Assalamualaikum wbt.
Sehingga hari ini masih ramai yang bertanya tentang syarat kemasukkan bagi program Sains Perubatan Kecemasan. So entry kali ni saya lampirkan syarat-syarat kemasukkan bagi sesiapa yang berminat. Harap membantu.
*SYARAT AM UNIVERSITI
Lulus
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa
Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran
Sejarah (SPM 2013
dan ke atas) dalam peperiksaan SPM;
dan
Memiliki
kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;
dan
Mendapat
sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test
(MUET).
|
*Info telah diubahsuai dari portal Kementerian Pelajaran memandangkan program ini hanya terbuka kepada Penolong Pegawai Perubatan dalam perkhidmatan.
*SYARAT KHAS PROGRAM
KEMASUKAN TERUS KE TAHUN 2
Memiliki kelulusan Diploma Pembantu Perubatan atau kelulusan lain yang
diiktiraf setaraf oleh Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia dan diluluskan
oleh Senat Universiti;
dan
Berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia (LPP);
dan
Memiliki Sijil Amalan Tahunan semasa daripada Lembaga Pembantu Perubatan
Malaysia;
dan
Mempunyai pengalaman klinikal lebih dari 3 tahun dan telah disahkan dalam
jawatan;
dan
Lulus temuduga yang ditetapkan
*Info dari portal UKM bertarikh 1 Disember 2014
Kepada bakal pemohon, anda perlu memenuhi semua SYARAT AM UNIVERSITI dan SYARAT KHAS PROGRAM.
Untuk makluman, saya hanyalah bekas pelajar untuk program Emed dan tak terlibat dengan pengambilan pelajar ataupun P&P. Jika ada pertanyaan saya akan cuba jawab seadanya. Info lanjut, tanya la UKM.
Semoga berjaya!
|