Dah memang hukum alam, semua org akan melalui satu fasa ke satu fasa kehidupan. Bermula dari fetus ---> baby ---> kanak2 ---> budak sekolah ---> remaja ---> dewasa ---> warga emas. Bermula dgn dok rumah memekak, melalak, merangkak, berjalan, berlari ke pegi sekolah cari pasal cari gado ke zaman kolej yg baru terkedek-kedek nak belajar membaca, menulis, mengira ke zaman universiti, mengaplikasikan semua yang dah dipelajari sambil menambah ilmu2 baru tak kira sama ada yg tertakhluk dalam silibus atau pun tidak. Utk aku, ada dua fasa pulak sekarang nih yg mencucur dari belakang. KERJA dan KAHWIN. hoho..
Untuk kerja, semua akan dilepaskan kepada KKM utk menentukan. Tugas yg tinggal hanya menghabiskan satu lagi semester yg masih berbaki dgn harapan memperoleh result yg bagus utk sem ini dan seterusnya melayakkan diri menggenggam segulung ijazah. Semoga dipermudahkan. Amin.
Wedding of the Year
Tapi part yg lagi satu tuh mmg sesuatu yg gila! Dan idea gila ini datang dari coursemate lelakiku yg ntah mimpi apa dok promote soh bdk2 pompuan nih join kursus kahwin yg akan diadakan di kolej kediaman. Diingatkan lagi kursus kahwin. K.A.H.W.I.N. Dalam byk2 perkara kat dunia, part ni la yg paling2 jarang melintas kat kepala otak. Apa lagi...bantai gelak la ktorg mendengar saranan tuh. Tak pernah terfikir kot nak join kursus kahwin seawal usia 22 tahun. Awal ke tuh??? Hahahahahahahaha....Dalam gelak2 ramai jugak yg bertanya. Berapa bayaran kursus tuh?siapa lagi yg join?kenapa korg (bdk2 laki) beriya promote kat ktorg (bdk2 pompuan) nih? dan yg paling best...kursus nih ada exam tak? ada kena soal2 tak? ermmmm...mmg dasar bdk sekolah universiti....exam semendang je yg ditakutkan. Then, boleh pulak mamat sorg ni jawab..."ada.nanti kena hafal surah.macam exam la....kata nak lulus dapat sijil"...hahahahhhaha. Mulut gelak. Tapi dalam hati cuak beb! Betul ke kena hafal surah?!ah sudah..... Last kerja menghafal surah nih masa zaman matrik 4 tahun lepas. surah al-Mulk.aish....Gelak masih bersambung dan hati masih bersoal jawab. Serius ke nih? Tapi akal cepat2 meneutralkan keadaan. Gila! Takkan kena hafal surah kot. Kalo macam tuh ramai la tak kahwin sebab takut fail. Perbualan petang itu berterusan. Dari satu topik ke satu topik. Dari satu cerita ke satu cerita yg lain.
Ku sangkakan topik kursus2 kahwin2 nih dah berakhir tetapi tidak! Topik ini topik bersiri rupanya. Topik yg bermula pada petang rabu or khamis disambung ke petang isnin. Pada episod kali ini, sesi pujuk-memujuk, ayat-mengayat semakin rancak dijalankan. Usaha dipergiatkan kerana hari ini adalah hari terakhir utk confirmkan penyertaan. Soalan yg diutarakan masih sama. Akan adakah exam sepanjang kursus ini? Jawapan dari sahabat yg pernah mengikutinya mmg menghampakan. "Ada.kat perak ada.kat KL tak taw la.tak ada kot". Hahahahahah...ayat...baik punyer cover!! Ish...baru je dapat result sem lepas. Takkan baru seminggu nak kena amek exam lagi kot. hoho
Antara iya atau tidak. Antara nak atau tak nak. Antara percaya atau tidak. Nama, no ic dan no matrik telah selamat diberikan kepada yg telah diamanahkan utk membuat promosi ini. Nampaknya closing tahun ini memang diluar kotak fikiran walaupun masih berada dalam lingkungan logik akal. Wake up girl! Umur dah 22...dan seharusnya ada pembaharuan dalam menyusun langkah mencorak kehidupan. Jangan terus bermimpi di alam yg sama. Biarlah peningkatan usia seiring dengan kematangan fikiran. Kalau pegi kursus esok pon bukan kau kena kahwin lusa!Ada paham????."Paham2". Akhirnya jawapan ditemui.
No comments:
Post a Comment