Friday, July 3, 2015

Pusing-pusing di Bukit Gasing

Assalamualaikum wbt.


Maaf ini cerita #campakbelakang. Aku tak sangka yang area Klang Valley ni sebenarnya banyak jugak bukit bukau yang boleh dijadikan destinasi untuk daypack trip. Selama ni Cuma tau Broga je. Nampak nau tak kaji peta KL. Muahahah. Actually trip ni anjuran Kelab Rekreasi HUKM, jadi geng-geng yang join pun memang staff HUKM. Cuma tak pernah kenal je sebelum ni. hehe. Untuk aktiviti yang pertama ni tak ramai yang join. May be yang lain-lain tu dah balik kampung sempena sambut Ramadhan kot. So pagi tu dalam pukul 7.20 pagi gerak dua kereta dari HUKM. Yang lead trip ni dah tunggu siap-siap kat parking pusat komuniti Lembah Pantai.

Bukit Gasing ni dapat nama sebab pintu masuk utamanya terletak di Jalan Gasing. Tapi untuk hari ni kitorang tak naik ikut pintu utama sebab situ adalah kawasan perumahan dan susah nak dapat parking. Salah parking, merasa la korang bayar saman. Ini serius wey. Tak tipu!

Trip kitorang hari ini adalah masuk melalui Pantai Hill park, ikut trek bukit Abu Bakar. Erk, jangan ditanya apsal bukit ni dinamakan Abu Bakar, sebab aku pun tak tau. kuikui.

Trail kat sini jugak antara yang sesuai untuk dijadikan weekly training pada sesiapa yang berhasrat  mendaki di Kinabalu sebab terdapat banyak jugak laluan bertangga sama seperti di Kinabalu.  Erk, tapi kitorang naik Kinabalu dulu baru datang sini. hehe. To be honest, laluan bertangga ni lagi memenatkan berbanding kalau tak ada tangga. Dan in future trek kat sini akan lebih cantik dengan laluan berbatu sebab masa kitorang datang, terdapat komuniti yang sedang menjalankan kerja-kerja membersih dan menyusun batu. Respect beb!

Kat sini ada beberapa kawasan tarikan seperti menara tinjau, jambatan gantung, taman rekreasi, banglo lama. Sesuai dengan namanya, bukit ni dia ada banyak pintu masuk/keluar. Pusing la ikut trek mana pun, mesti akan jumpa jalan keluar. Bezanya sama ada akan keluar kat tempat korang park kereta atau tak je.  Haha.

Untuk trip kali ni, kitorang ikut laluan dari Pantai Hill park --> jambatan gantung --> masuk ‘highway’ --> menara tinjau --> pintu masuk Bukit Gasing then patah balik untuk ke banglo lama. Dan keluar semula  kat our starting point. Nasib baik pergi dengan otai-otai kawasan. Kalau tak memang tak jumpa la jalan pulang. Aku pun tak mampu nak hafal trek yang kitorang lalu. Banyak nau simpang. Signboard tak ada pulak tu. hihi.


Disebabkan ini merupakan daypack trip, jadi kitorang tak spend masa banyak sangat. Dalam pukul 10 masing-masing dah gerak keluar. Selepas hilangkan beberapa kalori, kita end up misi hari ni kat Q Bistro  Sri Permaisuri, pekena nasi lemak sepinggan sat. haha. Memang orang Malaysia betul!




:: Briefing; perkara penting yang selalu orang tak buat! ::



:: Main enterance Bukit Gasing di Jalan Gasing ::



:: Untuk siapa-siapa yang teringin kuatkan biceps triceps, boleh cuba ni! ::



:: Ceq tak kuat. So ceq bawak satu je naa ::



:: Check point A. By right aku cuma jumpa dua check point je. A dan B ::



:: Yeay, dah sampai puncak Abu Bakar. Rendah je. Tapi penat! ::









 :: Dah separuh jalan, baru nak kaji peta laaaa! Choii ::











 :: On the way ke menara tinjau. Siapa yang nak training naik Kinabalu boleh ikut tangga tu. Yang dah pergi boleh belagak sikit, ikut kanan. kuikui ::




:: Pemandangan dari menara tinjau ::



 :: On the way ke banglo lama. Tangga lagi! Phfff ::




:: Orang kata, jangan datang sini malam-malam. ngee ::








:: Settle untuk hari ini. Jom balik! ::




:: Terima kasih. Datang lagi ::



:: Lepak sat. Penat bhai! ::





No comments:

Post a Comment