Sunday, October 25, 2020

Alam Pekerjaan: Duit atau Pangkat, Mana Lagi Penting?

 Assalamualaikum wbt.


Minggu ni adalah minggu mananda exam paper. Disebabkan stress baca jawapan students, so aku take five jap, tulis blog!haha

Bagi sesiapan yang pernah atau masih bekerja, korang mesti pernah alami dilema sama ada nak terima kerja yang menawarkan gaji lumayan atau pangkat yang agak classy tapi gaji sikit atau korang nak tunggu tawaran gaji lumayan beserta jawatan tinggi. Kan?

Selama hampir lapan tahun dalam dunia pekerjaan, pelbagai ragam umat manusia aku dah jumpa. Ada  yang jenis tak kisah kerja luar bidang sikit asalkan gaji tinggi. Contoh gaji orang yang kerja dengan syarikat insurans bahagian approve claim (aku tak sure jawatan/ department apa) lagi tinggi dari orang yang bekerja sebagai healthcare provider di lapangan (hospital/ klinik/ fasiliti kesihatan yang lain) dengan kelayakan yang sama (medical/ medical science-related). Tapi ada jugak yang berpendapat kerja dengan syarikat insurans ni tak glamor atau malu nak cakap kerja mana bila orang kampung tanya. Tapi dorang tak tau gaji and other incentive/ benefits dorang masyukkk. Kah! Aku pun figure out benda ni lepas beberapa tahun jadi HCP. Kalau tau, awal-awal lagi dah join insurance company! haha.

Aku pun tak terkecuali pernah berdepan dengan situasi ni. Pada tahun 2014, aku menerima tawaran sebagai tenaga pengajar di salah sebuah kolej dibawah KKM. Kekurangan ketara dalam tawaran ni adalah gajinya rendah sikit berbanding gaji semasa (masa tu aku dah 2 tahun di klinikal PPUKM). Kira kena ikut tangga gaji permulaan la, maybe sebab peralihan dari klinikal ke akademik atau perbezaan institusi dari KPT ke KKM. Lagi pun status aku adalah kontrak masa kat PPUKM, so by right pekerja kontrak ni memang tak boleh carry forward gaji tempat lama. Lain-lain sepatutnya tawaran ni memberi advantage dari segi job security sebab, ia adalah tawaran kerja sebagai pejawat awam berstatus tetap. Tapi sudahnya, aku tolak tawaran ni! haha.

Jangan ditanya kenapa tolak, aku tak larat nak karang panjang-panjang. Lagi pun, barang yang lepas jangan dikenang!

Next, tawaran yang seterusnya adalah masih lagi untuk jawatan pengajar. Cuma kali ni adalah daripada IPTS (actually ni adalah tawaran yang kedua daripada IPTS selepas yang pertama dulu aku tolak!). Bila cakap pasal company swasta ni, mesti ramai yang kata better no, sebab tak ada job security! Swasta ni anytime je boleh buang orang taw. haha. Tapi aku terima tawaran kali ni! Actually jawatan yang ditawarkan tak gempak pun. Memandangkan aku masuk company ni dengan kelayakan degree, so jawatannya hanya la assistant lecturer. Kat tempat ni, jawatan lecturer hanya untuk master holder onwards (walaupun fresh grad tanpa pengalaman mengajar). But since aku ada pengalaman klinikal yang tak seberapa masa tu, dorang offer aku tinggi sikit dari lecturer non-clinical with master holder dan tinggi sikit dari gaji terakhir aku kat klinikal.

Based on these two scenario, mesti korang akan conclude aku ni jenis pentingkan duit atau bahasa mudahnya mata duitan, kan?

Dah agak, dah!

Tapi biarlah alasan kenapa aku terima offer ni, aku reserve untuk aku sendiri. Malas weh nak karang panjang-panjang. Korang pun bukan rajin nak baca. Kah!

Bila dah bertahun kerja, apa yang aku boleh cakap, ada dua perkara yang aku cari dalam dunia pekerjaan ni. First, self-improvement/ achievement. Second, self-satisfaction. 

Bila kau masuk bidang akademik ni, keliling kau adalah orang-orang yang ada high level of education. Executive with master tu biasa kat tempat aku. Fresh dectorate pulak biasa untuk jawatan akademik. So nak tak nak, mesti korang akan tanya diri sendiri; 'bila aku pulak nak sambung belajar?'. Since dari SPM lagi memang aku dah target nak ada at least master, so bekerja kat sini secara tak langsung menjadi drive force aku untuk fulfill dreams tu. Tapi orang  luar mesti ingat sebab aku nak naik gaji dan jawatan lecturer tu, kan? Hey, gaji aku memang dah tinggi dari master holder, remember? So by right aku tak perlu gigih sangat nak sambung belajar! Ini aku panggil self-achievement/ improvement. I chase my own dreams for myself, not for the company. With this plus your experience in teaching, you have choice to stay or look for another company and demand higher salary. Salah satu sebab orang suka lompat kerja sebab boleh demand gaji lebih tinggi dari current salary, minimum 30% higher. Itu pun kalau company tu rasa worth it untuk pay you higher la. So masing-masing dah boleh start come out with self-valuation and tag your price! hehe.

Aku stop kat sini dulu la, sebab dah penat menaip. Free nanti aku sambung pasal self-satisfaction and combination dalam dunia pekerjaan pulak.



Disclaimer: Cerita ni hanya pendapat dan pengalaman peribadi selama 8 tahun lepas. Tak sesuai jika nak kaitkan dengan situasi pandemik COVID-19 sekarang!