Sunday, September 25, 2011

Empat Tahun yang Terlampau

Tahun pertama
Malam pertama di KTSN
Nangis
Tak suka UKM
Tak suka Sains Perubatan Kecemasan
Tak suka Bio
Tak suka Medik
Tak suka penyelaras
Tak suka lecturer
Apa Anatomy?
Apa physiology?
Buang semua buku
Tak suka.Tak suka.Tak suka
Apa pon tak suka.



Tahun kedua
Duduk kolej luar
Yeay, bebas!
Aku suka
Tapi ekonomi kian meruncing
Makan nasi sekali sehari je
Ibu....lapar
Nangis lagi
Eh, tapi aku ada broadband
Makan frienster berlaukkan FB hari2.



Prof keluarkan arahan mandatori
Semua Emed/2 kena tahu berenang
Masuk exam
Stress
Hari pertama training
Tak belajar apa2
Hari kedua training
Still tak boleh
Hari ketiga training
Gagal lagi
Hari keempat training
Yeay, dah boleh!
Hari kelima training
Kaki cramp
Hari keenam training
Kaki cramp lagi
Kali seterusnya
Ada improvement
Alhamdulillah.



Tahun ketiga
Clinical year
Takut!
Tak suka doktor
Garang!
Tak suka staff nurse
Suka menjerit
Sakit telinga!
Tak suka MA
Suka kondem orang lain
Ey, ingat ko bagus sangat ke?!
Tak suka patient
Banyak kerenah
Menyampah!



Lecturer mula kacau privacy student
Busy body!
Tak suka
Mula ponteng posting
Mula datang kelas lambat
Buat muka masa lecture
Elakkan diri dari terserempak dengan lecturers
Pay back!
Yes, I did it!



Tahun keempat
Belajar
Belajar sesuaikan diri bila kat tempat orang
Belajar hormat staff
Walau hari2 kena marah
Bagai semuanya tak kena
Belajar makna SABAR
Walau hari2 rasa dicabar
Belajar mendengar dan memahami
Orang marah orang tegur
Tanda SAYANG
Belajar untuk tak putus asa
Susah macam mana pon kena teruskan
Move forward. Not backward!
Belajar makna BERKAWAN
Gaduh. Gelak. Nangis. Merajuk
Sama2
Itulah KAWAN!
Belajar
Belajar
Dan belajar
Banyak dah belajar
Tapi banyak lagi yang kena belajar!




Jemputan ke Konvokesyen UKM ke-39
Nangis lagi
Lama dah tak nangis
Ya Allah
Syukur
Alhamdulillah
Walau pernah rasa nak give up
Tapi
Ah, lupakan yang pahit
Kerana
Kini manisnya mula terasa
Walau kelatnya tak pernah hilang.



Pada pandangan orang lain
Semuanya ambil masa empat tahun
Tapi pada aku
16 tahun
16 tahun aku perlu berusaha
16 tahun menahan sabar
16 tahun memendam rasa
16 tahun berpenat lelah
Untuk genggam segulung ijazah
Ini amanah
Selepas ni
Tanggungjawab akan jadi semakin berat

Ye ke?
May be
Nope, Must be!

Thursday, September 15, 2011

Sabah: Hari Keenam

0524

05:24:48. 1 message received.

Bgn xg

Sender: Nailah

Haila. Lagi 5 minit alarm aku bunyi la. Apsal la budak nih message awal sangat. Huhu

Tapi bangun jugak la. NAK mandi!!


0710

Muna&partner sampai. Seterusnya nak pegi jemput Mr. Tourist Guide. Jalan sesak. Yang tak drive kat belakang nih...ZZZzzz!


1000

Tempat pertama. Kedai makan! Lapar tak breakfast lagi.


1045

Jeti Jesselton. Beli tiket ke Pulau Manukan. Hoyeay, naik bot lagi. Pak cik, bawak laju lagi!!!! Hehe










1120

Dah sampai. Selamat Datang ke Pulau Manukan!!! Jalan2, rehat2, cuci mata, main air, ambil gambar sampai kol 1.









1300

Gerak balik ke jeti. Mr. Tourist Guide belanja air. Cun! Macam taw2 je tekak aku nih tengah mendidih. Perit. Haus. Then pusing2 town kejap. Cari port untuk shopping! Huhu. Tapi sebelum tu, kena kembalikan Mr. Tourist Guide ke tempat asal. Dan ktorg pon bertebaran la kat town untuk shopping. Mula2 pegi mall. Boring. Then jalan2 sampai jumpa Pasar Besar KK dan Pasar Philippines.


0430

Bergerak balik ke KK Airport. Pulang kereta. Print tiket. Drop beg. Dan makan...KFC!!


0655

Fly! Bye2 KK. Bye2 Sabah. Ada jodoh ktorg datang lagi...sob..sob..

Dan ZZZzzzz....

Wednesday, September 7, 2011

Jenayah di Bulan Mulia [ii]

Kami pon berlari-lari la naik ke bilik. Ada misi lagi yang perlu diteruskan.
Sampai di bilik...
“Wey, dah dapat lighter!!!”. Memang excited gila kot.
Gara2 jeritan tadi, ktorng bertujuh berkampung la sekejap kat bilik B3-04-01.
 Telekung dibuka dan dicampak ke katil masing2. Plan seterusnya diteruskan.
Sebijik mercun naga dilepaskan di.....di....di depan bilik aku. Muahahahahha..

Proppopopop..pop..pop.. (anggap je tu bunyi mercun naga)
Boleh dikatakan semua budak wing ktorg menjenguk keluar. O_o
As usual, ktorg sengih je la. T___T

Memang seronok la ktorg main mercun tu depan bilik. Entah mana datangnya,
tiba2 ada pulak mercun yang berlainan jenis. Mercun gasing!
Yes lagi!
Tapi jangan harap la aku nak offer diri bakar mercun tu. Dah la pakai lighter. Dan
dah la kaki aku pernah jadi mangsa mercun spesisi tu. Memang menempah batu
nisan la kalo aku gatal2 offer diri. Trauma kot. Last2 dengan gagah beraninya
Ummi pegi bakar mercun tu. Dekat...dekat...dekat dengan birai tepi bilik ktorg.
Dengan harapan kalo mercun tu berpusing, dia akan jatuh ke bawah. Tapi tak. Dia
patah balik!! Berpusing sambil cari pintu bilik ktorg. Hah, apa lagi! Masing2 lari
masuk bilik dan.... dumm! Tutup pintu.
Fuhh...fuhh...

Untuk mengelakkan sebarang kecederaan pada kasut2 yang sedia ada dan
meninggalkan kesan degil pada floor  yang boleh mengantoikan, ktorg pon cari
alternatif baru.
Campak mercun yang dibakar ke bawah. So, orang pon tak taw keje siapa kan?
Bijak tak? Hehee...
Tiba2 dari aras bawah (aras 2 rasanya) terdengar suara...
“Oii, siapa baling mercun tadi hah?!!!
OMG. Tak cukup bijak rupanya...
“Kalo kena aku macam mana?!! Aku ada mak bapak yang sayangkan aku lagi taw
tak!? Baik mengaku siapa baling mercun tadi!!!!!”
Ek eleh...aku pon ada mak bapak yang sayangkan aku bro....eh...sis..
Ktorg pon tertanya sesama sendiri. Kena ke? Rasanya tak kena pon. Sebelum baling
memang dah make sure line clear kat bawah tu. Kata je la ko terkejut dengar
bunyi mercun tuh. Haila....
“Oii, aku tanya nih?!! Siapa baling mercun tadi. Baik mengaku sebelum aku bagitaw
fellow” jerit perempuan tu lagi.
“Perghh...ni dah lebih. Meh sini kau....” kata Ummi tiba2 sambil turun tangga nak
cari budak tuh.
“Eh, Ummi...Ummi...nanti2. Rilek okay” kata Ecah sambil grab tangan Ummi. Tak
bagi turun.
Ktorg yang lain tergamam dengan tindakan Ummi. Biar betol budak nih. Tak
pernah2 mengamuk.
Cuak kot tengok dia macam tuh. Nasib baik Ecah ada. Kalo tak.........ermm..Ummi
je la taw apa dia nak buat.
Suara amukan tu tak habis lagi. Dan...suara tu makin lama makin dekat!
Cess...dia dah mula naik aras 3.

Disaster!!!!!!!
Ktorg pon menggelipit masuk bilik masing2.
Scene one, take one, action!
Berlakon macam tak ada apa2 yang berlaku, beb!!
Di bilik B3-04-01.
“Eh, macam mana ni? Baik korg sorok mercun tu” cadang Anne.
“Ish..leceh betol la. Nak sorok kat mana nih? Bawah tilam je la” kata Ummi.
“Eh, jangan! Tak selamat. Kat siling! Boleh bukak kan?” kataku.
Sepantas kilat Jian terpilih untuk memanjat, membuka siling dan menyimpan
benda2 haram tuh termasuk lighter. Iye la...dah dia yang paling tinggi antara
ktorg. Huhu.
Tapi ada satu paket lagi mercun naga yang tinggal separuh atas meja aku.

Scene two, take one, action!
Semua statik di meja study masing2 sambil telinga berplugkan ear phone dan mata
terus-terusan menatap buku kat atas meja. Senyap. Sunyi.
“Oii, aku tanya dari tadi! S.I.A.P.A yang baling mercun tuh?! Meh, sini aku baling
depan muka korg!!”

Mak aii. Betol2 marah nih.
Jian bangun dan bukak pintu. Buat2 tanya. “Kenapa nih?”. Innocent habis.
Aku masih kat meja study. Telinga masih berplugkan ear phone. Cuma mata bukan
lagi pada buku. Tapi pada mercun kat sebelah buku.
Agak2 kalo dia masuk dalam bilik dan nampak mercun atas meja ni, apa dia nak
buat eh?
Ish, ko ni Sarah. Terang2 dia dah kata nak baling kat muka ko. Lagi mau tanya.
Hati dan kepala otak dah berperang sesama sendiri. Tapi tangan tetap tak ada
inisiatif nak sorokkan mercun tuh.
Setelah give up tak jumpa orang yang dicari, budak tu pon turun sambil mulut tak
henti2 membebel.
Fuhh...

bersambung...

Friday, September 2, 2011

Raya!!!





Meriahnya raya kerana adanya mereka.
Sepupu2 tersayang.cheeewah!haha




p/s: sori lambat wish.penat berperang dengan demam+back pain selama sebulan.ni pon masih berbaki lagi.pape hal pon, have fun guys!..and girls too!!hehee