Bismillahirrahmanirrahim
Selain daripada Semeru, gunung Bromo juga merupakan antara
yang menjadi daya tarikan di Surabaya. Kesempatan berada seminggu di sana
membawa kami melawat beberapa tempat menarik yang berada di kawasan sekitar
seperti Penanjakan 1, Dengklik, Laut Pasir Lepas, padang savannah dan Pasir
Bersisik atau lebih dikenali sebagai Pasir Berbisik. Trip ini hanya mengambil
masa satu hari sahaja.
Penanjakan Satu
Motif kitorang berada di sini adalah untuk melihat matahari
terbit. Bergerak lebih kurang jam 3.30 pagi dari homestay, perjalanan mengambil
masa kira-kira lebih 1 jam dengan
menaiki jip. Suhu time tu memang sejuk gila. Jangan lupa bawak gloves dengan
muffler/mask. Boleh beku hidung wehh kalau tak tutup. Kalau nak beli kat sana pun
boleh tapi better beli dari individu yang menjual di kawasan kedai atau pun
stesen minyak (sehari awal) kerana lebih murah berbanding penjual di Panajakan
tu sendiri.
Sampai di Penanjakan Satu lebih kurang jam 4.30 pagi waktu
tempatan. Nasib baik tak ramai sangat orang yang menunggu. kalau tak, tak
merasa la tengok sunrise dari sudut yang menarik. View kat sini serius cantik
gila! Sanggup tak pakai gloves sebab nak bergambar. Tapi hidung wajib tutup la.
ngee.
:: Bias mentari di Bromo ::
:: Mohon abaikan apa yang cuba aku tunjuk. hehe ::
Dengklik
Salah satu tempat yang wajib korang pergi untuk sesi
photoshoot sebab angle kat sini pun menarik jugak. Ini pun hasil cadangan pak
supir kitorang. Dia macam tau-tau je kitorang ni kaki selfie. Dia juga la yang
bertanggungjawab merakam gambar kitorang.
Laut Pasir Lepas
Sebenarnya aku sendiri tak dapat nak bezakan antara Laut Pasir Lepas dengan Pasir Berbisik kerana kawasan sekitarnya lebih kurang sama. Nasib baik pak supir kitorang tu rajin bercerita. Kalau tak, sampai sudah kitorang tertipu. kuikui. Dari sini korang boleh nampak gunung Batok dan gunung Bidadari yang menjadi latar Laut Pasir Lepas. Tapi kalau ditunjukkan gambar, aku jugak tidak pasti yang mana Batok dan yang mana Bidadari. Muahahah. Sorry, lupa nak take notes.
:: Adakah di belakang itu Batok? Atau Bidadari? Aku pun tak pasti. huhu ::
Gunung Bromo
Lepas penat berphotoshoot, barulah kitorang gerak ke tujuan
asal iaitu gunung Bromo. Sesuai dengan statusnya sebagai destinasi pelancongan,
so bila sampai sana memang ramai la umat manusia yang ada. Kitorang sampai di sini
lebih kurang jam 7.30 pagi waktu tempatan. Cuaca dah mula cerah tapi sejuk
masih terasa. Pak supir kitorang siap pesan lagi jangan stay lama-lama kat sini
sebab ada tempat lain lagi nak pergi. So, kitorang decide pukul 9.30 kumpul
semula di parking. Kat kawasan parking ni memang tersedia tandas awam dan perseorangan yang
menjual cenderamata. Perkhidmatan menunggang kuda juga ada seawal beberapa
meter dari kawasan parking lagi dengan bayaran sekitar Rph 100 000 ke Rph 120
000 pergi dan balik. Kalau nak murah jangan naik dari kawasan parking, ambil
betul-betul di kaki gunung. Aku, Zai dan Ummi memang awal-awal lagi dah berazam
nak jalan. Tak nak naik kuda. Tapi yang lain-lain dorang naik kuda dengan
bayaran Rph 80 000 pergi balik. Tips dia, jangan bayar dulu. Dah selamat turun
nanti baru bayar.
Treknya yang terbuka sebenarnya agak membosankan aku. Kiri
kanan hanya ada pasir gunung berapi. Letih dan mengantuk mula terasa. Tapi
perjalanan perlu diteruskan. Kalau tak, rugi la datang ke sini jauh-jauh. Di
pertengahan jalan kitorang terserempak dengan aunty-aunty dari Malaysia.
k
Katanya mereka datang dengan rombongan dari Putrajaya. Fuhh, memang seronok la kalau dah dapat jumpa orang kampung kan? So kitorang ramai-ramai gerak sekali sampai ke puncak. Sempat jugak ambil gambar sama-sama dan bertukar no telefon.
Katanya mereka datang dengan rombongan dari Putrajaya. Fuhh, memang seronok la kalau dah dapat jumpa orang kampung kan? So kitorang ramai-ramai gerak sekali sampai ke puncak. Sempat jugak ambil gambar sama-sama dan bertukar no telefon.
:: With the aunties from Putrajaya ::
:: Tangga-tangga menuju kejayaan ::
:: Dah paling maksimum mata tu ku buka ::
:: Orang bergopro, kittew pon nak bergopro jugak! #GoproPinjam ::
:: Gambaran sebenar perjalanan ke Mt. Bromo ::
Turun dari puncak kitorang sempat beli beberapa helai
t-shirt dan fridge magnet sebagai kenangan. Kalau korang ke sana, better beli
yang di kaki gunung berbanding di parking kerana harga lebih murah. Tengah best
shopping, aunty-aunty yang kitorang jumpa kat atas tadi panggil ajak balik
sama. Tak sangka pulak yang sebenarnya aunty-aunty tu dah tolong mengayat
budak-budak motor kat situ untuk hantar kitorang semua ke tempat parking. Boleh tahan nakal jugak aunty-aunty ni! haha
:: Merempit di padang pasir ::
Savannah
Padang savannah atau padang Teletubbies ni tersangat la luas.
Ini menjadi satu lagi gelanggang photoshoot kitorang. Patutlah pak supir tu tak
kasi kitorang stay lama-lama di Bromo sebab cuaca dah mulai panas. Kalau lambat
kitorang sampai sini, confirm tak larat dah nak photoshoot. Tapi walaupun
panas, tak la seterik matahari Malaysia.
Pasir Bersisik (Pasir
Berbisik)
Asal nama tempat ni adalah Pasir Bersisik. Tapi selepas
keluar filem Pasir Berbisik lakonan Dian Sastrowardoyo, orang lebih mengenali
tempat ni sebagai Pasir Berbisik. Sama seperti Laut Pasir Lepas, kawasan di
sini hanyalah hamparan pasir gunung yang
tersangatlah luas. Kat sini kitorang semua dah tak larat nak bergambar. Semua
dah kepenatan akibat tak cukup tidur. Mula-mula memang kitorang refuse nak
bergambar bagai. Tapi pak supir tu yang beriya-iya ambil kamera dan suruh kitorang
posing. Katanya, kalau tak bergambar sekarang, balik nanti tentu menyesal. Lain
masa belum tentu ada kesempatan ke sini lagi. Dan kitorang ikutkan je la
katanya.
:: Inilah pak supir yang tak pernah jemu rakam gambar kitorang. Thank you, pak!
No comments:
Post a Comment