Tuesday, December 24, 2019

2019

24 Disember 2019,

Hari ni merupakan last day kerja untuk tahun 2019. Aku sambut last day 2019 ni dengan satu incident yang tidak disengajakan sebab berkejar ke kelas untuk quiz and presentation. Kepada owner kuda putih 2.0, dapatlah kiranya tuan hamba menghubungi nombor yang tertera pada name card yang patik tinggalkan. Jangan risau, patik sedia membayar ganti rugi atas kecederaan kuda putih tuan hamba itu dan memohon maaf (sambil mengira kepingan note-note terakhir untuk bulan ni). Sobsob.

2019 yang penuh dengan warna:

Colleagues - Start hujung 2018 lagi satu demi satu staff mula tinggalkan ofis. Ada yang resign dengan rela hati, ada yang diminta resign dan ada yang terminated. Bila company masuk phase retracement, benda-benda macam ni bukanlah pelik sangat. Ada staff yang berganti. Ada yang lupus begitu saja. Sekarang ni bila masuk ofis, terasa asing sangat. Sebab banyak muka-muka asing yang aku tak kenal. Miss my old colleagues so much! 

Elaun- Start Feb 2019, elaun aku dipotong RM100. Yes, because of the same reason, to cut cost. Dan ada yang lebih teruk lagi bila elaun dinafikan (ayat sopan; dimansuhkan).

Rejection - Perkataan yang paling orang tak suka sekali. Hantar CV untuk apply kerja tempat lain. HOD ok. CEO call nak discuss pasal gaji. Tak sempat demand, baru bagitau current salary. Terus rasa kena reject. Dengar cerita, CEO ambil candidate yang minta gaji lebih rendah dari my current salary. Takpe la. Takde rezeki.

Konvokesyen - Event yang paling ditunggu untuk tahun ni sebab teringin nak pakai robe UPM (robe UPM lagi cantik dari UKM weh!). Tapi last minute decide untuk tak pergi. Sedih. Along the journey, of course ada kawan-kawan yang sangat supportive, selalu ada untuk disusahkan, ada untuk dengar kau meroyan siapkan assignment, stress dengan exam dan fyp dan selalu tolak ansur pasal kerja. By time semua dah settle, tinggal tunggu hari konvo, one of them was diagnosed with cancer stage 3, while my dean suddenly left WhatsApp group dengan ayat ".... terima kasih atas kerjasama dan... Hari ni, hari terakhir saya di fakulti...". Dan 'hari ni' tu adalah hari ahad. Weh, takde bos akan resign hari ahad dan inform through WhatsApp je, melainkan ada isu besar. Pada masa aku rasa, aku lah manusia paling busy, stress dan teruji sekali, rupanya ada orang lain yang tengah bertarung nyawa dan crisis yang lagi besar. *crying *. Aku rasa sambung master ni, buat aku jadi selfish, ignorant, buta dengan apa yang jadi kat sekeliling. So I decided not to attend my so called the event that I waiting for.

So-called-friend - Dia dah selamat kahwin pun. Congrats! Lepas ni kita dah tak boleh jadi kawan dah. OMG, rindunya! Kenapa bila kita rasa, kita dah buat keputusan yang betul, pilihan yang betul, tapi kita jugak yang rasa sakitnya?

Rumah kedua - Orang kata, beli rumah ni leceh, banyak procedure. Tapi aku pulak, beli rumah pakai redah. Bukak mudah.my >> pilih rumah >> WhatsApp REN >> View rumah >> sign booking form >> bayar 3% >> apply housing loan >> sign offer letter loan >> bayar baki deposit >> sign S&P, dan semua ni settle dalam masa kurang sebulan. Tu pun delay sebab lawyer pegi holiday. Then bila tengok bill dari lawyer, baru terfikir betul ke tak decision aku beli rumah time ekonomi tak best ni. Iye la, lepas kau spend berpuluh ribu untuk deposit, rupanya masih berpuluh lagi kau kena bayar untuk lawyer fees, MOT and so on. Sudah, adakah ini tanda-tanda penyesalan? Memang dasar buat keputusan dulu, nyesal kemudian. Lol! Ya Allah, kau kurniakan la rezeki yang selayaknya untukku. Yang tidak terlalu berlebih-lebih untuk aku banggakan. Dan tidak pula kurang sehingga aku terasa beban menanggungnya. Ameen

Workloads - Kerja memang tak pernah habis! Start semester Sept 2019, workload melampau-lampau. Tambah melampau bila bagi short notice macam rabu ni kau dapat tau yang kau kena ajar course pharmacology (yang kau dah tinggal lebih 10 tahun dulu) dan selasa minggu depan tu baru dapat jadual kelas yang mana kelas kau adalah hari selasa tu jugak! Total subjek kena ajar sesi Sept dan Nov, 7. Tapi alhamdulillah bila semuanya under control. For pharmacology, 7 out of 10 topics, test, assignment & final exam question settled before mid term break. Pathology class settle end of November. All chapters covered, test, quizzes, presentation settled. Satu lagi subjek baru settle hari ni. Tinggal nak marking and preparing exam question. And the remaining four subjects, tak settle apa lagi. Haha. But still have time until end of February. Girl power sangat, kan? Of course. Bila mana kau jadi robot, dan bukan manusia, semua kerja mesti settle. Bila mana kau dah tak faham makna penat, takde kerja yang kau tak boleh buat. Termasuk la tekan minyak sampai 130-140 km/j atas Elite Highway tu (tapi highway tak selalu lengang, bila ada peluang je). Yes, atas jalan tu la tempat aku lepas rasa. Sebab time tu je yang aku tak fikir pasal kerja. Tu la 'me time' aku. Merempit atas jalan. Tapi part langgar kereta orang yang aku mention kat atas tu bukan sebab lepas geram tau! Tu sebab aku dah lambat nak ke kelas.

Ups and down hidup aku tahun ni macam roller coaster. Sekejap sangat Allah bagi rasa happy and comfort tu, sebelum Dia buat semua rasa tu terhempas kat lantai. Nak nangis bucu katil pun tak sempat, demam pun aku pintak postpone sebab banyak benda nak kena settle. Tipu sangat kalau kata tak penat. Penat weh. Mentally, physically. Demotivation, insecurity, uncertainty. All are killing. Nak fikir pasal 2020 pun tak mampu. Semuanya nampak kabur lagi. Yang aku tau, aku penat. Aku nak rehat.


Friday, October 4, 2019

Redha dan Syukur

Redha itu indah,
Tapi bukan mudah!

Assalamualaikum,

Minggu lepas drop cv, niat nak cari kerja lain. Then selang sehari dapat panggilan dari HOD. Sembang punya sembang, nampak macam positif. Mula la happy nak dapat kerja baru. Tak sampai sejam, dapat panggilan dari CEO pulak. Nervous, tapi excited! Tapi bila ditanya tentang expected salary (aku tak letak expected salary dalam cv. Haha!), terus CEO tu berubah nada. Kalau nak diikutkan, takda la aku letak tinggi. Sebut nilai pun tak sempat lagi! Aku tanya balik berapa yang dorang boleh offer. Then the CEO tanya pulak berapa current salary. Bila aku sebut je currrent salary, terus CEO tu terdiam. Then dia tanya, mesti aku tak terima kalau dorang offer rendah dari current salary. Aku pun dengan jujur cakap, aku tak harap la dorang offer nilai yang lebih rendah dari gaji sekarang tapi kalau ada benefit lain, mungkin aku boleh pertimbangkan. Nampak tak perangai mata duitan kat situ. Haha! Tapi logiknya, bila nak tukar tempat kerja, carilah yang offer lebih baik dari tempat sekarang. Tak semestinya lebih baik dari segi nilai gaji je, termasuk jugak kebajkan pekerja, peluang sambung belajar atau attending courses for self improvement, workload, working environment, etc. 

Sudahnya, sampai sekarang ni company tu tak call aku dah. Kesian kat aku kan? Haha. Dengar cerita dorang ambil candidate lain yang minta gaji lebih rendah dari aku.

Sekarang baru aku sedar yang mungkin tak ada company lain yang mampu bayar gaji macam yang aku terima sekarang. Lebih-lebih lagi dengan ekonomi yang tak menentu ni. So, sepatutnya aku bersyukur dengan apa yang aku dapat berbanding dengan orang lain yang mungkin setaraf dengan kelayakan tapi terima kurang sikit dari apa yang aku dapat. Kalau nak diikutkan, sebab aku cuba cari kerja lain adalah kerana aku sakit hati dengan environment sekarang. Penuh dengan toxic and parasite. Atas rasa bengang, demotivate tu la aku buat keputusan untuk cari kerja lain. Tapi nampaknya jodoh dengan company sekarang masih panjang. So, kenalah bersabar. Kalau memang betul stay kat tempat sekarang adalah yang terbaik, aku terima. Tapi kalau terus-terusan rasa demotivate, semoga Allah bukakan ruang dan peluang untuk berhijrah ke tempat lain.

And again.

Redha itu bukan mudah! Tapi manis tu, pasti! 

Semoga segala urusan selepas ni dipermudahkan.

Ameen.

Saturday, September 21, 2019

Sambung Master, Ok ke Tak?

Assalammualaikum.

Pejam celik pejam celik, kejap je dah pertengahan september, dah nak masuk oktober pun. Dah tiga tahun tukar profession dari klinikal ke pengajar. Dan dalam dalam tempoh lebih tiga tahun ni, pengajian master dah sampai ke status completed. Biasanya bila masuk oktober ni, aku akan mula planning untuk ubah direction. Rancangan hidup empat tahun. Hehe

Berbalik kepada keputusan untuk sambung master degree ni, sebenarnya bukanlah rancangan saje-saje, last minute atau desakan apa-apa atau sesiapa. Tapi memang pernah letak target untuk genggam master sebelum umur 30. Inspirasi time tu adalah Fazley Yaacob. Haha. Cuma terlajak setahun la. Tak dan nak capai sebelum 30.

Cuma yang terkilannya, I didn't feel the exact journey as a master student. Maybe sebab belajar sambil bekerja kot. Selaku spesis yang not multitasking person, studying and working at the same time doesn't suit me at all. Segalanya nampak serabut dan kelam kabut. Memang niat asal berhenti kerja klinikal adalah untuk jadi full time student. Tapi apakan daya, takut tak boleh tolerate dengan economic challenge, so beranikan diri buat dua benda dalam masa yang sama. Dan hasilnya sangat menghampakan. Walaupun masih bekerja dan berjaya tamatkan pelajaran, tapi perasaannya kosong. As I mentioned before, I can't feel the journey. Belajar ni bagi aku special sikit. Kalau boleh rank antara study kerja dengan family, study #1, kerja #2 family #3. Yes, I'm not a family person. That's why I'm looking for a family man. Haha. 

Jadi, kepada sesiapa yang berhajat nak sambung belajar tu, plan betul- betul. Kenali your strength, your limitations, financial planning and of course family. Paling penting, jangan berangan after graduate korang akan dapat kerja mengikut kelayakan kecuali memang korang masih dalam perkhidmatan. Itu pun ikut profession jugak. Define your future and believe in #ThePowerOfDetermination.

Good luck, guys!

Thursday, January 3, 2019

2018

Assalamualaikum wbt.

Dah tiga hari berlalu, baru hari ni terasa nak buat refleksi 2018. Tapi orang kata, better late than nothing kan? haha.

Kalau nak di kira, 2018 ni banyak downs dari ups.

Downs:
Breakouts!
Less savings..sebab asyik shopping online je! 
No hiking! No travelling!

Ups:
Elaun naik sikit

Tu je!

2018 bermaksud bermulanya phasa three series for all 1988 babies including me. I start my three series era by continuing my master program. Kalau ikut plan asal, by 30 yo patut dah ada master. Kita merancang, dan Allah juga merancang. Ternyata Dia adalah sebaik-baik perancang. Walaupun belum tercapai impian tu, tapi sekurang-kurangnya aku still on track. Cuma kadang-kadang tu ada jugak rasa give up dan menyesal, "Apsal la tak berangan benda yang mudah sikit!".

2018 bermakna dah lebih dua tahun aku berada dalam bidang akademik. Baru tahu susahnya bidang ni. Dan mulalah rindu klinikal. Nak kata menyesal, tak jugak. Salah satu sebab kenapa tukar profession adalah untuk capai impian kat atas tu. Kalau masih di klinikal mesti aku tak terasa nak sambung master, kejar cita-cita berzaman tu. Clinical is my comfort zone. Pegi keje balik keje, cukup bulan dapat gaji! But education is totally different. Korban masa, korban tenaga, korban duit. Nampak mudah tapi sebenarnya tak. But, I enjoy the working environment...tapi dulu la. Sekarang dah terasa lain. Maybe dah kena tukar profession lain pulak kot. haha.

2018 boleh dikatakan fasa hibernasi. No more adhoc trip either hiking or travelling. Rindu!  Rindu nak jog pagi-pagi, hiking on weekend, travel dengan kawan-kawan. Omg. Setahun yang terlalu panjang! Tapi nak capai impian kenalah berkorban sikit. 2019, please treat me well!!!!

Tutup buku lama, bukak buku baru.

Bye-bye 2018, thanks for wonderful year and lesson learned!

Welcome 2019, can't wait for more challenging and adventurous journey!!