Wednesday, August 17, 2011

Resepi: Minuman 'Fizzy' Yakult




Bahan-bahan:

Sebotol Yakult
100ml minuman bikarbonat F&N Strawberry (boleh juga try perisa lain)
Kiub ais



Cara menyediakan:

Masukkan kiub ais ke dalam gelas
Tuang Yakult ke dalam gelas tadi

Penuhkan gelas dengan air bikarbonat pilihan korg


Then...

Minum dengan rakusnya!!



Kelebihan Yakult

Yakult mengandungi bakteria baik, L. Casei Shirota a.k.a strain Shirota yang membantu meningkatkan sistem imun badan seseorang. Minuman susu kultur ini mampu meningkatkan aktiviti sel2 NK (antara sel penting untuk pertahanan badan). Oleh itu, minuman ini juga mampu mengurangkan kesan alahan/alergik yang disebabkan sistem imun badan yang lemah.
Kesan peningkatan daya tahan badan dua botol Yakult sehari bersamaan dengan pengambilan 40 billion strain Shirota hidup setiap hari selama 3 minggu. Ayat mudahnya, lebih baik minum Yakult 2 botol sehari dari telan 40 billion strain Shirota tu hari2 coz kesannya sama je. Tapi ngeri la pulak bila membayangkan aku dah telan lebih 40 billion bakteria sehari. huhu.




p/s: kepada penggemar Nescafe yang kreatif, korg boleh menang RM 10k dengan menyertai pertandingan reka cipta tin Nescafe kat sini!

Wednesday, August 10, 2011

Buka Puasa di BlueWave Shah Alam


Assalamualaikum w.b.t

Edisi makan free datang lagi, yeay! Makan2 nih fully sponsored by my new company. Ceh, macam la sebelum ni ko dah keje banyak tempat. haha. Dah lama rasanya tak melantak kat mana2 hotel. Kalo dulu masa zaman sekolah ada jugak la dinner kelab persatuan or jamuan akhir tahun segala bagai kat hotel2 tapi kalo versi berbuka puasa, ni la yang julung2 kalinya. Walaupun tak segrand mana. Asal dapat makan free, ok la tuh! Ye, dak? So, terima kasih la kepada bos2 DM Medicare Group belanja ktorg. Semoga dimurahkan rezeki. Ameen. *ayat bodek nih* Tapi kalo raya nanti dapat duit raya lagi best. Memang rezeki melimpah ruah punya la. InsyaAllah. hehee.

Date: 6th August 2011
Venue: Grand BlueWave Hotel Shah Alam




Grand BlueWave Hotel, Shah Alam




Random.
Ramai gak company & persendirian yang join buffet Ramadhan kat sini.





Muka2 gelojoh tak sabar nak makan.
Eyp, puasa ke tak puasa nih??
haha



Gambar kat bawah ni dituju khas pada yang tengah puasa.
Motif???
Nak kasi korg terliur di siang hari.
muahahahahah





Amacam? Terliur tak???



Muka2 yang kekenyangan.
Tapi ada jugak yang mengadu, kempunan nak makan ais krim la sushi la.
Haish budak2 nih.





p/s: sekarang ni BlueWave dah diiktiraf sebagai salah sebuah hotel 5 bintang. Kepada sesiapa yang nak merasa tido or makan kat sini sila la ke bluewavehotels.com untuk tempahan. Hotel ni terletak kat Seksyen 14, Pusat Bandar Shah Alam je. Dekat pulak tu dengan stesen bas RapidKL-Pusat Bandar Shah Alam. Maknanya korg boleh datang sini naik kete, teksi, bas pon boleh. Naik Rapid taw. Cerita pasal RapidKL mesti kena guna touch n go, kan? Kalo guna touch n go pulak, boleh menang, kan? Tak caya tengok sini.

Friday, August 5, 2011

Sabah: Hari Keempat

0700

Arghh...malasnya nak bangun. Tengok katil sebelah. Kosong! Aik..sejak bila Ummi reti bangun dulu dari aku nih?! Hehee. Mandi. Siap2. Pack barang. Breakfast. Shopping!


1045

Check out. Singgah rumah saudara Muna sebelum gerak ke Tawau airport. Check point seterusnya..Kota Kinabalu!!!


1335

Fly!


1500

Check in kat 1Borneo Hotel. Lapar..lapar.. Lunch kat Chicken Rice Shop sementara tunggu kawan Ummi. Dua jam kot lepak situ. Pertama, perut kenyang sangat, tak larat nak bangun. Dua, tunggu kawan Ummi yang tak sampai2. Tapi sekali dia datang, bawak satu skuad kot. Segan jugak kat waiter waitress CRS tuh. Dorg datang ramai2 bukannya makan. Sibuk buat phone call. Risau ada roll call kononnya. Tapi memang ada pon. Kena lapor diri kol 9 malam. Kesian dorg. Oppps...lupa nak bagitaw...member Ummi tu polis. Ngeee..


Nasi ayam serai wangi from CRS. RM9.90.

1830

K-Box! Karok, jom! Sumpah nih first time aku masuk tempat nih. Tak nyanyi pon tengok member2 Ummi tu nyanyi je.


2000

On the way nak balik bilik jumpa Nailah&partner tengah shopping gelang. So, ktorg join menyibuk sekali.

2100

Masuk bilik dan...ZZZzzzz


p/s: hari ke-4 ktorg mmg tak banyak berjalan. Selain tak taw nak ke mana, penat dengan aktiviti kat Semporna pon menyumbang kepada kemalasan nak merayau macam selalu. Tapi hari ke-5, best! Yang tu tak taw lagi nak release bila, so korg tunggu je la, ek.

sarah: got recurrent fever since last friday. Fever a/w nausea. Temperature now, 38.3C. FBC not taken yet. Adakah sejarah bakal berulang kembali?? Plz don't. I want to raya. sobsob..