Tuesday, December 2, 2014

Syarat Kemasukan Program Ijazah SarjanaMuda Sains Perubatan Kecemasan

Assalamualaikum wbt.

Sehingga hari ini masih ramai yang bertanya tentang syarat kemasukkan bagi program Sains Perubatan Kecemasan. So entry kali ni saya lampirkan syarat-syarat kemasukkan bagi sesiapa yang berminat. Harap membantu.



*SYARAT AM UNIVERSITI


Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM;

dan

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).




*Info telah diubahsuai dari portal Kementerian Pelajaran memandangkan program ini hanya terbuka kepada Penolong Pegawai Perubatan dalam perkhidmatan.



*SYARAT KHAS PROGRAM



KEMASUKAN TERUS KE TAHUN 2


Memiliki kelulusan Diploma Pembantu Perubatan atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf oleh Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

dan

Berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia (LPP);

dan

Memiliki Sijil Amalan Tahunan semasa daripada Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia;

dan

Mempunyai pengalaman klinikal lebih dari 3 tahun dan telah disahkan dalam jawatan;

dan

Lulus temuduga yang ditetapkan


*Info dari portal UKM bertarikh 1 Disember 2014





Kepada bakal pemohon, anda perlu memenuhi semua SYARAT AM UNIVERSITI dan SYARAT KHAS PROGRAM.

Untuk makluman, saya hanyalah bekas pelajar untuk program Emed dan tak terlibat dengan pengambilan pelajar ataupun P&P. Jika ada pertanyaan saya akan cuba jawab seadanya. Info lanjut, tanya la UKM.


Semoga berjaya!



Friday, November 7, 2014

Stressnya Kerja. Cuti atau Bercuti?


Assalamualaikum wbt.

Mempunyai kata dasar yang sama, cuti. Dengan kaedah yang sedikit berbeza namun jelas memberi kesan yang serupa.



1. Cuti

Memang dipraktis sejak di bangku sekolah lagi.
Teringat kisah dulu, 
Subjek yang paling tak diminati adalah Pendidikan Seni. 
Sebab aku memang kayu dalam bab seni meni ni. 
Di sekolah aku adalah pelajar yg biasa-biasa saja untuk Pendidikan Seni.

Satu hari. 
Hari jumaat 
Aku nekad ponteng sekolah atas alasan tak siap kerja seni, 
walaupun berjaga malam sehingga ke pukul 3 pagi. 
Jadi kerana stress aku ambil cuti.

Berbeza dengan alam pekerjaan.
Aku stress sebab diberi cuti. 
Di saat aku memohon cuti di hujung bulan. 
Aku diberi cuti di awal bulan. 
Aku memohon cuti empat hari,
Diberinya aku cuti seminggu. 
Sudahnya setiap bulan ku pohon cuti seminggu
dengan lafaz, 'ikut hang la nk bg aku cuti ke apa'.

Sabar...bukan aku tidak bersyukur..
Meh baca lagi,,,

Agak sukar sebenarnya merancang cuti yang tidak dirancang ni. 
Kerana rata-rata rakan-rakanku cuti di hujung minggu. 
Manakala aku, tidak menentu. 
Dari elok merancang cuti menghabiskan duit menonton wayang bersama kawan, 
Aku putuskan untuk duduk di rumah nonton sinetron sambil buat duit.
Macam sekarang! :)

2. Bercuti

Siapa kata bercuti memerlukan perbelanjaan besar?
Dalam negara atau luar,
Kita yang tentukan.
Becuti gaya mewah atau backpacker,
Kita yang tentukan.
Hotel 5star atau hotel budget,
Kita jugak yang tentukan.

Nah, tunggu apa lagi.
Moh le kita bercuti.

Zaman sekarang
Melancong pun boleh buat duit, apa.
Melancong percuma pun ada!

Pilih je.

:)


Wednesday, October 8, 2014

Kereta Bukan Aset, Tapi Liabiliti

Assalamualaikum wbt.


Hari ni dah masuk tahun ketiga aku bekerja. Bermakna sudah dua tahun lebih juga aku diasak dengan pertanyaan "Bila nak beli kereta?" Bosan kot. Lagi-lagi kalau ada yang menambah, "Kalau ada kereta, at least ada juga harta". 

What? 
Kereta dianggap harta kalau dah bayar habis. Kalau tiap bulan masih bekejar ke bank, tu dipanggil hutang!

Aku sendiri musykil, adakah memiliki kereta tu menjadi perkara wajib bagi setiap individu yang bekerja? Kalau aku masih boleh datang kerja pada masanya tanpa komplen tentang pakir yang tak cukup, minyak naik 20 sen, jalan yang sentiasa jam, maka masihkah kereta menjadi keperluan?

Kalau kat rumah dah ada dua motor dua kereta, perlu ditambah lagi ke jumlah kereta tu?

Ramai tau beli kereta walau tak semua reti pandu kereta, tapi lagi ramai tak tau nilai sebuah kereta.

Kereta tetap kereta. Hanya menjadi beban hutang jika hanya digunakan untuk tujuan berulang-alik ke tempat kerja. Kecuali kalau digunakan untuk berniaga atau disewa.

Desakan dari orang sekeliling ni lah akan menyebabkan ramai golongan muda yang gagal merancang kewangan mereka. Beli kereta orang mengata. Tak ada kereta pun orang mengata. 
"Gaji 3K takkan pakai Axia kot!"
Elok-elok member tu beli kereta under budget, dah kena upgrade beli CRZ pulak. Sudahh!
Tapi confirm ke orang tak mengata lepas tuh?
Eh, mestilah tak. Puji lagi ada la kot!

Lepas tu mengeluh sendiri...minyak naik 20 sen!

Ni bukan entry katakan tak nak pada kereta. Tapi untuk fikirkan nilai sebuah kereta tu. Kalau setakat beli kereta untuk ulang-alik pergi tempat kerja yang ada ekses pengangkutan awam, tak payah la. Buat jam jalan je. Kesian kat orang yang tempat kerja dia tak ada ekses pengangkutan awam tu. Tak pasal-pasal keluar rumah pukul 6.30 pagi.

Moral of the story, kalau betul nak jadikan kereta tu sebagai harta, beli la kereta secara tunai atau buat duit dengan kereta.

Dan untuk aku, aku akan beli kereta bila aku boleh buat salah satu (atau dua-dua sekali) perkara di atas.

Harap menjawab soalan ye, mak cik-mak cik ku yang selalu sangat bertanya.

Gambar sekadar hiasan. hehe

 

Monday, October 6, 2014

Girls Talk: Penyelesaian Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum wbt.



Baru-baru ni datang pula masalah lain. Disebabkan compact powder aku dah habis dan kemalasan untuk pergi membeli-belah di Watson, aku tepekkan aje bedak baby Johnson & Johnson kat muka. Cukup seminggu, habis kering kulit muka aku. Ciss. 

Banyak benda aku buat untuk kasi kulit tu ok balik.

1. STOP taruk bedak baby kat muka! haha

2. Aku gantikan toner dengan beutifying oil dari The Body Shop sebelum apply moisturizer sebab orang kata toner tu boleh mengeringkan kulit. So aku tukar.

3. 'Puasa' skrub selama seminggu.

4. Apply beutifying oil tu tiap-tiap malam sebab dia tulis kat botol tu 'apply to dry skin or dry hair'. hehe


Tapi tak jalan jugak. Since memang dah lama aku memang mengidam nak try kolagen, so aku ambillah peluang ni untuk dapatkan kolagen yang Hanis Zalikha tu pakai. Ermmm, aku pun dah macam obses dah dengan dia ni. Padan la muka, siapa suruh follow IG dia, kan?

Try sehari dua memang tak rasa apa. Aku siap tambah dos lagi. Campur dua sudu Collagen Dust tu dalam air sebab geram sangat. haha. Tapi bila fikir-fikir, kang tak sampai sebulan aku dah kena beli lagi satu botol, so back to normal. Taruk satu sudu kecil sehari. Then tak sampai dua minggu dah ok sikit. Kesan mengelupas pun makin lama makin hilang. Lega. Sekarang dah kembali ke rutin biasa, pakai toner, pakai skrub. Ngee.

Kenapa aku pilih Toujours Collagen Dust ni?

1. Sebab dia larut air. Basically kita memang kena pilih supplement yang larut air pun sebab pengangkutan penting dalam badan kita pun memang air. Air digunakan untuk membawa keluar segala toksik dan bahan berlebihan dalam badan. So bahan larut air takkan jadi toksik dalam badan.

2. Sesuai untuk kegunaan luaran dan dalaman. Hah, ini sebagai langkah penjimatan. Lain kali kalau masker habis pulak, aku tepek je collagen dust ni kat muka.haha

3. Ianya TULEN. Sebab apa aku kata tulen. Okay kita tengok kat pasaran sekarang, bukan setakat ada minuman kolagen tapi kosmetik kolagen pun ada. Lipstik kolagen, bedak asas kolagen, etc. So memang ternyata kolagen ni untuk kegunaan luar dan dalam. Tapi sebelum terhasilnya produk-produk kolagen ni, mesti ada asas kolagen yang digunakan, kan? Lipstik + kolagen = lipstik kolagen. So 'that collagen' lah yang dikatakan sebagai tulen. Di mana boleh dicampur gaulkan untuk dijadikan produk. Dan Tourjous Collagen ni sememangnya mampu berbuat begitu. Ia boleh dicampur dengan air untuk dijadikan masker dan boleh dicampurkan dengan moisturizer (dan jadilah moisturizer collagen.hehe). Boleh dicampur dengan minuman jus untuk mendapat Collagen Vitamin C (especially campur dengan jus oren/ribena) atau nak kurus campur dengan jus epal hijau. So ternyata Toujours Collagen ni all-in-one.


:: Toujoursku yang sedang melarut dalam Ribena. hehe ::





Thursday, September 18, 2014

15 Pintu Masuk Syaitan

Assalamualaikum wbt.


Terdapat 15 pintu masuk yang menjadi laluan mudah syaitan untuk menggoda manusia. Laluan tersebut adalah:


1.  Kejahilan
     Diri tanpa ilmu atau tidak memiliki ilmu yang sewajarnya dipelajari seperti ilmu agama.

2.  Kemarahan
     Sebuah hadith oleh Bukhari daripada Abu Hurairah r.a menceritakan telah datang seorang lelaki    
     bertemu Rasulullah s.a.w dan berkata, "Wahai Rasulullah, berwasiatlah kepadaku". Berkata Rasulullah 
     kemudiannya, "Janganlah kamu marah". Dan Rasulullah s.a.w mengulanginya beberapa kali.  

3.  Mencintai dunia
     Bermegah-megah dengan kekayaan, harta dan anak-pinak tidak ubah seperti petani yang berbangga 
     dengan tanaman dan sayur-sayuran tanpa sedar suatu ketika nanti tanaman itu akan kering, layu dan mati.

4.  Berangan-angan
     Manusia yang suka berangan-angan tanpa usaha mencapai kejayaan dan peningkatan diri memudahkan
     syaitan menggoda supaya hidup bermalas-malasan dan tidak mahu berusaha.

5.  Tamak haloba
     Orang yang tamak, tidak cukup dengan apa yang ada dan ingin menjadikan milik orang sebagai milik 
     sendiri dengan mudah digoda melalukan sesuatu yang dimurkai Allah.

6.  Bakhil (Kedekut)
     Orang kedekut yang tidak mahu membayar zakat, tidak membantu orang yang memerlukan bantuan dan 
     bimbang akan jatuh miskin apabila bersedekah mudah digoda syaitan agar tidak membuat kebajikan.

7.  Takbur (Sombong), riak dan bangga diri
     Sifat ini sangat dimurkai Allah. Pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w bertanya kepada sekumpulan 
     sahabat, "Tahukah kamu orang gila yang sebenar-benarnya?" Para sahabat menjawab, "Tidak tahu ya  
     Rasulullah". Lalu Rasulullah s.a.w menjelaskan, "Orang gila ialah orang yang berjalan dengan takbur, 
     memandang rendah kepada orang lain, sombong, mengharapkan syurga sambil melakukan maksiat serta  
     kejahatannya membuatkan orang lain tidak aman manakala kebaikannya tidak pernah diharapkan. Itulah 
     orang gila yang sebenarnya".
     Hadis oleh Muslim dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w berkata, "Tidak akan masuk syurga barang siapa 
     yang dalam hati terdapat kesombongan walau sebesar zarah".

8.  Gemar mendapat pujian
     Ramai orang yang suka dengan pujian tanpa menyedari terlalu banyak pujian akan membuatkan 
     seseorang itu lupa diri. Sesungguhnya yang hanya dipuji ialah Allah dan bukan sesama manusia.

9.  Keluh kesah dan resah gelisah
     Kita diingatkan usah terlalu gembira apabila memperolehi satu-satu nikmat dan bersedih apabila 
     kehilangan nikmat itu.

10. Mengikut hawa nafsu
      Sesiapa yang terpedaya atau terlalu mengikut hawa nafsu, mereka akan terkeluar dari jalan yang 
      diredhai Allah. Mereka ini akan sesat dan mendapat azab yang berat di akhirat kelak.

11. Buruk sangka
      Sifat ini boleh menyebabkan perselisihan faham sehingga berpecah belah dan bermusuhan. Allah tidak
      suka tetapi syaitan menyukainya. Hadith dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w berkata, "Aku 
      peringatkan kamu daripada prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong.
      Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, keaiban dan keburukan saudaranya), janganlah
      merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, janganlah berhasad 
      dengki, janganlah saling membenci, janganlah membelakangkan (saudara seagamu). Dan jadilah kamu 
      hamba Allah yang bersaudara".

12. Memandang rendah orang lain
      Allah mengingatkan dalam surah al-Hujurat ayat 11 supaya janganlah merendah-rendahkan orang lain
      kerana mungkin orang yang mereka rendahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri
      dan usah memanggil dengan gelaran yang berupa ejekan.

13. Memandang remeh terhadap dosa-dosa
      Orang yang suka membangga diri akan memandang remeh dosa-dosa yang dilakukan dengan 
      menganggapnya seperti angin lalu. Hadith oleh Al-Bukhari, Rasulullah s.a.w berkata, "Orang yang jahat
      akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya dan mereka mengibaskan tangan
      untuk menghalaunya. Tetapi seorang mukmin melihat dosa-dosanya bagaikan duduk di bawah kaki
      gunung yang sedia menimpanya".
      Perkara ini jelas digambarkan melalui hadith oleh Ibnu Majah, Rasulullah s.a.w berkata, "Sesiapa yang
      melakukan satu dosa akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terhakislah
      titik hitam itu dari hatinya. Jika dia tidak bertaubat, titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh 
      hatinya menjadi hitam".

14. Berasa damai menerima azab Allah
      Tidak mengambil ikhtibar ke atas azab yang Allah turunkan ketika di dunia.

15. Berputus asa dari rahmat Allah
     

Wednesday, August 27, 2014

Malaysia bukan nama familyku....


Assalamualaikum wbt. 


Lagi beberapa hari Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-57. Ini bermakna dah beberapa hari jugaklah ibu membebel memandangkan Jalur Gemilang masih belum berkibar di halaman rumah. Ini situasi biasa kat rumah bila masuk bulan Ogos. Abang aku akan buat perangai buat-buat busy dia sampai tak sempat nak pacak bendera yang ambil masa tak sampai 10 minit manakala aku hanya jadi pemerhati bebas. Yeah, kita bertindak hanya bila perlu je, kan?hehe Sudahnya ibu yang keluarkan bendera dari almari, gantung pada batang kayu dan letak di luar rumah. Kini tinggal tunggu abang aku yang tolong ikatkan pada pagar di depan rumah. Ah ibu memang macam tu. Dah biasa dengan tahap kemalasan anak-anak dia. Selagi tak ada yang initiate memang satu kerja pun takkan bergerak.


Tapi sambutan kemerdekaan kali aku percaya ada sedikit berbeza. Harga kemerdekaan negara di usia 57 tahun ini begitu mahal sekali. Kehilangan MH370 dan MH17 tidak terhitung nilainya. Walau tiada ahli keluarga aku yang terlibat tapi berita kedua-duanya masih mampu mengusik tangkai hati. Kalau tak masakan aku boleh bantai menangis beriya-iya pada hari ke-3 kehilangan MH370  dilaporkan. Seingat aku, kali terakhir aku menangis kat atas sejadah masa tahun ke dua kat UKM. Itu pun sebab aku tak dapat jawab paper Pharmacology. Choii, nak fail baru ingat Tuhan! Dan untuk MH17 tak perlu tunggu berhari-hari, setiap kali berita tu keluar kat TV memang tak pernah gagal mengundang air di telaga mata. Hati pasti tersentuh setiap kali nama Malaysia diulang sebut. MALAYSIA Airlines. Rakyat Malaysia. Kerajaan Malaysia. Dibawa pulang ke Malaysia. (kalau aku pun, biarlah mati kat bumi mana tapi memang nak pulang ke Malaysia!). Dan semuanya MALAYSIA. Malaysia. Malaysia. Malaysia. Selama ni aku memang tak sedar yang aku sayangkan Malaysia sampailah negara diuji begini. 


Aku juga tak tau dari mana lahirnya perasaan patriotik ni. Takkan sebab masa SPM dulu aku selalu skor subjek Sejarah buat aku jadi sampai macam ni? Aku study pasal nak pass exam je kot.
Hakikatnya inilah hasil dari bebelan dan tingkah ibu. Dalam diam dia banyak mengajar kitorang sayangkan negara yang aku pun tak sedar selama ini. Hampir tiap-tiap tahun dia tak pernah gagal memaksa kitorang pasang bendera. Update segala macam program termasuk konsert ambang merdeka (yang famous sambutannya suatu ketika dulu). Yes, walaupun konsert memang bertentangan dengan konsep Islam (sebab tu dah tak ada sekarang ni. Alhamdulillah) tapi ibu lebih tau. Siapa artis jemputan konsert kat KLCC, Dataran Merdeka, dataran Maybank, dataran Shah Alam, semua dia tau. Mungkin ini je cara nak tarik minat anak dia untuk faham betapa pentingnya sambutan kemerdekaan negara. Malam pulak bagai dipaksa tengok TV untuk dengar laungan merdeka. Kang tepat 12 tengah malam dia dulu mengintai dari cermin tingkap untuk tengok bunga api. Haha. Tu lah Ibu aku. Excited betul. Time sekolah dulu, bulan-bulan ni je la homeworknya lain dari biasa. Colour bendera Malaysia untuk gantung kat kelas. Ibu suka la tengok aku buat homework macam ni. Aku??? Macam nak mampuih kena colour helaian bendera yang berjela-jela tu. Paling malas nak colour part warna biru tu. Nak ngelak dari terkena bintang 14 bucu tuuuuuuu, azab! Lagi-lagi kalau dikenakan syarat ‘sila guna water colour atau crayon’. Gilo apa!


Sekarang semua tu dah tak ada. Cuma bebelan dan ingatan ibu je yang masih sama. Tak kurang pun. So no wonder la walaupun Malaysia tu bukan nama family aku, tapi tetap istimewa. Sangat istimewa, di mata dan di hati. Semoga generasi hari ini (termasuk aku!) masih ada semangat untuk kibarkan Jalur Gemilang sebab sedikit demi sedikit rasa sayang itu pasti datang. Dan pada masa itu kita akan belajar memahami erti KEMERDEKAAN.




Aku Darah Anak Malaysia,
Sarah

Saturday, July 19, 2014

Replika Pandora Hanya di @pandorainspired4u


Assalamualaikum wbt.


Hah, korang pernah dengan tak pasal gelang Pandora ni? Alaaa gelang silver yang harga dia ribu riban tu. Gelang ni boleh dikatakan menjadi fenomena la jugak kebelakangan ni. Cuma aku je baru tau. Lol. Tapi sekarang golongan pertengahan macam kita-kita ni pun mampu pakai tanpa bergolok bergadai sebab korang boleh dapatkan replika gelang Pandora ni di @pandorainspired4u @pandorainspired4u @pandorainspired4u. 

Actually untuk replika ni terdapat dua jenis. First silver plated, second 925 sterling silver. Walaupun nilainya tidak sehavoc versi original, tapi masih boleh dianggap berbaloi untuk dimiliki. Paling penting boleh dipakai sebagai aksesori harian tanpa menarik perhatian peragut. Hehe.

Selain itu, terdapat juga charms yang direka mengikut versi original. Iye la kata pun diinspirasikan oleh Pandora, jadi haruslah ada perasaan kannn?

Soal harga korang tak payah risau sebab harga di @pandorainspired4u memang berpatutan dan mampu milik. Mereka juga menyediakan set gelang serendah RM 30.
Manakala untuk kanak-kanak pula serendah RM 25. 

@pandorainspired4u menyediakan gelang untuk pelbagai peringkat umur dengan saiz pergelangan tangan dari 14 cm sehingga 23 cm. Tak tau berapa ukur lilit pergelangan tangan korang? Jangan risau. Pergi cari tin alat jahitan mak korang ambil pita ukur kemudian ukur di tangan. hee...




Selain daripada snake bracelet, bangle juga terdapat di @pandorainspired4u. 




Antara basic set yang terdapat di @pandorainspired4u serendah RM 30. Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. 



Rainbow. Antara rekaan untuk kanak-kanak. Hanya RM  25.




Abadikan nama  pada gelang mengikut pilihan anda.




Terdapat pelbagai rekaan pilihan  ...




...  dengan warna-warna menarik  ...




...  hanya di @pandorainspired4u.

 
 
 
Untuk pilihan yang lebih menarik serta tempahan sila lawati Instagram @pandorainspired4u @pandorainspire4u @pandorainspired4u.


 

Wednesday, July 2, 2014

Photoshoot di Desa Cattle Dairy Farm Kundasang Sabah


Assalamualaikum wbt.


Previous entry:
Sabah: Percutian Penuh Emosi

Entry sebelum ni aku ada tulis pasal kitorang yang kononnya nak berphotoshoot, kan? So entry kali ni korang tengok la hasilnya. Semua gambar-gambar ni kitorang ambil kat Desa Cattle Dairy Farm a.k.a New Zealand, Malaysia. Tengok, macam mana la aku tak bangga jadi anak Malaysia, ladang lembu sama level dengan sebuah negara yang...perghhh cantik gila kot! Yeah, aku darah anak Malaysia!*tibatiba*

Tapi perangai anak-anak Malaysia ni memang selalu lambat. Lagi-lagi kawan-kawan aku. Lol. Lama sangat cari ayam nak buat barbecue. Sudahnya kitorang sampai sini lebih kurang 5.30 petang. Padahal tau dah tempat ni tutup pukul 5. Berbekalkan muka comel dan ayat manis sorang anak Malaysia ni dapat la kitorang masuk dengan harga yang cukup murah. Dah la lambat, mintak diskaun pulak. Haish, memang hanya di Malaysia betul! Siap janji lagi nak stay sampai pukul 6 je. Tapi kalau model-modelnya sampai berbelas orang, setengah jam tu di kira kejam. Haha. Perangai anak-anak Malaysia kannn.

Yang tak bestnya, semua yang menarik dah tak ada. Dah tak ada dah orang nak demonstrate cara-cara penghasilan susu dan produk tenusu. Jualan produk dia macam susu, dadih and so on pun dah nak habis. Lembu-lembu pun dah tak ada kat kandangnya. Sebab time-time ni la dorang dibebaskan ke padang untuk makan malam. Yang tinggal cuma suhu sejuk dengan cuaca redup yang memang superb! Memang boleh feel duduk kat New Zealand la! Bertukarrrrr. Aku darah anak New Zealand! *muntahijau*

So disebabkan lembu tak ada. Kitorang la jadi penggantinya. Terasa jakun sungguh bila sanggup panjat pagar macam percuri sebab nak ambil gambar dalam kandang lembu. Tapi nak buat macam mana, memang hanya di Malaysia. Orang New Zealand tak buat macam ni.
 
 
 :: Here we are!!! ::

 
 
 :: The lembus ::



:: Tengok lembu pun dah sejuk mata memandang. Tengok je. Jangan ambil bau. :: 
 
 
 
:: Bersama dengan orang yang bertanggungjawab mengheret aku ke Kinabalu ::


Aku yang dulu bukanlah kaki selfie. Tapi kerna terpaksa aku turutkan. Ececeh.



 :: Introducing; me, Kak Su, Dila, Ema, Ina, Zurina ::



:: Girls with a man. Ngee ::



:: Fullhouse!!! ::
 
 
:: Love this pictureeee. Eh, Ema. Mana Ema??? ::



:: Jejaka-jejaka kacak in action ::




:: Gadis-gadis jelita lagi ayu lagi comel lagi *bubuhcaptionsendiri* ::



Bosan bergambar di jalanan. Meh cari kelainan di ladang lembu. Jangan pijak tahi lembu haa!



:: Versi jejaka-jejaka kacak ::



:: Versi gadis-gadis jelita lagi comel......erk, spoil la yang tuuuuuuu! ::






Ambil gambar lompat-lompat terbang-terbang ni memang dah biasa dah. Sebab tu bila diminta buat aksi sebijik seperti di atas, masing-masing keras kejung je kat situ. Sudahnya jadilah pose ala-ala tugu negara cenggini.








:: Tak cukup korum, but still nice. Luv. ::




Di sebalik tabir:





Hah, lebih kurang gini la keadaan kitorang sepanjang sejam kat Cattle Farm ni. So korang mesti dah boleh spot our Mr. Photographer and Queen of 'selfieness', kan?
 
 
Presenting to you; our
 
Mr. Photographer : Uncle Boo,
yang setia dengan Dslr dia. Gambar yang cun melecun semua dari kamera dia!
Ratu selfie : Miss Dila,
handset dia memang penuh gambar kitorang dan... dia. Dah kata selfie, kan?
 
 
Sedikit info tentang Desa Cattle Dairy Farm ni, ladang ni beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang 24/7. Bayaran masuk ada empat kategori; dewasa RM 4, kanak-kanak RM 3, lokasi fotografi perkahwinan RM 100 dan lokasi pengambaran video/filem RM 2000. Aktiviti lain; boleh bagi anak lembu makan/minum, tengok proses pemerahan susu dan pemprosesan susu. Produk yang wajib korang beli kat sini adalah dadih dia. Sedap gila. Menyesal tak beli. Ngendeng kat orang je. hehee.
 
 

Tuesday, June 24, 2014

Sabah: Percutian Penuh Emosi


Assalamualaikum wbt.



 

Alhamdulillah, hujung bulan April lepas merasa lagi aku bercuti di Sabah. Percutian kali ni mempunyai misi, iaitu nak tawan Gunung Kinabalu [kononnya]. Banyak drama yang penuh tragik sepanjang percutian kali ni. Kalau setakat kena tinggal, toksah cerita la. Dari awal sampai ke penghabisan asyik kena tinggal je. Mula-mula jadi antara yang terakhir selamat sampai ke KKIA, lepas tu jadi yang terakhir juga sampai kat puncak Kinabalu and last but not least jadi yang terakhir sampai balik ke KL. Siap tertinggal flight, kau. Tu la, nak sangat capai misi. Padan muka! Tu tak termasuk dengan budget burst lagi. Trip naik Kinabalu kena postpone. Ceroboh masuk kandang lembu. Kaki sakit. Baju tak cukup. Nak mandi air tak ada. Makan tak cukup!  Suka sedih sakit perit semua ada. Sebab tu aku gambarkan percutian kali ni agak beremosi sikit.

 

:: Walau kena tinggal, tak pernah sunyi. Sebab dorang ada!!! ::



Sampai je kat KKIA, hari dah gelap. Lepas kenyang makan seafood kat tengah bandar kitorang terus gerak ke homestay yang terletak di Melangkap. Tak sure berapa jauh dari bandar sebab dah tentu-tentu la aku terbongkang sepanjang perjalanan, kan? Kalau diingat balik homestay kitorang tu, boleh nangis woo. Bukan sebab rumah tu kat ceruk kampung entah mana-mana. Tapi sebab pemandangan kat situ korang memang takkan jumpa kat seantero lain dunia. Mana nak jumpa rumah yang bila buka je pintu boleh nampak air sungai yang jernih dan sejuk gila. Lepas tu toleh kiri sikit korang dah boleh nampak puncak Gunung Kinabalu. Pergghh..sumpah best gila! Balik kampung sendiri pun tak jumpa pemandangan macam tu.

 
 
 :: Kalau dah setiap pagi dihidang dengan pemandangan cenggini, memang terinspirasi la kan?! ::



Tapi langit tak selalu cerah. Walau pemandangan cantik tapi tak ada air paip meraung jugak. Pagi-pagi dah kena merangkak tepi sungai ambil wuduk.Tak kira nak menjamban lagi. Waaa, sanggup tunggu pergi petrol pam kot. Dan pengalaman berendam bawah jambatan paling tak lupa. Iye la kawasan tu open kot. Takkan dah besar panjang nak mandi depan orang, kan? Nak cover line, mandi la bawah jambatan.

Sebagai pelengkap cerita, kitorang dibawa merayau-rayau di sekitar Ranau pada hari ke dua. Pada mulanya dijanjikan untuk buat day pack trekking kat Poring, aku pun selamba la sarung trek suit. Sekali bila nak keluar, bebudak lelaki ni tegur ; trek suit je? Kata nak photoshoot. Eh yang mana ni, trekking or photoshoot???  Lari balik naik atas tukar jeans. Ah jeans aku fleksibel gak. Jogging boleh, hiking boleh, photoshoot apatah lagi. Muahahaha. Sebenarnya ada sebab lain kenapa aku sanggup lari tukar seluar. Syhhh...hehe.

Tempat pertama kitorang pergi adalah tempat ikan kelah. Aku tak tau apa official name tempat ni. Yang aku tau ni tempat untuk berkubang dengan kelah. Masa dorang kata nak rendam kaki dengan ikan kelah. Aku dah excited gila! walaupun aku tak kenal pun ikan kelah tu macam mana. Lol. Boleh tak aku bayangkan kitorang bertenggek tepi kolam sambil rendam kaki macam kat shopping kompleks tu. Sekali tengok gambar ikan dia, mak oii! Besau nau. Mau hilang jari aku ni. Dorang ada pakej, sama ada nak hilang jari kaki sahaja atau telinga sekali. Ekeke. Maknanya, nak rendam kaki sahaja atau mandi dengan kelah. Uuuuu, tak sanggup I, uolls! Baru berdiri tepi sungai aku dah histeria. Haila, buat malu orang Shah Alam je. Tapi lama-lama ok sikit. Sempat juga suap ikan-ikan tu. Maklum la datang time lunch, mesti ada makan - makan, kan? Eh eh, siapa tetamu sekarang ni? Lol!



:: Hakikatnya kelah-kelah tu yang takut dengan I, uolls. See...see! ::
 
 
 
:: Alhamdulillah, semua jari cukup! ::
 
 
 
Next kitorang ke ladang Teh Sabah. Actually ladang ni bersebelahan dengan tempat ikan kelah tu je. Tak tau nak komen apa pasal tempat ni. Tapi pada siapa-siapa yang pernah ke Cameron Highland, tak rugi pun kalau korang tak ke sini.Huhu.





 
:: Sampai-sampai terus serbu kedai cenderamata. Perangaiiiii. ::
 


:: Kan dah kata tak boleh beat Cameron... ::
 
 
 Yang lain-lain will update later, ya!
 
 
 

Tuesday, May 13, 2014

Plantar Fasciitis Itu Menyakitkan


Assalamualaikum wbt. 

Siapa kata berjalan, jogging, turun naik tangga tu baik untuk kesihatan? Tanpa perancangan dan penggunaan kasut yang sesuai, pasti akan meninggalkan kesan yang buruk. 

Akibat terlalu taksub untuk menawan Gunung Kinabalu pada bulan lepas, aku jadi lupa untuk merancang sesi latihan yang betul. Latihan yang idealnya dilakukan 3 bulan lebih awal dipadatkan menjadi sebulan. Dalam sebulan itulah aku memanjat tangga apartment setinggi 15 tingkat di samping jogging [tu pun kadang-kadang ]. Bila tarikh berlepas makin dekat,  aku jadi cuak. Berbaki dua minggu tu aku push diri untuk lari dua pusingan Tasik Permaisuri [selama ni hanya buat satu pusingan larian]. Natijahnya, seminggu sebelum pendakian, aku dah menderita sakit tumit kaki. Dua-dua kaki tak boleh jejak lantai langsung! Jalan pun terjingkit-jingkit. 

Tapi hasrat menawan Kinabalu tak boleh dibiar tersia macam tu je. Nak tak nak kena gagahkan diri kaki juga. Sampai ada yang menegur cara aku berjalan. Tapi nak buat macam mana, benda ni payah nak explain. So sengih je la. Explain lebih -lebih kang, dia tak kasi aku daki lak. Tak pasal-pasal je. Baik diam.

Diam tak diam, dari sebelum mendaki sampailah dah mula kerja sakit tu tak reda jugak. Sampaikan pernah satu malam, tidur berendam air mata menahan sakit. Pain score 10/10 woo. Itu la yang memaksa aku gunakan pak cik Google untuk mencari punca. Hasil carian, nah amek kau - Plantar Fasciitis.




Antara keadaan yang paling biasa pada sakit tumit adalah keadaan yang dikenali sebagai Plantar Fascitis. Keadaan ini berlaku kerana kecederaan mikro dan keradangan pada tisu tapak kaki. Keradangan tisu menyebabkan sakit, bengkak dan lebam.

Fascia / tisu pada tapak kaki terdiri daripada jalur berserabut tisu tebal di bahagian tapak kaki. Ia melapisi dari tumit ke pangkal jari kaki. Ia juga bertindak seperti getah untuk mewujudkan ketegangan dan mengekalkan bentuk kaki.

Siapakah lebih cenderung mendapat sakit tapak kaki?

Adalah dianggarkan sekitar 1 daripada 10 orang akan mendapat sakit tapak kaki di Amerika Syarikat dalam kehidupan mereka. Ia adalah dua kali ganda lebih biasa di kalangan wanita berbanding lelaki. Atlet juga lebih cenderung mendapat sakit tapak kaki. Selalunya melibatkan lingkungan orang yang berusia antara 40 hingga 60 tahun.

Sentap nyah baca statement kat atas tu. Ermmm, tua sangat dah aku ni gamaknya.

Daripada apa yang aku baca, kebanyakkan cadangan rawatan bersifat konservatif unless kalau berpanjangan, teruk sehingga mengganggu rutin harian. Buat masa ni aku cuma gunakan ais untuk kurangkan rasa sakit tu. Kalau boleh memang tak nak bergantung pada ubat tahan sakit.

Sakit ni lebih teruk pada waktu pagi, waktu bangun tidur sebab masa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi rehat, otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan. Tu sebab la sekarang ni aku lebih suka kerja syif petang. Banyangkanlah, dari aku bangun pukul 6.30 pagi, pukul 10 baru aku boleh berjalan macam manusia normal yang lain. Kalau tak, memang jalan gaya OKU la jawabnya.

Jangan dilupa, sakit ni ada komplikasi jugak. Mengabaikan sakit tapak kaki boleh menyebabkan sakit menjadi kronik dan memberi kesan pada kehidupan harian seseorang. Anda juga boleh mendapat masalah pada kaki, lutut, pinggul atau belakang kerana sakit tapak kaki menbawa kepada perubahan cara berjalan anda.

Apa-apa pun sakit ni bukan kritikal. So jangan pandai-pandai datang kecemasan sebab Plantar Fasciitis!
 hehe..