Sunday, April 29, 2012

Kita Bermula Di Sini

"Sahabat umpama baju yang kita pakai. Mampu melindungi kita, mengindahkan kita serta menjadikan kita sempurna di mata orang lain. kawan? Mungkin sekadar pen yang terletak kemas di poket. Ada tak mengapa, tak ada pun tak kisah. kadang-kadang sangat berguna, kadang-kadang tu langsung tak guna terutama bila dah tak ada dakwat. Ada juga pen yang dakwatnya keluar mengotorkan poket baju kita. Itu dia kawan, kadang-kadang berguna dan kadang tu ada yang menyusahkan. Kalau nak dapat sahabat, kamu terlebih dulu kena jadi dan memahami erti persahabatn"- Dr HM Tuah Iskandar.


Di saat sedang rancak bersembang, tiba-tiba handphoneku berbunyi nyaring.
Tengok screen... Fida.

Erk...

"Hello. Sarah, ko kat mana? Balik umah ke?"

"Erm..tak la. Kat luar. Buke (bukak pose) ngan member. Apsal?"

"Owh. Tak ada. Ingat ko balik umah. Report Anat tadi kena hantar esok taw. Tapi dorang nak kumpul malam nih"

Dengan selamba...

"Ok. Nanti aku hantar".

Dan tanpa rasa bersalah...

"Eh, ko dah siap ke? Nak tengok sket. Nanti dah siap aku hantarkan sekali ek?"

haha

***********************

Seperti biasa, sesi latihan silat akan dimulakan dengan adegan gosip-bergosip-menggosip-digosipkan sebagai 'pemanas badan'. Tak perlu buat apa-apa. Cukup sekadar duduk bersila atas court bola tampar dan sampaikan cerita-cerita sensasi lagi terkini. Tiba-tiba...

"Hai, Sarah"

Ah, sudah! Siapa pulak nih?

"Erk. Hai!" Blurr. Sumpah aku tak kenal!

"Hey, takkan tak kenal kot. Kan kita jumpa kat kafe hari tu"

Blurr. Sumpah aku tak ingat!

"Ermm...tak ingat la. Siapa ek?"

"Nani la"

"Owh" Sumpah tak tau nak kata apa lagi.

Latihan silat bermula. Tapi Fida sempat berbisik.

"Siapa tu? Kawan ko ke?"

"Tak la"

"Habis, camne dia kenal kau?"

"Entah"

Blurr.

To Hanani ---> seyes sampai sekarang aku tak ingat cammana ko kenal aku and bila ko tegur aku kat kafe tuh.

*************************

Belum sempat mengangkat tangan berdoa selepas selesai solat Zuhur hari tu, pintu bilik diketuk dan dibuka oleh seseorang.

"Assalamualaikum. Eh, sorry2. Nak tanya, bilik In kat mana?"

Uh?! In? In-out???

Blackout!

Otak blurr sebab terkejut dengan soalan yang turun dari langit tu. Mata blurr sebab tak pakai spek mata. Siapa dia nih?

Tak apa. Buat-buat kenal.

"Entah. Dia duduk floor ni ke?"

"Dorg kata dekat-dekat sini. Tak apa la. Nanti tanya orang lain"

"Ok"

Sambung doa.

Selepas beberapa minggu baru aku tau yang ketuk bilik tu ---> Dayah K. Dan In tu ---> Zurina! Cess, kata la Zu! 



Kawan
Teman
Sahabat
kadang-kadang kita terlupa
Sejak bila ia bermula
Dan bagaimana
Tapi kita tahu
Dan sedar
It's last forever!


p/s: Sahabat bukan yang selalu meng'iya'kan kata-kata kita. Tapi yang berani menegur bila kita tersilap langkah. Dan mengingatkan bila kita terleka!

Wednesday, April 25, 2012

Madu Oh Madu

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(An Nahl: 69)


 

Khasiat Madu

Madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.

Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China. Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya. Mengikut Dr. Peter Molan, seorang pakar biokimia dari unit Kajian Madu Lebah di Universiti Waikato, New Zealand, di antara kelebihan madu lebah adalah pHnya berada pada tahap yang menghalang pembiakan bakteria. Apabila ia dicairkan, salah satu enzim yang terdapat di dalamnya merangsang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai hydrogen peroxide. Kuasa antibakteria yang terdapat dalam madu lebah membolehkannya membunuh sejenis kuman yang berbahaya, iaitu, staphylococcus aureus.

Fungsi Madu Dan Peranannya.

  • Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  • Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  • Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
  • Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
  • Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
  • Sumber laxative yang natural dan lembut
  • Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  • Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan
  • Memulihkan batuk dan lelah.
  • Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
  • menguatkan minda


Info tambahan - Tips cantik & sihat

Mengatasi masalah batuk

Campurkan perahan limau nipis ke dalam madu. Minum campuran tersebut dua kali sehari.


Untuk kesihatan menyeluruh

Campurkan satu sudu madu ke dalam bancuhan susu seperti anlene, etc.


Melembapkan bibir

Sapukan sedikit madu pada bibir sebelum tidur waktu malam.


Masker rambut

Campurkan dua sudu minyak zaitun, dua sudu perahan lemon dan satu sudu madu sehingga rata. Sapukan dari akar hingga hujung rambut selama 1 jam setengah. Kemudian, syampoo. Lakukan dua kali seminggu.


Skrub coklat madu

Campurkan 10g serbuk koko tulen, 5g gula, 2 sudu besar minyak badam dan 1 susu madu sehingga rata. Sapu dan lakukan urutan ringan pada muka selama 2 minit. Kemudian, bilaskan dengan air suam. Lakukan 2 kali seminggu.


Petua

Gunakan sudu PLASTIK ketika minum dan membuat campuran madu untuk mengekalkan khasiat madu itu sendiri.




Jadi
dapatkanlah Madu Al Shifa sekarang!





RM 28.00 (250g)


Jika berminat, hubungi;

017-238 7594
(Shah Alam)

Untuk lain2 produk,
sila layari;

annurbeauty.blogspot.com

Wednesday, April 18, 2012

Happy Birthday, Along!!!


A song to sing;

"Happy birthday to you...happy birthday to you...
happy birthday to...Along.
Happy birthday to you...!"


Here's wishing you,
Happy Birthday!!!
Semoga di panjangkan umur dan
dimurahkan rezeki.
Ey, umur dah 27
bila nak bagi aku kakak ipar???!
hahahahhaha


         regards, 
your sis 
  

Friday, April 13, 2012

Bila......?

Dulu
waktu petang2
time pusing2 satu sekolah
atau borak2
dengan dia
pantang betol kalau sebut perkataan
"Bila...."
Sebab
dia mesti sambung dengan lagu nih...

Bila rindu terkenangmu sayang
Terasa sayu syahdunya jiwaku
Bila malam makin kelam
........

Bla...bla...bla...
Aku dah tak ingat
coz aku tak suka lagu nih
Tapi dia suka.
Hoho

:)

p/s: rindu zaman sekolah!

Wednesday, April 4, 2012

5kg Dalam Masa 23 Hari

Kalau korg ingat entry ni pasal nak kurangkan berat badan, memang tak la. Yang aku nak cerita adalah pasal kes menambah berat badan! Siyes, seumur hidup aku tak pernah terfikir pon isu2 berkaitan makan dan berat badan. Yang aku tau, cukup time.....makan! Tapi bila berlakunya 'kejadian tak diingini' yang menyebabkan berat badan aku hilang sampai 13kg, nak tak nak aku kena gak create menu harian untuk dapatkan balik berat badan yang asal. Kalau orang ingat nak turunkan berat badan tu susah, bagi aku nak tambah berat badan lagi la susah! Tapi nasib baik nafsu makan aku ni masih boleh diguna pakai lagi. Masih membuak-buak. Cuma poket ayah dan abang aku je la makin lama makin kempis. Haha. So, kat sini aku nak share menu yang mungkin boleh diguna pakai untuk tambah berat badan (especially untuk those yang tak makan sayur macam aku)....hehee



Sarapan
  • 2 senduk nasi goreng + air kosong, atau
  • semangkuk koko crunch bersama susu + air kosong, atau
  • nasi lemak mata lembu + susu, atau
  • sepolisterin bihun goreng + air kosong, atau
  • 1 burger ayam/daging special + susu, atau
  • 5 ketul nugget + 3 keping biskut (apa2 jenis) + susu/air kosong, atau

Makan Tengahari
  • 2 senduk nasi + 1 jenis lauk (ikan/daging/ayam) + air kosong, atau
  • Nasi ayam + air kosong

Minum Petang
  •  7 keping biskut (apa2 jenis) + setengah wafle perisa coklat + teh o panas, atau 
  •  7 keping biskut (apa2 jenis) + 4 keping keropok lekor + teh o panas

Makan Malam 
  • 2 senduk nasi + 1 jenis lauk (ikan/daging/ayam) + air kosong, atau
  • Nasi ayam + air kosong 

Supper
  • 5 keping biskut + susu 

Lain2
  • 2.5L - 3.5L air kosong sehari, dan
  • 2 - 3 keping coklat Cadbury, dan
  • McD sebulan sekali, dan
  • KFC sebulan sekali, dan
  • 7 cucuk sate ayam sebulan sekali

Ada jugak doktor bekalkan vitamin B complex tapi aku makan sikit je coz kalo aku makan sampai habis, mesti list kat atas ni akan bertambah panjang!



p/s: time study dulu breakfast milo panas, lunch nasi putih+ikan keli masak sambal, dinner nasi
       goreng tom yam. Tapi skunk......macam2 ada! ;p