Thursday, April 4, 2013

Melaka - Mencari Memori!

Assalamualaikum wbt.


Hey, edisi jalan-jalan lagi. Kali ni lepak Melaka pulak. Mencari memori bukan sebab ada yang hilang ingatan, cuma mengimbas balik cerita-cerita zaman matrik Melaka. Kebetulan dapat jemputan raja sehari dari member  matrik yang duduk Melaka, then  yang pergi pun geng matrik Melaka. OMG, semuanya Melaka!


Majlis Raikan Cinta Nazarah & Fadzli tu jatuh pada 30/03/2013 dan hari tu aku KM! Baru habis syif malam. Haha. [Memang dah jadi trend  keluar merayau after  syif malam nih!] Actually  yang pergi lima orang. Naik dua kereta. Ecah gerak solo dari Muar while  aku dengan Jian naik dengan CC and her officemate. Gerak dari Cheras lebih kurang pukul 10.30 tapi sesat nak cari jalan keluar ke PLUS highway!  Haila, berabad dok KL pun still  tak tau jalan lagi. Lepas tu, dah la lambat sempat lagi pergi breakfast  kat KFC Sg. Besi. Memang mengundang kebengangan Ecah la coz  pukul 11 lebih dia dah sampai Simpang Empat tapi kitorang dok melantak lagi kat KFC! Sorry, Ecah :(



Masuk highway,  jalan jammed!  Pheww, masak! Sambil-sambil melayan kesesakan jalan ditambah dengan doa yang tak putus-putus agar Ecah jumpa tempat hiburan kat sana sementara menanti kedatangan kitorang, sempat juga la mengimbau kembali cerita-cerita zaman matrik. Macam-macam cerita keluar. Mula dari cerita siling bilik terbang, main basikal, futsal, boling, main mercun, kucing mati, CC tangkap katak, performance  masa dinner  blok, birthday celebration,  makan-makan jalan-jalan sampai la ke sesi bergambar di hari-hari terakhir kat KMM termasuk juga meng'update' status diri dan adik-beradik yang lain.Tapi banyak juga yang dorang lupa. Sabar je la!


Dan jalan lebih smooth  lepas simpang ke Seremban. Seat belt  dah pakai awal-awal, so  aku dengan Jian pun tidur dengan nyenyaknya. Terlupa terus amaran CC di awal perjalanan,

"Siapa tidur, turun!"


Sampai Simpang Empat terus roger  Ecah dan kitorang gerak sekali cari rumah Naza. Nasib Ecah sempat cari hadiah. Nak harapkan kitorang, memang tak la! Masing-masing melenggang. Kad Naza pun tak bawa. Budget tau jalan je. Nasib baik ada Ecah. Thanks, Ecah!



Sampai rumah pengantin lebih kurang pukul 1.30 petang. Pengantin tengah makan beradab dan kitorang pun join sekali. Tapi tak makan beradab la. Makan menghadap sesama kitorang je.



 
 






:: Keluarga pengantin perempuan. Dah tak macam Melaka. More to Selangor. hehehe ::

  

 :: Sebahagian barang-barang hantaran ::
  


 :: Ketua-ketua rumah sukan! ::



 Habis makan kenduri, destinasi seterusnya Banda Hilir. Tapi Ecah tak join. Ada date  kat JB katanya. Selepas tidur, bangun, tidur, bangun, akhirnya sampai juga kat Banda Hilir!



 :: Melaka yang tak pernah berubah. Trademark! ::



 :: Sungai Melaka. Ala-ala Venice, bak kata Jian::






 :: My ubat batuk! No wonder sampai sekarang sakit tekak lagi ::










:: Misi mencari Hang Jebat yang masih belum tercapai ::




Tahniah dan selamat meraikan cinta untuk Naza & Fadzli!

Next, turn  Ecah pulak! Tak sabar nak say hello to Muar :)





No comments:

Post a Comment