Assalamualaikum wbt.
So macam mana sambutan Deepavali yang lepas? Meriah tak? Mesti ramai yang sambut kat GSC kan? Yang kerja goverment lak sure beraya sakan kat mall. Tak pun Masjid Jamek! Al maklum la kata pun gaji masuk 6 haribulan.
Untung la....
Tapi aku pun kira beruntung gak coz dapat cuti sempena public holiday! [Raya puasa & raya haji tak pulak dorang kasi aku cuti. Sabar je la!]. Dan bukan aku je yang cuti. Geng yang lain pun ada yang cuti gak. So kitorang pun plan untuk hiking kat Broga.
"Broga? Eleh..apa kelas! Orang lain dah lama dah panjat situ!"
Tapi kesah apa aku! Nak panjat jugak!
Mula plan nak gerak pukul 6. Tapi biasa la...lupa kunci jam [alasan!]. Pukul 6 baru bangun. Ermm..pukul 6.30 la baru gerak dari Cheras. Sampai sana dalam pukul 7.15. Dan tanpa warming up bagai, keluar je kereta terus daki. Arghh...nasib baik kaki tak cramp!
Walaupun Broga ni cuma 400m je tapi penat dia...fuhh tok sah cakap la. Penat gila kot! Dah la selamba badak daki pakai snekers, tak breakfast, tak warming up..dengan track licin lagi. Body tak fit, kasut pun tak fit gak! Tapi nasib baik tak jadi apa-apa kat atas tuh. Cuma ambil masa lama gila untuk sampai kat atas tu. Ada la dalam satu jam setengah. And thanks a lot pada tourist guide yang sangat sabar dengan kerenah kitorang. [Jamil, sure ko serik hiking dengan kitorang, kan? Nasib laa..haha!]
Lagi satu benda yang buat aku kagum masa hiking tu, bukan budak-budak besar je yang ada. Budak-budak kecik emapt lima tahun pun hiking gak dengan parent(s) dorang. Sebenarnya dorang la yang jadi inspirasi aku untuk sampai kat puncak tuh. Iye la, budak kecik pun lepas naik sampai atas, takkan aku nak surrender kot! Dan kepala otak pun mula berangan, nak kahwin nanti nak cari calon yang suka outdoor activities cenggini gak la. Cuti..cuti spend time atas bukit. Haha. Motip sangat kan?!
:: Sisi cantik Broga! ::
:: "Hurmm...bila la nak sampai nih.." ::
:: Berehat sebentar bersama....air mineral! lol ::
:: Nice candid pic! Erk, candid ke? ::
:: Muka kepenatan! ::
:: At last...we make it true! ::
:: Bukti kami dah tawan Broga!! ::
There are a few things yang aku belajar kat sini; :
1. Make sure your body have enough 'sugar' before buat aktiviti lasak macam ni. Then baru la boleh mendaki tanpa ada rengekkan rungutan yang tidak diingini!
2. Bagi pencinta kasut, silalah pakai kasut yang bersesuaian jika tak sanggup menangisi 'kecederaan' kasut anda sesudah pendakian.
3. Gunakan kaedah pendakian yang slow & steady coz tak ada orang yang akan sediakan sijil kecemerlangan pun kalo korang sampai awal! Buat sakit kaki ada la.
Sekian.
No comments:
Post a Comment