Assalamualaikum wbt.
Betul la kata orang, pengalaman sebenar tak sama dengan pengalaman melalui pembacaan. Akibat terlalu taksub menggoogle pengalaman orang lain, aku hampir-hampir saja membatalkan niat ke gunung Lord of The Rings Malaysia ni. Berkali-kali jugak member yakinkan yang treknya tak sesukar Gunung Nuang. Tapi macam mana nak compare kalau aku belum ke sana? Duhh. Dah la keesokan harinya kerja pagi. Memang saja cari pasal! Tak cukup dengan tu, datang lagi sorang dengan yakinnya kata kitorang akan balik petang tu jugak since dia ada perlawanan bola. Tapi kesudahannya mesti la tak seperti yang dijanji. Kau sorang je Paan yang sampai bawah pukul 1 petang. Aku ni, pukul 4 pun dalam hutan lagi. Dan kau sedap terbongkang dalam kereta time tu, kan??? Hidup-hidup aku kena tipu! Cess.
Gunung Irau yang terletak di Cameron Highland ni merupakan gunung ke-9 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2110 m dari aras laut. Gunung ini dikenali sebagai mossy forest sesuai
dengan keadaan hutan yang berlumut dan menjadikan kawasannya sejuk serta mempunyai
pemandangan yang mampu menarik minat pengunjung. Perancangan awal, kitorang akan mulakan
pendakian selepas subuh, dalam pukul 7 pada pagi Ahad. Jadi kami bergerak dari
Cheras lebih kurang pukul 11, malam Sabtu. Tapi singgah Bangi dulu untuk jumpa
yang lain-lain plus dinner sekali. Gerak dengan 2 buah kereta dari KL lebih kurang
1.30 pagi. 4 perempuan 5 lelaki pada mulanya.
Sementara ada 2 orang akak lagi yang dah tunggu kat Cameron. Pelajaran pertama yang
aku dan girls lain belajar masa memulakan perjalanan ialah; lelaki ni
sebenarnya kuat menyembang! Asal berkumpul je, memasing keluar kereta
menyembang. Gelak hu-ha-hu-ha masuk kereta, drive. Duduk kat gerai makan,
menyembang lagi. Lepas isi minyak masuk keluar toilet kumpul tepi highway,
menyembang lagi. Choii! Bila nak sampai??? Kitorang yang tak ada kerja ni dok
selfie je la dalam kereta. Sebenarnya tanda protes. Selfie=tanda boring!
:: Mossy Forest ::
Akhirnya kitorang sampai kat Tanah Rata pukul 6.30 pagi selepas mengharungi jalan Tapah yang berliku-liku. Agenda pertama mestilah solat subuh. Kemudian berkumpul 3 buah kereta di hadapan Balai Polis Brinchang. Lepas hantar senarai nama, kitorang pun cari kedai makan. Lapar beb! Bila perut dah kenyang, perjalanan ke pinggir Gunung Irau diteruskan. Masa tu, kawasan parking memang penuh. Ramai gila kumpulan yang datang termasuk dari Singapura.
Selepas tukar kasut dan repack
barang-barang yang nak diangkut ke puncak, pendakian terus dimulakan tanpa
warming up! Choii! Ini semua gara-gara tak nak bersesak-sesak dengan kumpulan
lain. Alhamdulillah tak ada yang cedera or cramping kat atas tu. Oh yes,
disebabkan ini daypack trip so tak banyak la barang yang dibawa. Aku cuma bawa
sebotol air mineral kecil, sebotol 100 plus kecil, Cadbury and sweets as energy
bar selain handset, kamera dan poncho (in case kalau hujan). I’m not a true hiker. I just hike whenever I want to. So aku memang tak ada barang-barang hiking
ni. No hiking shoes, jacket, t-shirt or travelling/hiking bagpack. Untuk naik Irau ni aku pakai
apa yang ada je. Long sleeves, cardigan, track suit, kasut getah. Beg? Bawak
bagpack yang aku guna dari zaman student dulu tu je. Tongkat sakti pun aku tak
pernah ada. (sorry aku tak tau apa nama stick yang hiker selalu guna tu!)
Pendakian bermula jam 9 pagi bermula dengan mendaki tangga-tangga kayu. Naik tangga pun mengah meh. Hailaaa. Tapi alhamdulillah
cuaca hari tu sangat baik dan trek tersangatlah cun! Tanah kering tanpa selut. May
be Cameron tak hujan beberapa hari kot. Kena tempias musim panas lembah Klang
gamaknya. Hanya sejuk sedikit di awal pendakian. Itu pun aku hanya bersalut
long sleeves dan cardigan nipis. So tips pertama nak naik Irau, pergilah ketika
musim panas. Hehe.
Cabaran perjalanan di Irau bukan hanya dipengaruhi oleh permukaan tanah yang mungkin lembab/basah semata. Treknya yang turun-naik-turun-naik disamping akar-akar pokok yang berselirat mengalah neuron kat kepala pun memberi cabaran juga. Bukan setakat menguji kesabaran tetapi juga menguji tahap ketinggian aku! Cess. So nak tak nak aku perlu bijak pilih route yang mudah digapai dek tangan dan mampu dicecah dek kaki. Aku bernasib baik kerana geng-geng aku semua mempunyai ketinggian yang hampir sama. Around 1.5 m to 1.56 m (may be). So aku bagi dorang jalan dulu while aku follow je step dorang. Kalau dorang boleh reach, maknanya aku pun mestilah boleh, kan? Haha..pandai tak aku mengelat. Tapi agak tertekan bila berada di tengah-tengah pendaki lelaki. Dah la dorang jalan laju, lepas tu route dia memang la melangkaui panjang langkah aku. So biasanya kalau kat belakang ada bebudak lelaki ni, aku kasi jalan dulu je. Lepas tu buat tak nampak je jalan yang dorang pilih. Lebih baik buat keputusan sendiri.Hehe. So another tips, berjalanlah dengan orang yang sama level especially in term of ketinggian!
Tak ada rotan, akar pun berguna. Hah, yang ini aku rasa betul. Kat sini akar-akar kayu dia memang besar-besar alam. Aku sendiri banyak bergantung pada akar-akar ni. Tapi kena hati-hati sikit. Kalau nak berpaut pastikan akar tu cukup kuat nak menampung berat kita. Bila melangkah pun hati-hati, takut licin. So far aku percaya dengan tapak kasut getah ni. Cengkaman dia kuat. Akar-akar kayu ni pun kira my favourite route. Kalau route dia banyak akar, itulah jadi pilihan. Tapi orang kata jalan kat akar kayu, bahaya. Sebab licin. Tapiii...aku suka je. haha.
Perjalanan ke puncak bukan saja menguji ketahanan kaki, tapi tangan jugak. Especially kat ascending point. Dah macam buat rock climbing je. Tapi kat sini kena panggil root climbing la kot. So tips yang ketiga, pastikan tangan korang bebas dari pegang apa-apa barang termasuk handset. Dan untuk yang belum capai puberty age, boleh la korang menambah ketinggian dengan berpaut dan bergayut di setiap ascending and descending points. hehe.
Cabaran seterusnya ialah cuaca yang tiba-tiba berubah. Actually dalam pukul 3 petang aku masih lagi tersadai dalam hutan, lepak-lepak dulu sementara tunggu yang lain. Tiba-tiba keadaan menjadi mendung, macam nak hujan. Jadi aku dengan seorang lagi member ambil keputusan untuk gerak keluar ASAP. Keadaan jadi sejuk dan berangin. Baru 20 minit berjalan aku dah rasa bibir kering semacam. Tekak pun jadi perit (mungkin disebabkan aku banyak bernafas guna mulut kot) tak seperti diawal pendakian. So aku simpulkan yang keadaan cuaca yang berangin menyebabkan penghidrasi boleh berlaku lebih cepat. Nasib baik air banyak lagi. So berhenti sekejap, basahkan tekak. Tips seterusnya. pastikan bekalan air mencukupi terutamanya jika pergi ke kawasan kering dan berangin.
Konsep pendakian kitorang ni adalah gaya bebas, tiada ketua kumpulan. Setiap orang mempunyai kebebasan untuk guna seberapa lama masa untuk menghabiskan pendakian. Kalau penat, rehat. Dah lega, jalan balik. Kalau jatuh, bangun sendiri. Macam aku dengan empat orang lagi member mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai di puncak Irau. Gerak jam 9 pagi, sampai puncak lebih kurang pukul 12 tengah hari. Ada yang lebih awal, dan ada yang lagi lambat dari kitorang. So tak ada la stress sangat. Kitorang tak lepak lama kat atas, pukul 12.45 tengah hari dah gerak turun balik. Gerak turun lebih santai. Kitorang ambil masa lebih 4 jam untuk sampai ke kawasan parking. Sampai je kat starting point lebih kurang pukul 4 petang, simpan barang, tukar kasut terus gerak balik KL. Dalam kereta, masing-masing terbongkang kecuali driver! ha.ha. Penat wooo.
:: Liku-liku kehidupan! ::
:: Sisi cantik Gunung Irau ::
:: Mini Irau ::
:: Sikit lagi nak sampai puncak. Tapi, take 5 dulu la! ::
:: Alhamdulillah, we make it true!!! ::
(Tapi hati-hati, harganya dua kali ganda beb!)
:: Businessman berjaya!!! ::