Bismillahirrahmanirrahim
Selama 27 tahun hidup Penang adalah satu-satunya negeri kat Semenanjung yang belum pernah dijejaki. Orang kata Penang sangat sesuai untuk food hunter. Tapi alasan utama aku pulak, untuk menjejaki Escape Penang. hehe.
Hampir sebulan jugak la study dengan pak cik Google pasal Penang. Yang aku tau pasal Penang ialah pemandu-pemandu kat sana bawak kereta macam langsi. ekeke. So memang tak ada hari la aku nak drive, kan? Nasib baik tarikh yang nak pergi tu ada promo Air Asia. Dapat la naik flight dengan tiket murah. Terima kasih, AA! Total kerugian dengan AA RM 78 return.
Actually kitorang cuti berempat. Dua fly dari Kota Bharu, sorang dari Sg Petani. Sampai Penang kitorang sewa Kenari RM 200 untuk dua hari. Memandangkan ini kali pertama ke Penang, jadi segalanya telah ditempah sebelum penerbangan. Bukan ke sekarang ni dunia di hujung jari? So kita klik klik je. Settle.
Tour kitorang bemula dari; Batu Ferringhi - Teluk Bahang (Escape) - Georgetown (Street art and food hunting).
Batu Ferringhi
Kat Batu Ferringhi ni kitorang duduk kat hotel budget je, My Budget Home. Berdepan dengan night market Batu Ferringhi, jalan kaki je dah sampai. Petang tu kitorang sampai agak lewat, jam 5 petang. Plan asal nak jalan-jalan kat pantai tapi disebabkan masing-masing dah kepenatan, jadi plan tu dibatalkan. Lagi pun.... alaa pantai je kan? Mana-mana pantai pun sama jugakkkk *ayat sedapkan hati*. Lepas maghrib baru kitorang keluar cari makan. Hasil carian, ada yang suggest makan seafood di Bayu Senja. Kira-kira 400m dari tempat penginapan. Alang-alang nak ke Bayu Senja tu kitorang jalan-jalan cuci mata kat pasar malam dulu. Orang kata harga kat situ mahal. Kalau nak, kena pandai tawar. Pada aku sama je. Kalau perlu, beli. kalau tak, tak payah. Tapi aku sempat jugak beli t-shirt sehelai. hehe.
Honestly makan kat Bayu Senja tu biasa-biasa je. Sedap lagi tom yam kat KL. So personally aku tak recommand sangat tempat ni untuk mereka-mereka yang food hunter tu. Takut kecewa. Kitorang tak apa la. Makan sekadar untuk kenyang je. ekeke.
RM 140/night untuk 4 orang
RM 78.00++ dinner untuk 4 orang
RM 10 cuci kereta, kongsi 4 orang. haha
RM 15 t-shirt kat night market
Escape, Teluk Bahang
Esok paginya lebih kurang pukul 8 kitorang check out dan terus gerak ke Teluk Bahang, Jarak dari hotel ke Escape hanya 900 meter je. Kitorang sengaja gerak awal sebab nak cari tempat breakfast. Lagi satu, takut sesat. hehe. Untuk makluman, Escape beroperasi bermula 9 pagi ye. Jadi kitorang patah balik ke pekan untuk breakfast. Tak jauh pun, 300 meter dari Escape. Memandagkan kat Escape tu tak boleh bawa makanan luar dengan makanan kat dalam tu dah tentu-tentu mahal, makanya kitorang terus brunch sekali. Untuk aku, dua bungkus nasi lemak manakala yang lain-lain sebungkus nasi lemak dan sepinggan roti canai. Bila time nak bayar, abang cashier tu senyum je. haha. Memang patut pun. Tengok badan, semua stok saiz S saiz M. Tapi makan? Giant punya portion.
Tiket Escape aku beli online, lagi murah. Dia macam beli tiket flight jugak. Lagi awal tempah, lagi murah. Harga asal RM 68. Tapi untuk masuk bukan setakat tiket je. Kena bayar deposit untuk bracelet jugak sebab membeli-belah kat dalam tu tidak menggunakan tunai. Semua perlu menggunakan bracelet tu. Macam kad Touch 'n' Go la. Deposit bracelet RM 10 akan dikembalikan semula (itu pun kalau gelang ko tak hilang!). Jadi walaupun kitorang dah ada tiket, still kena bayar RM 10 + RM30 (isian unuk membeli makanan/mimuman/keperluan lain kat dalam) sebelum masuk. Oh ye, isian tu up to korang la nak berapa. Tapi RM 30 tu minimum rasanya. Ada baki dorang akan pulang balik. So tak payah risau.
:: Muka tak sabar nak explore Escape ::
:: First game, dah rasa tercabar- Aerobat. Eeee tak suka game ni! ::
:: Sabar menunggu giliran ::
:: Kite Flyer- my favourite game ever! ::
:: Tak cukup tinggi nih.. ::
:: E-Maze - paling tak mencabar. Tapi okay laaaa ::
:: Kalau kat Shah Alam memang tak ada peluang nak jadi tarzan macam ni. So, kita repeat 2 kali ok! ::
:: Gigih gila tarik pelampung yang berat tuh. Dah la berat, jauh lak tuh! ::
Kitorang spend setengah hari kat sini. Barang-barang simpan kat loker, harga RM 8. Satu loker kongsi 4 orang. Boleh buka tutup bila-bila masa. Tak ada limit. Bekalan kitorang hanya air mineral 1.5L seorang. Kos, RM 4/bottle.
Georgetown
Keluar dari Escape hampir 3 petang. Memang tak boleh lewat dari tu sebab dah janji nak hantar Yana ke stesen bas. Lepas je hantar Yana, terus check in kat Malabar Inn. Yang ni pun book online jugak. Dan ini hotel budget jugak. Kos kerugian untuk penginapan di town, RM 142/night. Penat memang penat sebab dah seharian jadi tarzan kat Escape tu. Tapi perut yang dah sedia berbunyi, tak boleh diabaikan. Lepas mandi tukar baju semua terus Google next pit stop. Malabar Inn yang terletak di Jalan Cintra ni bagi aku sangat strategik sebab berdekatan dengan recommanded restaurant, memang area street art dan senang dapat public transport. Bayangkan la dengan hanya jalan kaki lebih kurang 10-15 minit korang dah boleh sampai kat Line Clear Nasi Kandar (Jalan Penang), Sup Hameed Nasi Kandar (Jalan Penang), Hameediyah Tandoori House (Lebuh Campbell), Restoran Kassim Mustafa (Lebuh Chulia) dan Restoran Kayu (Jalan Penang). Eh, pasai pa suma nasi kandaq je ni?? haha. Memang dari turun flight lagi memang dah aim nak makan nasi kandar Penang. Tu yang habis review semua restoran nasi kandar. hehe.
Dan petang tu kitorang pilih untuk makan kat Hameediyah Tandoori House. Makanan dia sedap dan portion dia besar. Sesuai la dengan aku yang banyak makan ni. Ada air-conditioner, so memang selesa la. Cuma staff dia tak berapa friendly. Agak blur jugak masa nak order tu sebab tak ada orang yang attend. Nasib tak serbu dapur senduk nasi sendiri. Dah la tengah kelaparan, boleh lak pelayan dia buat dekk je. Ceit!
:: Hameediyah Tandoori House - wefie dulu sebelum makan. Padahal dah lapar giler! ::
Dah selesai makan, kitorang balik hotel kejap ambil map. Misi seterusnya adalah street art hunting. Orang kata acara ni memang wajib buat bila dah sampai Penang. So, map sangat-sangat la membantu. Dan kitorang pun baru tau yang selain street art, marking Georgetown pun ada jugak. Kalau street art tu lukisan mural pada dinding, Marking Georgetown ni pulak macam ilustrasi komik daripada wrought-iron. Kalau street art ada 18 gambar, Marking Georgetown pulak ada 52. Memang macam nak gila jugak la baca peta. Habis lunyai peta tu ditunggang terbalikkan. haha.
:: Gigih menilik peta yang separuh lunyai ::
Malam tu selepas maghrib kitorang get ready nak pulangkan Kenari tu kat owner. Janji jumpa kat USM. Nasib baik Fida tak busy malam tu. Jadi, dia and husband la hantar kitorang balik hotel malam tu. Bukan setakat hantar balik je tau. Siap belanja dinner dan bawa kitorang jalan-jalan town lagi. Tapi tak pergi jauh pun. Lepak-lepak area Padang Kota je.
Padang Kota
Dinner malam tu kitorang makan di Hammer Bay. Tak makan sangat pun
sebab masing-masing masih kenyang lepas makan nasi Kandar dekat town. Anyway,
thanks Fida sebab belanja kitorang makan kerang rebus malam tu! Makanan kat
situ ok la jugak kalau nak dibandingkan dengan Bayu Senja. kuikui. Siap ada
live band lagi. Yang tak syoknya, kalau nak borak kena jerit sikit (walau makan
satu meja) sebab muzik kuat sangat. hehe.
:: Pilih meja jauh sikit dari live band. Bukan sebab nak feel angin laut, tapi sebab nak menyembang ::
Habis makan, kitorang lepak
kat area Padang Kota. Fida kata sini memang port lepak orang ramai especially
malam minggu. Kat sini pun ada buskers buat persembahan, macam kat Bukit
Bintang. Gerai jualan pun banyak kat sepanjang jalan. Tapi tak lepak lama pun
kat sini sebab masing-masing dah penat dan mengantuk. ZZzzzz.
Bukit Bendera
You've never been to Penang unless you've been to Penang Hill. Maka dengan itu pagi esoknya kitorang pun bersiap untuk ke Bukit Bendera. Aktiviti hari ni sepenuhnya menggunakan public transport. Untuk ke Bukit Bendera kitorang ambil bas Rapid 204 dari bus stop Jalan Penang ke kaki bukit. Perjalanan mengambil masa sejam setengah. Ingat, sampai-sampai nak breakfast dulu. Tapi malangnya satu gerai makan pun tak ada kat stesen Bukit Bendera tu. Nak tak nak kitorang terus ke kaunter tiket untuk menaiki tren. Sampai je kat kaunter; Tiket dewasa RM10 seorang. UH? "Kak, bukan kat browser tulis 8 hengget?". "Oh, baru je naik 10 hengget awal tahun ri tu". Kfine. Hari ni kita puasa breakfast.
Naik tren tu tak lama mana pun. Tak sampai 5 minit. Frankly speaking aku lagi suka kalau naik cable car berbanding tren. Sebabnya, aku tak merasa lagi naik cable car. Hwuaaa...
Seperti biasa, bila datang ke tempat baru perkara pertama yang perlu dibuat adalah kaji peta! Actually kat Bukit Bendera ni terdapat perkhidmatan budgy. Harganya RM 30 sekali round. Memandangkan kitorang ni dalam slot percutian super duper budget, jadi haruslah menafikan perkhidmatan yang berbayar ni. Sudahnya kitorang pilih untuk berjalan kaki je. Penat, memang penat. Dah la panas, lapar lagi. Tapi tetap digagahi jua. Menurut salah seorang pemandu budgy kat situ, jauh perjalanan mengelilingi Bukit Bendera adalah 2 km. Setakat 2 km tu kiranya tak ada la jauh sangat. Sebab tu la kitorang tak teragak-agak untuk berjalan je. Kat situ terdapat jugak laluan khas untuk mereka-mereka yang ingin merasai keindahan alam. Walaupun keliling hanya hutan, tapi laluan ni bersemen, bukan tanah merah ke apa. So jangan takut. Korang jugak akan jumpa beberapa rumah hasil tinggalan Inggeris. Tapi rumah-rumah kat sini berpenghuni. Cuma mampu tengok dari luar je la. Ada beberapa check point yang membolehkan korang melihat kawasan Penang secara keseluruhannya.
:: Love Lock Penang Hill. Ada lagi ke? ::
:: Konon datang sini nak berjimat. Sekali, bantai makan eskrem 8 hengget. Jimat sangattt! ::
Georgetown
Memandangkan misi kitorang kat Penang hampir tercapai, jadi masa yang masih berbaki ni digunakan untuk merayau-rayau di sekitar town. Kat Penang korang ada beberapa pilihan sama ada pusing town dengan berjalan kaki, sewa basikal, sewa motor atau menggunakan khidmat CAT. CAT bukan kucing tapi free shuttle untuk ke beberapa kawasan tumpuan. I wish KL/Shah Alam pun akan ada their own KUCING cenggini.
Untuk late lunch hari tu, kitorang pilih restoran Kassim Mustaffa. Sebenarnya aku tak makan pun. Didi dengan Nani je yang makan. Aku? Tak ada selera. Dorang kata makanan situ biasa-biasa je. Tapi harga dia, luar biasa. Mahal. Okey, malas nak review banyak-banyak. Faham-faham sendiri je la. haha
Habis makan, kitorang sambung balik aktiviti street art hunting yang tergendala semalam. Masih lagi memilih untuk berjalan kaki. Bukan apa, aku rasa tersangat laaaaa tak selamat nak bawak basikal kat Penang ni. Banyak sangat kereta yang lalu lalang. Jalan pun tak besar mana. Kalau dah kiri kanan ada orang park kereta, tak ke makin sempit jalan kat situ. huhu.
Malam tu kitorang dinner kat Sup Hameed. Didi je yang order sup. Aku order nasi kandar ayam madu, Perghh, sedap gila kot. Rasa macam nak tambah dua pinggan! Sorry tak ada ambil gambar kat sini sebab baru 3 suap, tiba-tiba hujannnn. Dushh. Rosak mood. Terus tak jadi order pinggan kedua. Kbai.