Assalamualaikum
wbt.
Minggu
ni dah masuk minggu ke dua aku bertugas di PPUKM. Perasaan? Entah la. Aku ni
memang heartless sikit. So, memang tak rasa apa2. Tapi bagi aku semua ni masih
dalam fasa trial and error lagi. Banyak benda yang aku dah lupa so kena study
and work harder than others untuk catch up semua yang aku tinggalkan. Ok full
stop pasal isu2 kerja ni, kita rewind sikit ke belakang. Sebenarnya aku nak
share pasal pengalaman interview sebelum aku diterima bekerja kat PPUKM ni.
Kalau nak dikira, ni my second official interview yang aku pernah attend selama
23 tahun 8 bulan hidup. Cewahh..siap ada official tak official lagi. LOL.
Dua
minggu sebelum interview tu aku dah start cuak. Dalam kepala dah fikir macam2
jenis soklan yang akan ditanya. Antara soklan yang aku spot keluar :
1.
Tell us more about you
2.
What your strength(s) and
weakness(s)
3.
Why you want to work at PPUKM?
4.
Why we should hire/choose you
than others?
5.
Why you want to be a PPP U41?
6.
Tell me whatever you know about
job description regarding this post?
7.
Why you choose Science in
Emergency Medicine?
8.
What the vision & mission
of PPUKM?
9.
Who are the director of PPUKM?
10.
What the vision & mission
of ED PPUKM?
11.
Who are the minister of MOH?
12.
Who are the president of
Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia?
Tu baru sibuk spot soklan. Belum kira sibuk sms member tanya nak
pakai baju apa? Pegi kol berapa? Nak tunggu kat mana? Apa nak kena bawak?
Haila...
Sampai hari yang dijanjikan aku dengan kawan aku, Ina jadi dua orang
pertama yang sampai. Muahahhaha...semangat tak kitorang? Tapi yang paling
hampehnya, walaupun jadi orang pertama sampai, tetap kena jadi orang yang
TERAKHIR di interview coz dorang susun ikut turutan nama. Cess!
Antara soklan yang selayaknya sebagai calon terakhir:
1.
Ceritakan tentang diri awak.
Tapi saya nak 5 perkara je; i) nama ii) asal mana iii) anak ke berapa iv)
sekolah kat mana, mula dari sekolah menengah v) sekarang tengah buat apa
2.
Bagitau tentang sejarah
UKM....tahun berapa Fakulti Perubatan ditubuhkan?
3.
Selepas graduate dan terima
skrol, apa perasaan awak tentang program ni [program Sains Perubatan Kecemasan]
dan masa depan awak?
4.
Siapa awak untuk 5 tahun akan
datang?
5.
Siapa awak 10 tahun akan
datang?
6.
Kenapa saya perlu pilih awak,
dan tak pilih kawan awak?
7.
Kalau diterima, sanggup kerja
pada Hari Raya? Hari Raya pertama?
Bagi
aku soklan no 1 tu dorang just nak tau yang korang ni kenal diri korang ke tak
je. Tapi hati2 dengan soklan v. Dorang mungkin nak tau tentang pengalaman
kerja korang dan macam mana korang relatekan pengalaman tu dengan post yang
korang mintak sekarang. Soklan no 2 dorang nak tau korang ada wat background
research tak pasal tempat yang korang mintak kerja ni. Anyway, aku tak suka
soklan no 3 tu coz quite sensitive. Ngee.. Tapi no 3, 6 & 7 soklan
provokasi. Be carefull! No 4 & 5 dorang nak tau korang ni ada wawasan ke
tak.
Kenapa soklan dalam BM?
Laa...kata pon UKM. Universiti KEBANGSAAN Malaysia. Jadi haruslah semuanya kena
melambangkan kebangsaan. Bahasa kebangsaan, pakaian kebangsaan, etc.
Hehee.
Masa nak pergi interview
tu aku memang tak berapa confident. Rasa macam tak layak je. Muka mungkin
nampak selamba tapi dalam hati Allah je yang tau. Tapi orang kata, kita kena
confident dengan apa yang kita buat especially time interview. First impression
tu penting! Jadi aku terjemahkan ketidakyakinan aku tu melalui pakaian aku hari
tu which is baju kurung. Kata orang lagi, kalau nak attend interview sebagai
professional kena la pakai baju yang smart sikit like slack, shirt &
blazer. [Eh, baju kurung tak smart ke?]. Tapi dah memang aku tak confident, nak
buat cammana kan? Just play safe je la.
[Untuk korang aku tak galakkan play
safe cam gini, ok?]
Tip aku untuk interview
ni senang je. Maintain COMEL dan sengih sepanjang masa.
Tak kisah la macam mana
provokasi yang dorang bagi.
Good Luck!