS & St. John, thanks for all coorperation & guidance. Terima kasih atas ruang dan peluang yang diberi untuk saya terus belajar. Tak kira tinggi mana jawatan disandang, banyak mana pengalaman yang ada, berapa beza level of educational kita, semoga rasa hormat tetap ada di 'situ' dan akan kekal di 'situ'. InsyaAllah. Maaf juga atas segala kekurangan salah silap dan terkasar bahasa.

To all Emedian, nothing much I can say besides thanks thanks & thanks a lot. Thank for being my friend. Thanks coz put my name in your FB. In your Friendster and YM! Thanks coz save my number in your phonebook. So, lepas ni aku tak nak dengar ayat "siapa ni?" kalo aku kol korg, ok? Dan tak ada alasan untuk kita lost contact! Maaf atas semua salah silap, perasaan tak puas hati, yang menyinggung perasaan. I try my best to be emo no-no. Tapi kadang2 terlepas jugak perasaan yang entah apa2 tuh. I'm sorry. My bad my sin my mistakes. Empat tahun. Ada suka. Ada duka. Ada tawa. Ada tangis. Ada sabar. Ada rajuk. Kita pernah jatuh terduduk. Tapi kita tak pernah gagal untuk bangun berdiri. Walau tak mampu berlari. Kita masih terus melangkah. Hari ini bukan penamat pada semalam. Kerana hari esok sentiasa menjanjikan permulaan yang baru. Mungkin korg masih ingat ayat ni. Kalo dalam 4 tahun ni kita boleh tabah hadapi setiap cabaran dan dugaan, tak mustahil kita tetap mampu bertahan walau untuk 40 tahun lagi. So, good luck guys! and girls too!!



Lesson of the day: lain kali kalo tinggalkan slides presentation regarding your study, sila convert dulu kepada format pdf. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tinggalkan slides, doa je la banyak2. Saya cuma mampu berharap agar pihak terbabit termasuk penganjur tidak menggunakan our study and slides presentation sewenang-wenangnya tanpa izin. It's private&confidential, ok!TQ. 

Sarah: honestly, sekarang baru terasa ringan sikit beban kat kepala.Boleh tido lena lepas nih.lalalaalalal

Friday, July 1, 2011

Sabah: Hari Pertama

1545
Gerak dari Shah Alam.


1630
Sampai LCCT. Waa...first time kot sampai sini. Huhu. Paling best, ayah aku tinggalkan je aku terkontang-kanting tepi jalan angkut beg. Alahai. Nasib2. Misi pertama. Cari Ummi! Pas tu pegi kiosk print tiket. Pusing2 kat LCCT tu hampir sejam sebab dok pikir, mana nak humban beg yang gila berat nih! Haha. Memang haru time tuh. Mana nak cari surau lagi...


1745
Berlari-lari sebab kononnya nak makan aiskrim McD. Dah beratur. Tengok jam dah 5.45. Ajak Ummi pegi kat board. Nak tengok dah boleh masuk ke belum. Opened. Alamak! Masuk ke aiskrim...masuk ke aiskrim. Ummi kata aiskrim. Aku kata masuk. So ktorg masuk. Last2 menyesal. Sempat kot kalo beli aiskrim. Ermm...kali kedua kempunan aiskrim McD.


1825
Fly!



Mula2 rasa macam naik bas. Bila nak naik tu baru rasa dalam aeroplane. Bila kat atas awan pulak rasa macam dalam train. “Owh, macam ni rasanya naik kapal terbang!” Haha.


2245
Yeay, dah sampai Tawau!

Kol Muna.

“Assalamualaikum. Muna, ktorg dah sampai nih. Ko kat mana?”

“Siapa nih”

Ah sudah. Siapa aku?! Jangan kata aku kena beli tiket balik KL.

“Oii, Sarah la. Ko jangan....”

The rest is history.


2300
Selamat sampai rumah sedara Muna! Lapar...lapar...! à makan time.