Tuesday, October 27, 2015

3 Tabungan Penting Orang Muda

Bismillahirrahmanirrahim


*edited*


#1 Simpanan




Jumlah simpanan yang paling ideal adalah bersamaan 6 bulan gaji. Ini akan menjadi sumber kewangan penting untuk menampung kehidupan sekiranya berlaku apa-apa pada kerjaya di masa hadapan kelak seperti diberhentikan kerja atau yang sewaktu dengannya. Tapi kalau boleh simpan lebih banyak, lagi bagus. Pada yang bergaji lumayan, mungkin korang boleh membuat target seperti RM 10k setahun sebagai simpanan (contoh je). Tempat terbaik untuk menabung untuk simpanan haruslah pada akaun yang ‘senang masuk, susah keluar’ seperti Tabung Haji. Once dah cukup 6 bulan gaji dalam akaun TH tu, korang boleh la buat-buat lupa. Biar duit dalam akaun tu beranak sendiri.

#2  Kecemasan dan Perlindungan



Tabung kedua penting adalah Tabung Kecemasan. Kecemasan ni selalunya orang akan merujuk kepada masalah kesihatan. Tapi sebenarnya boleh juga digunakan untuk merujuk kepada dugaan yang menimpa diri atau keluarga secara tiba-tiba (berlapik gila ayat!) seperti kebakaran rumah atau kereta breakdown (Nauzubillah. Minta dijauhkan). Paling mudah nak menabung tanpa fikir banyak adalah melalui insurans. Korang bayar je tiap-tiap bulan. Then kalau sakit, pergi hospital tunjuk medical card korang tu. Settle.

Sebaiknya gunakan 10-15% gaji untuk tabungan #2 ini. Separuh guna untuk skim Takaful dan sebahagian lagi dalam bentuk tunai. Insurans sekarang ni pun ada banyak jenis. Bukan setakat ada medical card je, ada juga untuk simpanan masa hadapan. Pandai-pandai la korang pilih pakej yang sesuai dengan kewangan dan gaya hidup korang. Ideally RM100 untuk perlindungan Takaful (termasuk medical card), bakinya simpan untuk kecemasan lain-lain.

Yang penting kena ada komitmen dan disiplin diri yang kuat. Jangan sampai tiap-tiap bulan ada je ‘kecemasan’ yang lari dari konteks  asal, sudah! Benda yang tak cemas pun jadi cemas. kuikui

#3 Leisure





Tabung nombor 3 ni penting sebab dunia telah membuktikan bahawa golongan muda ni memang suka berhibur especially bagi yang belum berkeluarga. Tabung ini juga penting bagi mengelakkan kebocoran pada tabung #1 Simpanan dan #2 Kecemasan dan Perlindungan terutama ketika promo Air Asia. kuikui. 

Tabung ni boleh dibina mengikut cara hidup dan kekreatifan korang. Actually boleh je allocate 5-10% dari gaji untuk tujuan hiburan. Tapi aku lebih suka cara santai. Setiap kali berbelanja, not RM5 dan duit syiling aku akan masukkan ke dalam tabung #3 ni. Kalau tak nak simpan not RM5, nak simpan not RM1 ke RM10 pun boleh. Dan kutipan akhirnya akan menentukan ke mana destinasi percutian korang. Sama ada dalam negara atau luar negara. Tapi zaman sekarang ni ,nak ke luar negara pun tak susah mana. Sebab 'Everyone Can Fly', what!? hehe.

No comments:

Post a Comment