Hi.
Assalamualaikum wbt.
Simpanan 6 Bulan Gaji
Ini penting terutamanya orang yang sangat random macam aku.
Hantar notis tanpa ada back up plan. Jika ada simpanan 6 bulan current salary,
InsyaAllah kita masih mampu bernafas sementara menunggu tawaran kerja yang
baru. Tapi perangai hantar notis berhenti kerja tanpa apa-apa plan tu, mohon
jangan tiru ye. Tak bagus untuk anda. Haha.
Optimumkan Penggunaan Payslip
Semua urusan pinjaman wang dengan bank memerlukan slip gaji.
Sementara ada, gunakanlah slip gaji anda seoptimum mungkin untuk beli kereta, rumah
dan apply credit card. Kita tak tau lepas berenti kerja, berapa lama kena
tunggu untuk slip gaji yang seterusnya.
Update Resume
Yang ni penting. Jangan pulak bila tiba peluang kerja baru,
resume kau masih level fresh graduate yang baru semalam konvo. Bakal majikan
tak suka orang yang slow dan tak up to date.
Simpan Iklan dan Sumber Carian Utama
Enam bulan sebelum berenti kerja aku memang dah update
resume kat JobStreet. So setiap kali si Lina tu email iklan jawatan kosong
based on my preference, aku terus save kat folder ‘Jobs’. Ini akan memudahkan
aku untuk review iklan di kemudian hari. Kat FB pulak, aku like siap-siap page
‘Kerja Kosong Shah Alam dan Subang’. Sebab memang aim nak cari kerja yang dekat
sikit dengan rumah.
Bina Networking
Bila mana aku dah buat keputusan untuk berhenti kerja, aku
merajinkan diri untuk mengenali orang yang di luar kepompong tempat kerja aku.
Belajar melihat dunia dari perspektif orang lain. Seronok sebenarnya bila
berkawan dengan orang yang berbeza latar belakang dengan kita ni. Karekter dan
pemikiran dorang kadang-kadang tu mampu memberi idea dan inspirasi.
Sambil-sambil tu, boleh la cari lubang kerja kosong. Hehe.
Kekalkan Prestasi Terbaik
Berhenti kerja di saat prestasi merundum, anda di kira
loser. Oleh itu, cuba elakkan. Sebelum berhenti make sure semua tugas dah diselesaikan
dengan baik. Ini penting supaya korang boleh bawa aura dan momentum yang bagus
ni ke tempat baru.
Berani
Mengambil keputusan untuk berhenti kerja atau tukar kerja
memerlukan keberanian dan kekuatan mental yang tinggi kerana kita terdedah
dengan pelbagai kemungkinan seperti gaji di tempat baru lebih rendah berbanding
tempat lama, tempat kerja baru lebih jauh dan meningkatkan kos perbelanjaan
bulanan, tempat baru kedekut bagi cuti, workload tempat baru lebih banyak dan
sebagainya. Senang cerita, tempat baru tak menjanjikan hidup anda lebih indah.
Oleh itu, berani ambil risiko adalah penentu sejauh mana tekad korang nak
berhenti kerja.
Doa dan Tawakal
Selepas semua usaha dilakukan, serahkan urusan seterusnya
kepada Allah kerana hanya Dia, sebaik-baik perancang. Jangan pernah gagal
memohon petunjukNya dalam setiap keputusan dan pilihan.
No comments:
Post a Comment