Assalamualaikum wbt.
Setelah sekian lama bertapa kat Malaysia, akhirnya dapat jugak melawat jiran sebelah. Trip ke Jogjakarta ni idea Zai. Pengaruh cerita AADC (Ada Apa Dengan Cinta 2) katanya! Dan aku sememangnya tak tengok pun cerita tu. Hehe. Tapi tak semua tempat berkaitan AADC tu kitorang pegi. Mana yang sempat je.
Kuala Lumpur - Solo - Kuala Lumpur
Untuk menjimatkan duit, kitorang beli tiket ke Solo. Dari Adi Soemarmo airport, Atip datang jemput dengan kereta dan pengembaraan di bumi AADC pun bermula. Tak tau la nak panggil Atip ni cammana sebab kitorang tak rasa pun dia ni supir, sebab dah kenal since Projek Semeru lagi. More kepada kawan kot. Tapi tak ada la dia bawak kitorang berjalan for free. Ngee.
:: Airport Adi Soermarmo, Solo ::
Tiket Air Asia (return) = RM 180/pax
Lombok Idjo Solo
:: Nila (Talapia) Goreng + air suam = Rp. 19k ::
Sebelum gerak ke Jogjakarta, kitorang singgah makan dulu kat Solo. Makan kat sini lebih kurang style Wong Solo kat Malaysia, cuma sedap lagi di sini. Apa yang menarik kat sini adalah:
1. Nasi tambah percuma
2. WiFi percuma
3. Sup Sayur percuma (untuk wanita mengandung)
4. Makanan sedap dan mampu bayar
Selain di Solo, katanya restoran ni ada juga di Jogjakarta. Tapi sepanjang kat Jogjakarta, tak jumpa pulak. Antara menu wajib cuba adalah, Nila (Talapia) bakar.
:: Muka kelaparan menunggu hidangan. ::
Taman Seriwedari
:: Bergambar dulu sebelum tayangan bermula ::
Zai kata teringin nak tengok wayang klasik macam dalam AADC. So kitorang layankan aje la walau tak faham. Bahasa Indonesianya pekat sangat. Tanya Atip, dia pun tak faham sangat. Tajuk cerita tu, Semur Creates Heaven. Wayang ni bermula jam 8 malam. Tapi kitorang tak tengok sampai habis pun sebab dah mengantuk sangat. Kesian pulak kat Atip nak drive sorang ke Jogja nanti. Phewww.
:: Antara sedutan tayangan ::
Tiket wayang = Rp. 5k
Kalibiru
:: Yeah, selamat datang ke Wisata Alam Kalibiru! ::
Akhirnya sampai jugak ke tempat viral ni. Pejalanan dari hotel (Griya Mulya) mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Actually, ini adalah port ambil gambar. Untuk ke sini korang ada dua cara. Pertama, dengan menaiki jip berbayar yang disediakan. Kedua, menaiki kenderaan sedia ada korang. Disebabkan kitorang pegi dengan local, jadi Atip la yang drive terus ke pintu masuk Kalibiru. Jimat sikit duit. Tapi jalan ke sini sangat dahsyat. Aku risau je kot-kot tayar kereta tu bocor. Jalan berlopak dan berbatu. Kredit untuk Atip walaupun ini adalah pengalaman pertamanya ke Kalibiru. Disebabkan kitorang pegi pada hari Ahad, maka ramailah umat manusia. Kalau nak diikutkan, turn kitorang untuk naik ke Spot Bundar tu kena tunggu sampai 3 jam. Tapi dah memang rezeki kot, berjaya la potong line orang. Haha. Satu lagi spot yang kitorang dah booking (with full payment) adalah Foto 1. Tapi tak sempat naik sebab hari dah hujan. Walaupun lepas hujan reda, person in charge kat situ tak bagi naik sebab angin kuat. Jadi dorang pulangkan semula duit kitorang. Actually, kat Kalibiru ni ada enam spot berbayar untuk bergambar, spot High Rope, Foto Panggung, Foto 1, Foto Bundar, Foto 2 dan Foto Love. Kalau ikut apa yang tertulis kat pintu masuk, Ayunan (buaian) dan Gardu Pandang Tingkat adalah percuma. Tapi kitorang tak sampai ke situ pun sebab cuaca tak berapa baik. Kat sini tanah tinggi, so angin kuat sikit apatah lagi lepas hujan. Huhu.
:: Berlatar belakangkan spot panggung ::
:: Punya la ramai orang kat belakang tu, mana tak kena tunggu sampai 3 jam. Huhu ::
:: Tak sabar rasa nak naik atas tu. Dah dah la tu kak oii. Haha::
:: Finallyyyyy. Tapi tengok awan tu, erkk macam tak kasi can je. ::
:: Gambar cantik dari DSLR ::
:: Makan dulu sementara tunggu hujan teduh ::
:: Gambar selepas hujan ::
:: Tak dapat naik, dapat bergambar pun jadi la ::
:: Reference masa akan datang ::
Entrance ke kawasan rekreasi = Rp. 5k
Entrance Wisata Alam Kalibiru = Rp. 10k
Spot Bundar = Rp. 15k
Photo (39 pcs) = Rp. 150k (Rp. 30k/pax)
Gumuk Pasir
Gumuk Pasir termasuk dalam kawasan pantai Parangtritis. Tapi kitorang tidak ke pantainya. Tempat ni masuk dalam itinerary sebab kononnya nak sandbording. Malangnya, petang tu hujan. Jadi tak dapat la nak bersandboarding. Kitorang cuma bergambar dalam hujan renyai je. Selain sandboard, ala-ala motor cross pun ada kat sini. Tapi kitorang cuma bergambar je. Buat kenangan tanda dah sampai. Haha.
Entrance: Rp. 3750/pax
Tour Gunung Merapi
Untuk tour kaki gunung Merapi ni kena ambil tour package under Lava Tour. Kitorang ambil sunrise package, Rp 450k/jeep. Satu jip boleh muat 5 orang termasuk driver. Untuk sunrise tour, kitorang bermula jam 4.30 pagi. Pakej ni meliputi aktiviti tengok sunrise, melawat kawasan terowong bawah tanah, Bunker Kaliadem (kawasan sekitar je. Tak masuk dalam pun), muzium rumah tinggalan kesan letusan gunung berapi (Merapi) dan main air kat kawasan sungai. Jangan risau, dekat dengan information counter Lava Tour ada surau, jadi sempat je nak solat Subuh dulu. Nasib kitorang tak berapa baik sebab cuaca mendung. Makanya, tiada sunrise. Cuma sakan bergambar dengan awan karpet je. Kiorang agak rushing untuk trip ni sebab nak bekerjar ke Goa Pindul pulak.
:: Ambil pot masing-masing menunggu matahari yang tak kunjung tiba ::
:: Gambar penghilang bosan, satu ::
:: Gambar penghilang bosan, dua ::
:: Gambar penghilang bosan, tiga dan yeay, confirm matahari tak ada. Kuang3 ::
:: Berlatar belakangkan gunung Merapi ::
:: Bunker Kaliadem merupakan terowong bawah tanah yang terbina pada tahun 2005 tetapi tidak lagi befungsi selepas letusan gunung berapi tahun 2010 ::
:: Trademark walau di mana berada ::
:: Di katakan belakang tu adalah jalur lava sekiranya berlaku letusan gunung berapi ::
:: Alien Rock. Batu berbentuk kepala orang ni hanya ditemui selepas berlakunya letusan gunung berapi ::
:: Melawat muzium House of Memory. Tinggalan kesan letusan gunung berapi 2010::
:: Jam ni berhenti berdetik pada jam 12.14 (mengikut pandangan aku la) ::
Tour Sunrise Gunung Merapi: Rp. 450/jeep (Rp. 150/pax)
Goa Pindul
Goa Pindul ni terletak dalam jajahan Gunung Kidul. Dari Lava Tour mengambil masa lebih 2 jam untuk sampai ke sini. Sampai-sampai je, kitorang terus solat Zuhur dulu sebab takut bila dah main air nanti, terlebih penat pulak. Di sini ada tiga ke empat pakej, sama ada nak main cave tubing sahaja atau river rafting sekali. Disebabkan time constrain, kitorang pilih cave tubing dengan route paling pendek sekali. Sepanjang tour cave tubing ni, kitorang diberi penerangan berkaitan Goa Pindul. Cumanya masing-masing dah keletihan untuk mendengar. Kalau ke sini korang kena standby pakaian sepersalinan ye. Pada yang nak bergambar, boleh je bawak kamera atau handset tapi risiko tanggung sendiri. Macam kitorang, guna je photographer yang dorang sediakan. Semua sayang handphone oii!
:: Beriye tengok anak kelawar kat atas tuh! ::
Entrance Goa Pindul : Rp. 10k
Cave Tubing: Rp. 100k (termasuk makan dan peralatan)
Shower: Rp. 3k
Pantai Timang
Pantai Timang adalah destinasi yang di tunggu-tunggu dari awal trip. Tarikan utama di sini semestilah gondolanya. Walaupun mahal, ku bayar jua. Kitorang sampai sini dah hampir jam 4 petang. Ini bermakna tinggal lagi satu jam sebelum operasi gondola berakhir. View kat pantai ni memang superb! Tapi seperti biasa, pantainya bukan untuk water activities sebab ombak yang kuat. Bayangkan masa kitorang tengah sedap mencari angle yang cantik untuk bergambar, sekali datang ombak kuat yang melebihi ketinggian tebing yang kitorang berdiri dan basah separa kuyup la kat situ. Kuikui. Angin tak payah cerita, boleh tahan kuatnya.
:: Jom ke seberang. Ada berani? ::
Gondola kat sini seratus peratus guna kerahan tenaga manusia. Mungkin sebab tu harganya mahal sedikit. Asalnya gondola ni untuk bawak lobster dari seberang, dan sekarang jadi perhatian dunia pulak. Untung untuk orang kampung di sana. Melalui pemerhatian, pergerakan gondola ni hanya menggunakan tali dan bukan kabel. Tiada harness dan safety jacket. Secara peribadi, aktiviti ini sangat berisiko. Jadi korang jangan nak suka ria sangat. Doa banyak-banyak sebelum mencuba.
:: Muka antara berani dan cuak ::
Oh yeah, apa yang aku tau kalau orang luar nak ke sini sepatutnya perlu menaiki perkhidmatan ojek atau motor berbayar. Tapi disebabkan kitorang datang dengan local, jadi Atip drive terus ke kawasan pantai. Maka seronok la kitorang sebab tak perlu keluar duit, Thank you, Atip!
:: Sunset view kat sini memang terbaik! ::
Gondola: Rp. 200k (foreigner)
Candi Mendut
Walaupun dah masuk hari terakhir di bumi AADC, kitorang masih semangat lagi nak teroka sehingga la bila tiba di Borobudur. Tiket masuk untuk foreigner sahaja Rp. 260k, bersamaan lebih kurang RM 90??? Memang tak la nak melabur sebanyak tu. Mahal gila kot! Sudahnya Atip bawa ke sini, candi Mendut for free. Eleh, Borobudur tu pun candi jugak kan? So sama je la. *Ayat sedapkan hati* Haha. Tapi serius kitorang rasa Borobudur tu tak berbaloi dengan harga. Jadi tak menyesal lepaskan peluang ke sana.
Hutan Pinus Tragilan
Actually tempat ni tak ada dalam itinerary pun. Kitorang dibawa ke sini untuk mengubat kelukaan sebab tak dapat masuk Borobudur. Dan yang bestnya, ini adalah rancangan Atip. So sweettttttttttttt. Thank you, Atip! Dah la tempat cantik, free pulak tu. Sepanjang perjalanan pergi dah balik, kitorang disajikan pemandangan cantik dan lebih dekat dengan gunung Merapi dan Merbabu. Ada jugak la berhenti sekejap untuk ambil gambar. Sampai masing-masing dah berangan nak buat trip hiking dua gunung ni pulak. Adehh, macam-macam. Tapi serius kawasan ni cantik gila. Sejuk macam Cameron Highland. Nak petik strawberi atau cili pun boleh. Tapi bayar la! Haha.
Entrance: Free
Friends must know:
1. Kitorang beli tiket Air Asia 2 bulan sebelum berlepas.
2. Aku cuma bawa Rp 1.72k saje untuk trip kali ni dan berjaya pulang dengan baki Rp 300k.
3. Walaupun tak mention kat atas, tapi ada je shopping kat jalan Malioboro.
4. Kat sana pakai simkad XL, 5G internet + free 175 minit ke semua talian (penting untuk call supir kalau sesat. Haha)
5. Walaupun entrance certain tempat adalah free tapi parking berbayar tau. Aku tak mention sebab car park fees dah include dalam pakej.
6. Kitorang stay kat Griya Mulya sebab hotel tu cantik dan feedback yang best kat booking.com.
Tips ke Jogjakarta:
1. Jangan pergi ke tempat tumpuan seperti Kalibiru, Goa Pindul, pantai Timang pada hari minggu sebab ramai orang. Kalau nak jugak, make sure sampai awal pagi.
2. Kalau nak shopping di Malioboro, pergi hari biasa dan membeli ketika kedai nak tutup. Harga pasti berbeza.
3. Rate kereta sewa kat sana adalah Rp 500k/day tanpa driver dan Rp 600k/day including driver.
4. Cuaca kat sana lebih kurang macam Malaysia. Jadi jangan pergi pada hujung tahun sampai Februari sebab hujan hampir setiap petang hingga ke malam.
5. Kalau nak masuk Borobudur, make sure bawak student card sebab harga jauh berbeza. Foreigner Rp 260k while student Rp 130k.
6. Bersedia untuk bangun awal pagi sebab jarak setiap destinasi sangat jauh. Rancang perjalanan sebaik mungkin.