Sunday, February 6, 2011

Shah Alam-Alor Setar-Pendang-Taiping-Shah Alam [i]

Aku  tak tau nape dalam setahun dua ni abang aku suka sangat ajak aku gi jalan2 setiap kali cuti panjang. Macam cuti CNY yg lepas, dia plan nak gi Alorstaq. Nak jumpa kawan and melawat mak angkat dia, katanya. Ni satu perangai abang aku yg tak ada langsung kat aku. Dia memang suka kenalkan family kat sume kawan2 sahabat handai taulan segala bagai. So, kalo gi jalan2 mesti akan singgah rumah kawan2 dia. Perjalanan yg sepatutnya bermula seawal 3.30 pagi tertangguh kerana tuan driver (abang aku la...sape lagi) tak bangun2! Haha..da agak daa...dia memang selalu macam tuh. Poyo je nak bangun awal. Yg jadi mangsa co-pilot nih jugakk. Tak pasal2 aku yg dipaksa bangun awal ni melangut pagi2 buta tunggu driver bangun...huhu. At last kol 5 pagi gak ktorg gerak dari shah alam. Lebih kurang kol 6.45 pagi berenti sat kat R&R Tapah utk solat Subuh. Fuhh...ramai gila org! Alhamdulillah. Masih ramai lagi rakyat Malaysia yg sedar akan kewajiban yg satu tuh! Then berenti lagi kat R&R Sg. Perak utk breakfast pulak. Stay kat cni lama...sampai kol 10 pagi cam gitu coz tuan driver nak tido sebentar. Hah, yg co-pilot asal lak tak take over drive. Haha. Mestilah sebab co-pilot tak berani nak bawak kete manual di tengah2 lebuhraya yg semak dengan keta moto lori bas van trailer segala bagai! Then berenti lagi! Kali ni kat R&R Gurun lak. Utk lunch and solat. Part lunch tuh, tuan driver je makan. Yg lain tak lalu da nak makan. Nak cari katil tido je. Tak drive pon penat wooo.. Pas tuh baru straight to heaven Alorstaq. Tapi disebabkan abang aku tak confirmkan kedatangan dia dan rombongan, kawan dia tuh da merayap ke Kulim. Gi kenduri kawen katanya. Ermmm....so, ktorg jalan2 je la kat pusat Bandar Alorstaq. Destinasi pertama ialah Menara Alorstaq a.k.a Menara Kontot. Sebab apa kontot? Sebab menara tu lebih rendah dari KLCC! Hehee... Tak ada la. Masa masuk pusat bandar ktorg da nampak menara tuh. Kalo nak diikutkan memang la tak tau jalan nak gi menara tuh. Maen ikut je arah menara tuh. Sampai kat satu roundabout, suppose belok kiri tapi abang aku gi kanan. Terus tak nampak da menara tu. Bukan jauh pon sesat. Tapi da lost. Kalo KLCC mesti tak macam tuh kan...sebab KLCC tinggi. Tapi Menara Alorstaq ni ketot...tu sebab ktorg lost. Itu la ayat yg aku kasi kat abang aku. Sampai sudah aku panggil menara tu Menara Ketot! Jgn marah org2 Alorstaq no...!


Menara Alor Setar (AST) a.k.a Menara Ketot



Orang laen sibuk beratur, aku sebuk amek gambar (eh, beratur ke kalo cam gini caranya. Huru-hara je aku tengok!)



Snap dari dalam lif

Usha punya usha..zoom punya zoom tetap tak jumpa jugak umah cik zurina!ish..

Tengok, abang aku pon tolong cari. Tapi tak jumpa gak! Melepas nak makan kenduri. hehee

ketot..ketot pon replika dia je dah lebih tinggi dari aku!huhu


Toleh kiri..toleh kanan..Mana amphitheatre nyer...? Rupa2nya..
ini?!! Lorr..

Pekan Rabu ni sama je dengan Pasar Payang kat Terengganu. Not much different.


Sebelum gerak ke Pendang, sempat gak la pusing2 bandar Alorstaq and singgah City Plaza sambil makan eskem!




p/s:  Sori, gambar tak cun coz guna hp je.

No comments:

Post a Comment