Friday, September 18, 2015

Sehari di Bromo

Bismillahirrahmanirrahim


Selain daripada Semeru, gunung Bromo juga merupakan antara yang menjadi daya tarikan di Surabaya. Kesempatan berada seminggu di sana membawa kami melawat beberapa tempat menarik yang berada di kawasan sekitar seperti Penanjakan 1, Dengklik, Laut Pasir Lepas, padang savannah dan Pasir Bersisik atau lebih dikenali sebagai Pasir Berbisik. Trip ini hanya mengambil masa satu hari sahaja.

Penanjakan Satu

Motif kitorang berada di sini adalah untuk melihat matahari terbit. Bergerak lebih kurang jam 3.30 pagi dari homestay, perjalanan mengambil masa kira-kira lebih 1 jam  dengan menaiki jip. Suhu time tu memang sejuk gila. Jangan lupa bawak gloves dengan muffler/mask. Boleh beku hidung wehh kalau tak tutup. Kalau nak beli kat sana pun boleh tapi better beli dari individu yang menjual di kawasan kedai atau pun stesen minyak (sehari awal) kerana lebih murah berbanding penjual di Panajakan tu sendiri.

Sampai di Penanjakan Satu lebih kurang jam 4.30 pagi waktu tempatan. Nasib baik tak ramai sangat orang yang menunggu. kalau tak, tak merasa la tengok sunrise dari sudut yang menarik. View kat sini serius cantik gila! Sanggup tak pakai gloves sebab nak bergambar. Tapi hidung wajib tutup la. ngee.



:: Bias mentari di Bromo ::



 :: Mohon abaikan apa yang cuba aku tunjuk. hehe ::























Dengklik

Salah satu tempat yang wajib korang pergi untuk sesi photoshoot sebab angle kat sini pun menarik jugak. Ini pun hasil cadangan pak supir kitorang. Dia macam tau-tau je kitorang ni kaki selfie. Dia juga la yang bertanggungjawab merakam gambar kitorang.




















Laut Pasir Lepas

Sebenarnya aku sendiri tak dapat nak bezakan antara Laut Pasir Lepas dengan Pasir Berbisik kerana kawasan sekitarnya lebih kurang sama. Nasib baik pak supir kitorang tu rajin bercerita. Kalau tak, sampai sudah kitorang tertipu. kuikui. Dari sini korang boleh nampak gunung Batok dan gunung Bidadari yang menjadi latar Laut Pasir Lepas. Tapi kalau ditunjukkan gambar, aku jugak tidak pasti yang mana Batok dan yang mana Bidadari. Muahahah. Sorry, lupa nak take notes.



 :: Adakah di belakang itu Batok? Atau Bidadari? Aku pun tak pasti. huhu ::








Gunung Bromo

Lepas penat berphotoshoot, barulah kitorang gerak ke tujuan asal iaitu gunung Bromo. Sesuai dengan statusnya sebagai destinasi pelancongan, so bila sampai sana memang ramai la umat manusia yang ada. Kitorang sampai di sini lebih kurang jam 7.30 pagi waktu tempatan. Cuaca dah mula cerah tapi sejuk masih terasa. Pak supir kitorang siap pesan lagi jangan stay lama-lama kat sini sebab ada tempat lain lagi nak pergi. So, kitorang decide pukul 9.30 kumpul semula di parking. Kat kawasan parking ni memang  tersedia tandas awam dan perseorangan yang menjual cenderamata. Perkhidmatan menunggang kuda juga ada seawal beberapa meter dari kawasan parking lagi dengan bayaran sekitar Rph 100 000 ke Rph 120 000 pergi dan balik. Kalau nak murah jangan naik dari kawasan parking, ambil betul-betul di kaki gunung. Aku, Zai dan Ummi memang awal-awal lagi dah berazam nak jalan. Tak nak naik kuda. Tapi yang lain-lain dorang naik kuda dengan bayaran Rph 80 000 pergi balik. Tips dia, jangan bayar dulu. Dah selamat turun nanti baru bayar.

Treknya yang terbuka sebenarnya agak membosankan aku. Kiri kanan hanya ada pasir gunung berapi. Letih dan mengantuk mula terasa. Tapi perjalanan perlu diteruskan. Kalau tak, rugi la datang ke sini jauh-jauh. Di pertengahan jalan kitorang terserempak dengan aunty-aunty dari Malaysia. k
Katanya mereka datang dengan rombongan dari Putrajaya. Fuhh, memang seronok la kalau dah dapat jumpa orang kampung kan? So kitorang ramai-ramai gerak sekali sampai ke puncak. Sempat jugak ambil gambar sama-sama dan bertukar no telefon.

 :: With the aunties from Putrajaya ::



:: Tangga-tangga menuju kejayaan ::






:: Dah paling maksimum mata tu ku buka ::












:: Orang bergopro, kittew pon nak bergopro jugak! #GoproPinjam ::



:: Gambaran sebenar perjalanan ke Mt. Bromo ::






Turun dari puncak kitorang sempat beli beberapa helai t-shirt dan fridge magnet sebagai kenangan. Kalau korang ke sana, better beli yang di kaki gunung berbanding di parking kerana harga lebih murah. Tengah best shopping, aunty-aunty yang kitorang jumpa kat atas tadi panggil ajak balik sama. Tak sangka pulak yang sebenarnya aunty-aunty tu dah tolong mengayat budak-budak motor kat situ untuk hantar kitorang semua ke tempat parking. Boleh tahan nakal jugak aunty-aunty ni! haha


:: Merempit di padang pasir ::



Savannah

Padang savannah atau padang Teletubbies ni tersangat la luas. Ini menjadi satu lagi gelanggang photoshoot kitorang. Patutlah pak supir tu tak kasi kitorang stay lama-lama di Bromo sebab cuaca dah mulai panas. Kalau lambat kitorang sampai sini, confirm tak larat dah nak photoshoot. Tapi walaupun panas, tak la seterik matahari Malaysia.





Pasir Bersisik (Pasir Berbisik)

Asal nama tempat ni adalah Pasir Bersisik. Tapi selepas keluar filem Pasir Berbisik lakonan Dian Sastrowardoyo, orang lebih mengenali tempat ni sebagai Pasir Berbisik. Sama seperti Laut Pasir Lepas, kawasan di sini hanyalah hamparan pasir gunung  yang tersangatlah luas. Kat sini kitorang semua dah tak larat nak bergambar. Semua dah kepenatan akibat tak cukup tidur. Mula-mula memang kitorang refuse nak bergambar bagai. Tapi pak supir tu yang beriya-iya ambil kamera dan suruh kitorang posing. Katanya, kalau tak bergambar sekarang, balik nanti tentu menyesal. Lain masa belum tentu ada kesempatan ke sini lagi. Dan kitorang ikutkan je la katanya.















:: Inilah pak supir yang tak pernah jemu rakam gambar kitorang. Thank you, pak!




Tuesday, September 8, 2015

Semeru : Satu Perjalanan Panjang II



Ranu Kumbolo – Oro-oro Ombo



:: Berlatar belakangkan Tanjakan Cinta ::



Dari Ranu Kumbolo ke Oro-oro Ombo hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit, dan perlu melalui Tanjakan Cinta. Mitosnya di sini kalau mahukan cinta sejati, sebut nama orang yang dicintai tu sepanjang jalan tanpa menoleh ke belakang! Tapi nama pun mitos, ikut hangpa la nak percaya ke idak.


Dari jauh, Oro-oro Ombo kelihatan seperti satu ladang Lavender yang sangat luas. Tapi hakikatnya,
ia bukan Lavender. Tapi dikenali sebagai Verbena Brasiliensis. Kitorang diberitahu, bunga ini berasal daripada Brazil. Bunga ini berwarna ungu dan kembang pada sekitar bulan April hingga Mei atau awal Jun.

Oro-oro Ombo – Cemoro Kandang

Sepanjang perjalanan yang dilewati akan dikelilingi dengan Verbena Brasiliensis yang sama ketinggian atau lebih daripada korang. Terasa macam tengah shootong filem hindustan pun ada! Muehhehe.

Kalau nak diikutkan, jarak Oro-oro Ombo ke Cemoro Kandang hanya mengambil masa 20 minit. Tapi takkan korang nak menonong je jalan kat ‘Ladang Lavender’ ni kan? Haruslah ‘stay and play!’.






:: Hamparan ladang Lavender ::












Cemoro Kandang - Kalimati

Sebaik sahaja meninggalkan Oro-oro Ombo, maka berakhirlah trek santai-santai kerana  perjalanan seterusnya dah mula menaik.Walaupun tak mencanak mana, tapi mengah jugak la!haha. Perjalanan untuk ke Kalimati mengambil masa antara 2 jam setengah hingga 3 jam. Di awal perjalanan korang akan disajikan dengan pemandangan Ladang Twilight.

Tapi jangan risau, apabila dah sampai di Jambangan treknya mulai landai. Dan beberapa ratus meter ke depan, korang akan jumpa satu kawasan kecil seakan mossy forest. Lebih kurang macam kat Irau la kalau versi Malaysia. Rindu Malaysia lagi!



:: Selamat datang ke Cemoro Kandang ::







:: Welcome to Twilight Garden! ::







:: Tak boleh nak sorok muka penat. Sebab memang penat pon! ::








:: Mossy forest versi Indonesia ::





 Kalimati



:: Kalimati ::


Sampai Kalimati collapse terus. Huaaa.


Okay frankly speaking, masa kitorang sampai campsite Kalimati suhu mulai sejuk dan langit macam nak hujan. Aku memang tak suka sangat sejuk-sejuk ni. Mula la rasa nak demam. Tambah-tambah lagi tak lama lepas dirikan khemah dan unpack barang, hujan mulai turun. Dan aku terus membungkuskan diri dalam sleeping bag lepas telan 2 biji panadol. Orang lain sibuk siapkan makan malam, aku sesedap je membongkang. Teruk betu! Tapi tu je pilihan yang aku ada. Badan rasa sejuk sangat dan kepala berat. Walaupun Ummi cuba yakinkan aku, tu semua disebabkan perubahan suhu semata. Tapi aku tak peduli. Lepas 4 jam, lagi 2 biji panadol aku telan. Jenuh nak paksa mata ni lelap, tapi lena tak datang juga. Cuma mampu terbaring macam tu je. Sampai masa makan, baru bangun. Dan solat. Hujan tak ada tanda-tanda nak berenti. Risau jugak kalau-kalau tak dapat ke pucak disebabkan hujan. Tapi guide dan orang-orang tempatan sana rilek je. Dorang kata keadaan macam ni memang biasa kat kawasan pergunungan. Tengah malam nanti hujan akan berenti dan boleh mula mendaki.



:: Preparing dinner ::



:: Masa belum hujan, lepak luar khemah memang best. Bila hujan... ::


Menuju Mahameru - Summit Attack


Cadangnya kitorang nak mula summit attact pukul 11 malam kerana mimikirkan trek ke puncaknya yang agak mencabar. Lagi-lagi untuk aku yang tak training apa-apa sebelum ke sini. Lebih setahun jugak aku tak hiking sejak projek Kinabalu April 2014. Kiranya Semeru ni come back project la konon! Kuang3. Tapi memandangkan hujan lambat reda, pukul 12 tengah malam baru semua bangun dan bersiap untuk summit attack!






Sejujurnya aku tak tau nak gambarkan treknya macam mana sebab perjalanan malam membataskan jarak penglihatan. Dah la terasa masih mamai lagi. Dengan bertemankan headlamp, aku Cuma mengikut saja jejak Zai yang berada di depan aku. Makin lama jalan, bukan setakat penat je terasa. Lapar pun ada jugak! Tak sampai puncak lagi air dengan coklat habis aku baham. Serius lapar. Dan ngantok. Mulanya memang nak give up je. Tak tahan sebab mengantok sangat. Walaupun aku tau tu sindrom biasa bila kekurangan oksigen pada ketinggian tertentu. Perut pun dah mula meragam. Bantai minum air isotonik time perut kosong, rasakan la penangannya. Tapi Zai dan Bistri suruh aku teruskan jugak sebab tinggal 200 meter je lagi nak sampai puncak. Tapi dengan permukaan tanah seroi macam tu, 200 meter pun rasa macam 2 kilometer. huhu.

Nak tak nak, memang gagahkan diri jugak jalan sampai ke puncak. Kalau orang lain ambil masa 4 jam untuk sampai. Aku pulak ambil masa 8 jam nak sampai atas sana. Haha. Nasib la... Syarat untuk stay kat puncak tu jangan melewati jam 10 pagi waktu tempatan kerana itu adalah waktu di mana biasanya gas beracun terbebas.



:: Kenangan dari ketinggian 3676 meter dpl ::


Kawasan puncaknya sangat luas dan angin sangat kuat. Sejukkk. Tapi entah angin apa yang melanda, sebaik je sampai kat puncak terus rasa nak muntah. Buff dan mask yang masih di leher terus ditarik menutup hidung. Terasa ada bau yang menusuk masuk. Is it gas beracun? AMS (altitude mountain sickness) or simptom awal gastric attack? (coz aku memang ada gastritis). Tapi bila tengok orang lain melompat seronok ambil gambar, aku diamkan aje. By right aku memang banyak diam je sepanjang berada di ketinggian 3676 meter dpl tu, untuk mengelakkan aku dari muntah on the spot. Hasrat untuk terus turun balik ke campsite pun terpaksa ditangguhkan bagi memastikan momen indah di puncak tertinggi Kepulauan Jawa ini mampu dirakamkan. Bukan senang nak sampai sini, jadi tabahkan je la diri buat sementara.



:: Bawa diri sambil menahan loya yang tak hilang-hilang ::




Alhamdulillah kitorang semua berjaya keluar dari kawasan pergunungan itu dengan selamat tanpa insiden seperti terhidu gas beracun mahupun tercedera akibat di hempap batu seperti yang dilaporkan media tempatan baru-baru ini. Pada yang berhasrat ingin ke sana, aku cadangkan pergi sekitar bulan Mei kerana pemandangannya lebih cantik especially kat Oro-oro Ombo. Bila mendaki tu jangan lupa jaga diri, jaga kesihatan jaga kawan-kawan. And I wish you all the best in advance. hehe.



:: #RoadToSemeru #ProjekSemeru0515 ::