Ranu Kumbolo –
Oro-oro Ombo
:: Berlatar belakangkan Tanjakan Cinta ::
Dari Ranu Kumbolo ke Oro-oro Ombo hanya mengambil masa lebih
kurang 10 minit, dan perlu melalui Tanjakan Cinta. Mitosnya di sini kalau
mahukan cinta sejati, sebut nama orang yang dicintai tu sepanjang jalan tanpa
menoleh ke belakang! Tapi nama pun mitos, ikut hangpa la nak percaya ke idak.
Dari jauh, Oro-oro Ombo kelihatan seperti satu ladang
Lavender yang sangat luas. Tapi hakikatnya,
ia bukan Lavender. Tapi dikenali
sebagai Verbena Brasiliensis. Kitorang diberitahu, bunga ini berasal daripada Brazil. Bunga
ini berwarna ungu dan kembang pada sekitar bulan April hingga Mei atau awal
Jun.
Oro-oro Ombo – Cemoro
Kandang
Sepanjang perjalanan yang dilewati akan dikelilingi dengan Verbena Brasiliensis yang sama ketinggian atau lebih daripada korang. Terasa macam tengah
shootong filem hindustan pun ada! Muehhehe.
Kalau nak diikutkan, jarak Oro-oro Ombo ke Cemoro Kandang
hanya mengambil masa 20 minit. Tapi takkan korang nak menonong je jalan kat
‘Ladang Lavender’ ni kan? Haruslah ‘stay and play!’.
:: Hamparan ladang Lavender ::
Sebaik sahaja meninggalkan Oro-oro Ombo, maka berakhirlah
trek santai-santai kerana perjalanan
seterusnya dah mula menaik.Walaupun tak mencanak mana, tapi mengah jugak
la!haha. Perjalanan untuk ke Kalimati mengambil masa antara 2 jam setengah
hingga 3 jam. Di awal perjalanan korang akan disajikan dengan pemandangan
Ladang Twilight.
Tapi jangan risau, apabila dah sampai di Jambangan treknya
mulai landai. Dan beberapa ratus meter ke depan, korang akan jumpa satu kawasan
kecil seakan mossy forest. Lebih kurang macam kat Irau la kalau versi Malaysia.
Rindu Malaysia lagi!
:: Welcome to Twilight Garden! ::
:: Tak boleh nak sorok muka penat. Sebab memang penat pon! ::
Sampai Kalimati collapse terus. Huaaa.
Okay frankly speaking, masa kitorang sampai campsite
Kalimati suhu mulai sejuk dan langit macam nak hujan. Aku memang tak suka
sangat sejuk-sejuk ni. Mula la rasa nak demam. Tambah-tambah lagi tak lama
lepas dirikan khemah dan unpack barang, hujan mulai turun. Dan aku terus
membungkuskan diri dalam sleeping bag lepas telan 2 biji panadol. Orang lain sibuk
siapkan makan malam, aku sesedap je membongkang. Teruk betu! Tapi tu je pilihan
yang aku ada. Badan rasa sejuk sangat dan kepala berat. Walaupun Ummi cuba
yakinkan aku, tu semua disebabkan perubahan suhu semata. Tapi aku tak peduli.
Lepas 4 jam, lagi 2 biji panadol aku telan. Jenuh nak paksa mata ni lelap, tapi
lena tak datang juga. Cuma mampu terbaring macam tu je. Sampai masa makan, baru
bangun. Dan solat. Hujan tak ada tanda-tanda nak berenti. Risau jugak
kalau-kalau tak dapat ke pucak disebabkan hujan. Tapi guide dan orang-orang
tempatan sana rilek je. Dorang kata keadaan macam ni memang biasa kat kawasan
pergunungan. Tengah malam nanti hujan akan berenti dan boleh mula mendaki.
Menuju Mahameru -
Summit Attack
Sejujurnya aku tak tau nak gambarkan treknya macam mana
sebab perjalanan malam membataskan jarak penglihatan. Dah la terasa masih mamai
lagi. Dengan bertemankan headlamp, aku Cuma mengikut saja jejak Zai yang berada
di depan aku. Makin lama jalan, bukan setakat penat je terasa. Lapar pun ada
jugak! Tak sampai puncak lagi air dengan coklat habis aku baham. Serius lapar.
Dan ngantok. Mulanya memang nak give up je. Tak tahan sebab mengantok sangat.
Walaupun aku tau tu sindrom biasa bila kekurangan oksigen pada ketinggian
tertentu. Perut pun dah mula meragam. Bantai minum air isotonik time perut
kosong, rasakan la penangannya. Tapi Zai dan Bistri suruh aku teruskan jugak
sebab tinggal 200 meter je lagi nak sampai puncak. Tapi dengan permukaan tanah
seroi macam tu, 200 meter pun rasa macam 2 kilometer. huhu.
Nak tak nak, memang gagahkan diri jugak jalan sampai ke
puncak. Kalau orang lain ambil masa 4 jam untuk sampai. Aku pulak ambil masa 8
jam nak sampai atas sana. Haha. Nasib la... Syarat untuk stay kat puncak tu
jangan melewati jam 10 pagi waktu tempatan kerana itu adalah waktu di mana
biasanya gas beracun terbebas.
:: Kenangan dari ketinggian 3676 meter dpl ::
Kawasan puncaknya sangat luas dan angin sangat kuat.
Sejukkk. Tapi entah angin apa yang melanda, sebaik je sampai kat puncak terus
rasa nak muntah. Buff dan mask yang masih di leher terus ditarik menutup
hidung. Terasa ada bau yang menusuk masuk. Is it gas beracun? AMS (altitude
mountain sickness) or simptom awal gastric attack? (coz aku memang ada
gastritis). Tapi bila tengok orang lain melompat seronok ambil gambar, aku
diamkan aje. By right aku memang banyak diam je sepanjang berada di ketinggian
3676 meter dpl tu, untuk mengelakkan aku dari muntah on the spot. Hasrat untuk
terus turun balik ke campsite pun terpaksa ditangguhkan bagi memastikan momen
indah di puncak tertinggi Kepulauan Jawa ini mampu dirakamkan. Bukan senang nak
sampai sini, jadi tabahkan je la diri buat sementara.
:: Bawa diri sambil menahan loya yang tak hilang-hilang ::
Alhamdulillah kitorang semua berjaya keluar dari kawasan pergunungan
itu dengan selamat tanpa insiden seperti terhidu gas beracun mahupun tercedera
akibat di hempap batu seperti yang dilaporkan media tempatan baru-baru ini.
Pada yang berhasrat ingin ke sana, aku cadangkan pergi sekitar bulan Mei kerana
pemandangannya lebih cantik especially kat Oro-oro Ombo. Bila mendaki tu jangan
lupa jaga diri, jaga kesihatan jaga kawan-kawan. And I wish you all the best in
advance. hehe.
No comments:
Post a Comment