Monday, August 1, 2016

Pekerja atau Kuli?


Hi.
Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ni aku ada terbaca satu kisah yang menjadi viral di FB. Kisah mengenai seorang diploma holder yang sanggup bekerja sebagai cleaner bersama ibunya di Rapid KL yang akhirnya ditawarkan bekerja sebagai assistant technician di company yang sama. Dan kini, beliau adalah expertise dalam bidang tertentu. Aku tak ingat dia expert dalam bidang apa sebab terlalu teknikal. To be honest, kisah dia so inspiring.

Aku yakin apa yang dia cuba sampaikan antaranya adalah; 1) Jangan malu walau terpaksa bermula dari bawah atau menjadi kuli asalkan kita tak berhenti berusaha. 2) Jangan berkira kerja walaupun kerja tu tak termasuk dalam job specifications kita sebab itu adalah part of learning process. 3) Letakkan kualiti kerja sebagai keutamaan berbanding imbuhan atau gaji yang diterima.

Kalau dilihat pada point pertama, aku percaya ramai graduan hari ini yang terpaksa bekerja di bawah kelayakan sebenar akibat daripada desakan ekonomi. Aku sendiri pernah bekerja sebagai pembantu klinik dengan gaji hanya RM620 sebulan selepas graduate dulu. Sampai doktor klinik yang interview tu pun serba salah nak ambil aku bekerja. Tapi aku yakinkan dia yang aku nak kerja kat klinik dia bukan sebab gaji, tapi sebab aku tak nak hilang knowledge dan skills (walaupun tak apply skill sangat pun kalau kerja kat klinik). Then dia pun terima aku bekerja dan siap pesan kalau dapat offer lebih bagus bagitau awal supaya nanti dia senang nak cari pengganti. Kalau nak diikutkan apa yang aku cakap tu bukanlah cakap kosong tapi memang kenyataanya aku tak pernah ambil kisah pasal gaji. Apa yang penting, ada kerja nak dibuat. Aku bukan jenis yang suka duduk rumah and doing nothing. Daripada dok rumah ngabihkan bogreh (bak kata abang aku), ada baiknya aku keluar bekerja.

Dan bagi aku, point kedua la yang paling banyak orang fail. Susah nak jumpa orang yang sanggup buat di luar specs kerja. Ketika di tempat kerja lama, aku memegang empat portfolio while rakan setugas yang lain, ada yang memegang hanya satu portfolio. Tapi aku tak pernah merasakan aku diperguna atau dibuli oleh bos. Aku terima portfolio tu semua bukan jugak sebab nak bodek bos. Sebaliknya aku anggap tu sebagai peluang aku untuk belajar. Iye la kalau kawan aku yang pegang satu portfolio tu cuma boleh belajar satu benda, aku pulak dapat peluang belajar empat benda sekali gus. Bukan ke itu lebih baik?

Point ketiga pun bukan calang-calang orang boleh buat. Bukan semua orang yang dibayar RM1500 mampu menghasilkan kualiti kerja seperti dibayar RM3000. Rata-rata orang akan jawab, bayar 5k dulu baru boleh bagi kualiti kerja  5 bintang. Eh!. Aku tak cakap salah. Memang kadang-kadang kita perlu letak harga pada setiap usaha kita. Cuma pada aku, aku percaya satu benda je. Percaya pada rezeki Allah. Sebab apa? Pertama, sebab rezeki Allah tak pernah salah alamat. Kedua, rezeki Allah tak pernah ada diskaun walaupun GST naik 20%. Ketiga, rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk dan bukan wang semata. Nah, nikmat Tuhanmu manakah yang kau dustakan?


Nota kaki: Masih lagi kuli-kulian

No comments:

Post a Comment