Wednesday, November 2, 2016

28

Hi.
Assalamualaikum wbt.

Gigih betul hari ni up new post pagi-pagi buta. Alhamdulillah, hari ni genap 28 tahun hidup. Banyak jugak yang dah dilalui sepanjang dua puluh lapan tahun ni. Bersyukur sangat dengan apa yang aku dah capai setakat hari ni. Boleh dikatakan hampir semua yang aku pernah impikan especially dari zaman sekolah, aku dah capai. Dari sekecik-kecik benda, sampai la yang besar-besarnya. Tapi of course la wish list tu belum sampai penamat. Malah senarainya makin panjang dari sehari ke sehari. Iye la, orang lain tanam azam setahun sekali. Azam aku pulak, setiap hari. Mau tak berkajang wish list aku tuh!

Masa form one dulu pernah berangan nak panjat gunung Kinabalu lepas baca catatan pengalaman salah seorang ustazah dalam majahah sekolah. Ustazah tu cerita pengalaman dia daki Kinabalu masa umur 14 tahun. Aku pun dok berangan la nak panjat jugak. Tapi masa tu letak target umur 16 tahun nak daki. Tapi bila after PMR tu masuk asrama penuh, terus lupa. Masa first year kat UKM baru teringat balik. Cari jugak kot-kot ada geng nak daki sama. Tapi hampeh, tak ada. Lagi sekali, hajat terpaksa dilupakan. Then bila second year kat HUKM, ada geng yang nak panjat Kinabalu. Kali ni aku pulak yang teragak-agak nak pegi atau tak. Dan April 2014 macam jadi sejarah pulak bila dapat jejak puncak Kinabalu. Haha. Kat puncak tu tak rasa apa pun kecuali penat! Tapi bila on the way turun dan toleh balik puncak tu, rasa nak menitis airmata. Hajat dari form one yang seakan nak terkubur tu aku berjaya capai jugak. Dalam hati dah hujan lebat masa tu, tapi disebabkan tak nak hilang macho depan Ina, tahankan jugak airmata ni dari menitis. Kehkeh.

Masa form one jugak pernah rasa jeles dengan member-member yang dapat masuk sekolah asrama penuh after UPSR. Masa tu doa banyak-banyak, tak kisah la kalau tak dapat straight A’s PMR pun, asalkan dapat masuk asrama penuh. Padahal kalau nak masuk asrama of course la kena straight A’s kan? Adeii. Dan tak sangka bila Allah bagi dua-dua kat aku. Straight A’s PMR and offer to MRSM. Masa tu happy gila kot!

Masa SPM banyak main pulak. Tak fokus study. Dah dapat bayang yang SPM bakal melayang. Aku pulak masa tu tak ada cita-cita yang spesifik. Nak selamat aku just plan study pathway je. Target masa tu nak ada at least Master before 30. Inspirasi aku masa tu Fazley. Alaa, yang penyanyi tu. Aku aim nak masuk matrik setahun (zaman aku wujud lagi program matrikulasi 2 tahun) then sambung degree. Tak kisah la degree apa pun, asalkan ada degree. Memang dari awal dah set tak nak go through STPM atau diploma. Aim degree terus sebab nak cepat habis study. Penat wehh nak ngadap buku. Pheww. And again, Allah perkenankan. Setahun kat matrik straight buat degree. No resit paper. No repeat semester. Solid 1+4 years. Kalau orang lain dapat kunci kebebasan masa umur 21 tahun, aku pulak dapat kunci tu masa konvokesyen. Lega gila walau tiada jaminan kerja pun masa tu. Remember as I mentioned before, aku tak ada cita-cita in term of career yang spesifik, sebab tu aku happy je walau kerja belum tentu. Padahal coursemates aku yang lain semua dah dok risau takut-takut tak ada kerja. Aku je selamba badak happy riang ria. Master? Cadangnya aku nak rilek-rilek dulu, dah rindu buku nanti baru sambung Master. Dan rilek punya rilek, hari ni dah dua puluh lapan tahun beb! Entah-entah umur 30 nanti baru aku daftar masuk. Haha. Eh, dua tahun lagi nak masuk 3 series??? Gulp!

Alhamdulillah lepas setahun konvo, aku dapat jugak kerja dan gaji setaraf dengan qualification. Walaupun gaji banyak, tapi aku tak heran sangat dengan duit masa tu. Masih lagi berjimat cermat sama macam zaman student dulu. Sewa bilik pun ambil yang paling murah je. RM150 sebulan. Mana nak dapat bilik RM150 kat tengah KL tu. Aku je tau. Nak ke mana-mana pun masih setia lagi dengan public transport, sampai pak cik RapidKL tu pun dah kenal aku. Makan pulak, nasi dengan telur campur kicap je (sebab malas nak masak). Orang lain sibuk dah nak beli kereta beli rumah, aku pulak masih sibuk lagi borong novel-novel kat pesta buku. Senang cerita, wish list aku in term of material tak bertambah pun masa kat HUKM.

Bila dah lama sikit, mula la perasaan bosan tu datang. Tiba-tiba teringin nak buat benda baru. Benda yang aku tak pernah tau. Degree dulu belajar apa yang MA buat, after grad jadi MA. Lama-lama bosan gak wehh. Mula la gatal nak tukar profession. Konon nak jadi cikgu. Dah dapat offer, aku tolak pulak. Sebelum ni dah dua tawaran aku tolak. 2013, tolak tawaran dari IPTS. 2014, tolak tawaran dari KSKB. Elok sangat perangai! Ingat Allah dah tak nak kasi peluang dah. Sekali 2016 dapat tawaran dari IPTS lagi sekali. Kali ni memang tak tolak dah. Belum habis guna baki cuti tahun kat HUKM, aku terus lapor diri kat tempat baru. Nampak tak gelojoh dia kat situ? Haha. Tapi aturan Allah tu yang lagi jelas aku nampak kot. Dia bagi on time. Tak delay walau sesaat.

Ni baru sikit yang mampu dikongsi, kalau nak diikutkan banyak lagi yang Allah dah tunaikan wish list aku tu. Dalam tak terfikir nak beli kereta beli rumah, hari ni dah sebijik kereta dan sebijik rumah bubuh nama aku (walau masih berhutang). Tak besar pun, kecik comel je. Jadi la kan? Buat tangkal orang kata. Tapi tu la, dalam dua puluh lapan tahun, macam-macam jadi. Banyak jugak yang dah berubah. Dan aku masih lagi berdoa agar wish list aku yang berkajang tu nanti dipermudahkan Allah. Walau berkajang, akan ku usahakan juga. Haip, jangan ditanya pasal kahwin. Master pun tak apply lagi, so kahwin kena postpone la. Haha.



Nota kaki: Masih tunggu seru nak sambung Master, lagi best kalau supervisor tu bakal suami. Cepat la aku grad! #BeranganItuFree