Assalamualaikum wbt.
Sejak dulu kerja ikut waktu pejabat memang menjadi idaman.
Konon-kononnya nak jadi manusia normal yang kerja Isnin – Jumaat, cuti Sabtu
Ahad. Kerja tak tentu masa termasuk public holiday ni dah macam alien aku rasa.
Dan lagi, konon-kononnya kalau kerja office hour boleh la spend more time untuk
family. Tapi bila dah dapat, semuanya tak la seindah mana. Haha
Cabaran 1: Traffic Jam
Aku seorang yang tersangat la tak sabar especially while
driving. Kereta depan slow, aku marah. Kereta belakang laju sangat pun aku
hangin jugak. Kalau kereta tak bergerak langsung lagi la aku bengang. Aku tak
suka traffic jam. Disebabkan itu, setiap hari aku akan gerak awal dan balik
lambat, semata-mata nak elak traffic jam.
Cabaran 2: Dehydrated
Biasanya aku spend time more than 12 hours kat tempat kerja
termasuk perjalanan pergi balik. Dalam tempoh tu aku sepatutnya dah kena
habiskan more than 1.5 L air, tapi malangnya kadang-kadang tu 600 ml pun tak
terhabis. Malas sungguh nak minum air. Ditambah dengan duduk dalam aircond,
maka lebih senang la nak dehydrated. Kalau dulu suffer dengan oily skin,
sekarang ni dah jadi dry skin pulak. Alaaahaii. Terpaksa la main try and error
dengan skin product. Mati la nakkk.
Cabaran 3: Rambut Rosak
Walaupun aku bukan jenis yang ke salon or spa bagai, tapi
aku sangat concern pasal rambut. Kalau tak, masa kan aku sanggup shampoo rambut
masa kat Laban Rata dulu. Sanggup serah diri kat air sejuk beku tu wehh. Haha.
Tapi memang most of the time pergi hiking ke, camping ke, saja-saja travel cari
pasal ke, aku memang akan pastikan rambut tu bershampoo. Tapi kali ni mungkin
sebab terlalu lama bertudung ketika kerja, maka datang la macam-macam masalah.
Rambut gugur la, kelemumur la. Penyelesaian mudah, potong rambut! Tapi belum
ada masa lagi nak ke salon. Huhu.
Cabaran 4: Weekend Blues
Aku memang tak suka lepak kat tempat yang crowded. Sejak
zaman sekolah lagi aku jenis yang tak lepak luar on weekend. Tengok wayang
ke, shopping ke, bowling ke memang akan pilih hari bekerja. Tapi kalau dah kena
kerja time bekerja, nak melepak cemana? Bila weekend je jadi restless semacam.
Nak melepak, semua tempat full house termasuk la atas jalan raya. Tapi bila dok
rumah tak buat apa, lagi la bosan gila. Setakat ni memang kena paksa diri
shopping on weekend, tapi keluar awal pagi la. Sebelum Zuhur dah sampai rumah
semula. Haha.
Cabaran 5: Urusan Tertangguh
Kalau dulu semua urusan bank, bayar bil atau any appointment
senang je nak set, sebab keje syif. Kalau appointment pagi, tukar keje syif
petang or the other way around. Tapi sekarang ni payah sikit. Nak tukar debit
kad hari tu pun kena tunggu lunch hour. Kena la bersabar tunggu turn sebab
ramai orang. Belum kira kena bersabar untuk urusan LHDN, KWSP dan lain-lain.
Nasib baik bil boleh bayar online. Kalau tak, haru hidup.
Cabaran 6: Sinusitis
Aku memang alah kalau kena aircond atau air sejuk di pagi
hari. Tapi sekarang ni tak ada pilihan. Pukul 5 lebih dah kena bangun siap-siap
pegi kerja. Keluar bilik air memang bersin tak henti la jawabnya. Ni pun tengah
try minum madu dan Vitamin C 250mg/daily (except for weekend). Kot-kot la boleh
elok sikit. Tapi setakat hari ni tak berapa nak berkesan sangat. Huwaa…
No comments:
Post a Comment