Friday, April 4, 2014

Malaysia Perlukan Kita


Assalamualaikum wbt.

Tak pernah terlintas di kepala pun yang aku akan menulis entry seberat isu kali ini. Tapi dikala negara sedang dihimpit dengan situasi tegang rentetan kehilangan pesawat MH370, aku rasa terpanggil untuk menulis sesuatu. Kalau pun bukan untuk orang kat luar sana, cukuplah sebagai tanda yang I really really care about my country, Malaysia!

Hari ini, satu dunia sedang memandang Malaysia. Yang bezanya, sama ada dengan pandangan simpati ataupun hina. Banyak kata-kata sinis dilemparkan kepada Malaysia. Biarlah, itu mereka. Bukan kita. Jangan kita jadi seperti mereka.

Mereka datang menghulur bantuan, dan mereka tak lupa kirimkan sekali kehancuran. Siapa yang mempersoalkan tentang ketiadaan negara-negara Islam yang lain untuk datang membantu kalau bukan mereka? Siapa yang menuduh Islam Malaysia sebagai pembunuh? Siapa pula yang sedang membakar tali persahabatan Malaysia-China? Tak perlu disebut siapa mereka itu, kerana memang semua kenal. Satu dunia tau krisis Amerika-China macam mana satu dunia juga tau tentang persahabatan Malaysia-China.

Lupakah kita pada sejarah? Benarkah Sejarah kita hanya A pada kertas, bukan kotak fikiran? Lupakah kita pada dasar pecah dan perintah ke atas Tanah Melayu oleh penjajah yang menjadi kunci penguasaan mereka di rantau ini suatu ketika dahulu? Lihatlah apa yang terjadi pada kebanyakan negara-negara Islam lain. Bagaimana rakyat mereka ditindas, bagaimana negara mereka tergadai. Walau tidak secara fizikal, tapi minda mereka terus dijajah. Tapi aku percaya runtuhnya kebanyakan negara Islam bukanlah disebabkan oleh orang-orang yahudi ni kuat atau sebab teknologi Amerika ni canggih. Tapi disebabkan perpecahan ummah. Lemahnya jiwa orang-orang Islam bersatu mempertahankan tanah air sendiri. Hilangnya kepercayaan kepada saudara sendiri termasuk kepada pemimpin sehingga mengundang campur tangan pihak luar. Hakikatnya tiada sebuah negara pun dalam dunia ini yang mampu bangkit dan berjaya selepas pemberontakan atau penggulingan kerajaan.

Niat orang Yahudi sangat jelas. Modus operandi mereka tidak pernah berubah. Tragedi (tercipta atau dicipta) - campur tangan I - provokasi - perang saudara/pemberontakan - campur tangan II - takhluk & kuasai. Cuma kita je yang masih buta. Bagi aku, tragedi MH370 ni umpama satu wake up call untuk rakyat Malaysia. Menguji sekuat mana kita mampu bersatu mempertahankan tanah air yang telah merdeka hampir 57 tahun ni dari kuasa-kuasa besar yang tamak kat luar sana.

Dan hingga ke saat ini, pemimpin-pemimpin kita masih teguh menepis segala provokasi, menyangkal dakwaan tak berasas mereka. Tetapi kita, semakin memperlekehkan pula kepimpinan negara sendiri. Menuduh pasukan mencari dan menyelamat lembap buat kerja. Menekan pemimpin agar letak jawatan. Bercakap tanpa berada di situasi sebenar memang mudah. Bila bukan diri sendiri yang kena menjawab pada dunia memang nampak senang. Duduk di atas katil empuk dalam bilik berpenghawa dingin sambil menghadap laptop tak sama dengan berdiri di depan lensa menghadap dunia sambil menepis tuduhan. Apatah lagi kalau nak di samakan dengan berada di atas kapal di tengah lautan luas yang bergelora. Memang tak akan pernah sama.

Dalam situasi sekarang, tidak siapa yang mampu berada di tempat DS Najib. Tiada siapa yang mampu menggalas tanggungjawab yang sedang dipikul oleh Datuk Seri Hishammuddin, Dato' Azharuddin atau pun Ahmad Jauhari. Tiada siapa yang tahu apa yang mereka rasa dan sedang hadapi. Sekurang-kurangnya marah kita, sedih kita, kecewa kita mampu diluah di FB, tweeter dan apa-apa saja media sosial yang wujud. Tapi mereka? Tiada perasaan atau telahan yang mampu diluah. Segalanya harus berfakta dan bermatlamat. Sedangkan mereka juga manusia yang ada perasaan, ada telahan dan teori sendiri yang kadang-kadang melintas di kepala, sama seperti kita. Tapi memang bukan hak mereka untuk meluahkan. Dan mereka akur. Tapi mengapa kita pula yang sibuk mempertikaikan itu ini?

Dalam dunia ni tak ada seorang pemimpin pun nak menghancurkan negara sendiri waima Amerika sekalipun. Tanpa negara, mana mungkin wujudkan pemimpin. Logik yang tak perlu dipersoalkan. Jadi tak perlulah kita menuduh mereka menipu. Mereka hanya menjalankan tanggungjawab. Kalaulah mereka ada menyembunyikan sesuatu sekalipun, percayalah itu adalah perkara terbaik yang mampu mereka lakukan buat masa ini. Bukankah kita selalu mengagungkan kata-kata yang kebenaran pasti akan terserlah jua akhirnya?

Bangkitlah rakyat Malaysia dari lena yang panjang. Ketepikan dulu beza fahaman politik kita. Mahukah kita melihat pulau-pulau kecil kita menjadi pangkalan tentera mereka? Mahukah kita melihat perairan kita dipenuhi kapal-kapal pengkhianat bangsa? Mahukah kita melihat ruang udara kita dicerobohi sewenangnya? Mahukah kita melihat tanah ini berdarah kembali? Malaysia sangat-sangat memerlukan semangat kental yang pernah terbina 57 tahun dahulu. 57 tahun kita merdeka. 57 tahun kita mengecap bahgia. Tapi hari ini Allah menguji kita. Hari ini Allah merindui doa-doa serta rintihan kita seperti 57 tahun lalu, yang tak henti-henti memohon keamanan dan keberkatan dari-Nya. Jadi hari ini marilah kita sama-sama bersatu memanjat doa agar keamanan negara dipelihara-Nya. Agar segala usaha mencari dan menyelamat dipermudahkan-Nya. Agar dapat dirungkai misteri ini. Dan agar dapat dipatahkan apa jua rancangan jahat mereka di luar sana. Doa adalah senjata orang mukmin. Mari kita buktikan pada dunia bahawa senjata kita jauh lebih berkuasa dari mereka, dengan izin Allah. Ameen.



Maaf jika tulisan ini tak ubah seperti sampah. Saya hanya sayangkan negara saya. Saya tak pernah duduk di negara orang. Jadi saya tak tau mana nak pergi jika saya hilang negara saya. Sekian.