Thursday, December 30, 2010

Nota Untuk Garuda

Dear Indonesian,

Anda menjadikan laser punca kekalahan
Kami jadikan kesungguhan bukti kejayaan
Anda mencipta provokasi alasan menagih simpati
Kami merancang strategi meningkatkan prestasi
Anda mencemuh dengan tuduhan
Kami menangkis dengan jaringan
Jika anda gah dengan sorakan
Kami tidak tenggelam dengan makian
Kami menang, menang bergaya
Kami menang, menang bermaruah
Kami menang bukan kerana bomoh
Kami menang bukan kerana laser
Kami menang bukan kerana keeper kami berwibawa
Kami menang bukan kerana defender kami kebal bertahan
Kami menang bukan kerana striker kami menggegar gawang
Tapi kami menang kerana usaha murni
Kami menang kerana restu Illahi
Kami menang kerana kami memang LAYAK menjulang piala 
Kamilah juara AFF SUZUKI CUP 2010.
Tahniah MALAYSIA!





                                             


GENG HARIMAU MALAYA
                                                                                                                                       

Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat
Mohd. Sharbinee Allawee Ramli

Pertahanan

Mohd. Sabre Mat Abu
Mohd. Faizal Muhamad
Asraruddin Putra Omar
Khairul Helmi Johari 
Mahalli Jasuli
Mohamad Muslim Ahmad
Mohamad Fadhli Mohd. Shas
Mohd Razman Roslan

Pemain Tengah

Safiq Rahim
Mohd Amri Yahya
Amar Rohidan
Mohd. Khyril Muhymeen Zambri
K. Gurusamy Govandar
S. Kunanlan
Mohd. Amirulhadi Zainal 
Mohamad Ashari Samsudin

Penyerang

Norshahrul Idlan Talaha
Mohd. Safee Mohd. Sali
Izzaq Faris Ramlan
Faizal Abu Bakar



p/s: kalau khairul fahmi dah berpunya, agak2 amirulhadi available lg x? hehee..

Tuesday, December 21, 2010

Melangkah ke Fasa Baru Kehidupan

Dah memang hukum alam, semua org akan melalui satu fasa ke satu fasa kehidupan. Bermula dari fetus ---> baby ---> kanak2 ---> budak sekolah ---> remaja ---> dewasa ---> warga emas. Bermula dgn dok rumah memekak, melalak, merangkak, berjalan, berlari ke pegi sekolah cari pasal cari gado ke zaman kolej yg baru terkedek-kedek nak belajar membaca, menulis, mengira ke zaman universiti, mengaplikasikan semua yang dah dipelajari sambil menambah ilmu2 baru  tak kira sama ada yg tertakhluk dalam silibus atau pun tidak. Utk aku, ada dua fasa pulak sekarang nih yg mencucur dari belakang. KERJA dan KAHWIN. hoho..

Untuk kerja, semua akan dilepaskan kepada KKM utk menentukan. Tugas yg tinggal hanya menghabiskan satu lagi semester yg masih berbaki dgn harapan memperoleh result yg bagus utk sem ini dan seterusnya melayakkan diri menggenggam segulung ijazah. Semoga dipermudahkan. Amin.

Wedding of the Year

Tapi part yg lagi satu tuh mmg sesuatu yg gila! Dan idea gila ini datang dari coursemate lelakiku yg ntah mimpi apa dok promote soh bdk2 pompuan nih join kursus kahwin yg akan diadakan di kolej kediaman. Diingatkan lagi kursus kahwin. K.A.H.W.I.N. Dalam byk2 perkara kat dunia, part ni la  yg paling2 jarang melintas kat kepala otak. Apa lagi...bantai gelak la ktorg mendengar saranan tuh. Tak pernah terfikir kot nak join kursus kahwin seawal usia 22 tahun. Awal ke tuh??? Hahahahahahahaha....Dalam gelak2 ramai jugak yg bertanya. Berapa bayaran kursus tuh?siapa lagi yg join?kenapa korg (bdk2 laki) beriya promote kat ktorg (bdk2 pompuan) nih? dan yg paling best...kursus nih ada exam tak? ada kena soal2 tak? ermmmm...mmg dasar bdk sekolah universiti....exam semendang je yg ditakutkan. Then, boleh pulak mamat sorg ni jawab..."ada.nanti kena hafal surah.macam exam la....kata nak lulus dapat sijil"...hahahahhhaha. Mulut gelak. Tapi dalam hati cuak beb! Betul ke kena hafal surah?!ah sudah..... Last kerja menghafal surah nih masa zaman matrik 4 tahun lepas. surah al-Mulk.aish....Gelak masih bersambung dan hati masih bersoal jawab. Serius ke nih? Tapi akal cepat2 meneutralkan keadaan. Gila! Takkan kena hafal surah kot. Kalo macam tuh ramai la tak kahwin sebab takut fail. Perbualan petang itu berterusan. Dari satu topik ke satu topik. Dari satu cerita ke satu cerita yg lain.

Ku sangkakan topik kursus2 kahwin2 nih dah berakhir tetapi tidak! Topik ini topik bersiri rupanya. Topik yg bermula pada petang rabu or khamis disambung ke petang isnin. Pada episod kali ini, sesi pujuk-memujuk, ayat-mengayat semakin rancak dijalankan. Usaha dipergiatkan kerana hari ini adalah hari terakhir utk confirmkan penyertaan. Soalan yg diutarakan masih sama. Akan adakah exam sepanjang kursus ini? Jawapan dari sahabat yg pernah mengikutinya mmg menghampakan. "Ada.kat perak ada.kat KL tak taw la.tak ada kot". Hahahahahah...ayat...baik punyer cover!! Ish...baru je dapat result sem lepas. Takkan baru seminggu nak kena amek exam lagi kot. hoho

Antara iya atau tidak. Antara nak atau tak nak. Antara percaya atau tidak. Nama, no ic dan no matrik telah selamat diberikan kepada yg telah diamanahkan utk membuat promosi ini. Nampaknya closing tahun ini memang diluar kotak fikiran walaupun masih berada dalam lingkungan logik akal. Wake up girl! Umur dah 22...dan seharusnya ada pembaharuan dalam menyusun langkah mencorak kehidupan. Jangan terus bermimpi di alam yg sama. Biarlah peningkatan usia seiring dengan kematangan fikiran. Kalau pegi kursus esok pon bukan kau kena kahwin lusa!Ada paham????."Paham2". Akhirnya jawapan ditemui.

Monday, December 20, 2010

Pengurusan Kewangan



Sebagai pelajar mesti kita tak pernah terlepas mengalami masa2 ‘sesak’, kan? Eleleh... tak yah la nak tipu. Aku pon student kot..bese la tuh... . Lainla kalau anda mmg anak lord. Duit mungkin bkn menjadi masalah.  Tapi utk kita yg setakat ada2 nih...lain pulak citer dia...awal2 sem joli sakan...beli lappy baruuuu...tukar hp baruuu...cari awek baruuu....(msk list gak ke??J)make up kete...modified motor...uh, senang cite sume nak tukar la kan. Tapi bila masuk tengah sem (ujung sem lagi  tak yah cite. Kering-kontang, beb!!) hambikkk ko!! Time2 ni la baru ingat nak pose sunat..pose ganti..diet dan segala bagai. So kat cni aku nak kongsi ngan korg cara aku manage duit aku.
Aku ada 2 akaun bank. Satu tuh akaun utama, utk saluran biasiswa/pinjaman sepanjang pengajian aku. And yg 1 lagi aku panggil akaun in-out aku. Nape aku panggil in-out??? Sebab sukati aku la bila  pon aku nak msk or kua kan duit dari akaun nih....muahahahaha (opkos yg keluar lagi byk dari yg masuk kan...*winkwink*)
Okey. Setiap awal sem aku akan kira siap2 kos perbelanjaan sepanjang sem. Yuran pengajian+perbelanjaan bulanan. Total semua.
Then, aku usha berapa byk baki yg ada dlm akaun in-out aku. Kira berapa byk lagi yg diperlukan supaya total dlm akaun in-out aku equal to kos perbelanjaan sepanjang sem.
 Next, keluarkan amount yg diperlukan dari bank utama dan mskkan ke dlm akaun in-out. So dlm akaun in-out skunk ni cukup2 je utk dijolikan selama 5 bln. Heheee..
Hey, x abes lg. Kay!
Setiap bln aku akan keluakan sekali je duit dari akaun in-out aku. Dan amount itu adalah jumlah perbelanjaan mkn+minum+shopping+etc aku selama sebln.
Semua proses jual beli penggunaan duit akan direkodkan ke dlm ledger book! Setiap bln. (seyes tak tipu!!)
Manakala, proses keluar duit dari akaun in-out akan dipantau melalui perbankkan internet 2 bln skali. Ape?? Kenapa tak sebln sekali?...dey, baca kat sebelah tuh...’aku.saya.kita. seorg yg sgt2 bz.........’. Sgt2 bz, okey.
Cth dlm ayat matematik pulak...cewahhh
Katakan, (1 sem=5 bln)
Akaun utama                        = RM 1 000
Akaun in-out                         = RM 25
Yuran pengajian sem ni          = RM 300    
Perbelanjaan sebln                = RM 100


Perbelanjaan 1 sem               
= RM 100 X 5 bln
= RM 500

Kos perbelanjaan sepanjang sem                   
= Yuran pengajian + Perbelanjaan 1 sem
= RM 300 + RM 500
= RM 800


Tapi dlm akaun in-out cuma ada RM 25

Jumlah yg diperlukan utk menampung perbelanjaan sepanjang sem
= kos perbelanjaan sepanjang sem – akaun in-out
= RM 800 – RM 25
= RM 775

So, keluarkan RM 750 dari akaun utama dan masukkan ke dalam akaun in-out.
Therefore, yang tinggal dalam akaun:
Akaun utama         
= RM 1 000 – RM 775
= RM 225

Akaun in-out         
= RM 25 + RM 775
= RM 800; iaitu, sama dengan kos perbelanjaan sepanjang sem.

Macam mana kalo duit perbelanjaan bulanan tuh masih ada baki di tangan?
Ermmm...tu maknanya anda seorg yg jimat-cermat! So, congratulations!

Actually duit tuh anda boleh masukkan semula ke akaun in-out atau biarkan je dlm pegangan anda. Bkn apa, bln ni mungkin perbelanjaan anda kurang dari apa yg anda jangkakan. Tapi bln dpn mungkin anda memerlukan wang tambahan utk menampung kehidupan. Apa2 pon berbelanjalah mengikut kemampuan. Lupakan perangai anda yg suka show off tak bertempat tuh!

Kenapa nak complicatedkan hidup ngan wat semua nih???
Coz dulu saya bercita-cita nak jd akauntan. Tapi dah tersalah pilih course..L

Wednesday, December 15, 2010

Untuk Kau yang Ku Panggil Sahabat



What would you do if your best friend died tomorrow and you never got to tell them how you felt? (even if it is that you don't care anymore)...- Bat







Sarah talking:

sahabat, thnx for being my friend. I love you all. and.I.really.meant.it.

Sunday, December 12, 2010

Satu Cucian Satu Dana (SCSD)

Assalamualaikum w.b.t

untuk semua warga PPUKM,



Jom bersama menyumbang dan memeriahkan suasana!!!

Wednesday, December 8, 2010

H4P7

Jumpa semua pic nih masa sesi 'mengemas kini' lappy terchenta. Inilah hasil menggunakan adobe photoshop utk pertama kalinya dlm hidup. Kat matrik.




kat lab sains informatik KMM (tiada teknik photoshop diaplikasikan utk pic ni, okay!)




seyes dah tak ingat macam mana nak hasilkan teknik nih





panjang sungguh no matrik ku. tak mampu kot nak hafal





H4P7...Kolej Matrikulasi Melaka Sesi 2006/2007


Monday, December 6, 2010

Happy New Year!!

Assalamualaikum w.b.t
Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1432
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar pada akhir bulan Zulhijjah.

Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



Sumber dari:

http://www.al-azim.com/masjid/muharram/amalan

Friday, December 3, 2010

Antara Ujian dan Dugaan




Kami tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “ Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
(al-Baqarah: 286)

Wednesday, December 1, 2010

Gaya Pemakanan Sihat




Rakyat Malaysia nih mmg mewah dgn makanan...cakap je nak makan apa...dari eastern ke western...makanan kampung ke bandar...makanan segera ke makanan lambat...semua ada!
So, no wonder la kalo masalah obesity semakin menjadi-jadi. Tak kira la pada golongan dewasa atau kanak2.
Kat cni aku nak kongsi cara pemakan yg mungkin dpt membaik pulih sistem pencernaan anda yg mungkin dah ‘berkarat’.
  1. Pastikan anda breakfast setiap pagi sebelum memulakan rutin harian.
  2. Bagi sesiapa yg on supplement, vitamin or multivitamin anda boleh la mengambilnya bersama sarapan pagi. (tapi kalo doc soh mkn time lain.itu korg kena ikut la)
  3. Kalau anda on diet, anda boleh skip lunch OR dinner tapi BUKAN breakfast! (maknanya anda akan makan 2 kali sehari...bkn sekali sehari atau tak mkn langsung!)
  4. Minum air masak 2 liter sehari.
  5. Kalo nak minum air, minumlah 30 minit atau sejam sebelum atau selepas makan. (utk dptkan proses pencernaan makanan secara optimum)
  6. Kurangkan makanan berminyak (high cholesterol..free2 dpt heart attack kang!), junk food, garam berlebihan (yg ni free2 dpt hypertension!), dan gula berlebihan (DM)
  7. Jangan makan lewat malam. Waktu terbaik utk dinner is before 8 pm.
Hah, ni antara yg saya amalkan since form 2. (hasil nasihat ckg sains ku..tapi kadang2 miss jugak! J). Yg lain2 korg leh follow kempen dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tuesday, November 23, 2010

Sains dan Membaca


bacalah sebelum anda dibacakan!
Apa kaitan sains ngan membaca. Eh, mestila ada kaitan. Antara cara utk score subjek sains ialah dgn membaca! Kenapa mesti aku highlightkan subjek sains? Subjek lain macam sejarah, geografi, agama even BM and BI pon kena baca gak kan?! Jawapan dia senang je...sebab aku bdk sains!..hehee. Tak la..ni pon sebab cousin aku dok merungut kata..sains ni susah.. tu belum msk part merungut kat add math lagi..adeii.
Ermmm... time PMR dulu, aku pon bkn suka sgt bab2 membaca nih...(skunk pon). Subjek yg plg malas skali nak study mesti la sains and sejarah. Uh, mmg berpeluh la kalo nak di habiskan baca buku2 teks tuh...adeii. Then bila result keluar, mmg cuuuuuuuuuuun sgt la markah dia!...Tapi sejarah ok..A++ lagi! J Masalah skunk kat sains...ish mmg tension la! Lepas tu, ckg sains aku pon bagi la tips utk score subjek tu. Korg mesti dpt teka apa tips dia kan?kan?! Hah, tepat sekali! M.E.M.B.A.C.A. Dia kata, kalo nak score sains mesti kena rajin membaca.
So, nak tak nak kena la aku tanamkan sifat suka membaca. Mula2 mmg susah...tapi lama2 ok la.. tips dia senang je...:
1.   Korg mulakan dgn membaca apa je bahan bacaan yg korg minat. Tak kira la..komik, magazine, news paper, novel atau apa2 je la (hey, bkn bhn2 lucah lg tak berguna itu,kay!)
2.   Jadikan bahan bacaan korg tuh sbg hobi...bkn di masa lapang (coz korg mmg tak free punyer utk baca-membaca ni..taw da..) tapi sbg hobi harian. Tiap2 hari.
3.   Kalo korg mmg tak suka semua jenis bacaan yg ada di muka bumi nih..korg kena paksa jugak pilih salah satu bahan bacaan utk dijadikan sbg pencetus minat.
4.   Lama2 nanti korg mesti suka membaca. Tak kira la apa benda pon  yg boleh dibaca. So, time ni...senang la korg nak perabiskan baca semua buku teks+references yg ada J.
Inilah yg aku praktikan sejak form 2. Dulu paper sains aku mmg hancur la. C++ je manjang! Then aku try baca komik. Tapi sumpah aku tak paham! Bkn tak paham apa. Bila baca komik aku tak taw nak baca ikut turutan boxes dia. Selalu tersilap urutan. (seyes tak tipu! Tapi skunk jarang da silap). So aku pon give up. Then, aku try baca novel pulak. Hah, mmg layan abes la kan...hehee. Mesti korg nak kata aku jiwang karat kan?! Ah, kisah apa aku! At last aku pon suka la bab2 membaca ni. Markah paper sains pon makin improve. And yg paling best skali...sampai sekarang pon aku tak leh hidup kalo sehari tak baca apa2..kalo dok umah, tangan ni mesti gatal nak bukak paper ke novel ke blog org ke.. J Dah final year ni lagi la kena rajin usha2 jurnal yg mmg selalu menjulingkan bijik mata aku..haha.
Mesti korg rasa leceh je sume ni kan? Tapi kalo korg nak berjaya mmg kena bersusah-susah dulu. Kadang2 ada perkara tertentu yg kita kena paksa dulu sebelum benda tuh jadi blood and bone. Aku tak kata, once korg da berjaya khatamkan buku teks sains korg tuh..korg dah confirm2 dpt A++ time exam. Sains bkn sekadar di buku teks....tapi di sekeliling kita. Kalo tak caya try cari makna sains itu sendiri. Selain tuh, korg kena paham btol2 pe yg korg baca dan taw aplikasi dia dlm kehidupan seharian. Then barulah leh jadi pelajar sains yg cemerlang!

p/s: gud luck pada sume calon SPM 2010!

Sunday, November 21, 2010

Jom...shopping di Watsons!


Watsons dah macam gedung membeli-belah yg tak pernah gagal dikunjungi oleh segenap masyarakat. Dari kanak2 (mmg la...dorg ikut je mne mak dorg pegi...kn..), remaja hinggalah warga emas. Antara brg2 yg mmg confirm laku kat Watsons...mestilah brg2 make up..toiletries..dan brg2 penjagaan muka. Hey, tapi jgn wat2 tak taw. Kadang2 tuh chocolate pon org borong kat Watsons, kay..heheee. Bln October yg lepas (kalo tak silap la!) Watsons telah memperkenalkan Kad VIP Watsons yg memberikan keistimewaan kpd ahli-ahlinya. Alaa..macam kad2 ahli yg lain. Walaupun sama dgn kad2 ahli yg lain, tapi aku tetap join! Coz aku tak de kad2 ahli yg len tuh...hehee. Bkn la...sebab..

       1.            Aku memang antara pengunjung tetap Watsons J
       2.            Keahlian adalah seumur hidup
       3.            Boleh digunakan oleh sesiapa ketika berbelanja (tp opkos penama kad yg dpt reward kan.. J)
Hah,masa kejadian, itu je la reason yg melintas kat kepala. So, aku pon apply dgn membeli kad keahlian sebyk RM12. Mahal ek? Kisah pe....ok. After belek-membelek dan baca-membaca browser yg disertakan, baru aku taw...byk jugak keistimewaan yg dorg sediakan. Antaranya :
       1.            Setiap RM 1 yg dibelanjakan akan mendapat SATU mata ganjaran.
       2.            Jika anda membeli barangan Watsons, mata ganjaran akan diganda DUA.
       3.            Jika berbelanja pada hari jadi anda pula, mata ganjaran akan diganda LIMA (utk belian pertama pd hari tersebut shj).
       4.            Harga istimewa utk lebih 30 produk pada setiap bulan.
       5.            Jemputan eksklusif utk para ahli ke pelbagai aktiviti jualan, pelancaran produk dan workshop.
Bagaimana cara utk mendapatkan semua ini? Jgn riso...ikuti langkah di bawah:
       1.            Beli kad keahlian di gedung2 Watsons yg berhampiran dgn harga RM 12.
       2.            Aktifkan kad anda secara online di www.watsons.com.my (dan anda akan mendapat 200 mata ganjaran J) ATAU melalui Member Hotline di talian 1-300-880-VIP(847) (tiada mata ganjaran disediakan L) ATAU isi borang di gedung Watsons.
       3.            SMS kod akan dihantar ke telefon bimbit anda.
Mudahkan? So, apa lagi...cepat dptkan kad VIP Watsons anda hari ini juga! (ceh..cam wat iklan je)

p/s    : sume ni berdasarkan pengalaman sendiri dan pemahaman dari browser yg aku dpt. Utk keterangan lanjut, rajin2 kan la diri melayari www.watsons.com.my J

Saturday, November 20, 2010

Di saat ini...

pesta bunga api dlm hatiku
secara rasminya bermulalah cuti semester ku! Yahooooooo...(eleh...org len dah lama cuti.cesss). kenapa?mengapa?bagaimana? org lain boleh cuti dulu dari aku. Alkisahnya di pendekkan cerita..aku kena stay siapkan dan hantar proposal correction...huhu.. suppose proposal ni wat ngan partner. Paired. Tapi.....ni yg nak marah ni...bengang la kan...boleh tak partner aku tuh tinggalkan aku sorg2 siapkan proposal. Mmg la dia dah siapkan part yg patut disiapkan (itu pon selepas aku keluarkan arahan mandatori ...kalo x...jgn harap!) tapi aku x paham pe yg dia buat, beb. Bila check balik mmg byk yg kena tambah. Aku msg x reply. Aku call x angkat. Bagus! Amalkan selalu. So, nak x nak aku la yg kne settlekan sume. Tipu gle la kalo aku kate aku x bengang. Wa sgt bengang beb!B.E.N.G.A.N.G. Tapi yg best supervisor la. Nasib baek dpt supervisor yg mmg superb! Creadit to you la doc.I like! J Akhirnya proposal correction tuh dpt dihantar ke ethic committee hari ni gak kira2 jam 1615. Alhamdulillah. JJ Oppss..special thnx kat penyelaras klinikal atas bantuan anda menurunkan tandatangan td.. J


Tapi tugas sbg pelajar tidak berakhir di sini sama sekali. Once our proposal approved by ethic committee, research must be activated! kalo ikut date 1/12 ni start la keje2 mengumpul data. Diikuti rapat di belakangnya ialah data analysis yg confirm2 akan menyerabutkan neuron2 ku. Selain itu sbg exco logistik utk program ‘Satu Cucian Satu Dana’ yg akan bermula 13/12 – 17/12 (InsyaAllah), keje2 yg perlu dipantau dan digerakkan...mmg kne dipantau dan digerakkan semasa cuti nih la (cam x bese..). Kemudian kalo ade rezeki kite bercamping bersama Head Department of Emergency. Di mana? x decide lagi.(jgn jeles!) Huh, sape kate jd student ni senang?! Bkn sebarang pengorbanan yg dituntut, okay. Hanya hati2 yg tabah jua mampu mengharungi semua halangan tanpa rasa ragu. gO..gO..pOwer rangers! J


p/s: tiada pesanan ringkas.hati tengah panas.

Friday, November 19, 2010

Post-exam Syndrome



Bila Hati Berbicara

Hari ini hati bertanya lagi
Mengapakah aku masih di sini?
Diri sudah tidak mampu berdiri
Hati sudah tidak mampu menahan
Akal sudah tidak mampu memilih
Jadi untuk apakah aku terus berada di sini?
Tempat yang tak mampu melindungi
Jalan yang tak mampu dilalui
Kota yang tak mampu ditakhluki
Aku rasa cukup sampai di sini perjuanganku
Aku ingin pergi
Aku ingin berlari
Aku ingin hilangkan diri
Tapi akal terus membantah
Selagi bernyawa mengapa harus berhenti di sini
Selagi terdaya mengapa mahu berhenti melangkah
Selagi ada Dia mengapa aku mesti berhenti berharap?


12/11/10
2207  

p/s: luahan rasa rite after final exam ri tuh..:(

Thursday, November 18, 2010

tips rambut cantik...

ini bukan saya, ok!


Salam.
Masa form 4 dulu, ada la member2 aku yg sukaaaaaaaaa sgt puji rambut aku. Dorg kata rambut aku cantikkkk...(mula la nak perasan nih..hehee). Tapi masa tuh aku mmg tak amek pot. Taw da dorg tuh mmg saja nak gulakan aku.cess. Tapi bila sampai sekarang pon org dok cakap benda yg sama. Aku pon bersyukur je la kan. Bila org tanya camne rambut aku leh cantik cmni...jawapan aku... ‘genetik kot’.. J
So kat cni aku nak kongsi tentang penjagaan rambut cara aku...hehee
  • Bila rambut pendek, aku shampoo rambut hari2
  • Bila rambut panjang aku shampoo rambut dua hari sekali
         *tips ni aku penah terbaca kat majalah remaja kot.so ak follow je..hehee
  • Aku guna shampoo pantene-anti dandruff (since secondary school,k)
  • As usual...sambil2 shampoo urut2 la kepala tuh ngan jari. Jari,k. Bkn kuku. Kalo tak, ‘selamat’ la kulit kepala. Adeii..
  • Then biarkan dlm 10 minit baru bilas ngan air. (air paip sudeyyy)
  • Pas tuh tunggu sampai rambut kering dgn sendirinya di bwh kipas yg berputar selaju mungkin. (hey, jgn guna towel or hair dryer ok!)
  • Pas tuh aku letak Johnson’s baby oil kat hujung rambut. Hujung je taw!! Jgn sampai kena kat kulit kepala. Bahaya. Especially kalo kulit kepala jenis yg berminyak (aku la tuh..huhu)
  • Then, baru la aku sikat rambut. Tapi secara jujurnya, akulah manusia yg paling malas nak sikat or ikat rambut..(hehee)
  • Kalo takat dok umah je..ak mmg malas nak ikat rambut...aku biar lepas je..kalo dah rimas sgt pon aku sepit je..time nak gi kelas baru aku ikat.
  • Last but not least.....pakai la tudung...coz rambut aku terlalu cantik utk ditayangkan kpd org2 yg tak sepatutnya (tapi kadang2 terkantoi jugak!!~masih dlm usaha memperbaiki kelemahan diri)

p/s: ini cara saya...cara anda, bagaimana?