Monday, June 3, 2013

Bonding Time. Hi, Muar!

 

Assalamualaikum wbt.

Seperti yang dijanjikan dalam entry  yang lepas untuk say hi to Muar,  Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak! First of all thanks to  Ummi la yang sanggup pick up  kitorang di merata-rata KL. LRT Bukit Jalil and HUKM,  uh!?

Cuma sekarang ni janji kat si pengantin untuk tulis entry  panjang-panjang dengan gambar banyak-banyak je belum tentu tercapai. Kalau tak puas hati, sorry  ek Ecah. I’m not a good writer.  Setakat nak mengarut ntahpape kat blog sendiri ni reti la. Haha.

Kalau diikutkan perjalanan KL-Muar tak la susah mana. Bukan sebab kampung salah seorang dari kitorang ni kat Muar. Ada yang pernah belajar kat Batu Pahat atau UTM menyebabkan kitorang familiar  dengan jalan ke sana pun bukan jugak. Tapi sebab, ada orang yang dengan relanya nak guide  kitorang ikut jalan dalam straight  sampai depan rumah Ecah la yang memudahkan perjalanan kami. Thanks Allah coz sent them for us. So  kredit to Naza and husband! Such a good tourist guide ever.  Sampai tak bukak langsung map dalam beg. Kalau bukak pun just  usha kad Ecah je.






“Eii, comelnya kad Ecah”  bak kata Jian. “Tapi aku tak dapat pun”  sambung Jian lagi.

“Aku pun!!!”  jerit Ummi pulak.

Hah, jawab Ecah. Jangan tak jawab. Haha.

Thanks  jugak (again)  kat Naza and husband  yang sabar tunggu kelewatan kitorang. Memang trend  budak KL selalu lambat, ek? Sorry! L

Dah tau lambat, sempat lagi kau breakfast  kat KFC Sg Besi, kan? Kan? Haha. Sorry again!


 



Then  perjalanan diteruskan. Sampai kat stesen Petronas Ayer Keroh, gerak sekali dengan Naza. Sampai rumah pengantin agak lambat la jugak. Dalam pukul 2 lebih. Kot. Pengantin pun tengah makan. So,  kitorang pun makan jugak la. Lapar kot. Hehee. Eh, scene  ni sama macam masa pergi wedding  Naza, kan? Haha.



:: Comel je letak kat depan pintu rumah ::



:: Ecah!!! Cantik gila kot! ::


 
 
 
 
 :: Sweetnye! ::
 
 
 
:: Candid! ::
 
 

 :: With prince & princess of the day! ::
 
 
 
:: Meriah hantaran dorang. Colourful! ::



:: Us! ::



:: Nah, dari kami untuk kamu! ::
 
 
 

:: Still tak cukup korum. Sabar je la ::
 
 
 
Lepas pergi wedding  Ecah, Naza ajak lepak air terjun Gunung Ledang. Alang-alang dah sampai, pergi je la. Walaupun ada yang kerja pagi esoknya! Ingatkan dekat tapi huh, boleh tahan jauh jugak la Muar-Sagil ni.





Sampai sana, macam sardin! Ramai gila orang. May be  sebab weekend  kot. Nasib la. Dah la selamba badak pakai baju kurung. Siap dengan handbag plus flat shoes  lagi! Sampai ada yang tegur;

“Ey, kenapa dia pakai baju kurung????”

Nasib bukan aku yang dengar. Kalau tak, nak je jawab;

“Ey, Malaysia negara demokrasi what!?  Sukati la!”



 :: Baju kurung. Handbag. Flat shoes. Euww, gegurl sangat! ::


 
 
 

Nak balik tu traffic  memang slow  ngalahkan siput berjalan. Dan sepanjang perjalanan aku dok dengar suara Jian tanya tak henti-henti,

“WHY? WHY?”

Errmm, ntah la Jian. Tak tau. Yang aku taw, ngantuk nak tido. ZZZZzzz.

Sorry, i’m a bad co-pilot, uh?!

Oppss kitorang sempat jugak berenti kat hentian Ayer Keroh untuk Maghrib and dinner. Thanks to  mak Ecah coz  bekalkan makanan. Macam tau-tau je kitorang akan stuck  dalam jammed  dengan crowd  yang macam apa je. Huhu.

 :: Umpama gelandangan dengan bekal makan di tepi highway. Sadis! ::
 
 
 
Balik tu terus hantar Jian balik Damansara. Iye la dah lambat sangat kot. Pak cik train  pun dah nak balik tidur. Straight  ke Damansara tu tak ada masalah coz  Jian yang drive  sendiri. Tapi part  dari rumah Jian nak balik Cheras, memang masalah. Siap roger  kakak Jian lagi nak confirmkan jalan. Dalam ada orang guide  tu boleh lagi terbabas masuk jalan sehala. Nasib baik sempat buat u-turn  mengejut. Kalau tak, ke emergency  PPUM la gamaknya. Terasa famous  la kejap kot diusha oleh para drivers and riders  yang tengah berenti kat traffic light  sebelah. Mesti dorang curious  nak tau kaki mabuk mana la gila pergi masuk lorong one way  malam-malam buta tuh! Huhu.
 



Saja include  klip video MCR ni sekali coz on the way  hantar Jian tu dengar lagu ni kat radio. Wey MCR ni famous  gila kot time  matrik! So  sesuai la dengan mood kematrikkan kitorang.

Sampai entry  ni ditaip, teringat lagi kat soalan Jian;

“Wey, apsal ko ingat banyak sangat pasal matrik nih?”

Time  tu jawapannya;
Ntah!

Tapi sekarang, aku rasa may be  sebab banyak gila the best moment ever  aku share  dengan korang sepanjang kat matrik kot.

Macam mana tak ingat, kalau cara korang tido pun aku tak pernah lupa satu per satu!

Kah.kah.kah.

Dan disebabkan sentiasa ingat dan tak pernah lupa la aku nak buat pengumuman yang sangat PENTING nih!

KEPADA SESIAPA YANG PERNAH TERJUMPA ATAU MEMPUNYAI MAKLUMAT TENTANG ORANG DALAM GAMBAR DI BAWAH INI, SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 012-242**** ATAU MELALUI EMAIL YANG TERTERA DI SIDEBAR ATAU TINGGALKAN KOMEN/MSG DI FB SAYA. SENANG CERITA, KORANG GUNAKANLAH MEDIUM APA PUN UNTUK SALURKAN INFO PASAL BUDAK SORANG NIH!!!

 
Nick name: Anne
Asal: Melaka
Jantina: Perempuan (abvious kot!)
 
Maklumat terakhir diketahui;

Belajar kat Uitm Shah Alam. Kot.
Course, accounting. Kot.
Dah kahwin sebulan dua yang lepas. Kot. (sampai hati tak jemput!)

Maaf kalau maklumat ini tak membantu sangat.

 

p/s: Ecah, cukup panjang tak entry  nih???

No comments:

Post a Comment