Friday, November 30, 2012

Temuduga SPA

 
Assalamualaikum wbt.
 
Last week  aku ada attend interview  SPA untuk jawatan PPP U41. Kalau orang lain excited  bila dipanggil untuk interview,  aku pulak cuak yang amat. "Ngee...perlu ke interview-interview ni??? Nak ambil keje, ambil je la. Ni suruh orang pi interview pulak. Dapat belum tentu!"
Ye, inilah contoh budak yang tak kenang diuntung! Semua nak senang. Tak sedar yang kat luar tu berlambak lagi degree holder  yang sama level  dengan ko dok menganggur lagi. Hish.
 
Jujur aku kata, lepas je baca surat dan email panggilan temuduga tu terus blank.  Tapi bukan la totally blank.  Tapi more to confuse.  Tak tau sama ada nak pergi atau tak. Nak kata aku dah comfort  habis keje kat PPUKM tak la sangat coz  aku tau setiap tempat ada cabaran dia tersendiri. Berani tak berani je nak ambil risiko. Dan aku bukanlah seorang yang berani! Ketaq lutut woo nak gi interview  nih!
 
Sebulan gak la dok fikir sama ada nak pergi atau tak. Ayah aku kata tak payah coz  bagi je peluang kat member-member  yang belum kerja.
Tapi member  tempat keje kata pergi je...cari pengalaman.
pheww...
 
 
In the end  aku pergi jugak Putrajaya 21hb tu. Masa tu memang tak letak harapan langsung. Tak prepare  sangat pon untuk interview  ni. Ramai yang kata interview SPA ni dorang banyak tanya pasal Malaysia - dasar kerajaan. sosioekonomi, politik. etc. Even member-member  yang dah diinterview untuk jawatan ni pon dah bagi soalan bocor. Cuma aku je yang tak reti-reti nak google,  baca paper or  tengok berita. Memang pemalas nauzubillah!
 
Tapi ada satu soalan yang aku spot dorang akan tanya;
 
"Dah keje kat PPUKM, kenapa minta KKM or datang interview ni?"
 
dan sampai ke hari interview  aku masih mencari-cari jawapan yang sesuai. Sebulan mencari jawapan, tapi akhirnya dorang tak tanya pon. Cess.
 
Antara soalan yang mendebarkan adalah;
 
"Dalam medical,  5 bulan ditulis macam mana?"
 
Uh, memang blur  habis. Apsal lak bagi soalan ni??? Tanya la pasal visi, misi KKM ke, budaya korporat ke...ni 5 bulan dalam medical?  Sejak bila lak nombor ada bahasa medical? Term-term  penyakit tu ada la. Haish... 
 
Then  soalan kedua pulak memaksa aku menoleh ke pintu. Memang nak cabut lari je bila dengar soalan tuh;
 
"Apakah isu kesihatan yang terbaru?"
 
Waa....kat resume tu aku tak tulis eh, 'Saya budak yang tak suka baca surat khabar dan tengok berita. So tolong jangan tanya pasal current issue!'. Duhh...
 
Dan soalan-soalan lain berkisarkan klinikal.
 
Macam mana nak assess patient with head injury?
Nak bagi drug  apa?
How to manage?
 
Apa equipment yang diperlukan untuk suspected lower limb fracture?
How to assess and manage?
 
Apa itu Influenza Like Illness (ILI)?
How to manage?
 
bla...bla..bla...
 
That's it. Duration, ada la dalam 20 minit (mengikut perkiraan member-member  yang tunggu kat luar).
 
Eh, tak ada soalan pasal KKM?
 
Ada. Pasal current issue  tu la.
 
Pasal Malaysia?
 
Tak ada.
 
Conclusion?
 
Tak menyesal tak baca surat khabar or  tengok berita pon.
 
haha.
 
 
 
 

Wednesday, November 28, 2012

Penyalahgunaaan Kecemasan: Alahai, aunty!


Assalamualaikum wbt.




"Ye aunty, duduk. Datang sini kenapa, aunty?"

"Oh, saya mau check itu dalah tinngi sama itu kencing manis"

"Oh, nak check tekanan darah dengan gula?"

"Ye..ye"

"Tapi kenapa? Ada sakit kepala...pening-pening?"

"Tak...tak. Saya mau check itu dalah tinggi dengan kencing manis saja sebab saya mau balik rumah. Nanti ada orang datang amek saya. Saya mau check sekijap saja"

????? "Aunty, sini kecemasan. Kita cuma tengok kes-kes kecemasan saja. Itu untuk orang yang sakit saja. Kalau nak check-check ni boleh pergi mana-mana klinik"

"Aiyoo. Saya mau check saja. Tak mau jumpa dokte. Sekijap saja. Nanti ada orang datang amek saya. Saya tak mau tunggu lama-lama"

"Tapi kat sini kalo kes bukan kecemasan memang tunggu lama"

"Saya mau masuk sini saja (secondary triage). Sini (secondary triage) boleh check itu dalah tinggi sama kencing manis, kan?"


Alahaii aunty....huh!





PERSOALAN

Boleh ke datang kecemasan untuk check darah tinggi dengan kencing manis?

JAWAPAN

TAK BOLEH! (kecuali kalau ada simptom)

PENYELESAIAN

1. Pergi ke klinik swasta/klinik kesihatan berdekatan

2. Pergi check dekat farmasi berdekatan

3. Beli mesin tekanan darah dan dextrostik sendiri!





Friday, November 16, 2012

Deepavali di Broga Hill




Assalamualaikum wbt.

So macam mana sambutan Deepavali yang lepas? Meriah tak? Mesti ramai yang sambut kat GSC kan? Yang kerja goverment lak sure beraya sakan kat mall. Tak pun Masjid Jamek! Al maklum la kata pun gaji masuk 6 haribulan.
Untung la....

Tapi aku pun kira beruntung gak coz dapat cuti sempena public holiday! [Raya puasa & raya haji tak pulak dorang kasi aku cuti. Sabar je la!]. Dan bukan aku je yang cuti. Geng yang lain pun ada yang cuti gak. So kitorang pun plan untuk hiking kat Broga.


"Broga? Eleh..apa kelas! Orang lain dah lama dah panjat situ!"

Tapi kesah apa aku! Nak panjat jugak!


Mula plan nak gerak pukul 6. Tapi biasa la...lupa kunci jam [alasan!]. Pukul 6 baru bangun. Ermm..pukul 6.30 la baru gerak dari Cheras. Sampai sana dalam pukul 7.15. Dan tanpa warming up bagai, keluar je kereta terus daki. Arghh...nasib baik kaki tak cramp!

Walaupun Broga ni cuma 400m je tapi penat dia...fuhh tok sah cakap la. Penat gila kot! Dah la selamba badak daki pakai snekers, tak breakfast, tak warming up..dengan track licin lagi. Body tak fit, kasut pun tak fit gak! Tapi nasib baik tak jadi apa-apa kat atas tuh. Cuma ambil masa lama gila untuk sampai kat atas tu. Ada la dalam satu jam setengah. And thanks a lot pada tourist guide yang sangat sabar dengan kerenah kitorang. [Jamil, sure ko serik hiking dengan kitorang, kan? Nasib laa..haha!]

Lagi satu benda yang buat aku kagum masa hiking tu, bukan budak-budak besar je yang ada. Budak-budak kecik emapt lima tahun pun hiking gak dengan parent(s) dorang. Sebenarnya dorang la yang jadi inspirasi aku untuk sampai kat puncak tuh. Iye la, budak kecik pun lepas naik sampai atas, takkan aku nak surrender kot! Dan kepala otak pun mula berangan, nak kahwin nanti nak cari calon yang suka outdoor activities cenggini gak la. Cuti..cuti spend time atas bukit. Haha. Motip sangat kan?!






:: Sisi cantik Broga! ::



 :: "Hurmm...bila la nak sampai nih.." ::



 :: Berehat sebentar bersama....air mineral! lol ::



 :: Nice candid pic! Erk, candid ke? ::



 :: Muka kepenatan! ::



 :: At last...we make it true! ::



 :: Bukti kami dah tawan Broga!! ::




There are a few things yang aku belajar kat sini; :

1. Make sure your body have enough 'sugar' before buat aktiviti lasak macam ni. Then baru la boleh mendaki tanpa ada rengekkan rungutan yang tidak diingini!

2. Bagi pencinta kasut, silalah pakai kasut yang bersesuaian jika tak sanggup menangisi 'kecederaan' kasut anda sesudah pendakian.

3. Gunakan kaedah pendakian yang slow & steady coz tak ada orang yang akan sediakan sijil kecemerlangan pun kalo korang sampai awal! Buat sakit kaki ada la.




Sekian.



Saturday, November 3, 2012

Sweet September - Ambil Berkat! [part 2]


Assalamualaikum w.b.t
 
Ye..ye..tau. Dah tak sweet mana pun entry ni. Sekarang bukan bulan September dah. Oktober pun bukan. Dah masuk 3rd November kott...tapi aku kesah apa. Nak update jugak! Bak tagline blog member aku, Take It or Leave It. hehee. Ni kira sambungan dari Sweet September yang lepas la. Kalau dah ada part 1, maknanya kena la ada part 2, kan? 
 
So, undangan kedua pulak kenduri housemate. Konon nak gerak kol 11, tapi sudahnya kol 12 gak baru gerak. Lepas tu sempat lagi singgah Leisure Mall beli hadiah.Haila...ni lah masalahnya dengan orang yang suka buat keje last minute. Hadiah kahwin housemate pon tak prepare properly. Sorry Fika, my bad :(. Dan kali ni baru betul2 sesat. Actually, majlis dia kat Club House Bandar Bukit Mahkota. Patutnya dari Cheras masuk PLUS Highway sampai ke simpang Putra Mahkota then ikut je map kat kad tu...dah sampai. Tapi kitorang pegi sampai masuk Batu 9 then pegi Seri Kembangan sebelum keluar ke PLUS melalui tol UPM. Muahahahah. Tapi tak ada la sampai kenduri  lambat sangat. Sempat jugak la tengok pengantin potong kek! Then dari Kajang singgah Putrajaya pulak. Yang ini pon sesat jugak coz terlepas simpang. But at last jumpa jugak Putrajayanya. Walaupun journey hari tu penuh dengan ‘kesesatan’, tapi best!:)



 :: With my housemate merangkap miss driver untuk hari tu ::



 :: Uya & Faz ::



:: Demi mendapatkan props yang menarik hingga sanggup membelakangkan pengantin! ::
 
 
 
 :: Fika & husband [sorry lupa nama husband dia!] ::



:: Suka pic ni. Korang nampak sweet gila! ::
 
 
 
 
 
 
:: Picnic sekejap kat parking lot Masjid Putrajaya ::
 
 
 
 
Habis dah cerita September yang manis, lepas ni mungkin update pasal November yang nightmare mimpi buruk!
 
 
 
 

Friday, November 2, 2012

Pelangi 24!


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ni dah genap 24 tahun aku menumpang hidup kat dunia ni dan aku bersyukur sangat sebab di usia ini aku masih mampu bernafas sendiri, dah selamat bergelardegree holder yang diimpikan, ada kerja yang sepadan dengan kelulusan dan juga duit sendiri. Ya Allah, besar sungguh nikmat kurniaanMu.
 
Cepat masa berlalu. Rasa macam baru semalam habis sekolah. Tapi rupa-rupanya aku dah habiskan masa 17 tahun bergelumang dengan buku dan dihantui dengan berbagaiexam. Tup tup hari ni semuanya dah berubah. Tak ada lagi title student, tak ada lagi uniform sekolah, tak ada lagi warden fellow yang akan kawal setiap pergerakkan, tak ada lagi cikgu yang akan kejar atau telefon ke rumah kalau ponteng kelas dan tak ada lagi duit raya di pagi raya! Haha
 
Bagi mata-mata yang memandang, mesti ingat yang hidup aku ni sangat smooth. Semua yang aku nak, yang aku impikan dan cita-citakan, semuanya dapat! Mungkin sebab tu la ada orang yang datang dan cakap kat aku (dengan kengkawan lain);
 

“Best la korang, habis je study 4 tahun terus dapat U41. Tak payah pengalaman pun boleh jadi pegawai kitorang”.
 

Hey, siapa kata hidup ni semudah ABC? Coz siapa je la dalam dunia ni yang live on bed of roses, huh? Jangan dikira 4 tahun tu sebab untuk melayakkan diri untuk ambil degree, korang kena pass UPSR, PMR, SPM, Matrik/STPM then baru boleh further degree. So jangan salahkan kami si degree holder, tapi tolong salahkan diri sendiri yang tak rajin usaha!ekeke.
 
Tapi macam yang aku cerita tadi. Hidup tak selalunya indah macam pelangi coz pelangi pun hanya muncul lepas hujan! Fail paper, kena tikam dari belakang dengan member sendiri, terlantar kat hospital berhari-hari, terpaksa makan sehari sekali bila duit yang ada terpaksa dilaburkan untuk membeli tangga-tangga kejayaan (buku, nota, stationeries, etc), bergelen airmata dibazirkan setiap kali stress dengan exam, kuiz, assessment. Dan tanpa disedari itulah antara ‘hujan’yang Allah berikan sebelum DIA kurniakan aku ‘pelangi’.
 
Yeah,walaupun dah dapat ‘pelangi’ tapi hati masih rasa kekurangan. Mungkin sebab memang sifat manusia yang selalu nak peha bila dah diberi betis. Atau mungkin juga sebab aku rasa banyak benda yang aku perlu buat, tapi aku tak buat-buat lagi. Tanggungjawab sebagai anak, sebagai adik/kakak/anak saudara/mak cik, sebagai saudara seIslam, sebagai rakan, sebagai pekerja, dan sebagai hambaNya;
 
sudah terlaksanakah?
 
Kalau terlaksana pun hanya separuh. Itu pun belum cukup sempurna!
 
Dan hati masih terasa kosong. Bukan sekosong lagu Najwa Latif, okay! Dan bukan jugak sebab gedik nak kahwin bagai. Tapi sebab...sebab...
Uh, susah nak explain kat sini. Tapi yang aku tau, aku perlu berubah. Mesti!
 
Ya Allah, KAU permudahkanlah jalanku menujuMU.
 
Ameen.