Tuesday, October 27, 2015

3 Tabungan Penting Orang Muda

Bismillahirrahmanirrahim


*edited*


#1 Simpanan




Jumlah simpanan yang paling ideal adalah bersamaan 6 bulan gaji. Ini akan menjadi sumber kewangan penting untuk menampung kehidupan sekiranya berlaku apa-apa pada kerjaya di masa hadapan kelak seperti diberhentikan kerja atau yang sewaktu dengannya. Tapi kalau boleh simpan lebih banyak, lagi bagus. Pada yang bergaji lumayan, mungkin korang boleh membuat target seperti RM 10k setahun sebagai simpanan (contoh je). Tempat terbaik untuk menabung untuk simpanan haruslah pada akaun yang ‘senang masuk, susah keluar’ seperti Tabung Haji. Once dah cukup 6 bulan gaji dalam akaun TH tu, korang boleh la buat-buat lupa. Biar duit dalam akaun tu beranak sendiri.

#2  Kecemasan dan Perlindungan



Tabung kedua penting adalah Tabung Kecemasan. Kecemasan ni selalunya orang akan merujuk kepada masalah kesihatan. Tapi sebenarnya boleh juga digunakan untuk merujuk kepada dugaan yang menimpa diri atau keluarga secara tiba-tiba (berlapik gila ayat!) seperti kebakaran rumah atau kereta breakdown (Nauzubillah. Minta dijauhkan). Paling mudah nak menabung tanpa fikir banyak adalah melalui insurans. Korang bayar je tiap-tiap bulan. Then kalau sakit, pergi hospital tunjuk medical card korang tu. Settle.

Sebaiknya gunakan 10-15% gaji untuk tabungan #2 ini. Separuh guna untuk skim Takaful dan sebahagian lagi dalam bentuk tunai. Insurans sekarang ni pun ada banyak jenis. Bukan setakat ada medical card je, ada juga untuk simpanan masa hadapan. Pandai-pandai la korang pilih pakej yang sesuai dengan kewangan dan gaya hidup korang. Ideally RM100 untuk perlindungan Takaful (termasuk medical card), bakinya simpan untuk kecemasan lain-lain.

Yang penting kena ada komitmen dan disiplin diri yang kuat. Jangan sampai tiap-tiap bulan ada je ‘kecemasan’ yang lari dari konteks  asal, sudah! Benda yang tak cemas pun jadi cemas. kuikui

#3 Leisure





Tabung nombor 3 ni penting sebab dunia telah membuktikan bahawa golongan muda ni memang suka berhibur especially bagi yang belum berkeluarga. Tabung ini juga penting bagi mengelakkan kebocoran pada tabung #1 Simpanan dan #2 Kecemasan dan Perlindungan terutama ketika promo Air Asia. kuikui. 

Tabung ni boleh dibina mengikut cara hidup dan kekreatifan korang. Actually boleh je allocate 5-10% dari gaji untuk tujuan hiburan. Tapi aku lebih suka cara santai. Setiap kali berbelanja, not RM5 dan duit syiling aku akan masukkan ke dalam tabung #3 ni. Kalau tak nak simpan not RM5, nak simpan not RM1 ke RM10 pun boleh. Dan kutipan akhirnya akan menentukan ke mana destinasi percutian korang. Sama ada dalam negara atau luar negara. Tapi zaman sekarang ni ,nak ke luar negara pun tak susah mana. Sebab 'Everyone Can Fly', what!? hehe.

Tuesday, October 20, 2015

3 Hari 2 Malam di Penang

Bismillahirrahmanirrahim

Selama 27 tahun hidup Penang adalah satu-satunya negeri kat Semenanjung yang belum pernah dijejaki. Orang kata Penang sangat sesuai untuk food hunter. Tapi alasan utama aku pulak, untuk menjejaki Escape Penang. hehe.

Hampir sebulan jugak la study dengan pak cik Google pasal Penang. Yang aku tau pasal Penang ialah pemandu-pemandu kat sana bawak kereta macam langsi. ekeke. So memang tak ada hari la aku nak drive, kan? Nasib baik tarikh yang nak pergi tu ada promo Air Asia. Dapat la naik flight dengan tiket murah. Terima kasih, AA! Total kerugian dengan AA RM 78 return.

Actually kitorang cuti berempat. Dua fly dari Kota Bharu, sorang dari Sg Petani. Sampai Penang kitorang sewa Kenari RM 200 untuk dua hari. Memandangkan ini kali pertama ke Penang, jadi segalanya telah ditempah sebelum penerbangan. Bukan ke sekarang ni dunia di hujung jari? So kita klik klik je. Settle.

Tour kitorang bemula dari; Batu Ferringhi - Teluk Bahang (Escape) - Georgetown (Street art and food hunting).

Batu Ferringhi

Kat Batu Ferringhi ni kitorang duduk kat hotel budget je, My Budget Home. Berdepan dengan night market Batu Ferringhi, jalan kaki je dah sampai. Petang tu kitorang sampai agak lewat, jam 5 petang. Plan asal nak jalan-jalan kat pantai tapi disebabkan masing-masing dah kepenatan, jadi plan tu dibatalkan. Lagi pun.... alaa pantai je kan? Mana-mana pantai pun sama jugakkkk *ayat sedapkan hati*. Lepas maghrib baru kitorang keluar cari makan. Hasil carian, ada yang suggest makan seafood di Bayu Senja. Kira-kira 400m dari tempat penginapan. Alang-alang nak ke Bayu Senja tu kitorang jalan-jalan cuci mata kat pasar malam dulu. Orang kata harga kat situ mahal. Kalau nak, kena pandai tawar. Pada aku sama je. Kalau perlu, beli. kalau tak, tak payah. Tapi aku sempat jugak beli t-shirt sehelai. hehe.

Honestly makan kat Bayu Senja tu biasa-biasa je. Sedap lagi tom yam kat KL. So personally aku tak recommand sangat tempat ni untuk mereka-mereka yang food hunter tu. Takut kecewa. Kitorang tak apa la. Makan sekadar untuk kenyang je. ekeke.

Total loss:

RM 140/night untuk 4 orang 
RM 78.00++ dinner untuk 4 orang
RM 10 cuci kereta, kongsi 4 orang. haha
RM 15 t-shirt kat night market

Escape, Teluk Bahang

Esok paginya lebih kurang pukul 8 kitorang check out dan terus gerak ke Teluk Bahang, Jarak dari hotel ke Escape hanya 900 meter je. Kitorang sengaja gerak awal sebab nak cari tempat breakfast. Lagi satu, takut sesat. hehe. Untuk makluman, Escape beroperasi bermula 9 pagi ye. Jadi kitorang patah balik ke pekan untuk breakfast. Tak jauh pun, 300 meter dari Escape. Memandagkan kat Escape tu tak boleh bawa makanan luar dengan makanan kat dalam tu dah tentu-tentu mahal, makanya kitorang terus brunch sekali. Untuk aku, dua bungkus nasi lemak manakala yang lain-lain sebungkus nasi lemak dan sepinggan roti canai. Bila time nak bayar, abang cashier tu senyum je. haha. Memang patut pun. Tengok badan, semua stok saiz S saiz M. Tapi makan? Giant punya portion.

Tiket Escape aku beli online, lagi murah. Dia macam beli tiket flight jugak. Lagi awal tempah, lagi murah. Harga asal RM 68. Tapi untuk masuk bukan setakat tiket je. Kena bayar deposit untuk bracelet jugak sebab membeli-belah kat dalam tu tidak menggunakan tunai. Semua perlu menggunakan bracelet tu. Macam kad Touch 'n' Go la. Deposit bracelet RM 10 akan dikembalikan semula (itu pun kalau gelang ko tak hilang!). Jadi walaupun kitorang dah ada tiket, still kena bayar RM 10 + RM30 (isian unuk membeli makanan/mimuman/keperluan lain kat dalamsebelum masuk. Oh ye, isian tu up to korang la nak berapa. Tapi RM 30 tu minimum rasanya. Ada baki dorang akan pulang balik. So tak payah risau.


:: Muka tak sabar nak explore Escape ::


:: First game, dah rasa tercabar- Aerobat. Eeee tak suka game ni! ::


:: Sabar menunggu giliran ::


:: Kite Flyer- my favourite game ever! ::


:: Tak cukup tinggi nih.. ::


:: E-Maze - paling tak mencabar. Tapi okay laaaa ::


:: Kalau kat Shah Alam memang tak ada peluang nak jadi tarzan macam ni. So, kita repeat 2 kali ok! ::


:: Gigih gila tarik pelampung yang berat tuh. Dah la berat, jauh lak tuh! ::




Kitorang spend setengah hari kat sini. Barang-barang simpan kat loker, harga RM 8. Satu loker kongsi 4 orang. Boleh buka tutup bila-bila masa. Tak ada limit. Bekalan kitorang hanya air mineral 1.5L seorang. Kos, RM 4/bottle.


Georgetown

Keluar dari Escape hampir 3 petang. Memang tak boleh lewat dari tu sebab dah janji nak hantar Yana ke stesen bas. Lepas je hantar Yana, terus check in kat Malabar Inn. Yang ni pun book online jugak. Dan ini hotel budget jugak. Kos kerugian untuk penginapan di town, RM 142/night. Penat memang penat sebab dah seharian jadi tarzan kat Escape tu. Tapi perut yang dah sedia berbunyi, tak boleh diabaikan. Lepas mandi tukar baju semua terus Google next pit stop. Malabar Inn yang terletak di Jalan Cintra ni bagi aku sangat strategik sebab berdekatan dengan recommanded restaurant, memang area street art dan senang dapat public transport. Bayangkan la dengan hanya jalan kaki lebih kurang 10-15 minit korang dah boleh sampai kat Line Clear Nasi Kandar (Jalan Penang), Sup Hameed Nasi Kandar (Jalan Penang), Hameediyah Tandoori House (Lebuh Campbell), Restoran Kassim Mustafa (Lebuh Chulia) dan Restoran Kayu (Jalan Penang). Eh, pasai pa suma nasi kandaq je ni?? haha. Memang dari turun flight lagi memang dah aim nak makan nasi kandar Penang. Tu yang habis review semua restoran nasi kandar. hehe.

Dan petang tu kitorang pilih untuk makan kat Hameediyah Tandoori House. Makanan dia sedap dan portion dia besar. Sesuai la dengan aku yang banyak makan ni. Ada air-conditioner, so memang selesa la. Cuma staff dia tak berapa friendly. Agak blur jugak masa nak order tu sebab tak ada orang yang attend. Nasib tak serbu dapur senduk nasi sendiri. Dah la tengah kelaparan, boleh lak pelayan dia buat dekk je. Ceit!

:: Hameediyah Tandoori House - wefie dulu sebelum makan. Padahal dah lapar giler! ::


Dah selesai makan, kitorang balik hotel kejap ambil map. Misi seterusnya adalah street art hunting. Orang kata acara ni memang wajib buat bila dah sampai Penang. So, map sangat-sangat la membantu. Dan kitorang pun baru tau yang selain street art, marking Georgetown pun ada jugak. Kalau street art tu lukisan mural pada dinding, Marking Georgetown ni pulak macam ilustrasi komik daripada wrought-iron. Kalau street art ada 18 gambar, Marking Georgetown pulak ada 52. Memang macam nak gila jugak la baca peta. Habis lunyai peta tu ditunggang terbalikkan. haha.



:: Gigih menilik peta yang separuh lunyai ::










Malam tu selepas maghrib kitorang get ready nak pulangkan Kenari tu kat owner. Janji jumpa kat USM. Nasib baik Fida tak busy malam tu. Jadi, dia and husband la hantar kitorang balik hotel malam tu. Bukan setakat hantar balik je tau. Siap belanja dinner dan bawa kitorang jalan-jalan town lagi. Tapi tak pergi jauh pun. Lepak-lepak area Padang Kota je.


Padang Kota

Dinner malam tu kitorang makan di Hammer Bay. Tak makan sangat pun sebab masing-masing masih kenyang lepas makan nasi Kandar dekat town. Anyway, thanks Fida sebab belanja kitorang makan kerang rebus malam tu! Makanan kat situ ok la jugak kalau nak dibandingkan dengan Bayu Senja. kuikui. Siap ada live band lagi. Yang tak syoknya, kalau nak borak kena jerit sikit (walau makan satu meja) sebab muzik kuat sangat. hehe.


:: Pilih meja jauh sikit dari live band. Bukan sebab nak feel angin laut, tapi sebab nak menyembang  ::


Habis  makan, kitorang lepak kat area Padang Kota. Fida kata sini memang port lepak orang ramai especially malam minggu. Kat sini pun ada buskers buat persembahan, macam kat Bukit Bintang. Gerai jualan pun banyak kat sepanjang jalan. Tapi tak lepak lama pun kat sini sebab masing-masing dah penat dan mengantuk. ZZzzzz.







Bukit Bendera






You've never been to Penang unless you've been to Penang Hill. Maka dengan itu pagi esoknya kitorang pun bersiap untuk ke Bukit Bendera. Aktiviti hari ni sepenuhnya menggunakan public transport. Untuk ke Bukit Bendera kitorang ambil bas Rapid 204 dari bus stop Jalan Penang ke kaki bukit. Perjalanan mengambil masa sejam setengah. Ingat, sampai-sampai nak breakfast dulu. Tapi malangnya satu gerai makan pun tak ada kat stesen Bukit Bendera tu. Nak tak nak kitorang terus ke kaunter tiket untuk menaiki tren. Sampai je kat kaunter; Tiket dewasa RM10 seorang. UH? "Kak, bukan kat browser tulis 8 hengget?". "Oh, baru je naik 10 hengget awal tahun ri tu". Kfine. Hari ni kita puasa breakfast.


Naik tren tu tak lama mana pun. Tak sampai 5 minit. Frankly speaking aku lagi suka kalau naik cable car berbanding tren. Sebabnya, aku tak merasa lagi naik cable car. Hwuaaa...

Seperti biasa, bila datang ke tempat baru perkara pertama yang perlu dibuat adalah kaji peta! Actually kat Bukit Bendera ni terdapat perkhidmatan budgy. Harganya RM 30 sekali round. Memandangkan kitorang ni dalam slot percutian super duper budget, jadi haruslah menafikan perkhidmatan yang berbayar ni. Sudahnya kitorang pilih untuk berjalan kaki je. Penat, memang penat. Dah la panas, lapar lagi. Tapi tetap digagahi jua. Menurut salah seorang pemandu budgy kat situ, jauh perjalanan mengelilingi Bukit Bendera adalah 2 km. Setakat 2 km tu kiranya tak ada la jauh sangat. Sebab tu la kitorang tak teragak-agak untuk berjalan je. Kat situ terdapat jugak laluan khas untuk mereka-mereka yang ingin merasai keindahan alam. Walaupun keliling hanya hutan, tapi laluan ni bersemen, bukan tanah merah ke apa. So jangan takut. Korang jugak akan jumpa beberapa rumah hasil tinggalan Inggeris. Tapi rumah-rumah kat sini berpenghuni. Cuma mampu tengok dari luar je la. Ada beberapa check point yang membolehkan korang melihat kawasan Penang secara keseluruhannya.



:: Love Lock Penang Hill. Ada lagi ke? ::






:: Konon datang sini nak berjimat. Sekali, bantai makan eskrem 8 hengget. Jimat sangattt! ::



Georgetown

Memandangkan misi kitorang kat Penang hampir tercapai, jadi masa yang masih berbaki ni digunakan untuk merayau-rayau di sekitar town. Kat Penang korang ada beberapa pilihan sama ada pusing town dengan berjalan kaki, sewa basikal, sewa motor atau menggunakan khidmat CAT. CAT bukan kucing tapi free shuttle untuk ke beberapa kawasan tumpuan. I wish KL/Shah Alam pun akan ada their own KUCING cenggini.

Untuk late lunch hari tu, kitorang pilih restoran Kassim Mustaffa. Sebenarnya aku tak makan pun. Didi dengan Nani je yang makan. Aku? Tak ada selera. Dorang kata makanan situ biasa-biasa je. Tapi harga dia, luar biasa. Mahal. Okey, malas nak review banyak-banyak. Faham-faham sendiri je la. haha

Habis makan, kitorang sambung balik aktiviti street art hunting yang tergendala semalam. Masih lagi memilih untuk berjalan kaki. Bukan apa, aku rasa tersangat laaaaa tak selamat nak bawak basikal kat Penang ni. Banyak sangat kereta yang lalu lalang. Jalan pun tak besar mana. Kalau dah kiri kanan ada orang park kereta, tak ke makin sempit jalan kat situ. huhu.

















Malam tu kitorang dinner kat Sup Hameed. Didi je yang order sup. Aku order nasi kandar ayam madu, Perghh, sedap gila kot. Rasa macam nak tambah dua pinggan! Sorry tak ada ambil gambar kat sini sebab baru 3 suap, tiba-tiba hujannnn. Dushh. Rosak mood. Terus tak jadi order pinggan kedua. Kbai.


Monday, October 19, 2015

Bukit Puchong: Hiking Hujung Minggu

Bismillahirrahmanirrahim 

Selain daripada Bukit Putih, Bukit Saga, Bukit Gasing dan Broga, bukit Puchong juga antara tempat lepak yang sesuai di hujung minggu. Treknya tak susah mana. Lebih kurang macam bukit Gasing je. Sangat sesuai untuk spend masa dengan keluarga termasuk kanak-kanak dan boleh juga dijadikan sebagai training harian/mingguan, dengan syarat buat 5 pusingan la. Kalau seround je, memang tak rasa apa! hehe.



::Line up Bukit Puchong 0815 ::


Dah nama pun bukit Puchong, of course la terletak kat Puchong. Patutnya tak susah pun nak cari sebab terletak di kawasan belakang Setia Walk. Cuma aku je yang semendang fail baca peta. Ada waze pun ntah mana-mana dia bawa aku. kuikui. Dan kisahnya, lepas penat-penat hiking boleh le kita singgah Setia Walk buat cuci mata.

Kalau nak hiking sini time hujung minggu, make sure sampai kat kawasan parking sebelum 7 pagi sebab tempat ni merupakan kawasan perumahan. Parking sangat limited. Landmark lain untuk ke sini adalah pangsapuri Cempaka, Taman Wawasan.

Perjalanan dari kaki bukit ke puncak hanya mengambil masa kurang satu jam termasuk berhenti sekejap minum air dan ambil gambar. Memandang treknya yang sekejap, maka memang patut la korang buat 5 pusingan. ekeke.


:: Mungkin board belakang tu dah kena tukar kot. Hmmm ::















::Dah sampai puncak, yeay! ::


Kalau korang pernah dengar pasal Blue Lagoon, kat bukit Puchong ni ada laluan ke situ. Cuma kawasan tu dah diwartakan sebagai kawasan penyelidikan UPM dan dilarang keras untuk orang ramai pergi ke sana. Laluannya juga telah di tutup. Dengar cerita, denda RM 10 000 akan dikenakan jika tertangkap dengan renjer. Ikutkan hati macam nak jugak seludup masuk situ. Tapi pesan Dila; “Kang 5 bulan tak ada gaji....”. So, padamkan je la niat jahat tu.


:: Blue Lagoon. Hasil carian Google ::


Actually untuk turun semula ke kaki bukit, ada dua jalan. Sama ada patah balik ikut jalan daki ke puncak atau the other way around. Cuma kalau ikut jalan yang masa mendaki tu, tak jumpa la laluan ke Blue Lagoon.





:: Wefie dulu sebelum balik! ::

Friday, September 18, 2015

Sehari di Bromo

Bismillahirrahmanirrahim


Selain daripada Semeru, gunung Bromo juga merupakan antara yang menjadi daya tarikan di Surabaya. Kesempatan berada seminggu di sana membawa kami melawat beberapa tempat menarik yang berada di kawasan sekitar seperti Penanjakan 1, Dengklik, Laut Pasir Lepas, padang savannah dan Pasir Bersisik atau lebih dikenali sebagai Pasir Berbisik. Trip ini hanya mengambil masa satu hari sahaja.

Penanjakan Satu

Motif kitorang berada di sini adalah untuk melihat matahari terbit. Bergerak lebih kurang jam 3.30 pagi dari homestay, perjalanan mengambil masa kira-kira lebih 1 jam  dengan menaiki jip. Suhu time tu memang sejuk gila. Jangan lupa bawak gloves dengan muffler/mask. Boleh beku hidung wehh kalau tak tutup. Kalau nak beli kat sana pun boleh tapi better beli dari individu yang menjual di kawasan kedai atau pun stesen minyak (sehari awal) kerana lebih murah berbanding penjual di Panajakan tu sendiri.

Sampai di Penanjakan Satu lebih kurang jam 4.30 pagi waktu tempatan. Nasib baik tak ramai sangat orang yang menunggu. kalau tak, tak merasa la tengok sunrise dari sudut yang menarik. View kat sini serius cantik gila! Sanggup tak pakai gloves sebab nak bergambar. Tapi hidung wajib tutup la. ngee.



:: Bias mentari di Bromo ::



 :: Mohon abaikan apa yang cuba aku tunjuk. hehe ::























Dengklik

Salah satu tempat yang wajib korang pergi untuk sesi photoshoot sebab angle kat sini pun menarik jugak. Ini pun hasil cadangan pak supir kitorang. Dia macam tau-tau je kitorang ni kaki selfie. Dia juga la yang bertanggungjawab merakam gambar kitorang.




















Laut Pasir Lepas

Sebenarnya aku sendiri tak dapat nak bezakan antara Laut Pasir Lepas dengan Pasir Berbisik kerana kawasan sekitarnya lebih kurang sama. Nasib baik pak supir kitorang tu rajin bercerita. Kalau tak, sampai sudah kitorang tertipu. kuikui. Dari sini korang boleh nampak gunung Batok dan gunung Bidadari yang menjadi latar Laut Pasir Lepas. Tapi kalau ditunjukkan gambar, aku jugak tidak pasti yang mana Batok dan yang mana Bidadari. Muahahah. Sorry, lupa nak take notes.



 :: Adakah di belakang itu Batok? Atau Bidadari? Aku pun tak pasti. huhu ::








Gunung Bromo

Lepas penat berphotoshoot, barulah kitorang gerak ke tujuan asal iaitu gunung Bromo. Sesuai dengan statusnya sebagai destinasi pelancongan, so bila sampai sana memang ramai la umat manusia yang ada. Kitorang sampai di sini lebih kurang jam 7.30 pagi waktu tempatan. Cuaca dah mula cerah tapi sejuk masih terasa. Pak supir kitorang siap pesan lagi jangan stay lama-lama kat sini sebab ada tempat lain lagi nak pergi. So, kitorang decide pukul 9.30 kumpul semula di parking. Kat kawasan parking ni memang  tersedia tandas awam dan perseorangan yang menjual cenderamata. Perkhidmatan menunggang kuda juga ada seawal beberapa meter dari kawasan parking lagi dengan bayaran sekitar Rph 100 000 ke Rph 120 000 pergi dan balik. Kalau nak murah jangan naik dari kawasan parking, ambil betul-betul di kaki gunung. Aku, Zai dan Ummi memang awal-awal lagi dah berazam nak jalan. Tak nak naik kuda. Tapi yang lain-lain dorang naik kuda dengan bayaran Rph 80 000 pergi balik. Tips dia, jangan bayar dulu. Dah selamat turun nanti baru bayar.

Treknya yang terbuka sebenarnya agak membosankan aku. Kiri kanan hanya ada pasir gunung berapi. Letih dan mengantuk mula terasa. Tapi perjalanan perlu diteruskan. Kalau tak, rugi la datang ke sini jauh-jauh. Di pertengahan jalan kitorang terserempak dengan aunty-aunty dari Malaysia. k
Katanya mereka datang dengan rombongan dari Putrajaya. Fuhh, memang seronok la kalau dah dapat jumpa orang kampung kan? So kitorang ramai-ramai gerak sekali sampai ke puncak. Sempat jugak ambil gambar sama-sama dan bertukar no telefon.

 :: With the aunties from Putrajaya ::



:: Tangga-tangga menuju kejayaan ::






:: Dah paling maksimum mata tu ku buka ::












:: Orang bergopro, kittew pon nak bergopro jugak! #GoproPinjam ::



:: Gambaran sebenar perjalanan ke Mt. Bromo ::






Turun dari puncak kitorang sempat beli beberapa helai t-shirt dan fridge magnet sebagai kenangan. Kalau korang ke sana, better beli yang di kaki gunung berbanding di parking kerana harga lebih murah. Tengah best shopping, aunty-aunty yang kitorang jumpa kat atas tadi panggil ajak balik sama. Tak sangka pulak yang sebenarnya aunty-aunty tu dah tolong mengayat budak-budak motor kat situ untuk hantar kitorang semua ke tempat parking. Boleh tahan nakal jugak aunty-aunty ni! haha


:: Merempit di padang pasir ::



Savannah

Padang savannah atau padang Teletubbies ni tersangat la luas. Ini menjadi satu lagi gelanggang photoshoot kitorang. Patutlah pak supir tu tak kasi kitorang stay lama-lama di Bromo sebab cuaca dah mulai panas. Kalau lambat kitorang sampai sini, confirm tak larat dah nak photoshoot. Tapi walaupun panas, tak la seterik matahari Malaysia.





Pasir Bersisik (Pasir Berbisik)

Asal nama tempat ni adalah Pasir Bersisik. Tapi selepas keluar filem Pasir Berbisik lakonan Dian Sastrowardoyo, orang lebih mengenali tempat ni sebagai Pasir Berbisik. Sama seperti Laut Pasir Lepas, kawasan di sini hanyalah hamparan pasir gunung  yang tersangatlah luas. Kat sini kitorang semua dah tak larat nak bergambar. Semua dah kepenatan akibat tak cukup tidur. Mula-mula memang kitorang refuse nak bergambar bagai. Tapi pak supir tu yang beriya-iya ambil kamera dan suruh kitorang posing. Katanya, kalau tak bergambar sekarang, balik nanti tentu menyesal. Lain masa belum tentu ada kesempatan ke sini lagi. Dan kitorang ikutkan je la katanya.















:: Inilah pak supir yang tak pernah jemu rakam gambar kitorang. Thank you, pak!