Bismillahirrahmanirrahim
Hello 2016. Bye-bye 2015.
Kalau nak bercerita mengenai tahun baru, memang tak sah kalau tak sentuh tentang azam baru.
Tapi hakikatnya, aku bukanlah spesis yang suka nak berazam-azam ni. Aku jugak tak berapa suka buat long term planning. Buat kerja last minute dan buat keputusan yang drastik mungkin lebih sesuai dengan aku.
Untuk 2016 ni prinsip aku masih tak berubah, iaitu hidup ini perlu dinikmati. Hargai apa yang ada di depan mata dan orang di sekeliling kita. Tak perlu dirisau apa yang tiada.
Memandangkan tahun ini umur bakal mencapai 28 tahun, jadi haruslah kematangan dalam pemikiran dan tindakan selari dengan anjakan usia.
2016 ini aku dapat merasakan dunia akan jadi lebih mencabar dari tahun-tahun lepas, sama ada dari segi ekonomi, politik dan sosial.
Ekonomi dunia yang memperlihatkan kelembapan ketara memberi tekanan kepada semua. Tekanan perasaan. Hari ni semua orang bercerita pasal duit. Sampai bergaduh pun ada. Ternyata duit mampu menggugat kebahagiaan. Tapi aku masih berharap kita semua tidak lupa untuk bersyukur dengan apa yang ada. Biarlah gaji tak besar mana, asal sentiasa merasa cukup. Sebab itu tanda berkat. Dan ingatlah, walau setinggi mana GST dikenakan, rezeki Allah tak pernah ada diskaun.
Aku bukanlah arif untuk bercakap tentang politik. Banyak yang aku tak tau daripada yang aku tau. Bukan sebab tak ambil tau, tapi sebab makin ramai yang tidak boleh dipercayai. Kepimpinan melalui teladan tidak lagi diamalkan sama ada diperingkat negara atau tempat kerja. Tapi aku masih percaya, kalau ingin mengubah dunia, mestilah bermula dari diri sendiri.
Masalah sosial di Malaysia juga makin membimbangkan. Hujung tahun lepas aku dikejutkan dengan kenyataan salah seorang doktor di jabatan bahawa di Malaysia kini, kelahiran bayi luar nikah mencecah 18 000 kelahiran sebulan. Tapi apa yang aku baca pulak, daripada 18 000 kelahiran, 4 500 adalah kelahiran luar nikah. Tak kisah la mana yang betul pun. Kerana hal ini tak patut berlaku pada negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Di manakah Islam dalam diri kita hari ini? Jadi, janganlah menunding jari pada siapa-siapa bila negara ditimpa banjir besar, jerebu yang teruk, menjadi mangsa permainan politik antarabangsa atau pun kewujudan pemimpin zalim dalam negara. Dan janganlah pula kita segan silu mengaku kepincangan diri dengan apa yang berlaku.
Hari ni, cabaran baru sudah pun bermula. Selamat mengharungi 2016 dengan iman dan taqwa. In shaa Allah.
No comments:
Post a Comment