Assalamualaikum wbt.
Hari ini ramai yang merungut pasal ekonomi negara yang tak
menentu, harga barang semakin naik, kos sara hidup semakin tinggi tapi
kenaikkan gaji masih macam hampeh.
Jika hari ini kita ditanya untuk apa kita bekerja, mostly
akan jawab untuk cari duit demi kelangsungan hidup. Tak pun mesti akan jawab,
cari duit untuk bayar balik PTPTN. Susah dah nak jumpa orang yang bekerja untuk
dapat pengalaman.
Empat tahun lalu ketika mula melangkah ke alam pekerjaan,
tujuan aku cuma satu. Iaitu, nak cari pengalaman kerja. Aku nak praktikkan apa
yang aku belajar selama ini. Pada masa tu, aku menganggap Jabatan Kecemasan
seperti taman permaianan. Tempat untuk aku explore banyak benda. Sama macam
zaman kanak-kanak dulu. Pantang kalau dibawa ke taman permainan atau theme
park, habis semua permainan aku nak try. Sebab tu aku sangat enjoy sepanjang
berada di Kecemasan. Stress ada jugak, tapi masih mampu ketawa sepanjang syif.
Duit bukan priority aku sepanjang bekerja kat sana. Malah
aku tak pernah ambil pot soal gaji masuk awal atau lambat. Yang aku tahu,
biasanya gaji akan masuk setiap 25 haribulan. Alhamdulillah aku tak pernah
merasa sesak (tak cukup duit) sama ada di tengah bulan atau akhir bulan.
Mungkin sebab masa tu komitmen aku tak tinggi lagi. Tak ada kereta. Tak ada
rumah, hanya menyewa bilik. Hutang pendidikan pun hanya RM5500 dan personal
loan yang masih mampu ditanggung. Jadi duit bukan satu masalah bagi aku.
Selepas empat tahun, hala tuju aku mula berubah. Aku
tinggalkan ‘taman permainan’ tu demi mencari pengalaman baru. Cukuplah empat
tahun aku praktikkan apa yang aku belajar. Sekarang dah sampai masa aku belajar
benda baru di taman baru pulak. Again, kali ini aku tetap pilih untuk mencari pengalaman
berbanding duit walaupun sememangnya gaji yang diterima di tempat baru ni lebih
tinggi. Sesuai la dengan stress yang ditanggung berbanding tempat lama.
Background aku bukannya education tapi aku pilih untuk mengajar. Jadi, nak tak
nak aku kena belajar untuk mengajar. Bukan mudah. Tapi keseronokan tu tetap
ada. Bagi aku, tempat kerja baru ni adalah my next playground. So I just play
around.
Kali ni komitmen dah sedikit bertambah sebab dah ada kereta
dan dah beli rumah. Walaupun duit masih bukan priority aku, tapi amat penting
untuk aku belajar urus kewangan sendiri. Ada kehendak yang menuntut perhatian.
Tabung kecemasan, tabung travel, tabung rumah kedua dan tabung Master mula
terbina. Hasrat hati nak sambung Master dan beli rumah kedua tak boleh
dipandang sepi. Hanya selepas empat tahun, baru hari ni aku memandang berat
soal duit. Tapi bukan atas tiket to create or generate more money tapi atas tiket
how to manage and protect whatever I have and whatever He gave me (Of course!).
Ada beberapa prinsip berkaitan kerja dan duit yang aku
pegang sampai ke hari ini. Dan dengan prinsip ini la aku tak merasa terbeban
dengan semua kerja dan tanggungjawab yang digalas. Pertama, kalau kita jaga
kualiti kerja kita, Allah akan jaga rezeki kita. Kedua, jangan dikira berapa
banyak imbuhan yang kita akan dapat, tapi fikirkan apa contribution kita kepada
masyarakat atas ilmu yang kita ada. Semakin banyak ilmu yang kita ada, semakin
berat tanggungjawab kita kepada masyarakat. Macam tu jugak semakin banyak duit
kita, semakin berat la tanggungjawab kita kepada masyarakat. Tak ada benda yang
percuma dalam dunia ni. Apa jugak yang kita ada hari ini, perlu ‘dibayar’
semula kepada orang-orang diluar sana. Mereka juga ada kredit di atas setiap
kejayaan dan kesenangan kita. Bukan ke hidup di dunia ini saling bergantungan?
Nota Kaki: Masih dahagakan ilmu dan pengalaman
No comments:
Post a Comment