Wednesday, May 30, 2012

Reunion EMED - part 2

Third and forth day kat ED macam tak ada apa2 (sebabnya, aku yang macam tak buat apa2). Masing2 kebluran bila on floor. Sumpah, tak tipu. Sampai mesin ECG kat ED tu pon aku tak tau camne nak operate, huh! So kena la guna tagline kitorang. Call for help! Sudahnya, groupmates aku jadi mangsa. "...wey..wey, tolong. ECG Ampang la. Aku tak tau camne nak guna!" Then En Syah menyampuk, "...ECG Ampang??? Eh, PPUKM punye la!" Duhh.. Bukan takat tu je. Bila kena buat simple moulage ala2 ACLS pon cenggitu gak. Dengan manikin pon nak menggigil bagai. Haila.. Yang tak gigilnya bila keluar makan2 plus tengok wayang!:)




We are sooo EMEDian.
Kalo lapar tak payah pandang kamera,
pandang je nasi kat depan tu.





Dah separuh kenyang,
baru angkat kepala dan cakap...
kejuuuuuuu!




Oppps..tak boleh cakap coz mulut penuh ngan nasi!




Kalo korang perasan ada satu group lagi yang buat ala2 gathering kat belakang tuh.
Mengikut interpretasi kitorang,
dorang tu macam fans/member2/family members of Hafiz AF.
Tak ingat AF berapa. Cuma tau dia nyanyi lagu '....awan nano nano nanooo..' tu.
Ingat nak amek gambar, tapi Didi kata;
"Hello, kita kat mesia je pon. Bukan Hollywood nak amek, amek gambar nih!"
Huh, simpan balik kamera dalam cam case :(





Bukan EMED jugak la kalo keluar tak tengok wayang!
Tak kesah la even kena tengok The Avengers untuk kali kedua pon.
Kata orang,
tak kesah la apa yang kita buat,
kat mana kita lepak,
tapi kesah dengan siapa kita keluar.
So, asal dapat hang out dengan korang, semua jadi best!






Nampak sangat bebudak yang beli kek ni memang typo.
It should be;
Congrates Prof Ismail
thanks 4 everything!






 Kalo bab makan, tengok wayang, boling atau jalan2
bagi je kat kitorang!









Dengar, dengar gak,
gelak, gelak gak,
tapi mata tak lepas dari kek tuh.
Aii, bila la boleh makan nih.






Yes, nak dekat dah!






Akhirnya, setelah penat menunggu,
terkorban juga kek tuh!




Empat hari yang sangat best and inspiring! Rasa gap setahun tu tak pernah wujud antara kitorang. Banyak yang dikongsi dicerita dan diperkata. Cinta kerjaya keluarga kewangan. Kalau difikir balik, semuanya berkisarkan tentang masa depan dan peluang. Cukup la bercerita untuk empat hari tu. Hopefully lepas ni kita boleh berfikir akan rasionalnya dan mula bertindak. Speaks without action is useless coz action speaks louder than words! Good luck to those yang akan pegi untuk interview minggu depan :)



Wednesday, May 23, 2012

Reunion EMED - part 1


Specialnya reunion ini adalah kerana berjalan selama 4 hari 3 malam. Ahah, lama tak?? Ini pon kerana kitorang join program...program...program...ape ek? Ayoo...lupa lak nama programnya. Terlebih excited nak jumpa member2 EMED sebenarnya. Tu yang sampai lupa nak ambil tau nama program nih. Tak kesah la kan? Yang penting, best! Tapi sedih jugak sebab bukan semua dapat join. But it's ok. Faham. Semua dah ada komitmen lain sekarang nih. Bila dah lepak ramai2, maka banyak la cerita yang keluar melalui pelbagai slot. Sesi luahan perasaan ada, pillow talk ada, grandmother story pon ada jugak.  Bercinta, putus cinta, bertunang, kahwin, pregnancy. Oh man, tu baru setahun punya cerita. Anyway congrates dari aku. Once korang dah boleh share semua tu dengan orang lain, maknanya korang dah masuk acceptance phase. Boleh menerima perkara lepas dan bersedia untuk yang akan datang. Life memang macam tu, ada up and down. Kalo dah jatuh tu, cepat2 bangun balik. Kalo rasa tak boleh jugak, jangan segan2 call for help, ok?

First day macam tak ada apa sangat. Cuma sentap sekejap masa viva. Mana taknya, lama kot tinggal. Jenuh nak catch up balik. Perasan dan sedar muka Prof ngan Dr Johar agak disappointed gila. We're sorry :( And thanks coz tak give up apatah lagi fed up dengan kerenah kitorang. You guys sangat sabar, you know? Bincang punya bincang, discuss punya discuss, plan punya plan, akhirnya cadangan kononnya nak keluar tengok wayang boling bagai malam tuh hilang entah ke mana. Balik je homestay, semua terbongkang kepenatan. Padahal bukan buat apa pon hari tu. Duduk-duduk main soal jawab je pon. Manja! Last2 turun pegi dinner je malam tuh.

Tutup cerita pasal our first day, kita masuk lak second day. Practical session. CMR POP T&S. Yang ni kalo nak cerita kat blog, melampau sangat. So, kita tengok gambar je la ek.




As usual.
Di mana ada kamera, di situ ada mereka!




A BIG thanks to both of them.
Komitmen dorang memang kitorang respect sangat2!




Budak EMED kalo dah lapar memang tak pandang kiri kanan dah.
Angkat kepala pandang kamera pon tak nak!











Tapi bila dah kenyang,
macam ni lah....




















Bukan reunion lah namnya kalo tak ada makan2.
Or should I say,
bukan EMED la kalo tak keluar pegi makan!
















Nampak serius bebenor discussion Didi ngan Prof nih.
Discuss pasal future or bola?
Sime Darby vs Kelantan ek?
haha.






The patient with her orthopedic surgeon.
Siap dapat autograf lagi!
Ko ada??





p/s: re-edit 240512 1319

Friday, May 18, 2012

Movie Marathon



Sebelum melihat gambar-gambar di bawah, anda dikehendaki mengubah perspektif anda kepada:

Andaikan bahawa 2 orang di dalam gambar ini baru keluar dari ceruk mana pekan  

dan ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki ke MidValley Megamall.



























PERCUBAAN PERTAMA








PERCUBAAN KEDUA








PERCUBAAN KETIGA 





Nampaknya ketiga-tiga percubaan untuk menayangkan tiket wayang,

ternyata GAGAL!

Mungkin aku memerlukan sebuah kamera yang lebih canggih daripada PSS95 ni :(






FIRST MOVIE - THE AVENGERS









SECOND MOVIE - MANTERA









THIRD MOVIE - AKU ADA, KAU ADA???




 Aku tipu, kau percaya?



The only movie yang kitorang tengok hari tu, was The Avengers. Apa? Kau dah tengok cite ni since 4 month ago??? So, ada aku kesah?! haha. The Avengers mengisahkan gabungan superhero-superhero fantasi omputih. Bak kata kawan kepada kawan aku, the climax of the story is macam mana nak selamatkan Iron Man yang mengalami cardiac arrest! Kalau nak tau, kena la pi tengok. Ketepikan tentang sentimen agama, tengok lah sekadar untuk hiburan semata. Setiap ciptaan manusia tak pernah perfect dan banyak juga yang membawa kepada kemusnahan. Dan bila berlaku sesuatu diluar jangkaan, mohonlah bantuan dari Allah. Jangan sesekali mengharap pada The Avengers untuk menyelamatkan kamu. Have faith on Him. Not on them!







Motif gambar ni???
Nak menjeleskan member yang sorang lagi katanya.
Berjayakah????




Wednesday, May 16, 2012

Hawa vs Adam


Hawa vs Adam = Perempuan vs Lelaki

Actually jumpa artikel ni masa belek2 majalah REMAJA lama2. Rasa syok pulak baca, tu yang saje nak share kat sini. Betul tak betul, it's up tu you!



Jika Zila, Ika, Farah & Syeera keluar bersama,
mereka tetap gunakan panggilan tersebut ketika berbual.

Jika Amar, Fikri, Zaid & Iwan keluar bersama, mereka akan gunakan panggilan seperti
bob, Acong, panjang, etc ketika berbual.



Kalau total makanan RM40.35. Zila, Ika, Farah & Syeera akan cutting empat
 dan bayar cukup2. Setiap orang bayar RM10.10.

Kalau total makanan RM 40.35. Amar, Fikri, Zaid & Iwan akan keluarkan RM 10
seorang. Tapi tak ada siapa yang akan keluarkan untuk 35 sen tu.



Adam sanggup bayar berapa pon untuk barang idaman.
Kualiti lebih penting daripada harga!

Hawa hanya keluarkan duit yang banyak untuk beli banyak barang.
Sebab tu Hawa suka shopping time jualan murah.
Lagi banyak dibeli, lagi puas!



Adam ada 5 barang penting dalam bilik air.
Berus gigi, sabun, pencukur, krim pencukur dan tuala.

Secara purata, Hawa ada 328 barangan yang terdapat dalam bilik air yang kebanyakan lelaki tidak tau apa barangan tersebut dan kegunaannya.
                 
*5:328? hiperbola sungguh perbandingan di atas! O_o



Hawa akan akhiri pertengkaran dengan ayat2 tertentu. Ala2 last words gitu!
Yang paling famous..."Ah, sume laki sama je"

Adam akan sambung 'last words' tu untuk mulakan pertengkaran baru. Contohnya, "Memang la sume laki sama. Cuba banyangkan kalo ada laki macam you.
Make up 4 inch tebal, bulu mata 4 inch panjang. Tak ke haru macam tu?"



Hawa sangat risaukan tentang masa depan hinggalah dapat seorang suami.

Adam tak pernah risaukan tentang masa depan hinggalah dapat isteri!



Seorang Adam dikatakan berjaya apabila berjaya mencari duit
untuk dibelanjakan oleh pompuan dengan jayanya.

Hawa pula dikatakan berjaya apabila mendapat lelaki seperti di atas!



Kebanyakan Hawa, sangat suka dan sayangkan kucing.

Kebanyakan Adam akan cakap sayangkan kucing tapi belakang pompuan...
dorang main sepak je kucing tu!



Hawa akan bergaya bila keluar shopping, pergi pasar waima
buang sampah di luar rumah dan siram pokok bunga.

Adam pula hanya akan bergaya di majlis perkahwinannya dan di majlis pengebumian.



Bila Adam bangun pagi, rupa mereka sama saja ketika waktu petang dan sebelum tidur.
Tak pernah terurus! Even lepas kahwin pon.

Hawa pula, rupa dorang memang cantik pada waktu pagi, petang dan malam.
Tapi cuba tengok rupa dorang bila bangun tido......horror!
       
    
         


p/s: happy teacher's day!!!

Wednesday, May 9, 2012

Berpesta di Pesta Buku 2012!



Pesta Buku 2012

PWTC

6 Mei 2012


 



Karangkraf book satu dewan woo.
Caya lah!
Dengar cerita, satu booth RM 25 000.
Satu dewan???????






With my sis. Bergambar jap sementara tunggu
 turn kitorang mintak autograf!





RAM in the house!!!!


Novelis Thriller No. 1 Malaysia






 Excited nak dapat autograf si dia.*winkwink*
Gedik sungguh, uh?!





 Ramlee Awang Murshid a.k.a
Hero Pujaan! ekeke.
Fall in luv with him since
ADAM.





 Excited gila dapat ambil gambar dengan dia!!!
Hampir semua novel dia, aku dah baca.
Tapi bukan semuanya beli sendiri.
Mostly pinjam dari member. hehee
Dan ada juga yang dah selamat dirembat member sendiri.
(leh lagi ke nak dipanggil member kalo dah cenggitu, huh?!)
Geram aku!



Anis Ayuni Time!!!






One of our fav novelist!
Anis Ayuni.
First novel dia yang aku layan is Suara Hati.
Ah, jatuh cinta dengan Harris!









Selain RAM ngan Anis Ayuni, novelist Kasih antara Kita (yang diadaptasi kepada drama slot akasia- Cinta untuk Emelda), novelist Seindah Sakura (sedang ditayang si slot akasia) ngan Dr HM Tuah Iskandar pon ada jugak. Sayang tak dapat nak ambil gambar dengan Dr Tuah tu coz dah tak ada duit nak beli buku dia. Takkan nak approach dia then cakap '...Dr, saya tak beli buku Dr untuk autograf, tapi saya nak amek gambar ngan Dr je, boleh?...' :(






Unexpected!
Kalo nak menang voucher Jusco RM 20
kena Like fanpage terbitan Karangkraf,
then seluk bola oren dalam kotak,
dapat la voucher tuh!
(kalo la JJ de jual novel........)




Yang berjaya dibawa pulang





*Sunan Musafir*Kejora di Langit Cinta*Fiksyen 302*
*Ramlee Awang Murshid*Anis Ayuni*







'Memelihara Syahadah' tu buku percuma untuk setiap pengunjung.
 Plus diskaun penginapan 3H2M.






One fine day,
bila dah ada rumah sendiri,
bilik pertama yang aku akan set up
is
'My Mini Library'!




Kitorang pergi naik komuter je. Turun kat stesen Putra then jalan kaki sampai PWTC. Pergi dan balik kitorang duduk kat koc wanita. Masa pergi tu dapat naik komuter baru. (Jakun aku sekejap sampai lupa nak snap gambar. hehee.) Then ada dua orang mamat ni tumpang dua kaki dalam koc kitorang. Tapi tak lama pon dorang dok situ. Dah malu sangat, dorang blah la. So aku nak ingatkan kat bakal2 penumpang komuter especially guys. Lepas ni korang jangan berangan nak gatal2 dok kat koc wanita. Kalo tak, korang dengar la announcement DJ komuter; 'Kepada penumpang-penumpang, dua koc dibahagian tengah adalah dikhaskan kepada wanita sepanjang masa. Kepada penumpang-penumpang lelaki, anda bolehlah menggunakan dua koc dihadapan atau dua koc dibelakang. Kerjasama anda diucapkan berbanyak terima kasih'. Dan announcement ini takkan berhenti sehingga you guys tinggalkan koc wanita kerana sesungguhnya di bahagian koc wanita ada CCTV! Hambek ko! (no wonder la mamat2 tu blah, kan?)





p/s: beli, sudah. Baca? Tak tau la bila nak mula...

Wednesday, May 2, 2012

Bicara Lelaki: Bila Lelaki Bersuara



Masa tingkatan dua...

"Wey, lelaki gentleman dengan playboy...ko pilih yang mana?"

Uh?! Apsal tiba2 je nih???

"Ermmm...playboy kot". Malas nak fikir.

"Apsal lak?"

Sukati aku la!

"Ntah. Alahhh...dorg playboy pon sebab tak jumpa orang yang dorg betol2 suka. Nanti dah jumpa, mesti dorg berubah punyer. Boleh jadi gentleman, romantik, bla...bla...bla"

"Owh. Cam tu ek?"


"Dah tu, tak kan cam gini pulak?!"

Gila!


Masa tingkatan lima...

"Wey, apa ciri2 lelaki idaman korg"

Hah?! Hhaahhahhaha

"Ish. Mana boleh bagitau!"

"Korg suka lelaki yang macam mana?"

Haish. Tak habis lagi budak nih.

"Ermmm. Boring la. Kat mana2 pon asyik tanya pasal lelaki idaman. Lelaki tak pernah pon jawab soalan macam ni. So, apa kata kalo ko je yang jawab. Apa ciri2 wanita idaman ko?"

Hambekkkk! Saja nak main tarik tali.

Diam berfikir.

" First, intelligent. Second, mempunyai sifat keibuan. Third, ermmm...good looking la kot"

"Reason? Eloberate la sket"

"Intelligent. Tak semestinya dia kena ada master ke, phD ke. Tapi dia kena la tau pasal isu2 semasa. Tak la ketinggalan sangat"

Ok.

"Sifat keibuan? Ermm...kalo dah perempuan mesti la ada sifat keibuan. Mana ada emak yang tak sayang anak. Tapi tak adil, kan? Asyik cakap pasal keibuan je. Perempuan mesti kena ada sifat keibuan. Tapi tak ada siapa pertikaikan pasal sifat kebapaan"

"Memang la. Sebab bapa ni tak la penting sangat...."

What???! Tak penting? Biar betol budak nih.

"Ey, kalo bapak ko tak ada. Ko pon tak ada gak tau!"

"Ish. Bukan la tak penting. Tapi mak lagi penting la coz anak2 biasanya lebih rapat dengan mak. Sebab tu kena ada sifat keibuan. Tak nak la bila dah ada anak nanti, anak aku asyik kena marah, kena bebel, kena pukul je. Tak semestinya bila buat salah kena marah...kena pukul. Tu bukan cara nak ajar anak. Kalo nak, tegur la elok2"

True.

"Yang good looking tu pulak?"

"Ermmm....yang sedap mata memandang"

"Eleh. Mesti ko nak yang cantikkkk....seksiiiiiii, kan?"

"Tak ada la. Bukan la nak yang cantik sangat. Tapi kira ok la.....yang sedap mata memandang"

Boleh percaya ke?

"Habis ko tak nak ke bakal isteri yang boleh masakkkk...boleh menjahittttt...bla..bla..bla"

"Yang tu tak apa. Boleh belajar nanti"

Agree. And I like!



Masa kat universiti....

"Ey, tengok handset jap"

"Nak buat apa? Tak boleh"

"Alah...tengok la kejap. Ni mesti ada pape nih"

"Ish. Mana ada pape"

"Ko ada boyfriend?"

"Hah? Tak ada"

"Eleh. Tipu la. Cakap la wey"

"Tak ada"

"Tipu la"

"Tak caye sudah!"



Man are complicated as woman. Kadang2 mature. Kadang2 childish. Kadang2 Straight forward. Kadang2 'bengkang-bengkok'. Kadang2 menyenangkan. Kadang2 menyakitkan hati. Cuma dorg je yang tak nak mengaku.



Haha.



Tapi aku harap masih ada lagi lelaki yang macam ...



"Jangan korang ingat seksi tu lawa.Jangan korang ingat kalau bagi perempuan seksi yang boleh pegang tarik bawak ke hulu ke hilir,aku tak tolak.Aku tak suka. Korang punya mindset aku respect,so please treat mindset aku dengan cara yang sama. Relationship bagi aku ada satu ending je.Marriage.Aku tak nak bawak awek lawa seksi ke hulu ke hilir buat teman sosial macam dah kawin,lepas tu nak kawin nanti cari lain pulak.Aku nak wife aku nanti yang tak pernah disentuh dipandang lelaki selain dari apa yang patut.Dan aku tak rasa patut untuk aku buat macam tu pada mana-mana perempuan yang bakal jadi isteri orang jugak satu hari nanti"



Ked Flop!





p/s: rindu karya hlovate!