Wednesday, November 20, 2013

Belajarlah untuk Menghargai

Assalamualaikum wbt.
Fuhh, lega sikit bila dah berjaya siapkan roster my colleague untuk minggu depan. Actually kerja-kerja buat roster ni bukan kerja hakiki aku. Cuma tiga minggu ni je kena tanggung tugas in charge atas sebab-sebab tertentu. Tapi tiga minggu ni pun dah rasa 'disaster'. Oh in charge, cepat la balik!
Perihal buar roster orang ni bukan mudah. Lagi-lagi kalau dalam team tu ramai yang minta cuti panjang, MC panjang, kelepasan dari tugas untuk jangka masa panjang. Uh, makin panjang la masa yang diperlukan untuk mengadjust segala. Buktinya, sepanjang office hour hari ni digunakan mengadap komputer mengadjust roster semata-mata. Naik juling dah mata ni oii!
Tapi ada juga rasa syukur dapat colleague yang memahami dan sedia membuat OT (over time) yang berjela-jela. Rasa nak nangis pun ada yang setuju untuk buat OT during HK (hari kelepasan). Sumpah, aku tak tipu! Apa yang diharapkan agar orang-orang yang cuti panjang, MC panjang dan dapat kelepasan panjang tu hargai, rakan-rakan anda yang kerja bermati-matian mengganti tugas sepanjang ketiadaan anda. Tiba masa, giliran anda pula hadir menggantikan mereka.
Melihat OT-OT yang bertaburan merata-rata ni membuatkan aku terfikir, adakah orang yang akan memandang dan memahami? Adakah ada orang yang akan menghargai?
Bukan niat mengutuk atau mengata kerna kadang kala kata-kata itu terpalit pada khilaf sendiri juga. Sedar atau tidak kebanyakan kita lebih suka meluahkan tentang kekurangan atau kelemahan berbanding kelebihan.
Contohnya,
Ramai orang yang lebih suka menegur bila ada yang datang lambat daripada memuji pada yang rajin datang awal.
Ramai yang berkira pada yang lewat sepuluh minit daripada yang berterima kasih pada yang awal lima minit.
Ramai yang suka memperkatakan tentang yang tidak membuat OT berbanding pada yang hari-hari membuat OT.
Ramai yang bising pada yang selalu cuti berbanding bertanyakan mengapa ada yang tak sempat bercuti.
Ramai yang kisahkan pada yang tidak hadir. Tidak tahukah kerana mereka, orang yang ada di depan kita masih setia berdiri.
Fitrah manusia punya rasa untuk dihargai. Bukan minta disanjung tinggi. Cukup sekadar dilayan selayak bagi jiwa yang punya hati.