Assalamualaikum wbt.
Gigih betul hari ni up new post pagi-pagi buta.
Alhamdulillah, hari ni genap 28 tahun hidup. Banyak jugak yang dah dilalui
sepanjang dua puluh lapan tahun ni. Bersyukur sangat dengan apa yang aku dah
capai setakat hari ni. Boleh dikatakan hampir semua yang aku pernah impikan
especially dari zaman sekolah, aku dah capai. Dari sekecik-kecik benda, sampai
la yang besar-besarnya. Tapi of course la wish list tu belum sampai penamat.
Malah senarainya makin panjang dari sehari ke sehari. Iye la, orang lain tanam
azam setahun sekali. Azam aku pulak, setiap hari. Mau tak berkajang wish list aku
tuh!
Masa form one dulu pernah berangan nak panjat gunung
Kinabalu lepas baca catatan pengalaman salah seorang ustazah dalam majahah
sekolah. Ustazah tu cerita pengalaman dia daki Kinabalu masa umur 14 tahun. Aku
pun dok berangan la nak panjat jugak. Tapi masa tu letak target umur 16 tahun
nak daki. Tapi bila after PMR tu masuk asrama penuh, terus lupa. Masa first
year kat UKM baru teringat balik. Cari jugak kot-kot ada geng nak daki sama.
Tapi hampeh, tak ada. Lagi sekali, hajat terpaksa dilupakan. Then bila second
year kat HUKM, ada geng yang nak panjat Kinabalu. Kali ni aku pulak yang
teragak-agak nak pegi atau tak. Dan April 2014 macam jadi sejarah pulak bila
dapat jejak puncak Kinabalu. Haha. Kat puncak tu tak rasa apa pun kecuali penat!
Tapi bila on the way turun dan toleh balik puncak tu, rasa nak menitis airmata.
Hajat dari form one yang seakan nak terkubur tu aku berjaya capai jugak. Dalam
hati dah hujan lebat masa tu, tapi disebabkan tak nak hilang macho depan Ina,
tahankan jugak airmata ni dari menitis. Kehkeh.
Masa form one jugak pernah rasa jeles dengan member-member
yang dapat masuk sekolah asrama penuh after UPSR. Masa tu doa banyak-banyak,
tak kisah la kalau tak dapat straight A’s PMR pun, asalkan dapat masuk asrama
penuh. Padahal kalau nak masuk asrama of course la kena straight A’s kan?
Adeii. Dan tak sangka bila Allah bagi dua-dua kat aku. Straight A’s PMR and
offer to MRSM. Masa tu happy gila kot!
Masa SPM banyak main pulak. Tak fokus study. Dah dapat
bayang yang SPM bakal melayang. Aku pulak masa tu tak ada cita-cita yang
spesifik. Nak selamat aku just plan study pathway je. Target masa tu nak ada
at least Master before 30. Inspirasi aku masa tu Fazley. Alaa, yang penyanyi
tu. Aku aim nak masuk matrik setahun (zaman aku wujud lagi program matrikulasi
2 tahun) then sambung degree. Tak kisah la degree apa pun, asalkan ada degree.
Memang dari awal dah set tak nak go through STPM atau diploma. Aim degree terus
sebab nak cepat habis study. Penat wehh nak ngadap buku. Pheww. And again,
Allah perkenankan. Setahun kat matrik straight buat degree. No resit paper. No
repeat semester. Solid 1+4 years. Kalau orang lain dapat kunci kebebasan masa
umur 21 tahun, aku pulak dapat kunci tu masa konvokesyen. Lega gila walau tiada
jaminan kerja pun masa tu. Remember as I mentioned before, aku tak ada
cita-cita in term of career yang spesifik, sebab tu aku happy je walau kerja
belum tentu. Padahal coursemates aku yang lain semua dah dok risau takut-takut
tak ada kerja. Aku je selamba badak happy riang ria. Master? Cadangnya aku nak
rilek-rilek dulu, dah rindu buku nanti baru sambung Master. Dan rilek punya
rilek, hari ni dah dua puluh lapan tahun beb! Entah-entah umur 30 nanti baru
aku daftar masuk. Haha. Eh, dua tahun lagi nak masuk 3 series??? Gulp!
Alhamdulillah lepas setahun konvo, aku dapat jugak kerja dan
gaji setaraf dengan qualification. Walaupun gaji banyak, tapi aku tak heran
sangat dengan duit masa tu. Masih lagi berjimat cermat sama macam zaman student
dulu. Sewa bilik pun ambil yang paling murah je. RM150 sebulan. Mana nak dapat
bilik RM150 kat tengah KL tu. Aku je tau. Nak ke mana-mana pun masih setia lagi
dengan public transport, sampai pak cik RapidKL tu pun dah kenal aku. Makan
pulak, nasi dengan telur campur kicap je (sebab malas nak masak). Orang lain
sibuk dah nak beli kereta beli rumah, aku pulak masih sibuk lagi borong
novel-novel kat pesta buku. Senang cerita, wish list aku in term of material
tak bertambah pun masa kat HUKM.
Bila dah lama sikit, mula la perasaan bosan tu datang.
Tiba-tiba teringin nak buat benda baru. Benda yang aku tak pernah tau. Degree
dulu belajar apa yang MA buat, after grad jadi MA. Lama-lama bosan gak wehh.
Mula la gatal nak tukar profession. Konon nak jadi cikgu. Dah dapat offer, aku
tolak pulak. Sebelum ni dah dua tawaran aku tolak. 2013, tolak tawaran dari
IPTS. 2014, tolak tawaran dari KSKB. Elok sangat perangai! Ingat Allah dah tak
nak kasi peluang dah. Sekali 2016 dapat tawaran dari IPTS lagi sekali. Kali ni
memang tak tolak dah. Belum habis guna baki cuti tahun kat HUKM, aku terus
lapor diri kat tempat baru. Nampak tak gelojoh dia kat situ? Haha. Tapi aturan
Allah tu yang lagi jelas aku nampak kot. Dia bagi on time. Tak delay walau
sesaat.
Ni baru sikit yang mampu dikongsi, kalau nak diikutkan
banyak lagi yang Allah dah tunaikan wish list aku tu. Dalam tak terfikir nak
beli kereta beli rumah, hari ni dah sebijik kereta dan sebijik rumah bubuh nama
aku (walau masih berhutang). Tak besar pun, kecik comel je. Jadi
la kan? Buat tangkal orang kata. Tapi tu la, dalam dua puluh lapan tahun,
macam-macam jadi. Banyak jugak yang dah berubah. Dan aku masih lagi berdoa agar
wish list aku yang berkajang tu nanti dipermudahkan Allah. Walau berkajang,
akan ku usahakan juga. Haip, jangan ditanya pasal kahwin. Master pun tak apply
lagi, so kahwin kena postpone la. Haha.
Nota kaki: Masih
tunggu seru nak sambung Master, lagi best kalau supervisor tu bakal suami.
Cepat la aku grad! #BeranganItuFree
No comments:
Post a Comment