Assalamualaikum wbt.
Kalau dua tahun dulu ketika di tahun akhir pengajian, aku sering dihadap dengan soalan begini; "Lepas ni apa plan? Nak kerja atau terus sambung belajar?". Tapi setelah hampir setahun setengah bekerja, struktur soalannya berubah kepada; "Bila kita nak sambung belajar ni?". Hah, dua soalan berbeza namun membawa makna yang sama.
Bukan tak ada niat nak sambung master lepas habis degree. Ada tu, memang ada. Tapi tak tau nak bawa ke mana haluannya. Masa tu, satu-satu pilihan yang ada ialah bekerja dan timba pengalaman sebanyak mungkin. Dan kumpul duit sebanyak mungkin juga!haha.
Sebelum melangkah ke alam pekerjaan, aku juga seperti orang lain yang agak kelam meramal apa yang bestnya bekerja ni? Yang terlintas difikiran hanya menunggu gaji masuk bila cukup bulan untuk menampung segala hutang dan memenuhi keinginan duniawi. Iye la, siapa yang tak nak melaram dengan smartphone atau kereta berkelas eksekutif, kan? [tapi bila minyak naik, sendiri meroyan!] Semuanya dibeli atas slogan 'reward untuk diri sendiri'. Ceit!
Tapi ada juga kawan-kawan yang terus menyambung master. Betul-betul buat aku jeles. Sungguh! Dah rezeki dorang, kan? Apa nak dikata. Ada yang antara mereka menyambung pelajaran kerana; 1) bercita-cita untuk menjadi pensyarah atau penyelidik. Pekerjaan ini memang menuntut kelulusan tertinggi. Kalau setakat degree, kau jadi tutor je la. UKM sendiri meletakkan syarat sekiranya ingin menjadi pensyarah mesti mempunyai sekurang-kurangnya master dan perlu menyambung pelajaran ke peringkat Phd sebelum usia 40 tahun. [kalau tak silap la. Dengar pun masa interview dulu]; 2) tidak mendapat pekerjaan setaraf kelulusan. Ternyata bukan mudah untuk memiliki pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan kita. Banyak faktor mempengaruhi seperti lambakan graduan IPT dalam dan luar negara, syarat kelayakan yang memerlukan pengalaman berbanding keputusan CGPA dan lain-lain; 3) tawaran lumayan. Bukan selumayan macam skim cepat kaya, ye. Tawaran ini hanya untuk orang yang layak je seperti skim pensyarah muda yang dikeluarkan oleh Uitm. Kalau tak silap, tawaran ini terbuka kepada degree holder dengan CGPA 3.5 ke atas dan masih belum bekerja [maklumkat lanjut cari sendiri!]; 4) as personal achievement. Bila bersaing dengan diri sendiri, inilah jadinya - pencapaian peribadi!
Kalau ditanya atas alasan apa aku berhajat nak sambung belajar, jawapannya mestilah sebab yang keempat tu. Personal achievement! Tapi aku sedar, bidang yang aku ceburi ini lebih mementingkan pengalaman dan sijil-sijil kemahiran perubatan seperti Basic Life Support (BLS), Advanced Cardiac Life Support (ACLS), Malaysian Trauma Life Support (MTLS), Pre-hospital Trauma Care (PHTC), aquatic resque and so on. Jadi rasanya tak perlulah aku tergesa-gesa nak sambung pelajaran. Hanya perlu tetapkan niat, cari peluang dan doa banyak-banyak. Kalau ada rezeki, tak ke mana. InsyaAllah.
Sebenarnya bagus juga kalau kita berniat untuk sambung pelajaran hingga ke peringkat tertinggi ni. Selain dapat tambah pengetahuan, dapat juga bina keyakinan diri asalkan bijak menggunakan ilmu tersebut untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Tak perlu tunggu kita dibayar untuk mengajar. Kalau ada ilmu berguna, sebar-sebarkanlah.
Tapi ada juga golongan yang dah bekerja ni menganggap, orang-orang yang sambung belajar ni hanya ingin mengejar gaji yang tinggi. Perkara ni terlalu subjektif untuk diperkatakan. Tapi memang dunia sekarang ni semuanya memerlukan duit. Sebab siapa boleh sangkal yang dengan duit itulah akan kita gunakan untuk beli tangga-tangga kejayaan? Nak pakai jubah konvo tu pun kena bayar sewa tau. Bukan takat lulus exam je!
So pada siapa-siapa yang ada peluang untuk sambung belajar [especially yang dah bekerja], teruskanlah. Tetapkan niat kita. Abaikan saja kata-kata sinis rakan-rakan sejawat. Pada yang belum ada peluang lagi [macam aku!], it's ok. Kerja dan kumpul duit banyak-banyak dulu. Untung-untung bila sampai waktu, tak payah susah-susah beli tangga-tangga capai kejayaan dah, bina lif terus. Senang cerita!