Wednesday, March 6, 2013

Mungkin Nanti

 
'.......sekarang jom kita dengar lagu Mungkin Nanti dari Peter Pan....'

ERA hanya memainkan muzik hits terkini!


Sengih dalam hati.

Dia pernah dedicate lagu nih kat aku....


Saatnya ku berkata
Mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua
Ku yakin inilah waktunya

Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti
Kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau cuba tanyakan kembali
Rasa yang ku tinggal mati
Seperti hari kemarin
Saat semua di sini

Dan bila hatimu termenung
Menghindari mimpi-mimpimu
Membuka hatimu yang dulu
Cerita saat masa lalu

Tak usah kau tanyakan lagi
Cinta untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari
Semua rasa yang kau beri



........ingat nak dedicate kat dia dulu. Rupanya, dia lebih tau.





..........kita mungkin tak akan contact lagi lepas ni coz kita akan bawak diri masing2.
So gud luck!.....


Last message.

Thanks untuk semalam!

:)

 

Wednesday, February 6, 2013

Apa yang Hebat Sangat Pasal Sony Xperia V Nih?


 
Assalamualaikum wbt.

Tengok tajuk pun dah tau aku nak cerita pasal apa, kan? Of course  la pasal my new gadget! Sony Xperia V. Sebaik saja Nokia 1100c  ditamatkan riwayatnya dek kerana berenang dalam Dinamo maka aku pun terpaksa mendapatkan handset  baru. Itu pun selepas 5 tahun plus plus! Pheww  banyak kot jasa handset  tu walau tak sepintar mana.

Tapi bukan senang nak putuskan handset mana yang jadi pilihan disebabkan oleh lambakan telefon-telefon pintar kat pasaran. Iphone  ka? S3  ka? Apa ka?

Selama dua hari aku tak berhandset. Dua hari tak dengar phone or message ringtone. Dua hari tak ada alarm clock  yang mengejutkan aku di pagi hari (nasib baik dua hari tu keje petang! Pheww). Dan dua hari tu jugak la dok fikir nak beli handset   mana. Dan tatkala kaki melangkah ke Low Yatt, hati dah tetapkan nak beli S3!

Dan bila survey  harga, RM 1880 termasuk free gift  yang aku tak rasa free  pun (External memory, screen protector, flip case, etc). Nampak macam lumayan tapi jangan cepat terpengaruh. Bukan sikit duit yang nak dilaburkan nih! Then  lepak kat satu kiosk ni. Mula-mula macam biasa la, tanya berapa harga yang dia boleh kasi untuk S3. Ahah, memang 1880 jugak. Then  aku tanya pasal S2  pulak. Ermm, 1680. Bila tengok aku macam teragak-agak (atau nampak macam tak cukup duit nak beli) dia pun syorkan HTC Sensation  yang lebih murah (RM 1200) dan mempunyai spesifikasi yang lebih kurang macam S2  kecuali dia tak ada external memory. Oh, no.  Aku tak minat HTC  kot. Then  beralih pada Iphone5. Iphone  memang bagus sebab programming system  dia yang mantap. Cuma dia tak user friendly.  Semua application  kena beli dan transferring data  hanya untuk Iphone to Iphone. Oh man,  siapa je member  aku yang pakai Iphone,  huh? (kecuali Nabila Athira.haha) Dan disebabkan aku ni customer  yang banyak songeh, saleperson  tu pun bagi last offer  kat aku. Dia kata kalau nak guna Android  yang senang access plus brand  yang boleh dipercayai (tak macam Samsung yang gah pada kuantiti tapi bukan pada kualiti) dengan harga yang tinggi, dia suggest Sony Xperia TX  dengan harga RM1930 (dengan free gift  yang tak berapa nak free!) Selain Iphone  dia memang puji la produk Sony  ni sampai aku pun terpengaruh. Tapi bukan dengan harga yang dia offer  tu. Dengan sopan aku pun says, thank you (for your information)  dan melangkah ke Sony Centre!  Dan kat situ la terjatuh hati dengan Sony Xperia V.

Moral of the story,

Kalau nak review  pasal gadget, survey  harga, korang boleh la pergi ke kiosk-kiosk kecil ni coz  dorang memang sangat informative.  Tapi kalau nak beli, risiko tanggung sendiri!

Actually Xperia V  ni sama je macam Android  yang lain. Beza hanya pada saiz, kamera, speciality and of course  harga!

Benda yang buat aku tertarik dengan Xperia V:
 


Saiz

Handset ni walaupun tak sekecil Iphone5  tapi dia juga tak sebesar S3  (benda yang paling aku tak suka pasal S3). Agak ringan, 120g. Sampaikan Nadia kata;

“Pergh, ringannya. Rasa macam nak baling!”

Eyp! Handset ni bukan anti-graviti ek. Jangan sesuka hati nak baling handset  aku!

Kamera

Sony   memang terkenal dengan gambar yang cantik dan sharp.  Apatah lagi kalau kamera tu 13 megapixels. Hoyeee!

Water Resistance
 

Hey, diulang! Water resistance,  bukan waterproof  okey! So  jangan rendam dalam baldi apatah lagi dalam swimming pool.  Atau handset anda akan ke laut!

Branding

Ahah. Memang dari dulu lagi aku memang suka gadget-gadget Sony. Smart woo!  Bermula dengan walkman, Mp3  dan sekarang handset!  Memang terbaik! (coming soon may be Vaio E. Hehee)

Harga

 
 
Walaupun bukan murah tapi affordable  la jugak. Sesuai dengan budget aku untuk hari tu.

RM 1599.
 


Thursday, January 31, 2013

Jangan Sebab Orang Lain, Kita Abaikan Kawan Sendiri!




Assalamulaikum wbt.

Lama gila tak up date blog!  Tapi biasa la, awal-awal tahun memang busy  sikit [chewahh!]. So last week  ada keluar lunch  dengan bos. Sambil-sambil makan tu kitorang pun dok bercerita la pengalaman mula-mula keje. Entah macam mana buka pulak topik pasal ex-staff  dia. Mr Boss kata staff dia yang sorang ni bagus dan dorang memang kamceng la. Senang nak bekerjasama. Rajin, dedikasi, senang cerita keje dia memang tip top  la. Tapi lama-lama ada orang yang macam mempertikaikan 'kekamcengan' dorang sampaikan in the end, that staff try to avoid Mr Boss. Tak nak jadi bahan gosip. Tak nak dituduh kaki bodek. Dan tak nak timbul isu kononnya!. Then  keje dia pun makin down.  Mendadak pulak tu. Mula-mula masa tak tau cerita sebenar, Mr Boss terkejut jugak kenapa staff dia berubah sampai macam tu. Tapi bila dah tau, dia agak frust  la jugak. He wonder kenapa orang yang dia percaya dan kamceng boleh berubah disebabkan mulut orang yang macam longkang!.

Dan bermulalah episod kitorang dibrain wash  oleh Mr Boss. Dia harap kitorang tak jadi macam tu.
Katanya; “Jangan sebab orang lain, kamu abaikan kawan sendiri” [edited]

Tetiba terasa pulak kat aku.

Teringat cerita zaman sekolah dulu.

Dulu aku kamceng la dengan sorang cikgu nih. Tapi kalau nak ikutkan bukan kamceng sangat pun sebab aku nih memang jenis yang ok je dengan semua orang. Dia ajar subjek !@#$%^& dan merangkap cikgu homeroom.  Dan disebabkan kekamcengan kitorang yang tak seberapa dan ditambah lagi dengan status aku yang selalu jadi scorer  untuk subjek dia [konon la!], tak pasal-pasal ada yang cop aku ni student   kesayangan dia! Perghh, annoying  gila!

Dengan kematangan fikiran yang cukup-cukup makan, aku pun mula buat perangai dengan harapan moga terhapuslah title  yang annoying  itu. Aku mula ponteng homeroom.  Tak buat homework.  Bagi jawapan kat member  lain time exam paper  dia. Sampai kawan aku pernah tegur;

“Tak baik awak buat macam tu. Cuba bayangkan kalau cikgu !@# nampak, mesti dia sedih!”

Eh, peduli apa aku, kan? Sharing is caring  apa?!

Sudahnya sampai habis SPM aku buat perangai macam tu.

Dan bila dengar Mr Boss bagi nasihat macam tu tetiba rasa menyesal pulak. Rasa macam bengong gila aku buat macam tu dulu. Memang kanak-kanak betul!

Moral of the story,

Jangan layan sangat mulut orang nih. Bak kat Mr Boss lagi,

“Kita mungkin ramai kenalan, tapi bukan semua boleh jadi kawan” [edited]

Dan prinsip aku pulak;

Aku boleh jadi kawan semua orang, tapi bukan semua orang boleh jadi kawan aku.

[Tengok FB pun boleh tau. Friend list  tak pernah bertambah!]

Haha.